Anda di halaman 1dari 33

BINCANGKAN GERAKAN PEMBAHARUAN 100 HARI PADA

TAHUN 1898 DI NEGERI CHINA.

1.0 PENGENALAN.

China merupakan salah satu tamadun berterusan yang tertua di dunia. China mengalami

pelbagai zaman yang berselang-seli antara perpaduan dan perpecahan, dan ada kalanya pula

mengalami penaklukan oleh orang-orang asing. Secara hakikatnya, apa yang dapat dilihat,

pembahagian China dalam lingkungan daerah-daerah pengaruh telah menjadikannya sebagai

sebuah negara jajahan dari cengkaman negara–negara imperialis. Namun, kekalahan China di

tangan tentera Jepun pada tahun 1894-1895 telah membawa impak besar kepada perjalanan

sejarah China. Justeru itu, ramai yang merasakan perlu ada perubahan yang perlu dilakukan

untuk memajukan semula China. Mereka perlu bertanggungjawab dan ‘bangkit daripada tidur’

dengan mengambil tindakan bagi melakukan sesuatu yang mampu mengubah keadaan negara

mereka dan seterusnya menyelamatkan negara mereka daripada terus mendapat penghinaan. 1

Bagi golongan intelektual yang liberal berpendapat China harus dimajukan lagi dalam pelbagai

bidang yang tidak terhad pada pemodenan senjata mahupun ekonomi sahaja. Mereka ini

mahukan perubahan besar dilakukan ke atas sistem pemerintahan kuno China.2 Pada dasarnya,

gerakan tersebut terbahagi kepada dua aliran iaitu pertama muncul daripada golongan yang

digelar sebagai ‘Reformis’ iaitu golongan yang tetap setia kepada Dinasti Manchu, tetapi

golongan ini berhasrat ingin memperbaharui dasar kerajaan. Manakala golongan kedua pula

merupakan golongan ‘Revolusioner’ yang inginkan pembaharuan serta berhasrat menghancurkan

Dinasti Manchu dan seterusnya mendirikan negara yang berbentuk republik.


1
Gilbert Khoo dan Dorothy Loo, Asia Dalam Perubahan : Sejarah Tenggara, Sejarah Selatan dan
Timur Asia. Heinemann Educational Books. hlm 908-909.
2
Suffian Mansor, Sejarah China Moden. Universiti Malaya. Kuala Lumpur. 2009. hlm. 77.
1
Secara umumnya, sebelum Gerakan 100 hari ataupun yang dikenali dalam masyarakat

China sebagai ‘Wuxu Bianfa’ bermula iaitu pada tahun 1800-an, umumnya Dinasti Ch’ing sering

menindas dengan tegas dan kejam segala kegiatan politik yang berlaku di China. Namun selepas

tahun 1800-an, tekanan tersebut dilihat semakin berkurangan kerana bertambahnya ancaman dari

luar dan dalam negeri. Namun, kegagalan dalam Gerakan Menguatkan Diri pula telah

menyebabkan lahirnya beberapa tokoh baru dalam memajukan dan memodenkan negara China.

Maka dengan itu, terhasillah gerakan pembaharuan yang dikenali sebagai Gerakan Reformasi

Seratus Hari. Gerakan Pembaharuan Seratus Hari ini telah diumumkan pada 11 Jun 1898 dan

pada awalnya telah menampakkan usaha dalam kalangan pemimpin China yang diilhamkan

bermula daripada bulan Januari lagi. Rancangan-rancangan pembaharuan ini hanya bertahan

selama tiga bulan sahaja apabila pada 21 September 1898 satu rampasan kuasa telah dilakukan

oleh Maharani Dowager Hsu-His untuk menghapuskan gerakan ini. Walau bagaimanapun, di

sebalik perjalanan gerakan pembaharuan ini, terdapat beberapa tokoh penting yang terlibat dan

menjadi pelopor kepada tercetusnya gerakan pembaharuan 100 hari.

2.0 LATAR BELAKANG CETUSAN IDEA PEMBAHARUAN 100 HARI.

2
Rajah 1: K’ang Yu- Wei

K’ang Yu-Wei (1858-1927) dilahirkan dalam sebuah keluarga berada di Nan-hai,

Kwangtung. Pada tahun 1882, beliau mengunjungi Shanghai dan kagum dengan pentadbiran

gaya barat di sana. Beliau mula memikirkan bahawa jika pentadbiran kolonial barat boleh

mewujudkan keadaan yang baik, bagaimanakah cara yang boleh membantu kemajuan negaranya.

