Anda di halaman 1dari 41

SEJARAH DUNIA (1500-1955)

4.2 Konflik antarabangsa 4.2.2 Perang Dingin 1945 1955

Kawasan Kajian

Rusia dan Amerika Syarikat

Masa Kajian

Abad ke-20

Hasil Pembelajaran
Calon seharusnya dapat :

menganalisis sebab dan kesan Perang Dingin.

RUSIA

AMERIKA SYARIKAT

Definisi Perang Dingin

Perang Dingin ialah persaingan terbuka tetapi terhad yang bermula selepas Perang Dunia Ke-2 antara Amerika Syarikat dan sekutunya dengan Rusia dan sekutunya. Pergeseran ini dikenali sebagai Perang Dingin kerana tidak membabitkan pertempuran bersenjata secara langsung antara 2 kuasa besar tersebut secara besar-besaran.

Perang Dingin dijalankan melalui : a) tekanan ekonomi b) bantuan terpilih c) hubungan diplomatik d) propaganda e) pembunuhan f) operasi ketenteraan tahap rendah g) perang proksi Perang Dingin berlaku dari 1947 sehingga kejatuhan Rusia pada 1991.

Blok Barat (biru) dan Timur (merah), dengan wilayah Dunia Ketiga yang dipertikaikan (hijau).

Sebahagian Tembok Berlin, satu simbol perpecahan Eropah sewaktu era Perang Dingin

Sebab Meletusnya Perang Dingin

Sebab 1

Tiada kesepakatan dalam rundingan

Dari 1943 ke 1945, pemimpin Kuasa Berikat iaitu AS, Rusia, Perancis dan Britain mengadakan 3 siri pertemuan untuk membincangkan keadaan politik di Eropah lebih-lebih lagi ketika Jerman berada di ambang kekalahan. Perbincangan ini berkaitan : a) hal konsesi Rusia di Eropah Tengah b) pembahagian negara Jerman kepada 4 zon tentera, c) penguasaan Rusia ke atas Poland d) isu penguasaan ke atas Eropah Timur dan Eropah Tengah.

Namun begitu, 3 siri perbincangan di Teheran, Yalta dan Postdam ini tidak capai kata putus. Keadaan ini menyebabkan keretakan hubungan sehingga terjadinya Perang Dingin. Negara lain dalam Kuasa Berikat curiga dengan tindak-tanduk Rusia yang dikuasai oleh komunis. Mereka amat mencurigai kegiatan Rusia terutamanya di Poland, apabila Rusia berada di belakang sebuah kerajaan yang dikuasai oleh komunis.

Sebab 2

Perbezaan ideologi

Perbezaan ideologi juga sumbang kepada berlakunya Perang Dingin. AS dukung ideologi kapitalis manakala Soviet Union amalkan ideologi komunis. Hal ini timbulkan persaingan dan konflik untuk dapatkan pengaruh daripada negara-negara lain.

Dari segi politik, blok Barat terapkan sistem demokrasi dan amalkan sistem pelbagai parti. Kerajaan yang perintah terdiri daripada parti yang dipilih rakyat menerusi pilihan raya umum. Berbeza dengan blok komunis yang anjurkan pemerintahan secara diktator dan parti komunis sahaja yang diiktiraf.

Dari segi ekonomi, blok Barat anjurkan sistem kapitalisme dengan prinsip pasaran bebas. Pemerintah ada peranan yang terbatas dalam persaingan ekonomi di negara masingmasing. Sistem ini sangat untungkan para pelabur yang bermodal besar. Sistem yang benarkan pemilikan persendirian ini berjaya tingkatkan persaingan dalam kalangan pengusaha sehingga tingkatkan ekonomi negara.

Dari segi sosial, blok kapitalis berikan kebebasan kepada individu sepenuhnya seperti kebebasan memilih kerajaan, kebebasan bersuara, hak asasi dan sebagainya. Masyarakat di negara blok komunis pula ada kebebasan yang terhad.

Sebab 3

Kemerosotan Ekonomi

Kesan daripada PD2, ekonomi negara di Eropah terjejas teruk. Ekonomi Britain, Perancis, Jerman, Itali dan Belanda terjejas kerana sebahagian besar pendapatan negara diperuntukan membiayai PD2. Kelemahan ekonomi negara Eropah dorong AS tawarkan bantuan berupa dana dan sokongan bagi menghalang peluasan ideologi komunis. Pada 1948, AS tubuhkan Rancangan Marshall bagi bangunkan ekonomi Eropah Barat semula selain kekang pengaruh komunis.

Rusia tolak Rancangan Marshall kerana anggapannya satu bentuk campur tangan AS. Rusia kemudian cuba pengaruhi negara di Eropah Timur agar tidak terima bantuan AS. Atas inisiatif Rusia, blok komunis [Eropah Timur] telah tubuhkan satu pertubuhan ekonomi untuk imbangi pertubuhan ekonomi yang dianjurkan oleh AS.

