Anda di halaman 1dari 22

ZAMAN JAHILIYYAH

Dari segi bahasa, jahiliyah merupakan perkataan yang diambil daripada kata dasar jahala dan kata terbitan jahlun yang bermaksud bodoh dan sesat atau jahil. Yang dimaksudkan di sini ialah Masyarakat Jahiliyah di Semenanjung Arab 1500 tahun dahulu iaitu masyarakat yang mundur dari segi akhlak dan sosial. Menurut ayat al-Quran yang bermaksud: "Sesudah itu, patutkah mereka menghendaki hukum Jahiliyah? Dan siapakah yang boleh membuat hukum lebih baik daripada Allah bagi orang yang yakin." (Al-Maidah|5:50) Masyarakat jahiliyah tidak merujuk pada masyarakat bodoh dalam pengertian tiadanya pengetahuan dan peradaban, melainkan pada nilai-nilai yang jauh dari kebenaran (fitrah, Islam). "Ketika orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong yang ada dalam hati mereka perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah lalu Allah turunkan semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang yang beriman, serta meminta mereka tetap berpegang kepada Kalimah Taqwa, sedang mereka adalah orang yang sangat berhak dengannya dan menjadi ahlinya. Dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Al-Fath|48:26)

Masyarakat Jahiliyah merupakan masyarakat yang bertamadun tinggi. sebagaimana zaman kerajaan Saba sebagai rujukan ketamadunan Arab yang berjaya. Masyarakat Arab Jahiliyah hanya jahil dari segi agama, bukan dari aspek lain seperti bidang kesusasteraan atau kejuruteraan yang mereka telah lama maju.

Sebelum kedatangan islam Kota Makkah dan Madinah terletak di daerah Hijaz, Semenanjung Tanah Arab. Masyarakat di kedua dua kota ini menjalani kehidupan berdasarkan adat resam yang mereka warisi. Pada zaman sebelum kedatangan islam, kota Makkah merupakan pusat ibadat dan perdagangan. Kedudukkannya yang strategik dan terdapat sumber air dari telaga zam zam,

menjadikannya sebagai tempat tumpuan kegiatan ekonomi dan kebudayaan di kalangan bangsa Arab. Kota Madinah yang dikenali sebagi Yathrib sebelumnya merupakan pusat perdagangan yang dikelilingi oleh kawasan pertanian yang subur. Kisah sebelum mereka menganuti agama Islam di kedua dua kota ini dirakam oleh Allah swt di dalam Al Quran. Masyarakat di sini menjalani proses sejarah yang unik dalam sejarah tamadun manusia. W.M. Watt yang membuat kajian yang mendalam tentang masyarakt Madinah menyebut bahawa masyarakt bandar ini mengamalkan ideologi kaum Badwi. Pada tahun 610 Masihi agama Islam diturunkan kepada masyarakat Makkah dan tiga tahun kemudian berita ini tersebar luas ke kota Madinah. Bermula dari saat itu, masyarakat kota kota tersebut mengubah cara hidup kepada keadaan yang lebih sempurna. Latar Belakang dan Anggota Masyarakat :

Sebelum kedatangan Islam, penduduk kota Makkah terdiri daripada Arab Quraisy yang dikenali sebagai golongan Hadari. Qussay berjaya menguasai kota Makkah pada tahun 440 Masihi. Walaupun mereka penduduk menetap, tetapi amalan hidup bersuku suku dan berpuak puak merenggangkan hubungan sesama mereka. Pauk Abd. Al Dar yang dianggotai oleh Bani Umaiyyah dan puak Abd. Manaf yang dianggotai oleh Bani Hashim merupakan dua kumpulan anggota masyarakat yang berpengaruh dan saling bermusuhan kerana perebutan kuasa dan pengaruh di Kota Makkah. Amalan permusuhan menjadi tradisi yang berlarutan membawa kepada peperangan. Peperangan al Fijr adalah bukti permusuhan mereka. Penduduk Yatrib yang dianggarkan seramai 4000 5000 orang terdiri separuhnya adalah berbangsa Yahudi yang datang ke Madinah ketika Baitul Muqadis ditakluki oleh tentera Kristian. Bani bani Yahudi bersatu walaupun mereka terdiri daripada beberapa bani. Kaum Arab pula adalah penduduk tempatan yang bermusuhan di kalangan suku suku hasil daripada adu dumba daripada puak yahudi. Permusuhan di antara suku ArabAus dengan Khazraj berlarutan sehingga tercetusnya peperangan Buath yang didalangi oleh orang Yahudi. Perang saudara ini berlarutan sekian lama.