Oleh itu, beliau mula membeli dan membaca kerja-kerja terjemahan yang dibuat oleh kilang

senjata dan organisasi mubaligh.3 K’ang Yu-Wei sebenarnya mulai sedar bahawa China sudah

jauh ketinggalan dan kedudukan ini amat membahayakan China. Oleh yang demikian, pada

tahun 1888 beliau mula menulis memorial pertamanya kepada kerajaan China untuk mengajak

ke arah kemajuan dan memberi amaran terhadap ancaman kuasa asing. Walau bagaimanapun

tulisannya tidak dapat disampaikan kepada maharaja China kerana tulisan tersebut telah ditapis

oleh pihak penapis yang menganggap penulisannya sebagai sesuatu yang gila.4 Sementara itu,

seorang pemeriksa iaitu Hsu-Tung yang tidak menyenangi hasil penulisan beliau ini telah

3
Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Universiti Malaya. Kuala Lumpur. hlm. 79-80.
4
Suffian Mansor. 2003.Tamadun China. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 36.

3
mengambil tindakan dengan memadamkan nama K’ang Yu-Wei sebagai calon yang berjaya

dalam peperiksaan awak kerajaan.

Justeru itu, disebabkan oleh kecenderungan dan keinginan untuk mengadakan perubahan

dalam politik dan sosial, maka beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul ‘Confucius

Sebagai Seorang Pengubah’. K’ang Yu-Wei mempertahankan bahawa semua naskhah asli ditulis

oleh Confucius sendiri, jadi ianya tidak diwariskan dan diolah seperti yang dipertahankan oleh

aliran teks lama. Hal ini adalah untuk membenarkan pembaharuan politik pada zaman Chou.

Kandungan buku ini secara terang-terangan membantah keras anggapan bahawa pemerintah Yao

dan Shun pada zaman lepas adalah pemerintah-pemerintah yang harus dijadikan teladan. Pada

zaman sebelum Perang China –Jepun, K’ang Yu-Wei berdasarkan interpretasinya mengenai

Confucius, membentuk suatu pembaharuan politik yang bermaksud untuk menjadikan China

sebagai sebuah kerajaan monarki yang konstitusional yang berlaku mengikut model Eropah dan

Jepun. Sebenarnya, untuk pembaharuan ini K’ang Yu-Wei khususnya telah mendapat ilham

daripada beberapa tokoh pembaharuan seperti Peter The Great di Rusia dan pemimpin Meiji di

Jepun.5 Malah K’ang Yu-Wei juga mendapat ilham pembaharuan ini selepas beliau membaca

“History Of The Continental Europe”, dan menggariskan tentang penyatuan yang berlaku di

Jerman dan Perancis sejak tahun 1879.6 Setelah Perang China- Jepun wujud peluang yang baik

bagi K’ang Yu-Wei melaksanakan cadangannya. Apabila China dikalahkan oleh pihak Jepun

dalam Perang Sino-Jepun pada tahun 1895 beliau berpendapat bahawa reformasi perlu dilakukan

di China dan ini telah menjadi isu utama pada ketika itu.

5
Yusuf Iskandar Khalil Yusof. 1979. Diskusi Sejarah. Pulau Pinang: Teks Publishing Sdn. Bhd.
hlm. 413.
6
Meribeth E. Cameron. (1963). The Reform Movement in China 1878-1912. Octagon Books.
hlm. 25.
4
Beliau telah dibantu oleh T’an Ssu-Tung dan Lian Ch’I Ch’ao, iaitu seorang ahli penulisan

surat khabar yang menjadi saluran utama dalam mengadakan perubahan-perubahan di China. 7

Pada waktu itu, tampuk pemerintahan berada dalam tangan Maharaja Kwang Hsu, namun di

bawah nasihat Maharani Hsu Hsi. K’ang Yu-Wei kemudiannya telah diberi kepercayaan dari

