Anda di halaman 1dari 25

Kuliah Lima: Pembaharuan & Pemodenan China

PENGENALAN
Ekoran kelemahan dan masalah yang dihadapi China beberapa usaha dijalankan untuk mempertahankan China. Putera Kung (1833-1898) menerajui Dinasti Ching bersama pemimpin2 China seperti Tseng Kuo-fan, Li Hu-chang dan Tso Tsung-tang sedar kekuatan barat. Kesedaran ini seterusnya membawa kepada Gerakan Memperkuatkan Diri 1861-1895.

Gerakan Memperkuatkan Diri (GMD)


Dikenali juga sebagai Yang-wu atau gerakan pembaratan Bertujuan: Untuk mencari kelemahan China, menjalinkan hubungan baik dengan kuasa Barat, usaha2 penterjemahan dan pembinaan industri ringgan serta penyertaan dalam perdagangan.

3 tahap
1. 1861-1872 2. 1872-1885 3. 1885-1895

PERMODENAN DALAM GERAKAN MENGUATKAN DIRI TAHAP 1


1. PENUBUHAN PEJABAT PERHUBUNGAN LUAR/AM [TSUNGLI YAMEN]
Bertujuan memudahkan urusan perhubungan dengan kuasa asing yang berada di China. Ditubuhkan pada 11 Ogos 1861. Duta asing ditempatkan di Peking antaranya ANSON Burlingame (US), Frederick Bruce (British), M.Buthemy (Perancis) dan De Balluseck (Rusia). Bermula 1877, duta China mula ditempatkan di negara asing seperti England (1877), Jerman (1877), Perancis (1878), Amerika (1878), Rusia dan Sepanyol (1879).

2. PESURUHANJAYA PERDAGANGAN Chung-hou dilantik sebagai Pesuruhanjaya perdagangan 1870 Li Hung Chang dilantik Berpusat di Shanghai, Tientsien & Shanghai

3. KOLEJ PENTERJEMAHAN[TUNG-WEN KUAN] & BAHASA ASING [KUANGFANG-YEN KUAN] Bagi mengajar bahasa-bahasa Barat seperti Inggeris, Perancis, Jerman dan Rusia. Bahasa Cina turut diajar. Dimulakan dalam tahun 1862 Maktab Bahasa ditubuhakn Tung Wen Kuan. Penubuhan Universiti seperti Universiti Che Foo dan Universiti Wu Chang.

3. KILANG SENJATA
Kilang Senjata Kiangnan dibina di Sanghai tahun 1865 oleh Tseng Kuo-fan. Kilang tersebut terbesar yy mpunyai 32 buah bangunan dan mampu menghasilkan 450kg serbuk letup sehari Pembelian Senjata Asing seperti senapang, bahan letupan dan meriam.

4. Limbungan Kapal Pembinaan Limbungan Kapal bagi membina kapal di Foochow tahun 1866. Pembinaan Nangking Arsenal tahun 1867. Penubuhan Syarikat Kapal Wap Pedagang China tahun1872.

PERMODENAN DALAM GERAKAN MENGUATKAN DIRI TAHAP 2 & 3


PERMODENAN TENTERA

China beranggapan bagi mengembalikan maruah mereka sektor ketenteraan mesti diperkuatkan. 1872, Pegawai tentera turut dihantar untuk latihan di Barat Penubuhan Akademik Tentera Laut 1880 di Tientsin Akademik Ketenteraan 1885 di Tientsin Armada Laut Peiyang

PEMBUKAAN LOMBONG & PERMODENAN PERTANIAN 1876, Li Hung Chang membuka lombong arang batu di Kaiping dan Syarikat Perlombongan Kaiping dibuka pada 1883. 1890, Chang Chih Yung membuka arang batu dan besi di Hupei.

PERMODENAN PERHUBUNGAN AWAM & PENGANGKUTAN : Perkhidmatan pos mula digunakan pada 1881 di bandar-bandar besar seperti Canton, Shanghai, Nanking dan Tientsin. 1871, Imperial Telegraph Administration ditubuhkan Kabel pertama 1881 yg menghubungkan Shanghai dengan Tientsin.

1872, Syarikat Perkapalan iaitu China Merchants Steam Navigation Company ditubuhkan. Jabatan kastam turut ditubuhkan dengan bantuan pegawai Barat seperti Robert Hart dan Horatio N. Lay.

TOKOH PENTING DALAM GMD


Li Hung-chang Tokoh Gerakan Menguatkan Diri berjawatan Gabenor-Jeneral Chihli & Pesuruhjaya Tinggi Lautan Utara telah bertindak membina empayar ketenteraan. Antara kejayaan beliau ialah : Pembinaan Nangking Arsenal tahun 1867. Penubuhan Syarikat Kapal Wap Pedagang China - 1872.

Penubuhan Akademik Tentera Laut di Tientsin 1880. Akademik Ketenteraan di Tientsin -1885. Armada Laut Peiyang. Falsafah beliau : China hanya perlu maju dengan kebangkitan senjata moden Barat sahaja.

Pesuruhjaya Lin Tse-hsu Perintis utama dalam pembelajaran Barat. Mengarahkan menterjemah surat khabar asing di Macao, Singapura dan India. Mengumpul maklumat geografi, sejarah, politik dan Undang-undang Barat.

FAKTOR-FAKTOR KEGAGALAN
PENENTANGAN GOLONGAN KONSEVATIF
Sukar terima sarjana Barat & jemputan Profesor Asing kerana mereka berpendapat bagaimana sanggup belajar daripada mereka ini yang sekian lama dianggap sebagai golongan tidak bertamaddun. Penghantaran Diplomat ke luar negara dikritik.

FAKTOR-FAKTOR KEGAGALAN
TSUNGLI YAMAN Gagal memainkan peranan penting sebaliknya diletakkan sebagai badan kecil dalam kerajaan PERMODENAN PENTADBIRAN TIDAK MENYELURUH Institusi-institusi lama masih dikekalkan. Proses pembangunana industri dan ketenteraan lembab.

FAKTOR-FAKTOR KEGAGALAN
KEGAGALAN GOLONGAN MODENIS Gagal memahami konsep permodenan Barat maka berlaku kekeliruan antara para pendokong Gerakan Menguatkan Diri. Gagal pisahkan institusi pentadbiran moden dengan institusi pentadbiran tradisi jadi berlaku pertembungan unsur-unsur tradisional.

FAKTOR-FAKTOR KEGAGALAN

MAHARANI DOWAGER PEMUSATAN KUASA berkonfrantasi dengan golongan konservatif.

FAKTOR-FAKTOR KEGAGALAN
PEMIMPIN-PEMIMPIN WILAYAH MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Mereka mengejar kekayaan. Langkah-langkah zalim yang tidak rasional. Menguatkan kuasa masing-masing.

KEMUNCAK KEGAGALAN Perang China Jepun 1895 yang sungguh mengaibkan kerana kalah kepada sebuah negara kecil dari Timur. Perjanjian Shimonoseki

Anda mungkin juga menyukai