Anda di halaman 1dari 28

Tema 1- Zaman Jahiliah

SOALAN : Sejauh manakah masyarakat Arab pada zaman jahiliyah dikatakan


masyarakat yang tidak mempunyai peradaban dan tamadun.

A. Pengenalan
1. Maksud Jahiliyah. Jahiliah berasal dari perkataan "jahil" yang bermaksud bodoh.
Al-Quran tidak memberi batas tertentu bagi zaman jahiliah. Kamus Bahasa Arab
menyebutkan zaman jahiliah sebagai zaman sebelum Islam, iaitu sebelum turunnya
al-Quran. Ciri-ciri jahiliah berdasarkan al-Quran adalah tidak mempunyai nabi atau
kitab suci sebagai petunjuk, tidak mempunyai tamadun / peradaban, masyarakat
tidak berakhlak, angkuh dan bongkak dan masyarakat jahil dan mereka tidak tahu
membaca atau menulis.

2. Latar belakang masyarakat Arab Jahiliyah. Zaman jahiliyah ialah zaman selepas
keruntuhan kerajaan Saba kira-kira 300 tahun (3 abad) sebelum kerasulan Nabi
Muhammad s.a.w. dan berakhir apabila turunnya wahyu al Quran kepada Nabi
Muhammad s.a.w. pada tahun 610 M.

3. Maksud tamadun tamadun ialah kata Arab yang bermaksud kemajuan,


kehalusan budi pekerti dan sopan santun. Menurut Ibnu Khaldum, perkataan
tamadun atau madani adalah merujuk kepada masyarakat manusia yang maju dan
makmur sama ada di kota atau di desa.

Sebab masyarakat Arab dikatakan tidak bertamadun.


1. Akidah kepercayaan yang sesat.
Zaman jahiliyah dianggap zaman yang mengalami keruntuhan dari segi agama dan
kesesatan dalam beragama yang begitu dahsyat di Semenanjung Arab. Masyarakat
Arab pada era zaman jahiliyah dikatakan hilang pedoman dan dilanda kejahilan
dalam beragama. Tersebarnya pelbagai agama di Semenanjung Arab kerana
hubungan masyarakatnya dengan dunia luar menerusi hubungan perdagangan.
Orang Parsi berusaha untuk menyebarkan agama Majusi, manakala orang Rom
berusaha menyebarkan agama Nasrani yang diselewengkan di kalangan
masyarakat pesisiran pantai Semenanjung Arab. Terdapat juga yang menganut
agama Yahudi yang juga telah diselewengkan oleh pendeta agama mereka .

Manakala orang Arab di bahagian tengah Semenanjung Arab berpegang teguh


dengan agama nenek moyang mereka, iaitu agama menyembah berhala.(Agama
Wathani). Terdapat juga kepercayaan animisme dan tahyul diamalkan.

2. Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
Pada zaman Jahiliyah, masyarakatnya tidak mempunyai pemimpin agama yang
boleh membimbing mereka mengenal agama yang benar dan hidup bersyariat yang
baik. Tidak ada nabi dan rasul yang menyeru mereka ke arah agama yang benar
dan menyampaikan ajaran Allah (swt). Berbeza dengan zaman sebelum runtuhnya
empangan Maarib di mana terdapatnya beberapa orang nabi dan rasul yang
menyeru masyarakat Arab ke arah agama Allah (swt). Masyarakat arab jahiliyah juga
tidak menggunakan kitab-kitab suci asal yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelum
mereka sebagai panduan dan rujukan daripada kesesatan. Malah mereka menjadi
pengikut memesongkan isi kitab suci terdahulu untuk kepentingan puak-puak
masing-masing. Seperti kaum Yahudi yang mengubah isi kandungan kitab Taurat
dan mengingkari ayat-ayat Allah (swt)

3. Keruntuhan akhlak. Mereka banyak mengamalkan nilai-nilai buruk dalam


kehidupan seharian. Nilai-nilai buruk yang agak ketara ialah seperti suka berperang,
pendendam, minum arak, berjudi, berzina, merompak, mengamalkan semangat
asabiyah, dan membunuh anak perempuan.

4. Kedudukan wanita di dalam masyarakat Arab Jahiliah sangat rendah / hina.


Mereka malu sekiranya mendapat anak perempuan. Hal ini jelas disebutkan dalam
al-Quran, Surah al-Nahl . Kedudukan wanita yang dipandang rendah menyebabkan
timbulnya amalan membunuh anak perempuan sebaik sahaja dilahirkan.
Sesetengahnya ditanam hidup-hidup.Kaum wanita biasanya dijadikan sebagai alat
untuk memuaskan nafsu lelaki.

5. Penipuan dalam ekonomi. Menjadi kebiasaan orang Arab Jahiliyah melakukan


penipuan timbangan dan sukatan dan mengamalkan riba. Kegiatan perdagangan
orang Arab melibatkan riba. Mereka mengenakan kadar bayaran balik yang tinggi
kepada peminjam.

6. Ilmu pengetahuan
ilmu pengetahuan sangat sedikit orang arab yang tahu membaca dan menulis dan
tiada tradisi penyebaran ilmu dan pendidikan dalam masyarakat Arab jahiliyah.
Mereka hanya memiliki asas-asas ilmu politik, ekonomi dan perniagaan.
Masyarakatnya hidup dalam keadaan buta huruf. Penyebaran ilmu pengetahuan
berlaku di kawasan pinggir iaitu Selatan dan Barat Semenanjung Tanah Arab kerana
adanya hubungan perdagangan dengan dunia luar. Walau bagaimanapun, keadaan
ini tidak dipraktis dengan sepenuhnya. Ilmu pengetahuan tidak diwarisi kepada
generasi baru juga. Hal ini menyebabkan orang Arab tidak berupaya membina
semula Empangan Maarib yang telah runtuh. Dikatakan hampir semua orang Arab
buta huruf. Buktinya menurut al-Baladhuri, hanya 17 orang Arab sahaja yang tahu
membaca dan menulis.