Maharaja yang menjadi satu-satunya harapan bagi golongan pengubah untuk membantu

mengelakkan keruntuhan China. Malah, dalam istana sendiri terdapat dua jenis aliran iaitu aliran

konservatif dan aliran progresif muda. Golongan konservatif tetap berpihak kepada Maharani

sedangkan golongan progresif menyokong Maharaja Kuang Hsu dan menganggapnya sebagai

pemimpin mereka. K’ang Yu-Wei pernah menyatakan kepada Maharaja ‘if you majesty wishes to

rely on them for vetor, it will be like climbing a tree to seek for fish. 8 Situasi ini menunjukkan

bahawa, K’ang Yu-Wei selalu menyarankan kepada maharaja agar mengorak langkah dengan

benar untuk mencapai matlamat. Perselisihan dua aliran ini membuatkan hubungan di antara

Maharani dan Maharaja Kuang Hsu menjadi semakin renggang. K’ang Yu-Wei selalu diterima di

istana oleh Maharaja untuk berbincang . Keadaan inilah yang membuatkan K’ang Yu-Wei

mempunyai pengaruh yang kuat di istana dan hal inilah juga yang akan membantunya

melaksanakan rancangannya.

7
East Asia Tradisional Transformation. The Herday of Imperialism in China. United States:
Houghton Miffrin Company. hlm. 627.
8
Ibid. hlm. 627.
5
Rajah 2: Maharani Dowager Hsu His

Namun, disebabkan hal ini, telah membuatkan kaum konservatif terkejut dengan tindakan

K’ang Yu-Wei yang didapati selalu memasuki istana. Pada tarikh 18 Jun 1898, Maharaja Kuang

Hsu mengisytiharkan perubahan yang pertama.9 Pengisytiharan pertama ini diikuti oleh

pengisytiharan yang kedua, ketiga dan begitu cepat sekali. Sebenarnya, dalam tempoh masa 100

hari, iaitu dari 11 Jun hingga 22 September 1898 Maharaja Kuang Hsu atas usul K’ang Yu-Wei

telah mengeluarkan tidak kurang dari 27 atau 40 hingga 50 notis pengisytiharan yang semuanya

merupakan saranan untuk mengadakan perubahan-perubahan yang besar. 10 Antara isi kandungan

di dalam notis tersebut adalah seperti sistem kajian yang dijadikan dasar pemilihan pegawai

istana akan diubah dan di seluruh negeri perlu mendirikan sekolah-sekolah dengan berteraskan

pelajaran barat dan Tionghoa. Selain itu, pembesar dan orang-orang Manchu disarankan untuk

belajar ke luar negeri. Di samping itu, jabatan-jabatan yang tidak penting di negeri akan

dihapuskan. Malah menerusi notis pengisytiharan itu juga, golongan tentera perlu menggunakan

cara dan kelengkapan Barat yang moden dan pandangan harus dimajukan, tambang-tambang

9
Meribeth E. Cameron. (1963). The Reform Movement in China 1878-1912. New York: Octagon
Books. hlm. 30.
10
Ibid. hlm. 413.
6
harus dibuka, peraturan pengadilan harus diubah, undang-undang hak asli dan hak cipta harus

segera dilaksanakan.11 Hal-hal di atas adalah beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh Kuang

Hsu melalui usul yang dikeluarkan oleh K’ang Yu-Wei. Pada 11 Jun hingga 22 September 1898,

gerakan ini telah dikenali sebagai Gerakan Pembaharuan 100 Hari, kerana gerakan ini telah

berlangsung selama 100 hari. Bagi golongan Reformasi termasuklah K’ang Yu-Wei

berpandangan bahawa China memerlukan pembaharuan yang lebih berkesan serta menyeluruh

daripada Gerakan Menguatkan Diri. Gerakan yang dimaksudkan ini ialah Gerakan Menguatkan

Diri yang melibatkan perubahan institusi dan perubahan ideologi.