Agama dan kepercayaan : Orang Arab Quraisy mempercayaai kuasa berhala. Amalan menyembah berhala diamalkan dengan patuh. Kaabah dan 360 berhala yang diletakkan disekitarnya dijadikan pusat penyembahan dan dikunjungi setiap hari. Semasa musim haji suasana sekitar Kaabah sangat sibuk dan kota Makkah menajdi tumpuan. Kepercayaan khurafat juga diamalkan oleh orang Quraisy terutamanya yang berkaitan dengan nasib dan tuah dalam perniagaan. Di Madinah orang Yahudi amat taksub memelihara kesucian agama Yahudi. Pada mereka agama Yahudi hanya untuk umat pilihan tuhan iiatu bangsa Yahudi. Golongan Yahudi memandang rendah bangsa bangsa lain termasuk orang Arab. Penganut kristian di Madinah memusuhi orang orang Yahudi yang mereka dakwa membunuh Nabi Isa a. s Kedatangan orang Yahudi dan Kristian di Madinah memberikan senario baru dalam hal keagamaan dikalangan orang Arab. Mereka yang menyembah berhala turut mengetahui adanya ajaran yang berasaskan ketuhanan. Akhlak : Orang Arab Quraisy terkenal dengan sifat memuliakan tetamu, walaupun yang datang itu musuh mereka. Mereka sentiasa menjaga maruah keluarga. Kelahiran anak lelaki disanjung manakala anak perempuan dibunuh kerana dikatakan membawa sial dan mala petaka. Sifat dengki dan dendam terhadap suku kaum lain yang lebih kuat sering mencetuskan pergaduhan. Sesiapa yang menang dalam apa apa pertaruhan termasuk perjudian dipuja secar lisan dan tulisan pada kain dan digantung di dinding Kaabah. Keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan, diisytiharkan dengan cara mengadakan majlis keramaian yang melampaui batas kesopanan dengan melibatkan wanita dan sajian minuman keras. Di Madinah, moral orang Arab juga rendah apabila mereka dengan mudah termakan hasutan orang Yahudi tanpa usul periksa. Orang Yahudi pula amat tamak dan mementingkan diri sendiri. Hal ini dapat dilihat dalam cara mereka melayani pesakit atau pelanggan yang bukan sebangsa dengan mereka. Terdapat juga orang Yahudi yang berakhlak sebagai mana yang dituntut oleh agama. Begitu juga dengan penganut Kristian. Mereka lebih mementingkan amalan kerohanian dan kehidupan.

