Anda di halaman 1dari 20

ISI KANDUNGAN TAJUK PENDAHULUAN FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PEMBERONTAKAN BOXER POLITIK Sokongan dari istana EKONOMI Kemerosotan ekonomi

onomi SOSIAL Bencana alam Penderitaan hidup orang China Kemasukan kuasa Barat Sentiment anti-asing Sentiment anti-Kristian MUKA SURAT 2 -3 4 - 10

Proses Pergerakan Boxer Protokol Boxer

10 - 15

Kesan Boxer Kesimpulan Bibliografi

15 - 18 19 20

PENDAHULUAN Kesan daripada proses pembahagian China pada abad ke-19, ia bukan sahaja menimbulkan keresahan dalam kalangan pihak kerajaan tetapi juga rakyat. Kang Yu-wei pernah memberi amaran bahawa pencerobohan Barat akan membahayakan China dan berkemungkinan China mengalami nasib yang sama seperti di Burma, Annam, India dan Poland.1 Maharani Balu Tzu Hsi yang terkilan dengan sikap kuasa asing yang mencampuri urusan negara China telah memberi sokongan secara tidak langsung kepada pergerakan Yi Ho Yuan (Gerakan Keadilan dan Keharmonian) atau lebih dikenali sebagai Boxer.2 Pemberontakan Boxer 1900, merupakan suatu pemberontakan yang disokong oleh masyarakat petani yang cuba menentang kuasa asing dari China.3 Boxer adalah satu nama yang diberikan kepada masyarakat China yang dikenali sebagai I-Ho Chuan iaitu Gerakan Keadilan dan Keharmonian.4 Perkataan China peninju juga boleh diterjemahkan sebagai Boxer.5 Gerakan ini bermula dari Utara China wilayah Shantung dan Chihli di mana adanya kemarau dan kebuluran serta pengangguran yang berlaku dalam masyarakat wilayah tersebut. Perkataan Boxer pertama kali muncul dalam surat menyurat rasmi pada Mei 1898 dan Januari 1900 di mana kandungan surat tersebut menyatakan kebimbangan masyarakat Barat mengenai gerakan ini. Gerakan ini menampal dan mengisytiharkan moto mereka kepada seluruh masyarakat utara China iaitu Melindungi Empayar: Menghapuskan Orang Asing.6 Gerakan ini juga mengamalkan teknik bertinju dan gerakan badan dengan kepercayaan bahawa ia mampu memberikan kuasa luar biasa dan kalis peluru atau senjata.7 Pemberontakan ini adalah bertujuan untuk menentang pengaruh-pengaruh asing yang berada di negara China terutamanya yang terlibat dalam bidang-bidang perdagangan, politik, agama dan teknologi ketika tahun-tahun terakhir semasa pemerintahan Manchu atau juga

1 2

Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm. 85-86 Ibid. hlm 87 3 Jacob E. Safra, Constantine S. Yannias & James E. Goulka (1768). The New Encyclopaedia Britannica Voume 2 15th Edition. hlm 442 4 Ibid. hlm. 442 5 Frederic A. Sharf & Peter Harrington (2000). China 1900: The Eyewitnesses Speak. London: Greenhill Books, London Stackpole Books, Pennsylvania. hlm 11 6 Ibid. hlm. 11 7 Jacob E. Safra, Constantine S. Yannias & James E. Goulka (1768). The New Encyclopaedia Britannica Voume 2 15th Edition. hlm 442

dikenali sebagai Dinasti Qing. Pemberontakan ini juga merupakan satu tindak balas orang China terhadap tekanan kuasa-kuasa asing terutamanya untuk meyelamatkan negara China daripada penceroboh asing. Selain itu, gerakan Boxer diasaskan sebagai gerakan petani yang anti-kuasa asing dan anti-imperialisme terutamanya di bahagian utara. Kebanyakan mereka yang menyertai gerakan ini adalah untuk menyerang orang asing yang telah membina landasan keretapi dan melanggar hokum Feng-Shui serta orang Kristian yang didapati bertanggungjawab atas dominasi asing di China. Keadaan ini dapat dilihat melalui kejadian yang berlaku pada Jun 1990 di mana golongan Boxer telah pun menceroboh Beijing dan membunuh 230 orang bukan China.8 Berpuluh-puluh ribu orang China Kristian tanpa mengira mazhab Katolik ataupun Protestan kebanyakannya telah dibunuh di wilayah Shandong dan Shanxi yang menjadi sebahagian daripada pemberontakan Boxer dan terdapat pelbagai faktor lagi yang mencetuskan pemberontakan Boxer ini yang akhirnya gerakan ini kalah di tangan kuasa asing.

Peter Harington (2001). Peking 1900, The Boxer Rebellion. United Kingdom: Osprey Publishing. hlm 5