3.0 FAKTOR PENCETUS GERAKAN PEMBAHARUAN SERATUS HARI.

Pada tahun 1898, muncul gerakan pembaharuan yang ditubuhkan kesan daripada Perang

China dan Jepun pada tahun (1894-1895).12 Ekoran daripada peperangan ini, terdapat beberapa

corak pemikiran yang terbuka dalam memajukan dan memodenkan negara China. Secara

umumnya, sebelum gerakan 100 hari, gerakan ini lebih dikenali dalam masyarakat China sebagai

“Wuxu Bianfa” bermula iaitu pada tahun 1800-an umumnya Dinasti Ching yang sering menindas

dengan tegas dan kejam dalam segala kegiatan politik yang berlaku di China. Namun, selepas

tahun 1800-an, tekanan tersebut semakin berkurang kerana bertambahnya ancaman dari luar dan

dalam negeri. Oleh itu terdapat beberapa kelompok sarjana seperti Wei Yuan telah mula

mempelajari masalah politik dan ekonomi, Ching –Shih Chia. Di samping itu, muncul pula aliran

ilmuan Han yang baru iaitu “Aliran Teks Baru”, dari Chen-Wen Chia. Aliran ini mendasarkan

tentang diri pada aliran yang sama pada zaman Dinasti Han I. Ciri khas bagi aliran ini adalah

11
C.P. Fitzgerald. Inti sari Sejarah Asia Timur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.
134.
12
Yusof Iskandar. 1979, Diskusi Sejarah, Pulau Pinang: Teks Publishing Sdn. Bhd. hlm. 412
7
mereka berpendapat bahawa versi teks baru dari Kitab Klasik membenarkan pelaksanaan

pembaharuan. Hal ini kerana, K’ang Yu Wei menganggap bahawa kitab-kitab kuno zaman Han

banyak yang palsu dan di samping itu, kitab sejarah dipandang sebagai tulen.

Selain itu, faktor pencetus kepada gerakan seratus hari ialah K’ang Yu Wei sebenarnya sedar

bahawa China sudah jauh ketinggalan dan kedudukan ini amat membahayakan China. Jika Jepun

terlebih dahulu melangkah ke depan mendahului China, China mungkin lebih bahaya. Oleh

demikian, pada tahun 1888 beliau mula menulis memorial pertamanya kepada kerajaan China

untuk mengajak ke arah kemajuan dan memberi amaran terhadap ancaman kuasa asing. Walau

bagaimanapun, tulisannya tidak dapat di sampaikan kepada Maharaja kerana tulisan tersebut

telah di tapis oleh pihak penapis yang menganggap bahawa penulisannya merupakan sesuatu

yang gila.13 Sementara itu, seorang pemeriksa iaitu Hsu Tung yang tidak menyenangi tulisan

K’ang telah mengambil tindakan dengan memadamkan nama K’ang Yu-Wei sebagai calon yang

berjaya dalam peperiksaan awam kerajaan.

Namun, K’ang Yu Wei terdorong oleh keinginan untuk mengadakan perubahan politik dan

sosial, beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul “Confucius Sebagai Seorang Pengubah’.

K'ang Yu-Wei mempertahankan bahawa semua naskah asli ditulis oleh Confusius sendiri (jadi

tidak diwariskan dan diolah seperti yang dipertahankan oleh aliran teks lama) untuk

membenarkan pembaharuan politik pada zaman Chou. Kandungan buku ini secara terang-

terangan membantah keras tentang anggapan bahawa pemerintah-pemerintah Yao dan Shun pada

zaman lepas adalah pemerintah-pemerintah yang harus dijadikan teladan. Pada zaman sebelum

Perang China-Jepun, K'ang Yu-Wei berdasarkan interpretasinya mengenai Confucius,

membentuk suatu pembaharuan politik yang bermaksud untuk menjadikan China sebagai sebuah

13
Suffian Mansor. 2003. Tamadun China, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 36
8
kerajaan monarki yang “constitutional” yang berlaku mengikut model Eropah dan Jepun. Selain

itu, untuk pembaharuan ini K'ang Yu-Wei khususnya telah mendapat ilham daripada beberapa

tokoh pembaharuan oleh Peter The Great di Rusia dan pemimpin Meiji di Jepun.14 Melalui ilham

ini, K’ang Yu-Wei tekad bahawa pemerintahan dan negara China perlu di ubah bagi

menggantikan pemerintahan dan cara China yang dahulu yang akan menyebabkan China lemah

dan akan di tindas oleh kuasa asing. Selain itu, K’ang Yu-Wei juga mendapat ilham pembaharuan

ini selepas beliau membaca “History Of the Continental Europe”, dan menggariskan tentang

penyatuan yang berlaku di Jerman dan sejarah Perancis sejak tahun 1879. 15 Selepas Perang

China-Jepun, wujud peluang yang baik bagi K'ang Yu-Wei untuk melaksanakan cadangannya.