Ekonomi : Masyarakat Arab Quraisy adalah masyarakat peniaga dan pedagang. Mereka mengimport batu batu permata dan rempah dari luar melalui pelabuhan Aden yang terletak di Laut Merah. Perniagaan dan perdagangan menjadi penggerak kepada kehidupan masyarakatnya. Sistem perdagangan bebas diamalkan secar riba di pasar yang dibina khas menjadikan Kota Makkah sebagi pusat tumpuan para pedagang dari utara dan selatan Semenanjung Tanah Arab. Perjanjian dagang dan damai diwujudkan dengan pedagang Rom dan sesama Arab tempatan diadakan bagi memastikan perdagangan dikedua pihak mendapat keuntungan. Pengishtiharan bulan bulan haram pada musim haji juga menggalakkan kegiatan perdagangan kerana pengisytiharan tersebut melarang segala bentuk pergaduhan atau peperangan. Orang Arab Makkah juga mengamalkan cara berdagang bermusim yang mana musim sejuk mereka berdagang ke Yaman dan pada musim panas mereka berdagang ke utara ( Syam ). Kegiatan ekonomi tanpa sekatan memberi peluang kepada ahli keluarga yang kaya untuk menjalani kehidupan yang mewah. Keadaan yang sama berlaku di Madinah, Yahudi memonopoli kegiatan ekonomi. Mereka sama ada tinggal di pusat bandar atau pinggir bandar, bekerja sebagai peniaga, pedagang, tukang, tabib dan petani. Ajaran agama yang melarang riba tidak dipatuhi. Mereka mewujudkan lapisan masyarakat yang hidup mewah dan menjadikan orang Arab yang kebanyakannya petani hidup dalam kemiskinan. Politik : Masyarakat Makkah ditadbir secara langsung oleh peraturan adat dan suku kaum masingmasing. Setiap suku kaum mempunyai ketua yang dikenali sebagai Sheikh yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan kabilah masing-masing selamat daripada sebarang ancaman. Sheikh dilantik berdasarkan kepada kekayaan, anak dan harta, kebenaranian dan kebijaksanaan. Ramai di kalangan masyarakat Quraisy yang berkebolehan dalam bidang kepimpinan menyebabkan mereka merebutkan jawatan dan gila kuasa. Sesiapa yang telah menjawat sesuatu jawatan tidak akan melepaskan jawatan dengan mudah. Mereka akan menolak pemimpin baru yang cuba mencabar kepimpinan mereka. Golongan kaya Makkah menubuhkan Mala iaitu majlis tertinggi yang dianggotai oleh ketua-ketua suku. Keputusan majlis ini dipengaruhi oleh golongan kaya. Golongan ini menggunakan Mala untuk menghukum pihak

yang disyaki akan mencabar kekuasaan mereka. Qussay telah menubuhkan Darul Naduah untuk tujuan kebajikan dan pertahan Kota Makakh. Selepas kematian jabatan ini dikuasai oleh golongan kaya menyebabkan suku-suku yang lemaah mengadakan Hilf al-Fudul untuk memperjuangkan nasib mereka. Situasi ini menggambarkan adanya pergolakkan di antara golongan kaya dan miskin. Di Madinah urusan pentadbiran dikuasai oleh Orang Yahudi. Mereka sentiasa berusaha supaya orang Arab tidak bersatu. Mereka menyedari bahawa perpaduan Arab bermakna ancaman kepada mereka. Walau bagaimanapun, setelah berlakunya perang Buath orang Arab semakin lemah dan mereka mula menyedari betapa perlunya mempunyai pemimpin yang boleh membela masib mereka. Perebutan kuasa antara Auz dan Khazraj. Ilmu Pengetahuan : Masyarakat Makkah kebanyakkannya tidak menguasai ilmu ilmu yang boeh mensejahterakan hidup mereka. Pedagang pedagang asing yang berilmu pun tidak menyumbangkan ilmu mereka. Mereka lebih cenderung untuk berurusan niaga dan berhibur. Tidak ada penemuan bukti bertulis atau monumen yang boleh mengukur kadar buta ilmu di kalangan mereka. Namun sejarah ada merekodkan bahawa terdapat kira kira 17 orang yang boleh membaca dan menulis. Berbeza dengan di Madinah. Golongan Yahudi terdiri daripada golongan profesional. Mereka mempunyai kitab yang perlu dibaca. Ilmu pertanian dan perubatan yang tidak tersebar kepada orang lain. Walaubagaimanapun, Arab Madinah dilihat ada kecenderungan untuk mempelajari ilmu keagamaan apabila mereka didapati cepat memahami konsep tauhid yang terkandung dalam agama Islam yang mereka anuti. Kehadiran agama Yahudi dan Kristian serta pergaulan mereka dengan penganut agama tersebut mendedahkan mereka kepada konsep tersebut.