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PEMBERONTAKAN BOXER FAKTOR POLITIK Sokongan dari Istana Selepas kejatuhan Pembaharuan Seratus Hari pada 1898, Maharani Dowager telah menyambung penguasaan kerajaan China.9 Dalam pentadbiran China pula melibatkan Maharani Dowegar Tzu Hsi yang menjadi insan penting dalam menyokong kebangkitan pemberontakan Boxer ini. Beliau telah cuba menggunakan semangat patriotik orang China untuk melancarkan kempen anti kuasa asing yang telah membahagi-bahagikan China. Maharani Dowager Tzu His terpaksa melaksanakan beberapa pembaharuan dalam pentadbiran China untuk memenuhi tuntutan kuasa asing dan menyelamatkan dinasti daripada terus jatuh.10 Maharani Dowager mempunyai cita-cita tinggi untuk mengusir kuasa asing dan bertindak untuk memulihkan kerajaan Manchu. Terdapat dua kumpulan parti iaitu Gerakan Reformasi dan yang bertindak memulihkan Kuasa Maharani Dowager. Ketua gerakan ini ialah Jung-lo iaitu Komander kepada tentera terlatih Cina dan juga Konsevatif Ultra yang dianggotai kebanyakannya orang Manchu yang diketuai oleh Putera Ching adalah pemerintah Tertinggi semua sepanduk Manchu. Maharani Dowager terperangkap dalam tipu daya istana, tetapi tidak bersedia menyokong mana-mana pihak. Walau bagaimanapun, tahun 1900 beliau telah menyertai Konsevatif setelah pendapatnya tidak diterima.11 Sokongan yang padu daripada Maharani Dowagar telah membangkitkan anggota-anggota Boxer bagi menentang kuasa asing.12 Maharani Dowager terkilan dengan sikap kuasa asing yang mencampuri urusan negara China dan telah menyebabkan beliau menyemai semangat patriotik dalam masyarakat China. Perasaan dendam Maharani kepada kuasa asing disebabkan percubaan beliau untuk membunuh Kang Yu-wei telah dihalang oleh kuasa asing dan juga usaha untuk menggantikan Maharaja Kuang Hsu dengan anak Putera Tuan juga dihalang oleh kuasa asing. Keadaan ini telah
9

K Gilbert & L Dorothy (1977). The Boxer Movement, dalam Asian Transformation: A History of South- East, South and East Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 762 10 Suffian Mansor (2003). Tamadun China. Selangor: Dawana Sdn. Bhd. hlm 180 11 K Gilbert & L Dorothy (1977). The Boxer Movement, dalam Asian Transformation: A History of South- East, South and East Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 762 12 Lynn E Bodin & Chris Warner (1979). The Boxer Rebellion. United Kingdom : Osprey Military. hlm 5

memberikan sokongan yang tidak langsung kepada pergerakan Yi Ho Yuan (The Righteous and Harmoninous Fists) atau Boxer.13 Terdapat beberapa pegawai yang benar-benar menunjukkan sokongan terhadap boxer, antaranya ialah Li Ping Ping bekas gabenor wilayah Shantung dan penggantinya ialah Yu-hsien (menjadi gabenor dalam tahun 1899). Beliau telah meneruskan sikap gabenor sebelumnya, Putera Tuan, Putera Chuang dan Kang-i (Grand Secretary).14 FAKTOR EKONOMI Kemerosotan Ekonomi Perubahan dasar tutup pintu kepada dasar buka pintu China telah membuka ruang kepada kuasa asing untuk bertapak di China, sekaligus menyebabkan kedatangan kuasa asing selepas Perang candu telah mengubah penguasaan China di dalam bidang ekonomi. Cengkaman ekonomi oleh kuasa asing telah membawa kesan negatif kepada ekonomi domestik China. Kadar cukai yang rendah (ad valorem) di dalam industri kain kapas iaitu hanya lima peratus telah mengancam ekonomi China. Kain kapas keluaran asing lebih murah iaitu 1/3 daripada keluaran tempatan. Keadaan ini telah menyebabkan industri tempatan terpaksa menutup perkhidmatannya dan membawa kepada pembuangan pekerja.15 Berlakulah masalah pengangguran yang tinggi yang sekaligus meningkatkan masalah jenayah di China. China juga terpaksa membayar ganti rugi perang yang menyebabkan China meminjam wang dari luar dan menggalakkan kemasukan pelabur asing. Selain itu, pengenalan sistem pengangkutan moden seperti jalan kereta api dari Peking ke Hankow dan juga pengenalan kapal wap telah menjejaskan pendapatan penduduk tempatan yang mengendalikan pengangkutan tradisional. Peningkatan import barangan kapas dari India, Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun juga memberi kesan kepada industri kecil tempatan. Barangan kegunaan domestik orang Barat seperti wain, spirit dan cerut pula adalah bebas cukai. Pada 1899 China mengalami kekurangan perdagangan sebanyak 60 juta tael.16 Kejatuhan ekonomi China disebabkan oleh bencana alam, beban hutang dan ganti rugi peperangan serta rasuah dalam kalangan pegawai-pegawai China.

13 14

Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. hlm 87 Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publications. hlm 133 15 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. hlm 86 16 Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publications. hlm 133

FAKTOR SOSIAL Bencana Alam Faktor alam juga menjadi penyebab berlakunya kebangkitan Boxer di China. Bencana alam yang berlaku yang melanda utara dan barat laut China iaitu ancaman kemarau antara 1899 hingga 1900 dan menyebabkan tanaman makanan harian tidak menjadi sekaligus menyebabkan kebuluran dalam kalangan penduduk China di daerah Yangtze dan wilayah-wilayah utara China.17 Pada tahun 1898 berlaku banjir berlaku di Shantung akibat daripada sungai kuning18 dan sungai Hwang-Ho telah menyebabkan kemusnahan tanaman, binatang ternakan dan kerosakan harta benda.19 Keadaan ini menggundang kepada berlakunya kebuluran yang tinggi. Bencana yang berlaku ini menurut kepercayaan kuno China disebabakan oleh oleh kutukan daripada Tuhan kerana meninggalkan ajaran nenek moyang mereka. Disebabakan itu, orang cina diseru menyertai Boxer sebelum tentera dari syurga turun menentang agama Kristian di China. Mereka juga percaya bahawa pembukaan kawasan perlombongan dan juga pembinaan jalan kereta api dan telegraf sebagai punca kemurkaan Tuhan dan telah menyinggung perasaan dewa dewi kerana telah menjejaskan keseimbangan Yin dan Yang. Aktiviti-aktiviti orang asing ini telah membawa kemurkaan Tuhan. Oleh yang demikian, bagi mengelakkan kejadian itu berulang, mereka perlu menghapuskan orang asing yang berada di China.20 Dikatakan banjir telah melanda 3 wilayah, kemarau di 5 wilayah dan kerosakan oleh belalang ialah 7 wilayah pada tahun itu sahaja.21 Penderitaan Hidup Orang China Kedatangan orang asing ke China telah memberikan kemajuan teknologi kepada China. Tetapi malangnya sekejap sahaja kemajuan tersebut telah menimbulkan kesan yang buruk. Pengenalan penggunaan kereta api dan kapal api secara meluas telah menjejaskan pencarian orang-orang cina yang sebelum ini menggusahakan pengangkutan secara lama iaitu kereta kuda,
17 18

Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publications. hlm 134 Ibid. hlm 134 19 K Gilbert & L Dorothy (1977). The Boxer Movement, dalam Asian Transformation: A History of South- East, South and East Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 762 20 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. hlm 87-88 21 Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publications. hlm 134

lembu, dan tongkang-tongkang. Penggunaan kereta api telah melumpuhkan pekerjaan secara lama di Grang Canal dan jalan darat antara Bandar Hankow dengan Peking. 22 Oleh itu, terdapat kebencian yang amat terhadap aktiviti orang Jerman di Shantung dan orang Itali di sepanjang pantai di tengah China.23 Berlakunya serangan di Pusat Kawalan dan jurutera kereta api di Shantung dan Yunan adalah perkara biasa pada masa itu. 24 Keadaan ini telah membebankan masyarakat China untuk menyara keluarga, membayar cukai, dan bayaran lain yang dikenakan oleh kerajaan.25 Kemasukan Kuasa Barat Sikap anti-Barat China semakin jelas dilihat pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Pada 1899, orang Cina yang marah dengan tindak tanduk asing yang menceroboh wilayah China telah melancarkan usaha pengusiran orang asing dari bumi China. Sikap anti-asing dalam kalangan Boxer jelas dilihat daripada tanggapan mereka bahawa orang Barat dan pengikutnya sebagai raksasa yang harus dihapuskan.26 Selain itu, kemasukan kuasa Barat ini telah menyebabkan China terpaksa menghadapi beberapa siri peperangan sebelum Pemberontakan Boxer ini berlaku seperti Perang Candu (1839-1842), Perang Candu II (1856-1860), Perang China-Jepun (1894-1895), Pemberontakan Taiping (1851-1864), Pemberontakan Muslim (18551873) dan Pemberontakan Tungan (1862-1878).27 Selain itu, kemasukan kuasa asing juga menyebabkan negara China telah kehilangan beberapa wilayah penting yang terpaksa diberikan kepada kuasa asing ini kekalahan China kepada British dalam siri peperangan. Antara wilayahnya ialah Kowloon, Hong Kong, Kepulauan Pescodes, Farmosa dan lain-lain. Kelemahan-kelemahan orang China yang akur dengan kemasukan kuasa Barat ini telah menyedarkan mereka untuk bangun menentang dan bertanggungawab untuk memulihkan kembali negara China melalui pengusiran orang-orang asing ini.

22 23

Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publications. hlm 134 K Gilbert & L Dorothy (1977). The Boxer Movement, dalam Asian Transformation: A History of South- East, South and East Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 763 24 Ibid. hlm 763 25 Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publications. hlm 134 26 Suffian Mansor (2003). Tamadun China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 176-177 27 Ibid. hlm 174

Sentimen Anti-Asing Sejak awal lagi orang-orang China memasang sikap anti-asing lebih-lebih lagi mereka diyakinkan bahawa segala masalah yang berlaku di China adalah berpunca daripada kedatangan orang asing. Sentimen anti-asing ini semakin bertambah semasa perkembangan pengaruh Maharani Dowegar Tzu His pada akhir abad ke-19.28 Pencerobohan Barat sejak Perang Candu (1839-1842) menjejaskan dan menjatuhkan maruah negara China. Maka timbullah keinginan orang-orang China untuk membalas dendam dan memulihkan kebanggaan nasional China.29 Keadaan ini secara tidak langsung telah membuatkan perasaan meluap-luap dalam kalangan orang Cina untuk menentang kuasa asing. Oleh itu dapat dikatakan bahawa gerakan Boxer merupakan tindakan membalas dendam orang-orang Cina terhadap kuasa-kuasa asing.30 Perasaan anti-asing bertambah dalam kalangan orang China akibat daripada perkembangan imperialism asing pada tahun 1890-an selepas kekalahan China dalam Perang China-Jepun (1894-1895). Kerajaan China juga tidak bersetuju dengan tindakan orang asing yang melindungi pelarian-pelarian China yang dikehendaki oleh Kerajaan Manchu. Selain itu, tindakan Jepun yang membenarkan penerbitan Chiang I Pao yang diharamkan di China menambahkan lagi kemarahaan orang China. Bagi kepentingan China itu sendiri maka orangorang asing ini perlu diusir keluar dari negara China.31 Sesetengah pegawai menyimpan perasaan bencinya yang tersendiri. Mereka tidak dapat melupakan gerakan pembaharuan yang dilakukan oleh Kang Yu-wei yang hampir-hampir menjejaskan kedudukam mereka. Jika tidak ambil tindakan segera pasti kepentingan politik dan ekonomi mereka musnah. Tidak dapat dinafikan rancangan-rancangan yang terdapat dalam gerakan pembaharuan ini adalah diambil dari idea-idea barat. Oleh itu bagi pendapat mereka, barat turut bertanggungjawab. Sikap tidak mahu bertolak-ansur Dowager dan pemimpin Gina dapat dilihat apabila dia telah menentang percubaan ltali untuk mendapatkan