7. Keangkuhan dan sombong - Mereka mengamalkan semangat asabiyah. Oleh


sebab mereka hidup secara berkabilah, mereka mempunyai semangat asabiyah
yang sangat kuat. Semangat ini menyebabkan sering berlakunya peperangan yang
berpanjangan di antara satu kabilah dengan kabilah yang lain. Mereka akan segera
bertindak sekiranya terdapat anggota kabilah yang dizalimi. Kehidupan yang secara
berpuak-puak, menyebabkan mereka ini sering berperang sesama sendiri sama ada
secara individu atau kelompok. Tujuannya adalah untuk mendapat kuasa, restu
puak, perlindungan dan pengaruh daripada penjajah.

8. Sistem pemerintahan. Tidak terdapat satu bentuk kerajaan yang teratur dan
mempunyai sistem pemerintahan yang kukuh. Keseluruhan Semenanjung Arab
dikuasai oleh suku atau puak-puak Arab yang berpecah mengikut sistem kabilah.
Sistem politik Arab Jahiliah tidak seragam. Ia dipengaruhi oleh faktor perbezaan
daerah, keturunan yang memerintah atau kuasa asing yang menjajah. Di bahagian
Utara Semenanjung Tanah Arab, sistem politiknya berbentuk negara naungan.
Kerajaan Ghassan adalah naungan Rom manakala Hirah adalah naungan Parsi.
Oleh itu, sistem politik mereka telah terpengaruh oleh sistem politik sama ada Rom
atau Parsi. Makkah turut menerima ancaman Habsyah-Rom di bawah penguasa
Abrahah. Orang-orang Arab juga mengamalkan sistem politik berkabilah. Sistem ini
adalah berbentuk primitif di mana peraturan yang diwujudkan hanyalah untuk kabilah
mereka sendiri. Ketua kabilah, iaitu Sheikh adalah orang yang bertanggungjawab
terhadap kabilah. Segala peraturan perlu dipatuhi, jika tidak mereka boleh
disingkirkan dari kabilah tersebut dan mereka perlu memasuki kabilah yang lain.

ciri-ciri ketamadunan masyarakat Arab zaman jahiliyah yang baik.


9. Mengamalkan perdagangan antarabangsa.
Sistem ekonomi orang Arab Hadari kebanyakannya ialah pedagang yang bergerak
dalam kafilah. Sesebuah kafilah biasanya mengandungi 500-1,000 ekor unta. Sistem
perdagangan yang biasa diadakan ialah sistem perdagangan dua musim, iaitu
musim panas dan musim sejuk. Pada musim panas, mereka bergerak ke Utara, iaitu
Syam dan pada musim sejuk, mereka bergerak ke Selatan iaitu Yaman. Di samping
itu, mereka akan berkumpul di tengah Semenanjung Tanah Arab khususnya pada
musim Haji kerana terdapat 3 buah pasar iaitu pasar Ukaz, Zulmajaz dan
Zulmajinman. Orang-orang Arab Jahiliah juga melibatkan diri dalam kegiatan
perdagangan antarabangsa. Mereka dikatakan mempunyai hubungan dengan
orang-orang India, China dan Nusantara. Mereka mengambil barang dagangan dari
pelabuhan di Yaman dan membawa ke Syam (Damsyik) untuk dijual kepada
pedagang Eropah.

10. Menghormati tetamu walaupun musuh.


Antara nilai-nilai baik yang mereka miliki ialah menghormati tetamu, pemurah, setia
pada janji, berani, serta memberi penghargaan terutamanya kepada golongan
penyair.

11. Mahir dalam bidang kesusasteraan.


Dalam kesusasteraan, orang Arab pandai bersyair, bersajak dan berkhutbah. Tokoh
seperti ini ialah Imru al-Qais, Zuhair dan Tarafah. Mereka dikatakan telah
menghasilkan karya-karya yang dianggap bermutu yang disebut "al-Mu'allaqat-alSab" yang pernah digantung di Kaabah. Syair-syair akan dikemukakan di pasar
Ukadz setiap tahun semasa temasya tahunan. Namun, karya-karya ini
kebanyakannya berbentuk sajak cinta, ratapan, pujaan, sindir-cerca yang bertujuan
berseronok. Kebanyakan hasil ini dihasilkan secara kreatif atau pengalaman atau
khayalan dan tidak menunjukkan daya intelektual yang tinggi. Semua karya ini
dikatakan mengandungi kata-kata yang tidak sopan.

Bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.


SOALAN : Bincangkan bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum
kedatangan Islam.

Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula
dari tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman kedatangan Islam (610
M). Ciri-ciri masyarakat Jahiliah ini tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci
sebagai panduan.
Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan
Jahiliah yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa
tersebut dalam semua aspek kehidupan.
Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan
kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan
oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan
tahyul dan tradisi lama yang diwarisi. Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep
penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.

Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi (Agama langit) yang
diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi
(agama ciptaan) yang direka oleh manusia sendiri.
1. Agama Hanif
Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa. Agama
ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan
yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan
Nabi Muhammad s.a.w sendiri.
2. Agama Yahudi
Agama yang dianuti oleh masyarakat Arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh
Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun
golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi
sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.
3. Agama Nasrani
Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut.
Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut
agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama
Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.