AMALAN JAHILIYYAH Beberapa amalan Jahiliyyah berdasarkan al-Quran. Surah al-Maidah ayat 103. 1. Bahirah - Unta betina yang beranak 6 kali lalu dibelah telinganya, dilepaskan. Tidak boleh ditunggang dan tidak boleh diperah susunya. 2. Saibah - Unta betina yang dibiarkan pergi ke mana sahaja lantaran sesuatu nazar. Biasanya dilakukan sebelum memulakan sesuatu perjalanan yang sukar. 3. Washilah - Lembu yang melahirkan anak kembar yang anaknya jantan dan betina. Anak jantannya dikenali sbg Washilah lalu disembelih untuk diserahkan kepada berhala. 4. Haam - Unta jantan yang tidak boleh diganggu kerana telah membuntingkan unta betina sebanyak 10 kali.

Surah al-Maidah ayat 2 dan 97. 5. Qalaid - Binatang qurban yang telah diberi kalung supaya diketahui ramai bahawa binatang tersebut telah diperuntukkan untuk Kaabah.

KEDATANGAN ISLAM DI MADINAH

Madinah atau nama penuhnya Madinah al-Munawwarah ialah salah sebuah kota yang terdapat di wilayah Hijaz.Arab Saudi. Madinah sekarang mempunyai populasi seramai 839,400 orang (1999). Madinah pada asalnya bernama Yathrib tetapi selepas peristiwa hijrah. Namanya diubah kepada Madinat Al-Nabi (Kota Nabi) ataupun Al Madinah Al Munawwarah (Kota yang bercahaya) sementara perkataan Madinah bermaksud "bandar/kota". Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam.Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w.. Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad s.a.w. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul Malikk daripada Kerajaan Ummaiyyah. Masjid pertama yang dibina umat Islam juga terletak di Madinah iaitu Masjid Quba. Ramai ahli sejarah percaya bahawa sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Yathrib, kota ini merupakan sebuah penempatan yang tidak maju seperti Makkah sama ada dalam segi pembinaan, masyarakat dan sebagainya. Yathrib diasaskan oleh Yathrib bin Mahlaeil. Kawasan ini subur dengan tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan kaya dengan air. Hal ini menyebabkan Yathrib dikunjungi dan akhirnya diduduki oleh manusia dari kawasan setempat. Pada tahun 455 SM, suku-suku Arab dari utara mengunjungi dan akhirnya menetap di Yathrib.

Penhijrahan dari mekah ke madinah


Pada hari Isnin, 20 September 622 masihi berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah. Ramai orientalis barat mengganggap tindakan ini ialah melarikan diri. Penghijrahan ini berlaku bukan kerana umat Islam takut akan ancaman puak Quraish Makkah tetapi adalah kerana jemputan penduduk Madinah sendiri. Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikutnya bersetuju untuk berhijrah ke Yathrib yang kemudiannya dikenali sebagai Madinah al-Munawwarah. Selepas tiba di Madinah Nabi Muhammad s.a.w. merangka sebuah perlembagaan bagi menyatupadukan penduduk Madinah. Perlembagaan itu dipersetujui oleh semua penduduk Madinah dan dikenali sebagai Piagam Madinah.

Piagam Madinah
Piagam Madinah telah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal

23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin

24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi

Selain Piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu Piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara (Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum.

Perangkaan piagam madinah


Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah atau di kenali sebagai perlembagaan madani, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah. Langkah pertama Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran Rasulullah. Langkah kedua Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar. Langkah ketiga Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar. Berdasarkan langkah-langkah tersebut maka lahirlah satu perjanjian yang dikenali sebagai piagam Madinah. Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah:

Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.

Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.

Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masingmasing.

Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.

Tujuan piagam madinah


Piagam madinah ini ditubuhkan atas tujuan yang tertentu.Antaranya ialah:

Menghadapi masyarakat majmuk Madinah Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk. Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan Mewujudkan keamanan di Madinah Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat. Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi. Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan keluarga di Mekah

Prinsip piagam madinah


Terdapat pelbagai prinsip piagam madinah,Antaranya ialah:

Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara. Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial. Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah dicatatkan

Kebebasan beragama Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian

Kandungan piagam madinah


Di dalam kandungan piagam madinah terdapat 47 fasal,Antaranya ialah:

Fasal 1

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang : Inilah kitab (Piagam Bertulis) dari Nabi Muhammad, pesuruh Allah bagi orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memeluk Islam dari Quraisy dengan penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka.

Fasal 2

Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia-manusia lain.