28 29

Maswardi Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publication. hlm 132 Peter Harington (2001). Peking 1900, The Boxer Rebillion. United Kingdom: Osprey Publishing. hlm 8 30 Maswardi Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publication. hlm 135 31 Ibid. hlm. 135

Teluk San Man di Chekiang dalam Februari 1899. Mereka nampaknya sudah bertekad akan menentang kuasa-kuasa barat dengan pelbagai cara.32 Sentimen Anti-Kristian Kemasukan orang Barat ke China juga telah membawa pengaruh yang kuat terutamanya dari segi agama. Agama Kristian yang dibawa oleh orang Barat telah mengancam kedudukan agama dan kepercayaan masyarakat China. Antara agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat China seperti Konfusius, Taoism, dan Buddha.33 Dengan usaha gigih mubaligh mubaligh dan paderi-paderi Kristian menyebabkan rarnai orang-orang Cina telah rnenukar agarna nenek moyang mereka lalu dengan memeluk agama Kristian. Orang-orang Cina yang lain terutamanya yang fanatik telah menuduh mereka sebagai murtad' dan mempersalahkan orang-orang barat atas berlakunya perkara itu.34 Masyarakat Cina Kristian telah mengasingkan diri seolah-olah mereka masyarakat yang berasingan dan terlepas dari ikatan-ikatan telah meninggalkan setengah-setengah adat-adat lama. Agama ini juga dilindungi dengan polisi gun boat. Pada mulanya orang-orang China tidak bersetuju dengan tindakan mubaligh-mubaligh yang cuba untuk mengkristiankan masyarakat mereka. Namun selepas Perjanjian Tiensin, golongan mubaligh yang menyebarkan agama Kristian ini dibenarkan bergerak bebas di China terutamanya di kawasan pedalaman. Hal ini demikian berlaku kerana melalui Konvensyen Peking 1860 yang telah memberi hak kepada gerakan mubaligh untuk menyewa dan membeli tanah untuk tujuan pembinaan gereja. Mubalighmubaligh ini berlumba-lumba untuk mengkristiankan orang China dan secara tidak langsung dapat meluaskan pengaruh wilayah mereka.35 Kebencian orang-orang Cina juga disebabkan oleh tindak-tanduk mubaligh-mubaligh itu sendiri. Mereka sering campurtangan dan cuba melindungi orang-orang Cina Kristian terutama mereka-mereka yang terlibat dengan kes-kes mahkamah.36 Golongan mubaligh turut membantu mereka yang terlibat dalam perselisihan penduduk tempatan seperti urusan kampung, perebutan tanah dan penggunaan kemudahan awam. Perasaan antigolongan mubaligh ini berterusan dengan
32 33

Maswardi Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publication. hlm 135 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. hlm 86 34 Maswardi Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publication. hlm 135 35 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. hlm 86 36 Maswardi Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publication. hlm 135

tersebarnya khabar angin menerusi risalah dan poster yang membuat pelbagai tuduhan ke atas ajaran Kristian. Antaranya dinyatakan bahawa golongan mubaligh ini akan mencungkil mata kanak-kanak bertujuan untuk membuat barangan logam yang berharga. Selain itu, terdapat juga tuuhan yang menyatakan yang golongan pemeluk agama Kristian dalam kalangan orang China boleh menyimpan anak perempuan mereka untuk tujuan bersuka-ria.37

PROSES PEMBERONTAKAN BOXER Nama Boxer diberikan oleh orang asing iaitu mereka mengamalkan yang seni mempertahankan diri yang berbentuk sama dengan tinju atau Boxer dalam bahasa Inggeris dan mengikut masyarakat China pula, Boxer dikenali sebagai I-Ho chuan atau Yi Ho Yuan (The Rightteous and Harmonious). Selain itu, Pada September 1899, kumpulan ini telah muncul di Shantung dan prinsip yang digunakan oleh mereka ialah membenci orang asing dan juga agama yang dibawa oleh mereka iaitu agama Kristian.38 Pertubuhan ini pada asalnya kumpulan ini menggunakan slogan iaitu Memusnahkan atau menggulingkan dinasti Ching dan orang asing tetapi mereka telah menukarkannya dengan Hargai dinasti dan musnahkan orang asing.39 Pada Mac 1899, Yu-hsien telah dilantik menjadi gabenor di Shantung dan beliau telah menyokong kumpulan Boxer secara senyap-senyap dan juga menggalakkan kumpulan ini dalam melakukan pemberontakan. Pada masa yang sama, orang asing telah memberi tekanan kepada China dengan aktiviti mengkristiankan orang China paksaan, membakar rumah jika orang China tidak memeluk agama Kristian. Selain itu, Yu-hsien juga tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan ini setelah mereka melakukan keganasan di Tsinan, Chining dan juga di beberapa bandar yang lain.40 Kesan daripada sokongan yang diberikan oleh Yu-hsien kepada kumpulan Boxer menyebabkan beliau telah dipecat oleh kerajaan China pada Disember 1899 dan disebabkan beliau juga memberikan laporan yang tidak tepat tentang kumpulan Boxer telah

37 38

Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. hlm 87 K Gilbert & L Dorothy (1977). The Boxer Movement, dalam Asian Transformation: A History of South- East, South and East Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia) LTD. hlm 763 39 Ibid. hlm 763 40 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm 88