4. Agama Wathani(Penyembahan berhala)


Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala
yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala
dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya.
Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza,
Al-Manat, dan Al-Hubal.
5. Agama Majusi
Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah
matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu
hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan
perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.
6. Agama penyembahan Cekarawala
Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua
cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.
7. Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme)
Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk
makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan
dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.
8. Penyembahan Tuhan Padang Pasir.
Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ahlil-saf ). Mereka percaya bahawa padang pasir
wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam
dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.
9. Kepercayaan Animisme
Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air
dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai
tempat kediaman tuhan yang jahat.
10. Kepercayaan tahyul
Kepercayaan tangkal azimat
a. Roh orang mati menjadi burung.
b. Percaya kepada ahli nujum.
c. Percaya kepada ahli sihir.
d. Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri
membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.

e. Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.


f. Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari
perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.
g. Membuat keputusan melalui anak panah.

Ciri-ciri sosio-ekonomi masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah.


SOALAN : Bincangkan ciri-ciri sosio-ekonomi masyarakat Arab pada zaman
Jahiliyah.

A. Pendahuluan
1. Definisi jahiliyah ( oleh P.K. Hitti):
hanya jahil dari segi agama sahaja, bukan dari segi ilmu pengetahuan.
Alasannya ialah zaman tersebut tiada nabi dan kitab sebagai petunjuk.

2. Definisi jahiliyah (dari segi bahasa):


Bererti bodoh dan sesat

3. Ciri-ciri jahiliyah (mengikut al-Quran):


Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
Zaman yang tidak mempunyai peradaban @ tamadun
Zaman masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
Zaman masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca.

4. Era/jangka masa zaman jahiliyah:


Berlaku selama 3 abad iaitu apabila berakhirnya kejatuhan kerajaan Saba peringkat
ketiga @ peringkat akhir Himyar
Sekitar tahun 300M hingga turun Al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w
pada tahun 610M

5. Konsep manusia pada zaman jahiliyah.


Menghargai kehidupan sendiri dan sesama suku.
Menghargai dan mendewakan kuasa alam sekeliling.

Mempercayai adanya tuhan tetapi tidak beriman kepada satu tuhan.


Percaya adanya kelahiran dan keturunan tapi tidak beriman kepada satu tuhan.
Percaya adanya kematian tetapi tidak mempercayai adanya hidup selepas kematian.
Percaya adanya kelahiran dan keturunan tetapi tidak mengetahui asal usul
manusia di sisi tuhan.
Ciri kemanusiaan Arab jahiliah terpancar dalam bidang kehidupan.

Ciri-Ciri sosio-ekonomi Masyarakat Arab Jahiliyah


A) ASPEK EKONOMI
1. Pertanian
Selepas keruntuhan empangan Maarib dalam kerajaan Sabak menyebabkan
ketidakstabilan politik dan kemerosotan ekonomi masyarakat Arab.
Pengeluaran pertanian di selatan Semenanjung Tanah Arab merosot dengan teruk
akibat tiada sistem pengairan yang baik.
Aktiviti pertanian terhad, hanya tertumpu di kawasan subur yang mempunyai oasis
seperti di Yaman.

2. Perdagangan
Oleh itu orang Arab menjalankan aktiviti perdagangan di kota Makkah, Hirah dan
Ghassan.
Aktiviti perdagangan berlaku antara selatan dengan utara perdagangan dua musim
iaitu musim sejuk di Yaman dan musim panas di Syam dan pada musim haji
tertumpu di Makkah.
Terdapat rombongan perdagangan dalam bentuk kumpulan yang dikenali sebagai
kafilah
Perdagangan dijalankan dalam sistem barter.
Barang dagangan utama ialah bijiran, wangi-wangian, rempah ratus, gaharu, berhala
dan sebagainya.

3. Amalan dalam ekonomi


Mengamalkan penindasan seperti riba dan penipuan.
Biasa menipu dalam ukuran sukatan timbangan dalam urusan perdagangan.
Menjalankan perniagaan jahiliyah seperti penjualan patung berhala pada musim haji
yang sangat menuntungkan.

4. Rompakan
Puak Badwi melakukan rompakan ke atas kafilah-kafilah perdagangan kaum
bangsawan Quraisy.
Rompakan menjadi pekerjaan utama dan satu pekerjaan yang mulia.

5. Penternakan
Kegiatan utama kaum Badwi ialah menternak secara nomad. Antara binatang ternak
seperti unta, kambing dan biri-biri.
Mereka berpindah randah untuk mencari kawasan rumput dan air bagi binatang
ternakan mereka.
Binatang ternakan menjadi status kekayaan.
Ekonomi masyarakat Quraisy tidak berkembang kerana permusuhan yang ketara
antara golongan yang kaya dengan miskin.

B) ASPEK SOSIAL
1. Struktur Masyarakat
Struktur masyarakat Arab boleh dibahagi kepada dua iaitu Arab Hadari (yang tinggal
di bandar) dan Arab Badwi (yang tinggal di padang pasir)
Mereka tertakluk kepada sistem berkabilah.
Masyarakat berkabilah adalah berlandaskan pertalian darah dan keturunan
(semangat asabiyah)
Mereka bermegah dengan kabilahnya dan memandang hina terhadap kabilah yang
lain.

2. Semangat Assabiyyah
Mereka ada perasaan setiakawan @ asabiyah yang sentiasa terjalin rapi.
Selalu berlaku peperangan antara kabilah.
Tujuannya untuk mencari nama, kuasa, pengaruh dan harta benda sebagai lambang
kemegahan kabilah mereka
Peperangan antara mereka sering melibatkan dua atau banyak suku dan memakan
masa yang lama walaupun disebabkan oleh perkara kecil sahaja.
Contoh; Perang Basus berlaku antara kabilah Bakr dengan Rabiah selama 40 tahun
kerana matinya seekor unta.

3. Kedudukan wanita
Kedudukan wanita tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat @
keluarga.
Orang perempuan sering dijadikan alat hiburan dan pemuas seks.
Mereka gemar menanam anak perempuan hidup-hidup terutama golongan miskin.
Mereka lebih suka mempunyai ramai anak lelaki kerana beranggapan anak
perempuan apabila besar kelak boleh menimbulkan masalah sosial dan ekonomi. Ini
akan memalukan mereka kelak.