Fasal 3

Golongan Muhajirin dari Quraisy tetaplah di atas pegangan lama mereka : mereka saling tanggung-menanggung membayar dan menerima diyat (wang tebusan) di antara sesama mereka dalam mana mereka menebus sesiapa yang tertawan dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang beriman.

Fasal 4

Bani Auf (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka dalam mana mereka bersamasama tanggung-menanggung membayar serta menerima wang tebusan seperti dulu; dan setiap taifah (golongan) tetaplah menebus sesiapa yang tertawan dari kalangan mereka sendiri dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 5

Bani al-Harith (dari Yathrib Madinah) bin al-Khazraj tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu, dan tia-tiap puak dari (Suku Khazraj) hendaklah membayar wang tebusandarah mereka sendiri dengan adil dan berkebajikan di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 6

Bani Saidah (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 7

Bani Jusyam (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 8

Banu al-Najjar (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 9

Bani Amru bin Auf tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 10

Bani al-Nabiet (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 11

Bani Aus (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 12

Bahawa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang masalah di antara mereka sendiri bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi sumbangan, dengan berkebajikan untuk menbayar wang tebusan darah dengan adil. Fasal 12-b

Hendaklah seseorang yang beriman itu tidak membuat apa-apa perjanjian dengan orang yang di bawah kawalan seseorang yang beriman yang lain dengan tidak mendapat persetujuan terlebih dahulu.

Fasal 13

Bahawa orang-orang beriman lagi bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuat kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman atau dosa atau perseteruan atau kerosakan di kalangan orang-orang beriman, dan mereka hendaklah bersatu bersama-sama menentang orang tersebut walaupun jika orang itu anak kepada salah seorang dari mereka.

Fasal 14

Tidak sayugianya seseorang mukmin itu membunuh seorang mukmin lain kerana seorang kafir, tidak sayugianya ia menolong mana-mana kafir terhadap seseorang mukmin.

Fasal 15

Bahawa jaminan Allah itu adalah satu dan sama; ia melindungi nasib orang yang lemah dari perbuatan mereka; dan bahawa orang-orang Mukmin hendaklah salinh menjamin sesama sendiri terhadap (gangguan) orang lain.

Fasal 16

Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapatkan pertolongan dan pimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan tidak baik terhadap mereka.

Fasal 17

Bahawa perdamaian orang-orang mukmin itu adalah satu dan sama, oleh itu tidak boleh dibuat perjanjian dengan mana-mana orang mukmin tanpa diturut serta oleh mukmin yang lain dalam sesuatu perang pada jalan Allah, melainkan dengan dasar persamaan dan keadilan di kalangan mereka.

Fasal 18

Bahawa setiap serangan kita hendaklah dikira sebagai serangan terhadap semua, oleh itu hendaklah disilihgantikan tenaga menentangnya.

Fasal 19

Bahawa orang mukmin hendaklah saling membela sesama mereka atas setiap darah yang tumpah pada jalan Allah.

Fasal 20

Bahawa orang-orang mukmin lagi bertaqwa hendaklah teguh di atas sebaik-baik petunjuk dan seteguh-teguhnya. Fasal 20-b

Nahawa tidak boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta orang-orang Quraisy dan tidak juga nyawa mereka dan tidak boleh menghalang orang mukmin (akan haknya)

Fasal 21

Barangsiapa membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang mukmin dengan tidak ada bukti yang cukup hendaklah dihukum bunuh balas kecuali dipersetuji oleh wali yang kena bunuh menerima ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suara mengutuk perbuatan itu, bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan terhadapnya.

Fasal 22

Bahawa tidak harus bagi mana-mana orang mukmin yang mengakui isi kandungan Piagam ini, dan percaya Allah dan Hari Kemudian, menolong mana-mana orang yang mencabul ataupun melindungi orang itu. Barangsiapa menolong orang itu maka keatasnya laknat Allah dan kemurkaanNya pada hari Kiamat kelak, dan tidak akan diterima darinya sebarang tebusan dan tidak juga sebarang taubat.

Fasal 23

Berbalah walau bagaimanapun kamu dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan Nabi Muhammad.