10

menimbulkan kemarahan kerajaan China tambah lagi kerajaan China didesak oleh kuasa asing untuk memecat Yu-hsien.41 Yu-hsien telah digantikan oleh Yuan Shih Kai sebagai gabenor Shantung yang baru yang tidak sehaluan dengan Yu-hsien kerana dia menentang pemberontakan Boxer dan sementara itu, Yu-hsein telah dilantik sebagai gabenor di Shansi. Walaupun Yuah Shih Kai menentang Boxer, ini tidak menunjukkan bahawa beliau menyokong kuasa asing kerana dia juga memberi amaran kepada kuasa asing agar tidak membuat sebarang provokasi atau kekacauan. Selain itu, Yuah Shih Kai telah diberikan arahan agar tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan Boxer, tetapi beliau tidak mendengar arahan tersebut dan beliau tetap menentang kumpulan tersebut.42 Sebagai contoh, Yuah Shih Kai telah menggunakan kekuatan tenteranya untuk menyingkirkan pemberontakan Boxer dan menyebabkan pergerakan Boxer telah berpindah ke Chihli dan bergabung dengan kumpulan Boxer yang lain.43 Di wilayah Shantung pergerakan Boxer dikawal oleh tentera Yuah Shih Kai, tetapi pergerakan ini wujud secara perlahan dan ia merupakan pergerakan yang aktif. Sebagai contoh, pada 31 Disember 1899, paderi pertama iaitu S.M Brooke berketurunan Inggeris telah dibunuh di Fiechang iaitu di semenanjung Shantung.44 Pemberontakan Boxer semakin berleluasa iaitu di wilayah Chihli mereka semakin berani kerana kumpulan mereka kelihatan berkeliaran di wilayah tersebut dan juga melakukan kekacauan. Selain itu, tentera Manchu juga terlibat dalam peperangan ini iaitu dengan melancarkan atau menyertai pemberontakan iaitu dengan membakar, merosakkan harta benda dan juga membunuh orang China yang beragama Kristian dan jurutera keretapi asing.45 Pada 13 hingga 14 Jun 1900, berlaku rompakan di bandar Peking dan Tientsin dan pembunuhan ke atas orang China Kristian yang menyebabkan orang China Kristian melarikan diri ke kem pelarian yang disediakan oleh Putera Su yang tidak sehaluan dengan pemberontakan Boxer. Di Peking, duta-duta asing tidak menyedari bahawa kerajaan China telah memberikan sokongan kepada pemberontakan ini kerana pada Januari 1900, satu kenyataan yang dikeluarkan
41

K Gilbert & L Doronthy (1977). Asian Transformation, A History Of South-East, South and East Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) LTD. hlm 763 42 Robert A. Bicker & R.G Tiedemann. (2007). The Boxer, China and the World. United Kingdom: Rowman & Littlefield. hlm 43 43 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm 88 44 Ibid. hlm 88 45 K Gilbert & L Dorothy (1977). The Boxer Movement, dalam Asian Transformation: A History of South- East, South and East Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 763

11

oleh kerajaan China yang mengatakan bahawa rakyat China yang berlatih mempertahankan diri iaitu Boxer bukan untuk melakukan pemberontakan ataupun penjahat. Oleh itu, kita dapat lihat bahawa kerajaan China menyokong pemberontakan tersebut. Selain itu, Maharani Dowager telah menaungi atau menyokong ahli-ahli Boxer dan juga mengarahkan istana agar mendapatkan khidmat ahli Boxer menjaga kediaman mereka dari diceroboh oleh kuasa asing.46 Maharani Dowager juga mengarahkan agar gabenor di setiap daerah agar memberikan sokongan kepadanya untuk menentang orang asing, tetapi arahan tersebut tidak dipedulikan oleh gabenor kerana mereka menganggap orang asing tidak mendatangkan bahaya.47 Keadaan bertambah buruk kerana rusuhan berlaku di merata-rata tempat seperti di Shantung dan contohnya pada Mei 1990, 68 orang China yang beragama Kristian telah telah menjadi mangsa dan 75 buah rumah telah dibakar di kampung Kaolo dan Chihli.48 Pemberontakan Boxer berterusan iaitu pada 11 Jun 1900 menyaksikan Canselor Jepun iaitu Sugiyama telah dibunuh di pintu utama ke bandar Peking dan pada 20 Jun 1990, Menteri German iaitu Baron von Ketteler juga turut dibunuh semasa sedang menuju ke Tsungli Yamen.49 Kekuatan kumpulan Boxer semakin bertambah kuat di Shansi kerana gabenor Shansi iaitu Yuhsien sentiasa menyokong kumpulan tersebut dan pergerakan kumpulan semakin kuat di luar Peking yang menyebabkan situasi menjadi semakin berbahaya. Sebagai contoh, kedutaan asing di Peking telah dikepung dan dikelilingi oleh ahli-ahli Boxer dan jalan kereta api yang menghubungkan Peking dengan Tientsin telah dipotong.50 Keadaan ini menyebabkan pasukan pengaman antarabangsa dihantar ke wilayah tersebut yang diketuai oleh penasihat British iaitu bernama Seymour cuba untuk membebaskan tawanan tersebut. Pada pertengahan Jun 1900, kerajaan Peking telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka secara terbuka menyokong kumpulan Boxer dan mereka juga telah memasuki Peking pada 13 Jun 1900 dengan memotong wayar telegraf dan keadaan ini menunjukkan bahawa mereka mula mengamalkan dasar pengasingan dari dunia luar.
46