4. Akhlak tidak bermoral


Mereka melakukan akhlak yang rendah dan tidak bermoral dalam kehidupan.
Mereka berzina, berjudi , membunuh anak perempuan, dan minum arak yang
merupakan kebiasaan kepada masyarakat Arab jahiliyah.
Mempunyai sikap sombong, suka menindas dan menzalimi terutama terhadap
golongan miskin dan hamba.

5. Akhlak mulia
Mereka juga mempunyai sifat terpuji seperti melayan tetamu yang datang dengan
baik walaupun musuhnya, menepati janji dan sebagainya.

6. Kedudukan hamba
Hamba dipandang hina dan mempunyai status yang terendah dalam kalangan
masyarakat .
Hamba disiksa terutama apabila mendapat tahu hamba telah memeluk agama Islam
seperti penyiksaan ke atas Bilal bin Rabah oleh tuannya Umayyah bin Khallaf.

7. Tahap penguasaan ilmu pengetahuan rendah


Majoritinya adalah buta huruf.
Ini kerana sikap mereka tidak mementingkan ilmu pengetahuan.
Hanya mementingkan daya hafalan dan ingatan yang kuat sahaja.
Hanya 17 orang yang tahu membaca dan menulis.

Usaha-usaha Nabi Muhammad s.a.w. dalam pembentukan masyarakat Islam di


Mekah dan Madinah.

SOALAN : Huraikan usaha-usaha Nabi Muhammad s.a.w. dalam pembentukan


masyarakat Islam di Mekah dan Madinah.

Latar belakang Nabi Muhammad s.a.w : Nabi Muhammad s.a.w berketurunan Bani
Hashim, lahir pada 12 Rabbiulawal, tahun gajah. Setelah menerima wahyu , baginda
beruasaha membina masyarakat Islam di Mekah melalui aktiviti dakwah, tetapi
mendapat tentangan daripada kaum Quraish.
Penentangan ini telah membawa kepada penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan
para sahabat baginda ke Madinah.
Baginda meneruskan usaha dakwahnya di Madinah dan dipilih sebagai pemimpin di
Negara Kota tersebut.
Latar belakang masyarakat Mekah dan Madinah : Nama asal Makkah ialah
Makoraba. Kemudian nama kota itu diubah kepada nama Bakkah dan Makkah.
Dalam Al Quran Makkah disebut sebagai Bakkah yang telah didiami manusia sejak
2400 tahun dahulu.
Kota Madinah dikenali sebagai Yathrib,
bermakna kota yang bercahaya.
Kedudukannya sangat strategic, iaitu terletak ditengah-tengah perjalanan di antara
Syam di Selatan dan Mekah di bahagian utara. Madinah terletak berhampiran
lembah yang subur, pertanian dapat dijalankan sepanjang tahun.Kesuburan
tanahnya menjadi pusat tumpuan ramai.

Pembinaan masyarakat Islam di Mekah

Dakwah secara sulit :

Berlangsung selama 3 tahun berusaha membina masyarakat Islam melalui


aktiviti dakwah Secara sulit baginda menyampaikan dakwah kepada kaum
keluarganya yang terdakat iaitu bapa saudaranya. Keluarga sepupu dan juag temanteman yang rapat. hanya beberapa orang sahaja yang memeluk Islam-antaranya Siti
Khadijah iaitu isteri baginda serta sahabatnya Abu Bakar. Baginda menyeru mereka
supaya beriamn kepada Allah dan rasulnya serta meninggalkan ibadat menyembah
berhala, Baginda juga mengajak mereka melakukan kebaikan dan kebajikan serta
meninggalkan perkara / perbuatan yang mungkar seperti judi, minum arak, menipu,

merompak, berzina, membunuh anak dan sebagainya. Dakwah yang disampaikan


oleh baginda adalh secara lemah-lembut dan penuh hikmah. Rumah al-Arqam
dijadikan markas pertama dakwah islamiyah, rumah tersebut terletak di Bukit Safa.

Setelah mendapat wahyu daripada Allah yang memerintah baginda


menyampaikan dakwah secara terang-terangan.

Dakwah secara terang :

Berlangsung selama 10 tahun. Mendapat penentangan daripada kaum Kafir


Quraisy dalam bentuk siksaan, cacian, ejekan, penghinaan dan pemulauan.
(huraikan). Orang Kafir Quraisy juga menggunakan teknik pujukan melalui Abu Talib,
bapa saudara Nabi Muhammad yang ketika itu merupakan pembesar Quraisy dan
teknik tawaran iaitu menawarkan pangkat dan harta kpd Nabi Muhammad. Kesemua
teknik ini tidak berjaya melemahkan semangat Nabi Muhammad s.aw untuk terus
menyebarkan Islam.

Pembentukan masyarakat Islam di Madinah.


Pembinaan masjid :

Pembinaan masjid.-Merupakan usaha pertama Nabi Muhammad s.a.w di


Madinah.

Fungsi masjid Tempat perhimpunan umat Islam untuk mengadakan


perbincangan, pusat pengajian, pusat ibadat, pusat pentadbiran dan berurusniaga.

Masjid terawal dibina ialah masjid Nabawi.

Pembinaan masjid telah melipatgandakan usaha-usaha dakwah.

Piagam Madinah :
Diperkenalkan untuk menyatupadukan masyarakat di Madinah.
Kandungan piagam ini mencatatkan tanggungjawa pemerintah dengan golongan
yang diperintah, hak-hak manusia, persaudaraan,Keselamatan, tanggungjawab
sosial, ekonomi dan sebaginya.
Perundangan Islam bersumberkan Al-Quran, Hadith, Qias, dan Ijmak
Baginda juga telah memperkenalkan konsep persamaan antara manusia.