Fasal 24

Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut serta membelanja sama-sama dengan orang-orang mukmin selama mana mereka itu berperang

Fasal 25

Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri

Fasal 26

Yahudi Bani al-Najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

Fasal 27

Yahudi Bani al-Harith (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

Fasal 28

Yahudi Bani al-Saidah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

Fasal 29

Yahudi Bani Jusyaim (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

Fasal 30

Yahudi Bani al-Aus (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

Fasal 31

Yahudi Bani Thaalabah (diperlakukan sama dengan Yahudi Bani Auf, kecuali orang-orang zalim dan orang yang berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganya sendiri.

Fasal 32

Bahawa suku Jafnah yang bertalian keturunan dengan Yahudi Thaalabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu (Bani Thaalabah)

Fasal 33

Bani Shutaibah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf, dan sikap yang baik hendaklah membendung segala kejahatan.

Fasal 34

Bahawa orang-orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Thaalabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu.

Fasal 35

Bahawa para pegawai kepada orang-orang Yahudi (diperlakukan) sama dengan orang-orang Yahudi itu sendiri.

Fasal 36

Tiada seorang pun yang menyertai Piagam ini boleh menarik diri keluar dari pakatan mereka melainkan dengan persetujuan dari (Nabi) Muhammad.

Fasal 36-b

Tidak boleh disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang ke atas dirinya, barang siapa membuat kejahatan maka balasannya adalah dirinya dan keluarganya kecuali orang yang dizalimi dan bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati piagam ini.

Fasal 37

Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara seperti mana orang-orang mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama0sama tolong-menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan terhadap perbuatan dosa. Fasal 37-b

Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang dizalimi.

Fasal 38

Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah memikul biayaan bersama-sama orang mukmin selama mana mereka berada dalam keadaan perang

Fasal 39

Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sempadannya tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam ini

Fasal 40

Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlaku sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya sebarang bahaya dan dosa.

Fasal 41

Tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan (wanita) melainkan dengan izin keluarganya sendiri.

Fasal 42

Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran di antara sesama peserta piagam ini sekira-kira dikhuatiri membawa bencana maka hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah, Allah menyaksikan kebaikan isi kandungan piagam ini dan merestuinya

Fasal 43

Bahawa tidaklah boleh diberi bantuan perlindungan kepada Quraisy (musuh), begitu juga tidak boleh diberi perlindungan kepada orang-orang yang membantunya.

Fasal 44

Bahawa hendaklah bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib daripada mana-mana pihak yang mencerobohnya.

Fasal 45

Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur dalam satu-satu perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur ke dalam perdamaian itu; dan bila mana mereka diajak berbuat demikian maka orang-orang mukmin hendaklah merestuinya kecuali terhadap orang-orang yang memerangi agama (Islam).

Fasal 46

Bahawa orang-orang Yahudi Aus sendiri dan begitu juga orang-orang yang bersekutu dengan mereka hendaklah memikul kewajipan sama seperti mana pihak-pihak yang lain yang menganggotai ini demi kebaikan mereka semata-mata (perdamaian) dari anggota-anggota piagam ini. Dan mereka hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak melakukan dosa kerana barang siapa yang berbuat sesuatu maka dialah yang menanggungnya sendiri. Dan Allah menyaksi akan kebenaran isi kandungan Piagam ini dan merestuinya.

Fasal 47

Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang bersalah; dan bahawa mulai dari saat ini barang siapa berpergiaan dari kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau bersalah. Dan bahawa Allah merestui setiap orang yang membuat kebajikan dan bertakwa dan bahawa Muhammad hendaklah diakui Pesuruh Allah

Madinah selepas kewafatan rasulullah s.a.w


Di bawah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin empayar Islam berkembang dengan pantas sehinggakan tentera Islam berjaya menakluk kota-kota yang penting seperti Damsyik,Baitulmuqaddis,Iskandariah,dan Baghdad.Selepas kematian khalifah keempat Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Ali bin Abi Talib,Muawiyyah yang pada ketika itu merupakan gabenor Damsyik mengubah pusat pemerintahan kerajaan Islam ke Damsyik. Beliau kemudiannya menubuhkan dan mengasaskan Kerajaan Ummaiyyah. Kota Madinah kemudiannya hanya menjadi pusat keagamaan sahaja daripada menjadi pusat politik. Pada tahun 1924, Madinah yang sudah lama berada di bawah kekuasaan Uthmaniyyah jatuh ke tangan Ibnu Saud yang kemudiannya menjadi Raja Arab Saudi.