Apabila China dikalahkan oleh pihak Jepun dalam Perang Sino-Jepun pada tahun 1895 beliau

berpendapat bahawa reformasi perlu dilakukan di China dan ini telah menjadi isu utama pada

ketika itu. Tambahan pula, beliau telah dibantu oleh T'an Ssu-T'ung dan Liang Ch'i Ch'ao, iaitu

seorang ahli penulisan surat khabar yang menjadi saluran utama dalam mengadakan perubahan-

perubahan di China.16

Dari bulan Jun hingga September 1898, Maharaja Guang Xu (R. 1875-1908), berikutan

nasihat pembaharuan K’ang Yu Wei (1858-1927), mengeluarkan banjir fatwa mengenai

pembaikan kepada pentadbiran, hal ehwal ekonomi, pendidikan, dan ketenteraan . Ini percubaan

pembaharu dari atas selama kira-kira 100 hari dan dikenali sebagai “Reformasi Seratus Hari”.

Seperti yang diperkatakan tadi, semangat yang bergerak adalah Kang yu Wei dan pengikut-

pengikutnya. Seorang ulama dari keluarga tanah-bangsawan di wilayah selatan Guangdong,


14
Suffian Mansor. 2003. Tamadun China, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 36
15
Meribeth E. Cameron.1963. The Reform Movement in China 1898-1912, New York: Octagen
Books, hlm. 25
16
East Asia Tradisional Transformation: The Herday of Imperialism In China. United States:
Houghton Miffrin Company. hlm 629
9
Kang diiktiraf dalam mudanya sebagai bahaya pencerobohan asing imperialis dan keperluan

reformasi untuk mengekalkan kemerdekaan China. Beliau menulis peringatan pertama kepada

maharaja seawal sebagai 1888, tetapi ia tidak pernah mencapai takhta. K’ang tiba di Beijing

untuk mengambil peperiksaan metropolitan pada tahun 1895, sama seperti Jepun mengenakan

Perjanjian Shimonoseki pada China selepas Perang China-Jepun pertama. Dalam peringatan

kedua, yang ditandatangani oleh 1300 ulama yang telah datang dari wilayah untuk peperiksaan,

Kang mencadangkan bahawa perjanjian tersebut tidak akan diratifikasi, bahawa tentera diiktiraf,

dan bahawa pembaharuan akan dijalankan dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan.

Walaupun peringatan ini juga gagal untuk mencapai takhta kerana dipintas oleh oleh Lembaga

Penapis, ia diedarkan secara meluas di kalangan para ulamak. "Masyarakat Kajian" tumbuh di

beberapa bahagian China, matlamat mereka adalah untuk menggalakkan pembaharuan. Akhbar-

akhbar mula disiarkan untuk menyebarkan idea-idea demokrasi borjuasi Barat dan sekolah telah

ditubuhkan untuk pengajaran muda dengan semangat yang baru. Permintaan terhadap

pembaharuan dengan cepat menjadi meluas dalam kalangan belia yang berpendidikan. Keadaan

ini memberikan semangat kepada K’ang untuk terus merealisasikan idea pembaharuannya untuk

mengubah China ke arah negara yang moden.17

Faktor seterusnya adalah kejutan daripada dua perang dengan kuasa Barat (Perang Candu

dan Perang Arrow) dan kebangkitan dalaman telah mendorong kerajaan mengkaji semula

kekuatan negara China untuk menjaga keselamatan dan melindungi kedaulatan negara.

Sementara itu, barisan kepimpinan Dinasti Ch’ing telah berubah. Putera K’ung (1833-1898)

menjadi pemimpin yang menonjol selepas mengadakan rundingan dengan kuasa Barat untuk

menyelesaikan Perang Arrow. Disamping itu juga, para pemimpin yang berjaya menghapuskan

17
Su Kaiming. 1985. Modern China: a topical history, Beijing: New World Press, hlm. 65-66
10
kebangkitan dalaman China juga berjaya menaikkan imej mereka di mata pihak istana.

Pemimpin-pemimpin ini terdiri daripada Tseng Kuo-fan, Li Hung-chang dan Tso Tsung-t’ang

mempunyai banyak pengalaman mengenai kelemahan China dan rahsia kekuatan kuasa Barat.