Pemulihan ekonomi :

Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling


membantu sehingga meliputi segenap bidang.
Golongan Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian.
Nabi menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang perniagaan.

Hubungan sosial :
Nabi Muhammad s.a.w telah menyatukan orang-orang Aus dan Khazraj yang
saling bermusuhan sebelum ini.

Nabi Muhammad s.a.w telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar.

Baginda berusaha menghilangkan rasa kesepian orang Muhajirin yang berjauhan


dengan keluara dan sanggup meninggalkan saudara mara di Mekah.

Ciri Kepemimpinan yang Terdapat Pada diri Nabi Muhammad SAW

JELASKAN LIMA CIRI KEPEMIMPINAN YANG TERDAPAT PADA DIRI NABI


MUHAMMAD SAW

Kepimpinan Nabi Muhammad SAW terserlah sewaktu baginda berada di kota


Makkah lagi atau lebih tepat sebelum baginda menerima wahyu sebagai Nabi dan
Rasul.
Kepimpinan baginda lebih terserlah setelah baginda berhijrah ke Madinah; diiktiraf
sebagai pemimpin tertinggi Negara Islam Madinah melalui penggubalan Piagam
Madinah.

Ciri-ciri kepemimpinan Nabi Muhammad saw


Adil :
Antara ciri kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. ialah bersifat adil. Isteri baginda iaitu
Saidatina Aisyah binti Abu Bakar al Siddiq menyatakan baginda bersikap adil dalam
segala hal seperti percakapan dan perbuatan.
Baginda telah menghapuskan diskriminasi kaum dengan menghapuskan semangat
assabiyah. Baginda juga membela kaum wanita serta memperkenalkan sistem
ekonomi yang adil. Amalan riba dan penipuan yang selama ini menjadi kebiasaan
para pedagang Arab telah diharamkan dan digantikan dengan ekonomi Islam.
Baginda berjaya menghapuskan semangat assabiyah dan diskriminasi kabilah. Dgn
mengamalkan keadilan, baginda berjaya mewujudkan perpaduan dan keharmosian
dlm kalangan masyarakat.

Bijak :
Baginda juga seorang yang bijak. Baginda pintar mengatur taktik dan strategi
peperangan.
Contohnya, walaupun tentera Islam cuma seramai 313 orang dalam Perang Badar,
namun dengan adanya strategi bijak yang diatur oleh baginda, mereka berjaya
mengalahkan tentera Musyrikin/Quraisy Makkah yang seramai 1000 orang.
Sebagai pemimpin tertinggi, baginda tidak sombong malah menerima pakai nasihat
para sahabat. Contohnya baginda menerima cadangan Salman al Farisi agar
menggali parit sekeliling kota Madinah untuk menyekat kemaraan tentera musuh

dalam Perang Khandak. Baginda jg bijak berpolitik apabila menghantar perutusan


dari Madinah ke Rom, Parsi dan Habsyah. Kuasa-kuasa besar ini mengakui
Madinah sebagai negara yg berdaulat.

Berani dan Tegas :


Nabi Muhammad s.a.w. juga seorang yang berani dan tegas. Baginda bukan sahaja
seorang nabi dan rasul yang diutuskan malah juga seorang pahlawan yang tiada
tolok bandingnya.
Baginda mengetuai setiap ekspedisi perang walaupun jumlah tenteranya kecil malah
baginda berasa bertanggungjawab meniupkan semangat jihad dalam kalangan
tentera Islam. Ketegasan baginda pula terserlah dengan menyingkirkan kaum
Yahudi Bani Qainuqa, Bani Nadhir dan Bani Quraizah dari bumi Madinah setelah
melanggar Piagam Madinah. Mereka telah cuba menimbulkan keadaan huru-hara
serta memecahbelahkan penduduk Madinah. Kesannya, penduduk Madinah kini
Cuma terbatas kepada orang Islam sahaja.

Cekal :
Baginda juga seorang yang cekal. Walaupun menerima tentangan hebat seawal
usaha penyebaran Islam di Makkah, namun baginda tetap meneruskan dakwah
Islamiyah walaupun terpaksa berhijrah ke tempat lain.
Contoh, baginda tetap tabah menghadapi tentangan walaupun penentang itu
datangnya daripada ahli keluarga terdekat seperti Abu Lahab yang merupakan bapa
saudara baginda. Pelbagai cara digunakan oleh Quraisy untuk menunjukkan protes
mereka namun usaha mereka itu menemui kegagalan dan akhirnya Nabi
Muhammad s.a.w. berjaya membina sebuah negara Islam Madinah yang mampu
menyaingi kota Makkah dari aspek ekonomi yang ketika itu dipegang oleh kaum
Yahudi.

Berakhlak Mulia :
Nabi Muhammad s.a.w. juga seorang yang berakhlak mulia. Akhlak mulia mampu
menarik hati tidak kira kawan ataupun lawan. Dalam aspek kekeluargaan, baginda
merupakan ketua keluarga yang patut dicontohi ekoran sifat pengasih dan
penyayang.
Contohnya, baginda sering membantu isteri memasak, menampal pakaian yang
koyak, melayan anak-anak serta membersihkan rumah. Orang Arab Quraisy
menggelarkan baginda al-Amin kerana segala perkataan dan perbuatan baginda

sentiasa dipercayai. Baginda juga seorang pemaaf seperti memaafkan Saidina Umar
al Khattab yang pernah menjadi musuh ketat Islam malah pernah cuba membunuh
baginda. Akhlak baginda dapat mempersaudarakan masyarakat Arab yang
berpecah-belah. Baginda juga memperkenalkan etika peperangan yg dpt menarik
hati pihak kawan dan lawan.