Sebab 4

Kebimbangan Rusia terhadap ancaman Jerman

Rusia sentiasa bimbang ancaman Jerman. Oleh itu, Rusia bercadang kuasai negara di Eropah Timur untuk dijadikannya sebagai Zon Penampan. Stalin iaitu pemerintah Rusia ketika itu bimbang sejarah Peristiwa Operasi Barbarossa berulang. Dalam operasi itu, Hitler pimpin serangan besar-besaran selama 900 hari dan gugurkan lebih 600 000 bom ke atas Rusia.

Rusia berusaha lemahkan Jerman yang dianggap sebagai negara terkuat dan agresif dengan halang Jerman bersatu di bawah kerajaan kapitalis. Oleh yang demikian, Jerman terbahagi 2 iaitu Jerman Timur [Komunis] dan Jerman Barat [kapitalis]. AS yang harapkan bantuan Rusia bagi hadapi Jepun terpaksa biarkan Rusia kembangkan pengaruhnya sehingga semua negara di Eropah Timur dikuasai oleh komunis.

Kesimpulan
Perang Dingin yang tercetus antara AS dengan Soviet Union berikan impak yang mendalam kepada negara-negara di Eropah khususnya dan seluruh dunia amnya. Beberapa peperangan yang tercetus antara negara dikatakan didalangi oleh dua blok kuasa tersebut bagi tujuan meraih sokongan dan menguji senjata baru.

Kesan Perang Dingin

Kesan 1

Dunia terbahagi kepada 2 blok

Dunia terbahagi kepada 2 blok iaitu : a) blok kapitalis yang diterajui oleh Amerika Syarikat b) blok komunis yang diketuai oleh Rusia Perbezaaan sistem politik dan ekonomi yang diamalkan oleh kedua-dua blok wujudkan perasaan curiga antara satu sama lain. Situasi ini timbulkan ketegangan politik. Kedua-dua blok telah buat persiapan ketenteraan bagi hadapi segala kemungkinan terutamanya serangan kilat.

Kesan 2

Penubuhan NATO

AS dan sekutunya telah bentuk pakatan tentera yang dinamakan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara atau North Atlantic Treaty Organization (NATO ). Blok komunis pula tubuhkan Pakatan Warsaw yang dianggotai oleh Rusia dan semua negara di Eropah Timur. Kedua-dua pakatan tentera ini, NATO dan Pakatan Warsaw ada senjata nuklear.

Kesan 3

Penubuhan Pakatan Warsaw

Blok komunis pula tubuhkan Pakatan Warsaw yang dianggotai oleh Rusia dan semua negara di Eropah Timur seperti Poland, Hungary dan Jerman Timur. Pakatan ini dibentuk di Warsaw, ibu negara Poland pada 1955. Pakatan Warsaw ada senjata nuklear seperti NATO.

Kesan 4

Penubuhan SEATO

Satu lagi pakatan antikomunis ialah South-East Asia Treaty Organization (SEATO). SEATO disertai oleh AS, Australia, Britain, New Zealand, Perancis, Filipina, Pakistan dan Thailand. SEATO bertujuan halang pengaruh Rusia dan China di Asia Tenggara dan halang komunis daripada merebak ke Asia Selatan.

Kesan 5

Berlakunya perlumbaan senjata

Pertelagahan AS dengan Rusia di arena politik antarabangsa ini menyebabkan mereka mahu berikan perhatian terhadap keupayaan ketenteraan. Dengan itu, berlaku perlumbaan senjata. Namun, mereka cuba elakkan perselisihan yang mungkin akan cetuskan peperangan yang lebih besar.

Kedua-dua pihak cuba tunjukkan kekuatan dalam bidang persenjataan. Misalnya pada 1950-an, AS dan Rusia telah berlumba-lumba mencipta bom yang lebih dahsyat kesannya daripada bom atom iaitu bom hidrogen.

Kesan 6
Penggunaan pelbagai cara untuk perjuangkan kepentingan

AS dan Rusia gunakan pelbagai cara untuk perjuangkan kepentingan mereka. Antaranya ialah kegiatan subversif, pengintipan dan berperang secara tidak langsung melalui sekutu mereka. Benua Asia turut terlibat secara langsung dalam Perang Dingin ini. Misalnya AS bantu Chiang Kai-shek bagi hadapi ancaman Parti Komunis China (PKC). Kejayaan PKC bentuk kerajaan China pada 1949 satu tamparan hebat kepada AS.

Kesan 7

Jepun menjadi negara sekutu Amerika Syarikat yang rapat

Perang Dingin telah ubah Jepun daripada negara musuh yang ditakuti kepada negara sekutu AS yang rapat. Kemenangan PKC kuasai China telah percepat perubahan sikap AS terhadap Jepun. AS ingin bantu Jepun pulih segera untuk halang pengaruh komunis. AS berharap Jepun akan jadi sekutunya yang kuat dan dapat gugat keselamatan China.