Mereka mengagumi kehebatan ketenteraan kuasa Barat terutamanya Ever-Victorious-Army.18

Justeru, kehebatan tentera tersebut menyebabkan mereka mula memikir mengenai

pemulihan kuasa China dengan mengambil teknologi Barat sebagai asas kekuatan China. Oleh

demikian, mereka mengakui bahawa kekuatan Barat terletak pada kekuatan tenteranya.

Disebabkan itu, timbullah idea untuk membina kilang-kilang senjata dan memodenkan bidang

ketenteraan China. Melalui kesedaran ini, timbullah idea pemulihan China menerusi proses

pemodenan bagi sektor-sektor pertahanan, hubungan luar, penterjemahan dan industri perkapalan

serta kilang makanan dan kain. Idea ini telah mewujudkan rancangan yang dikenali sebagai

Gerakan Menguatkan Diri di China. Gerakan ini berlangsung dari tahun 1861 hingga 1895.

Gerakan ini juga di panggil Polisi T’ung-K’ung iaitu sempena nama Maharaja T’ung-chih yang

digabung dengan nama Putera K’ung. Dalam hal ini, Gerakan Menguatkan Diri ini dinamakan

sebagai Gerakan Yang Wu atau Gerakan Pembaratan. Secara ringkasnya, gerakan menguatkan

diri ini dilakukan untuk mencari kelemahan China dengan memulihkan kekuatan ketenteraan

China, menjalin hubungan baik dengan kuasa Barat, usaha-usaha penterjemahan dan membina

industri berat dan ringan serta penyertaan dalam perdagangan antarabangsa.

Terdapat beberapa idea yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh sebelumnya yang mempunyai

hubungan dengan kuasa Barat. Antara tokoh utama yang mengeluarkan idea ialah bekas

18
Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden, Kuala Lumpur: Penerbit: Universiti Malaya,
hlm. 55
11
Pesurujaya, Lin Tse-hsu. Beliau menggalakkan pembelajaran Barat. Semasa beliau memegang

jawatan pesuruhjaya tinggi untuk menghapuskan candu, beliau telah meminta akhbar asing dari

Macao, Singapura dan India untuk diterjemahkan. Beliau mengumpul maklumat tentang

geografi, sejarah, politik dan undang-undang Barat dan turut mengarahkan supaya

menterjemahkan undang-undang antarabangsa dari Vatel dan beberapa buku pilihan Murray

seperti Cyclopaedia of Geography diterjemahkan ke dalam Bahasa China di bawah tajuk Ssu-

kuo chih ( Daftar Alam untuk Empat Negara) dalam tahun 1841. Selain itu, beliau juga pernah

mencadangkan membeli 200 senapang untuk menguatkan pertahanan Canton dan mengarahkan

buku panduan cara membuat senapang di terjemahkan.19 Salah seorang lagi perintis dalam

gerakan ini ialah Wei Yuan (1794-1856) seorang sarjana klasik yang juga mempunyai kesedaran

tentang pemodenan China. Beliau mengajak kerajaan China mengamalkan polisi “belajar

teknologi tinggi dari orang gasar untuk mengawal mereka. Kesedaran beliau tentang perlunya

China mengadakan pembaharuan, lahir daripada pengalamannya yang pernah menjadi setiausaha

peribadi pemangku Gabenor Jeneral Liangjiang semasa Perang Candu. Atas pengamatan tentang

perang tersebut, beliau mula akur akan kekuatan sebenar orang Barat yang mempunyai kapal

wap, senjata moden dan latihan ketenteraan yang lengkap. Untuk tujuan tersebut, beliau

membuat penyelidikan dan menghasilkan sebuah buku pada tahun 1842 yang bertajuk Hai-kuo

t’u-chih (Ilustrasi Indeks Alam untuk Negara Kelautan). Melalui buku ini, beliau mengharapkan

bahawa China dapat membuat pembaharuan bagi muncul sebagai sebuah negara yang kuat.

Selain itu juga, muncul beberapa perintis lagi yang sedar tentang kekuatan Barat seperti

Liang T’iang-nan. Beliau mencatat tentang sistem politik Amerika Syarikat yang bertajuk Ho-

19
Immanuel Hsu.1983. The Rise of Modern China, 5th ed. (Oxford: Oxford University Press),
hlm. 275
12
chung-kuo shuo (Mengenai Amerika Syarikat dan kajian tentang gangguan asing ke atas China

bertajuk I-fen chi-wen (Rekod Tentang Orang Barat). Ini diikuti oleh Hsu Chi-yu yang menulis

mengenai geografi dunia yang bertajuk Ying-huan chih-lueh(Kajian Ringkas Tentang Kelautan).