Berakidah :
Nilai kepimpinan Nabi Muhammad SAW berteraskan akidah dan tauhid. Baginda
menyeru manusia supaya beriman kepada Allah dan mematuhi syariatnya. Selagi
manusia melakukan suruhannya-Nya, maka mereka akan mencapai kebahagiaan di
dunia dan akhirat.
Buktinya, dalam usaha menegakkan Islam, Nabi Muhammad SAW menanam
semangat jihad. Keimananan mereka membawa kejayaan dalam medan
peperangan, Orang Islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW berjaya
mengalahkan musuh-musuh Islam. Nabi Muhammad SAW membina kekuatan orang
Islam berlandaskan akidah, tauhid dan berpaksi kepada al-Quran dan sunah.

Akal dan Ilmu Pengetahun :


Imu pengetahuan yg ada pd NM SAW membantu baginda membuat keputusan yg
bijak. Kepimpinan baginda berdasarkan wahyu Allah. Akal yg dikurniakan oleh Allah
mendorong manusia berfikir secara rasional dan ilmu pengetahuan membantu
manusia membuat keputusan dgn bijak.

Kepahlawanan :
Memiliki sifat kepahlawanan dlm ekspedisi peperanga
Menjamin keselamatan nyawa dan harta benda penduduk.
Berjaya membuka semula kota Makkah tanpa pertumpahan darah

Toleransi :
Sedia memaafkan orang Quraisy
Memperkenalkan etika perang
Mengamalkan prinsip syura

BINCANGKAN KEJAYAAN-KEJAYAAN
PEMIMPIN DI MADINAH

NABI

MUHAMMAD

SAW

SEBAGAI

Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW telah terserlah sewaktu baginda berada di


kota makkah iaitu sebelum baginda menerima wahyu sebagai Nabi dan Rasul
Kepemimpinan baginda terserlah setelah berhijrah ke Madinah--diiktiraf sebagai
pemimpin tertinggi Negara Islam melaluipenggubalan Piagam Madinah.

Kejayaan-kejayaan Nabi Muhammad SAW di Madinah


Mendirikan Negara Islam dan menggubal Piagam madinah sebagai symbol
Negara Islam yang berdaulat dan menjadikan asas pembangunan Negara.
Melaksanakan amalan syura bagi mencerminkan sikap toleransi baginda dan
mendapat kerjasama daripada warga Madinah.
Menghapuskan semangat assabiah: yang dilakukan melalui penerapan
semangat persaudaraan Islam.Contohnya kaum Aus dan Khazraj dipersaudarakan
atas dasar akidah.
Memperkenalkan system ekonomi Islam;menghapuskan eksploitasi kaum Yahudi
serta memperkenalkan system ekonomi yang adil.
Membentuk angkatan tentera;meniup semangat jihad bagi mempertahankan
kesucian agama Islam,mempertahankan Negara dan maruah diri.
Menyingkirkan kaum Yahudi;pengancam keselamatan Negara dan diibaratkan
barah dalam kerajaan Islam Madinah.

Nabi Muhammad sebagai seorang Nabi , Rasul dan Negarawan

BINCANGKAN NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI SEORANG NABI, RASUL DAN


NEGARAWAN

Nabi Muhammad SAW merupakan contoh yang terbaik(uswatun hasanah) oleh


Al-Quran
Baginda ialah seorang Nabi ,Rasul dan pemimpin masyarakat dan Negara.
Baginda berkebolehan dalam setiap bidang bukan sahaja sebagai pendakwah
tetapi sebagai panglima perang,perangka strategi,hakim, pendidik,penasihat dan
perancang ekonomi.

a)Nabi Muhammad SAW sebagai seorang Nabi dan Rasul

Baginda telah diakui sebagai seorang Nabi dan Rasul menerusi kitab-kitab
suci,iaitu Taurat Injil, Zabur,Al-Quran dan juga menerusi fakta sejarah. Bahirah
seorang pendeta Kristian telah menyatakan adanya tanda-tanda kenabian dan
kerasulan pada diri Nabi Muhammad SAW

b)Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin masyarakat

Baginda sebagai ketua dalam masyarakat dan telah Berjaya menyelesaikan


masalah persengketaan antara Aus dan Khazraj dan di antara orang Arab dengan
Yahudi di Madinah.

c) Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin politik

Nabi Muhammad SAW telah dilantik menjadi hakim bagi menyelesaikan


masalah permindahan Hajar al-aswad sewaktu kaabah di landa banjir.

Setelah itu baginda mengetuai bagi pihak orang Islam Makkah dalam
Perjanjian Aqabah I dan Aqabah 11 sebelum dilantik menjadi ketua Negara Islam
Madinah.

d) Nabi Muhammad SAW sebagai perancang ekonomi


Baginda telah merancang dan melaksanakan beberapa projek-projek
ekonomi Madinah termasuk projek pertanian dan perdagangan.

e) Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin tentera yang Berjaya

Di antara kejayaan yang terbesar adalah dalam Perang Badar, Perang


Khandak, dan pembukaan semula Kota Makkah.