51

Pada 21 Jun 1900, Maharani

K Gilbert & L Dorothy (1977). The Boxer Movement, dalam Asian Transformation: A History of South- East, South and East Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 764 47 Ibid. hlm. 764 48 Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publications. hlm 173 49 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm 89 50 K Gilbert & L Dorothy (1977). The Boxer Movement, dalam Asian Transformation: A History of South- East, South and East Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 764 51 Ibid. hlm. 764

12

Balu Tzu telah mengisytiharkan perang ke atas kuasa asing kerana beliau yakin dengan kejayaan Boxer dan beliau juga berpendapat semua rakyat China perlu bersatu untuk menghapuskan kuasa asing. Kesannya, harta yang dimiliki oleh orang asing telah musnah dan pejabat kedutaan juga dibakar kecuali kedutaan British, Perancis dan Jerman.52 Seterusnya ialah kumpulan Boxer telah memecah masuk ke Tientsin dan pihak pentadbiran tidak memeriksa atau menyedari keganasan itu berlaku. Hal ini menyebabkan ahli-ahli boxer menyerang secara ganas dan tiada belas kasihan ke atas orang asing dan juga rakyat China yang menjadi tali barut orang asing dibunuh serta dibuang mayat ke dalam sungai.53 Di Manchuria, Keretapi China Timur telah diserang dan Boxer juga mengusir Rusia dari kawasan Mukden dan mereka berjaya mengepung kawasan Russia iaitu Harbin. Pada Oktober 1900, Manchuria berada di bawah kawalan Boxer sepenuhnya.54 Walau bagaimanapun, pemberontakan ini tidak berjaya sepenuhnya kerana keputusan yang di buat oleh Maharani Balu Tzu tidak disokong oleh pemerintahan tempatan contohnya seperti Li Hung-chang (gabenor general di canton), Liu Kun i (gabenor jeneral Nanking) dan juga Gang Chih-tung.55. Mereka bertindak melindungi wilayah dan menghalang kekacauan yang berlaku dan mereka juga memberi jaminan untuk melindungi warganegara asing. Selain itu, Justeru, terdapat beberapa wilayah sahaja yang terlibat dalam pemberontakan Boxer iaitu di Peking, Teintsin, Manchuria, Mongolia dan Shansi. Kekacauan yang dicetuskan oleh kumpulan Boxer menyebabkan John Hay telah memberi cadangan iaitu kuasa-kuasa Barat termasuk Jepun perlu bersatu dalam menghadapi Pemberontakan Boxer.56 Hasilnya, Tentera asing di bawah pimpinan Admiral Edward Seymour telah mara ke Peking tetapi telah ditentang oleh kumpulan Boxer, akan tetapi Kumpulan Boxer dibantu oleh tentera Ching yang menyebabkan mereka terpaksa berundur ke Tientsin. Pada 17 Jun 1900, tentera asing mara ke kubu China dan berjaya menawannya manakala mereka juga berjaya membebaskan diplomat asing yang telah ditawan oleh kumpulan Boxer di Tientsin. Kejayaan ini menyebabkan mereka bergabung dan telah mara ke Peking dan berjaya menawan Peking pada 13 Ogos 1900. Tentera asing atau bersekutu ini menjadi bertambah kuat, sebagai
52 53

Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm 89 K Gilbert & L Dorothy (1977). The Boxer Movement, dalam Asian Transformation: A History of South- East, South and East Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 764 54 K Gilbert & L Dorothy (1977). The Boxer Movement, dalam Asian Transformation: A History of South- East, South and East Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia) LTD. hlm 765 55 Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publications. Hlm 174 56 Ibid. hlm 173

13

contoh, bantuan ketenteraan asing yang berjumlah 20,000 telah tiba pada 14 Ogos 1900 di China yang terdiri daripada 8000 orang tentera Jepun, 4500 tentera Russia, 3000 tentera British, 2500 tentera Amerika dan 800 orang tentera Perancis.57 Tentera German pula menunggu di belakang untuk menjaga Kiaochow. Di bawah serangan bersepadu yang dilakukan oleh tentera asing ini menyebabkan kumpulan Boxer ini dapat ditumpaskan. Menjelang akhir tahun 1900, tentera asing bertambah kuat kerana ahli tentera mereka bertambah iaitu menjadi 45,000 orang anggota. Setelah China mengalami kekalahan, Maharani Dowager telah melarikan diri ke Sian melalui Shansi manakala Li Hung Chang di anggap sebagai wira yang menyelamatkan China.58 Kekalahan China kepada kuasa asing telah mencemarkan maruah negara itu sendiri kerana China menganggap negara mereka sebagai Middle of the Kingdom . Setelah mengalami kekalahan, China juga tidak dihormat kerana kuasa asing mula mengadakan rundingan sesama mereka untuk membahagikan wilayah untuk ditakluk yang akan memberi keuntungan kepada mereka. Sebagai contoh, Russia cuba untuk mendapatkan Manchuria dan wilayah Chihli dan keadaan menimbulkan rasa cemburu kuasa asing lain seterusnya mewujudkan sebuah protokol yang bernama Protokol Boxer. Putera Ching dan Li hung Chang menjadi wakil China untuk menandatangani perjanjian tersebut dengan kuasa asing pada 7 September 1901. PROTOKOL BOXER Antara syarat-syarat perjanjian tersebut ialah seperti berikut : 1. China bersetuju memohon maaf kepada Jerman dan Jepun atas pembunuhan Menteri Jerman dan Canselor diplomatik Jepun. Satu tugu peringatan Von Ketteler di bina di tempat dia dibunuh. 2. Hukuman mati ke atas 10 pegawai tinggi dan hukuman ke atas 100 orang yang terlibat dalam Pemberontakan Boxer. 3. Tentera asing dibenarkan bertapak di 12 kawasan strategi sepanjang jalan kereta api dari Peking hingga ke Shanhaikuan. Kubu tentera di Taku dan Peking harus dimusnahkan.
57