PENYEBARAN ISLAM DI MEKAH


Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah)terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t. Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam.Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersembahyang.Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut.Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah

Penyebaran Agama islam di Makkah


Penyebaran Islam di makkah dilakukan secara berperingkat-peringkat,iaitu pada mulanya secara rahsia dan kemudian secara terbuka.dakwah Islamiah secara rahsia berjalan selama tiga tahun manakala secara terbuka 10 tahun.dakwah islamiah secara rahsia ditujukan kepada ahli keluarga baginda,sahabat yang rapat,dan kaum kerabat baginda.Dakwah Islamiah secara terbuka dilakukan setelah baginda menerima perintah Allah s.w.t. supaya Dakwah Islamiah kepada masyarakat Makkah dilakukan secara terang-terangan.Ringkasan peringkat-peringkat penyebaran islam ditunjukkan dibawah

Peringkat 1:
Penyebaran secara sulit selama tiga tahun Hanya disebarkan kepada keluarga dan sahabat baginda yang terdekat. Khadijah binti Khuwailid ialah orang yang pertama memeluk Islam dan diikuti oleh sepupu baginda,iaitu Ali bin Abu Talib,Zaid bin Harithah,Abu Bakar al-Siddiq dan Uthman bin Affan.
Peringkat 2: Penyebaran secara terbuka kepada segenap lapisan masyarakat Makkah. Penentangan secara terbuka diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w

Cara-cara penyebaran agama Islam di Makkah


Agama Islam yang disebarkan secara sulit telah mendapat sambutan.Semakin ramai masyarakat Arab yang memeluk Agama Islam.Sebuah rumah,iaitu Darul alqam telah dijadikan sebagai pusat kegiatan Islam yang pertama di Makkah.(Rumah al-Arqam bin Abu Arqam Dakwah Islamiah telah mendapat sambutan daripada golongan bangsawaan dan golongan bawahan kerana ketinggian akhlak Nabi Muhammad s.a.w. dan kejujuran para sahabatnya. Setelah tiga tahun menjalankan kegiatan penyebaran Agama Islam secara sulit,Allah telah memerintahkan supaya Nabi Muhammad s.a.w. menjalankan penyebaran Islam secara terbuka.Keadaan ini menyebabkan semakin ramai orang Arab yang memeluk agama Islam. Baginda juga menjalankan dakwah Islamiah secara terbuka kepada keluarga Abdul Muttalib melalui ceramah yang diadakan dirumah Ali bin Abu Talib.Terdapat ahli keluarga baginda yang menerima dan ada juga yang menentangnya. Tentangan yang paling hebat diterima daripada Abu Lahab,iaitu bapa saudara baginda. Dakwah Islamiah secara terbuka kepada orang ramai pula dijalankan di Bukit Safa,Makkah.Majlis ini dihadiri oleh semua ketua pentadbir kota Makkah. Orang Quraisy mula bimbang apabila semakin ramai orang Arab memeluk agama Islam.Oleh itu,mereka mula melakukan penentangan dengan menghina,mencaci dan menyeksa orang Islam.

Antara sahabat yang membantu Nabi Muhammad s.a.w ketika beliau menyebarkan dakwah al-Arqam bin Abu Arqam.

beliau dilahirkan di Makkah pada tahun 594M. rumahnya menjadi pilihan oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk menjalankan dakwah Islamiah.

kebanyakan para sahabat yang mendapat bimbingan dirumahnya menjadi pemimpin kerajaan islam.

rumahnya berkekalan dijadikan rumah yang diwakafkan dan didiami oleh anak-anaknya sehingga peringkat awal zaman kerajaan Bani Umaiyah.

Anda mungkin juga menyukai