Konsep serta tanggungjawab Khalifah dalam sistem pentadbiran Islam

BINCANGKAN KONSEP SERTA TANGGUNGJAWAB KHALIFAH DALAM SISTEM


PENTADBIRAN ISLAM

Institusi khalifah sangat penting dalam sejarah pemerintahan Islam kerana ia


merupakan lambing pembinaan sebuah Negara Islam sebenar yang berpandukan
Al-Quran dan Sunnah.
Ia adalah contoh pemerintahan terbaik sebagai panduan untuk seorang pemimpin
atau pemerintah bagi membentuk sebuah Negara yang bertamadun.
Sejarah Khalifah telah bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW,iaitu
apabila Abu Bakar al-siddiq dilantik sebagai khalifah yang pertama,diikuti oleh tiga
orang sahabat iaitu, Umar bin Al-Khattab, Uthman bin Affan dan Alibin Abi Talib
Era Khalifah selepas itu ialah Khalifah daripada kerajaan Bani Umayyah dan
Abbasiah.Namun institusi khalifah mulai merosot selepas kerajaan Abbasiah kerana
kebanyakan pemerintah telah menyeleweng daripada konsep pemerintahan Islam
sebenar.

a)Konsep khalifah
Institusi Khalifah berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud pengganti Nabi
Muhammad SAW.Konsep Khalifah merujuk kepada jawatan sebagai ketua Negara
Islam bagi menggantikan kepimpinan Nabi Muhammad SAW selepas kewafatan
baginda

Pelantikan Khalifah mengikut syarat-syarat tertentu,iaitu seorang


lelaki
Islam,mempunyai istiqamah dalam akidah dan mengeluarkan pendapat,tidak cacat
anggota yang boleh menghalang daripada menjalankan tugas serta mempunyai ilmu
yang tinggi sama adadalam bidang agama dan pentadbiran.
Ciri-ciri khalifah mestilah baik, warak dan mahir dalam ilmu
pentadbiran

keagamaan dan

Proses perlantikan khalifah mestilah melalui majlis syura seperti perlantikan


khalifah Abu Bakar al-siddiq

b)Tanggugjawab Khalifah

Menurut Ibn Khaldun, tugas Khalifah ialah menegakkan agama agama dan
mentadbirbir dunia mengikut hokum syariah untuk kebaikan dunia dan akhirat.
Seorang khalifah bertanggungjawab dalam mengendalikan urusan pentadbiran
Negara dan juga dalam melaksanakan hikum-hukum agama dengan
adil.Pelaksanaan hukum tersebut pula mestilah mengikut hukum sepert i yang telah
terkandung di dalam Al-Quran.Di samping itu perkara-perkara yang berkaitan
dengan perundangan seperti perlantikan hakim,saksi dan pelaksanaan hukuman
mesti dikawal dengan betul.
Dalam membuat sebarang keputusan berbanding urusan Negara,seorang khalifah
juga mestilah berdasarkan syura.Dalam melantik pegawai untuk menjalankan tugas
pula,khalifah perlulah menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada individu yang
amanah dan jujur dalam menjalankan tugasnya.Tujuannya ialah supaya tugas yang
dilakukan berjalan dengan sempurna.
Dalam aspek ekonomi,khalifah perlu melaksanakan system ekonomi yang selaras
mengikut kehendak Islam.Tujuannya adalah unuk menjamin sumber pendapatan
yang diperolehi kerajaan dan rakyat bersih mengikut syariat.Beliau juga
bertanggungjawab memungut cukai, zakat serta menguruskan pendapatan baitulmal
dengan cara yang berhemat.

Khalifah juga bertanggungjawab dalam menyebarkan ilmu kepada rakyat di


samping menyediakan kemudahan awam untuk kebajikanrakyat seperti sekolah
,masjid dan hospital.Selain itu beliau juga perlu memastikan perpaduan dalam
kalangan rakyat adalah utuh.
Khalifah juga bertanggungjawab mejaga keamanan dan keselamatan rakyat serta
Negara dari ancaman musuh samaada dari dalam mahu pun luar Negara. Untuk itu
khalifah perlulah mengambil langkah-langkah bagi mengukuhkan keselamatan
Negara.Contohnya ketika pemerintahan khalifah Umarbin Al-Khattab,beliau telah
memperkemas pasukan tentera Islam bagi melindungikeselamatan Negara
daripada ancaman kuasa asingiaitu Byzantine dan Parsi.

Kaedah pemilihan Khalifah pada zaman pemerintahan Khulafa' Al-Rasyidin

BINCANGKAN KAEDAH PEMILIHAN KHALIFAH PADA ZAMAN PEMERINTAHAN


KHULAFA AL-RASYIDIN

Latar belakang pemerintahan khulafa al-Rasyidin.

Konsep dan cirri-ciri kepimpinan khalifah

Syura dan Baiah memainkan peranan penting dalam pemilihan khalifah

a)kaedah Perundingan

Pemilihan khalifah pertama secara Baiah atau sumpah setia merupakan


perlantikan yang mendapat persetujuan orang ramai. Pemilihan secara terbuka di
Saqifah Bani Saidah, perbincangan berhemah sertamenerima masyarakat Madinah
yang terdiri daripada golongan Ansar, Muhajirin dan Yahudi menunjukkan nilai-nilai
demokrasi subur dalam pemilihan khalifah yang pertamaaa.malah perlantikan
baginda turut dibaiah oleh masyarakat Madinah

b)Wasiat Khalifah terdahulu

Pemilihan secara wasiat memang dianjurkanIslam. Dalam pemilihan khalifah


kedua ini, criteria pemilihan khalifah yang diutamakan adalah berdasrkan
ketokohan,kebolehan ,berhikmah, bijaksana, bertakwa dan cirri-ciri lain yang
terdapat dalam Al-Quran.Malah perlantikan Umar bin Al-Khattab mendapat
persetujuan sebulat suara ahli syura dan kemudian rakyat secara sukarela telah
member i baiah atau taat setia kepadanya.Pemilihan dan perlantikan ini bukan
berdasarkan keturunan atau warisan.

c)Kaedah Musyawarah

Pemilihan dan perlantikan khalifah melalui Majlis Perlantikan Khalifah.Khalifah


Umar bin Al-Khattab telah menubuhkan majlis Perlantikan Khalifah bertujuan bagi
mencari pengganti Khalifah Ketiga.Majlis ini dianggotai oleh Abdul Rahman bin auf
sebagai ketua dan ahli majlis yang lain.Jawatankuas ini telah menemuramah setiap
calon dan mendapat pandangan masyarakat Madinah sebelum membuat pemilihan
dan perlantikan.Cara perlantikan ini menunjukkan demokrasi dipraktikkan dalam
pemilihan dan perlantikan khalifah.