K Gilbert & L Dorothy (1977). The Boxer Movement, dalam Asian Transformation: A History of South- East, South and East Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 765 58 Ibid. hlm 765

14

4. China membenarkan kuasa asing untuk meletakkan tenteranya di Peking bertujuan mengawal kedutaan mereka. 5. Kerajaan China juga bersetuju membayar ganti rugi sebanyak 450 juta tahil secara ansuran selama 39 tahun. 6. China tidak boleh mengimport senjata api selama 2 tahun. 7. China bersetuju untuk mengadakan hubungan perdagangan yang lebih pesat dan juga bersetuju untuk menjaga dan mengurus pembangunan sungai iaitu Sungai Haiho dan Huangpu.

Setelah menandatangani Protokol Boxer, sekali lagi imej kerajaan China tercalar dan di pandang rendah kerana tunduk kepada perintah asing. Oleh itu, kegagalan dalam menangani kuasa Barat melalui Pemberontakan Boxer telah memalukan pihak istana dan kerajaan Manchu juga tidak dapat bertahan lama.

KESAN-KESAN PEMBERONTAKAN BOXER Kekalahan China dalam pemberontakan Boxer telah memberi kesan kepada aspek ekonomi, politik dan sosial. Pemberontakan Boxer telah banyak meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap China. Walaupun negara China merupakan sebuah negara yang sangat digeruni oleh negara-negara dan penjajah lain, namun setelah mengalami beberapa peperangan dan masalah-masalah yang timbul dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, politik dan juga sosial telah menyebabkan negara China menjadi sebuah negara yang berkeadaan huru-hara. Dalam aspek ekonomi, sebelum pemberontakan Boxer lagi ekonomi China telah pun terjejas akibat bencana alam seperti kemarau, peperangan, pemberontakan dan tuntutan ganti rugi yang dikenakan. Setelah berlaku pemberontakan Boxer, kedudukan ekonomi China semakin tenat. Dalam Protokol Boxer, China dikehendaki membayar 450 juta tael jika gagal berbuat demikian dalam masa 40 tahun jumlah ini akan meningkat 2 kali ganda. Selepas kekalahan Boxer, ekonomi China terus dikuasai oleh kuasa asing. Penguasaan asing dalam ekonomi dapat dilihat dalam sektor perkapalan, perusahaan menenun benang kapas 34 peratus, dalam
15

pengeluaran besi 100 peratus dan dalam perkhidmatan keretapi 93 peratus. Kekalalahan ini juga membawa kepada kejatuhan Kerajaan Manchu. Pemberontakan Boxer telah menyatukan kuasa-kuasa asing untuk menghantar tentera ke negara China. Pada 1900, terdapat lebih kurang 45,000 tentera bersekutu di utara China dan sebahagian besarnya dari negara Jepun, British, Rusia, British, Amerika Syarikat dan juga Perancis.59 Setelah berjaya menawan Peking dan Tien-tsin, tentera-tentera asing telah mengeledah dan merosakkan bandar maharaja. Jelaslah ini menunjukkan bahawa kesan pemberontakan Boxer telah menyebabkan kemusnahan bandar-bandar di China terutamanya bandar maharaja. Selain itu, kesan penentangan daripada pemberontakan Boxer ini juga telah menyebabkan British menerima 400,000 tael dan utusan meminta maaf daripada kerajaan China akibat daripada kebangkitan yang berlaku di Tien-tsin.
60

Hal ini disebabkan oleh berlaku banyak

kerugian akibat daripada pemberontakan boxer ini. Manakala keluarga Margary pula dibayar 200 000 tael dan Britain menerima wakil meminta maaf daripad kerajaan China akibat daripada peristiwa Margary.61 Peristiwa Margary ini merupakan peristiwa pembunuhan dua orang warga British yang menyebabkan kemarahan orang-orang British. Seterusnya ramai yang terkorban dalam serangan yang telah di lancarkan oleh kumpulan boxer akibat daripada kebangkitan boxer. Serangan yang dilakukan oleh orang-orang Boxer telah mengalami kekalahan disebabkan serangan ini dapat dipatahkan oleh pasukan tentera asing. Di samping itu, usaha-usaha banyak dilakukan bagi mencari pendamaian setelah tamatnya kebangkitan Boxer. Pihak istana telah menghantar wakil untuk berunding dengan kuasa barat. Maharani Dowager dan Maharaja Kuang Hsu di minta pulang ke Peking oleh kuasa barat dan perundingan tidak akan berjalan atau dibuat jika kedua-duanya tidak pulang. Syarat syarat yang ketat telah dikenakan oleh kuasa barat membimbangkan Maharani Dweger dan keluarga diraja untuk pulang ke Peking. Pelbagai masalah yang dihadapi oleh perwakilan barat di Peking. Oleh itu, dua belas nota bersama telah diisytiharkan pada 24 Disember 1900, hasil daripada perbincangan yang dibuat
59 60

Werner Levi (1953). Modern Chinas Foreign Policy. Great Britain: University of Minnesota. hlm 61 Joseph W. Esherick (1987). The Origins of Boxers Uprising. London: University of California. hlm 15 61 Young Hum Kim (1966). East Asias Turbulent Century. New York: Meredith Corporatio. hlm 104