d)Perlantikan secara desakan sekumpulan umat Islam

Perlantikan Khalifah Ali bin Abi Talib dianggap tidak demokratik oleh penduduk
Syam dan Bani Umaiyah yang memang menentang perlantikan ini.
Dari sudut pandangan yang lain perlantikan secara paksa wajar dilakukan kerana
Negara dalam keadaan tidak stabil dan memerlukan seorang yang tegas dan
berwibawa dalam mengembalikan keamanan dan perpaduah ummah.Justeru
itu,pemilihan dan perlantikan khalifah Ali bin Abi Talib memang demokratik kerana
beliau memenuhi kriteria dan keadaan darurat tersebut.Malah beliau juga mendapat
sokongan penduduk Hijaz, Basrah dan Kufah.Anggota Majlis Syura juga tidak
menentang pemilihan tersebut.

Perbandingan Corak Pemerintahan dan Pentadbiran Khalifah Umar bin Al-Khattab


dengan Khalifah Umar bin Abdul Aziz

BANDINGKAN CORAK PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN KHALIFAH UMAR


BIN AL-KHATTAB DENGAN KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ.

-Pemerntahan dan pentadbiran Negara adalah sebahagian daripada ajaran Islam


yang syumul.
-Nabi Muhammad SAW merupakan orang pertama yang mengasaskan Negara
Islam Madinah berteraskan wahyu untuk menjadi garis panduan tentang asasasaspemerintahan bagi seluruh umat manusia.

A)Latar belakang Khalifah Umar bin Al-Khattab


Nama Lengkap Khalifah Umar bin Al-Khattab ialah Umar bin al-Khattab bin Naufal
daripada ketirunan Bani Adi(Quraisy)Umar dilahirkan di Kota Makkah 13 tahun
sesudah kelahiran Nabi Muhammad SAW
Beliau memeluk agama Islam paada tahun kelima kerasulan Nabi Muhammad
SAW ketika berusia 33 tahun.
Beliau dilantik menjadi khalifah setelah dicalonkan oleh khalifah Abu Bakar alsiddiq dengan persetujuan para sahabat.

B) Latar belakang Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Khalifah Umar bin Abd Aziz menaiki takhta pada 717 M.Beliau merupakan
Khalifah Umaiyah yang ke lapan
Beliau dilahirkan pada tahun 683 M di Madinah.Umar bin Abdul Aziz mempunyai
pertalian darah keturunan dengan Khalifah Umar bin Abd Khattab melalui sebelah
ibunya
Sejak kecil Umar bin Abd Aziz telah menghafaz al-Quran. Beliau telah mendalami
ilmu hadis, syair Arab dan sastera di Madinah.

C) Dasar pemerintahan kahlifah Umar al-khattab


i) pentadbiran wilayah yang ditakluki

Pentadbiran wilayah Islam


bertanggungjawab kepada khalifah.

diketuai

oleh

gabenor

atau

wali

yang

Setiausaha, jabatan setiausaha tentera, jabatan percukaian,pegawai polis, pegawai


penbendaharaan Negara dan seorang kadi juga diwujudkan.

ii)Penubuhan Baitulmal
Tempat simpanan harta yang dikutip melaui zakat, jizyah,kharaj, usyur dan harta
peninggalan tanpa wariS

iii)Pentadbiran tanah
Tanah dibahagikan kepada dua
Dhimmah, iaitu tanah bertuan dan sawafi, iaitu tanah tidak bertuan

iv)Membentuk majlis syura


Majlis syura iaitu, lembaga atau majlis perundangan Negara yang tertinggi telah
ditubuhkan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab.
Antara tanggungjawab majlis tersebut ialah menentukan polisi Negara yang
berkaitan dengan hubungan luar dan pemerintahan Negara.
Majlis syura juga membincangkan masalah tentang politik,social dan juga
keselamatan .
Majlis syura terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Majlis Syura Tertinggi dan
Majlis Syura Am.Majlis Syura Tertinggi dianggotai oleh Uthman bin Affan, Ali bin Abi
Talib,Zaid bin Thabit,Muadh bin Jabal, dan Saad bin Abi Waqqas

v)Perluasan wilayah kerajaan Islam

Melalui dasar pembukaan negaradan kawasan baharu.

Antara kawasan yang Berjaya dikuasai ialah Syam, Mesir,dan Afrika Utara.

D)Dasar pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Menghentikan ekspedisi ketenteraan dengan memanggil semua tentera di


Medan peperangan termasuk tentera pimpinan MaslamahAbdul Malik yang
sedangmengepung kota konstantinople.

Membezakan cukai jizyah dengan kharaj, iaitu jizyah hanya utuk orang bukan
Islam ,kharaj pula kepada semua pemilik tanah taklukan dan zkat pula kepada orang
Islam sahaja.

Membenarkan orang yang memeluk Islam berpindah dari kawasan desa ke


Bandar.

Mewujudkan persamaan hak antara umat Islam.

Menghapuskan majlis-majlis perayaan yang menbazirkan wang Negara.

Menyamatarakan kedudukan orang Arab dan bukan Arab dengan memberi


tanggungjawab bersama terhadap masyarakat dan Negara.

Menghentikan penentangan dan sikap kecam-mengecam terhadap pihak


kaum pemberontak.Sebaliknya berbincang bagi mencari jalan penyelesaian.
Contohnya perbincangan beliau dengan Saudhah, iaitu ketua kaum Khawarij dan
akhirnya Saudhah telah mengaku kalah setelah mendengar hujah beliau.

Menghantar para mubaligh untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh


dunia termasuk India,China dan rantau Asia Tenggara.

Anda mungkin juga menyukai