16

oleh semua perwakilan asing. Pada Januari 1901, nota ini terpaksa di terima kerajaan China. Antara isi kandungan utama bagi penyelesaian akhir ini ialah hukuman ke atas yang bersalah. Seterusnya berkenaan ganti rugi. Kerajaan China juga akan membayar sejumlah bayaran ganti rugi sebanyak 450 juta tahil atau 67.5 juta pound sterling secara ansuran selama 39 tahun.62 Seterusnya antara syarat lain sebagai tambahan kepada dua perkara sebelum ini, beberapa syarat lain dipersetujui iaitu menghantar utusan maaf ke Jerman dan Jepun. Pada 11 September 1901, sebelas wakil kuasa-kuasa barat telah menandatangani protokol Boxer. Kerajaan China di wakili oleh Li Hung Chang dan putera Ching. Syarat-syarat telah disesuaikan dengan protokol ini. Kuasa-kuasa Barat mulai bimbang terhadap sesama sendiri tentang peluang peluang perdagangan, persamaan hak, dan masa depan kepentingan mereka di China selepas kebangkitan Boxer. Pada 3 Julai 1900, Amerika Syarikat telah mengisytiharkan dasar buka pintu yang kedua kali. Pada 16 Oktober 1900, perjanjian British-Jerman telah ditandatangani dan kuasa-kuasa asing bersetuju mengakui kewujudan pentadbiran dan hak negara China. Sehubungan itu, kesan pemberontakan Boxer juga menyebabkan kedaulatan China telah tercabar dengan protokol Boxer yang telah dibuat oleh kuasa kuasa barat. Hal ini demikian kerana, mereka merasa tercabar disebabkan oleh maruah mereka akan jatuh kerana protokol Boxer yang akan dibuat. Hal ini menyebabkan kuasa kuasa barat mengambil kesempatan ke atas China dan membahagikan wilayah wilayah dan pentadbiran di China kepada beberapa wilayah. Ekonomi negara China juga terjejas akibat pengaliran wang keluar kerana terpaksa membayar hutang kepada negara-negara barat dengan menggunakan mata wang barat atau asing.63 Hutang sebenar China ialah 450 juta tael tetapi meningkat sekali ganda apabila jumlah keseluruhan yang perlu di bayar ialah 982 238 150 tael kerana dikenakan kadar empat peratus setahun dalam tempoh 39 tahun.64 Selain itu, kesan pemberontakan juga menyebabkan maruah negara China telah tercemar akibat daripada kekalahan dalam kebangkitan Boxer. Kekalahan ini juga turut menjejaskan kepimpinan Manchu dan usaha untuk menggulingkan dinasti Manchu telah dijalankan di bawah
62 63

Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaysia. hlm 90 Robert A. Bicker & R.G. Tiedemann. (2007). The Boxer, China and The World. United States of America: Rowman & Littlefield Publishers. hlm 52 64 Lynn Bodin (1979). The Boxer Rebellion. Great Britain: Osprey Publishing. hlm 22

17

pimpinan Dr. Sun Yat Sen. Akhirnya, pada 1911 dinasti Manchu berjaya digulingkan oleh golongan revolusioner. Jelaslah disini pemberontakan yang dilakukan akan memberi kemudaratan kepada masyarakat apabila sesuatu pemberontakan gagal menguasai kuasa barat.

18

KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, dapatlah dijelaskan bahawa pemberontakan Boxer yang berlaku di China adalah bertujuan untuk menentang perubahan dasar yang telah dilaksanakan oleh pihak British dan kuasa-kuasa asing lain serta terhadap sistem pemerintahan Dinasti Qing itu sendiri. Pemberontakan ini telah dipelopori oleh ahli-ahli kongsi gelap dan para peninju yang berusaha menentang penguasaan British dan kuasa-kuasa asing lain di negara China. Di samping itu, adanya penyebaran agama Kristian oleh mubaligh Kristian dari negara asing turut membangkitkan kemarahan rakyat China yang seterusnya gerakan ini menjadi asas kepada perkembangan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat China untuk menentang penjajahan barat. Kekalahan China dalam pemberontakan Boxer telah memberi kesan kepada negara China terutamanya dari aspek ekonomi dan pentadbiran. Kegagalan kebangkitan Boxer ini juga sesuatu yang memalukan pihak istana dan imej pemerintah Manchu menjadi bertambah teruk.

19

BIBLIOGRAFI Bicker, Robert A. & Tiedemann, R. G. 2007. The Boxer, China and The World. United States of America: Rowman & Littlefield Publishers. Bodin, Lynn E & Warner, Chris .1979. Military. The Boxer Rebellion. United Kingdom : Osprey

Esherick, Joseph W. 1987. The Origins of Boxers Uprising. London: University of California. Frederic A. Sharf & Peter Harrington. 2000. China 1900: The Eyewitnesses Speak. London: Greenhill Books, London Stackpole Books, Pennsylvania. Harington, Peter. 2001. Peking 1900, The Boxer Rebillion. United Kingdom: Osprey Publishing. Jacob E. Safra, Constantine S. Yannias & James E. Goulka. 1768. The New Encyclopaedia Britannica Voume 2 15th Edition. K Gilbert & L Dorothy. 1977. The Boxer Movement, dalam Asian Transformation: A History of South- East, South and East Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. Levi, Werner. 1953. Modern Chinas Foreign Policy. Great Britain: University of Minnesota. Maswari Rosdi. 1983. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publications. Suffian Mansor. 2003. Tamadun China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Young, Hum Kim. 1966. East Asias Turbulent Century. New York: Meredith Corporation.

20

Anda mungkin juga menyukai