Asas kepada kajian mereka ini ialah jika China membangunkan dan memperlengkap pertahanan

pengairannya, mereka boleh menahan atau menghalang kemaraan musuh dari laut. Seorang lagi

perintis yang sedar akan perlunya perubahan di China Ialah Feng Kuei-fen (1809-1874).Beliau

sedar tentang perbezaan antara dunia lama yang China dikenali dahulu dengan dunia baru yang

mengancam kedudukannya. Oleh itu, beliau menyeru kerajaan China menyerap penggunaan

kapal dan senjata Barat. Selain keperluan membina limbungan kapal dan gudang senjata di

pelabuhan perdagangan, China harus mengambil kesempatan ini jika tidak, China akan

ketinggalan dalam usaha untuk membangun dan memodenkan negara.

4.0 USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN.

4.1.1 MODENISASI HUBUNGAN LUAR.

Idea dan pembaharuan ini hanya diterima pakai selepas kekalahan China di tangan Barat

pada tahun 1860. Pengajaran daripada kekalahan China pada tahun 1860 telah mengubah

pandangan China terhadap kuasa Barat. Hal ini demikian kerana sebelum ini, pegawai-pegawai

China dan istana masih lagi bersikap anti orang asing dan tidak mengendahkan permintaan kuasa

barat. Namun, Perang Arrow telah membuka lembaran baru dalam hubungan China dengan

Barat. Salah seorang pemimpin China yang sedar akan pentingnya perubahan di China ialah

Putera K’ung. Putera K’ung berpendapat bahawa perlunya China mengubah dasar yang lebih

terbuka dan bertolak ansur dengan kuasa Barat. Rundingan dengan kuasa Barat memberikan

ilham bahawa kuasa Barat boleh di jinakkan dengan mengadakan hubungan baik dengan mereka.

13
Sambil itu juga, kekuatan Barat harus dipelajari. Dengan itu, usaha awal yang dilakukan oleh

Putera K’ung ialah membuka sebuah pejabat hal-ehwal luar dan kelas terjemahan. Beliau mulai

menganggap hubungan China dengan Barat perlu di jalankan secara aman. Keadaan ini

membantu China dalam proses menguatkan diri. Idea beliau ini mendapat sokongan daripada

Manchu Grand Councillor, Wen-hsiang dan beberapa lagi pemimpin yang berpengaruh seperti

Tseng Kuo-fan, Tso Tsung-t’ang dan Li Hung-chang.20

4.1.2 TSUNGLI YAMEN.

Istana Ch’ing sejak dahulu tidak mempunyai pejabat luar. Ini kerana China tidak

mengiktiraf negara lain sebagai sama taraf dengannya. Hubungan diplomatik hanya dijalankan

berdasarkan hubungan sistem ufti dan perdagangan terhad. Sebab yang membawa penubuhannya

ialah masalah ketidakcekapan pegawai wilayah mengendalikan hubungan dengan kuasa asing

dan perwakilan asing yang menolak untuk mengadakan rundingan dengan mereka. Atas

cadangan Putera K’ung, Kui Liang dan Wen Hsiang maka Tsungli Yamen (Pejabat Untuk

Pengurusan Am) telah ditubuhkan pada 11 Mac 1861. Pejabat ini lebih kepada subjawatankuasa

dalam Grand Council. Penubuhan institusi ini bermula dari dikri Maharaja Hsien-Feng yang

diumumkan pada 13 Januari 1861. Dalam dikri ini, maharaja meminta agar ditubuhkan sebuah

institusi yang mengendalikan hubungan China dengan negara luar. Dalam dikri kedua yang

dikeluarkan pada 20 Januari 1861 menamakan institusi ini sebagai Tsungli Yamen. Dikri ini juga

menyebut bahawa badan ini akan diketuai oleh Putera K’ung dengan dibantu oleh dua orang

bangsawan Manchu iaitu Kui Liang dan Wen Hsiang sebagai timbalannya. Tsungli Yamen

mempunyai lima jabatan dengan empat jabatan mengurus soal hubungan dengan Britian,

Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat. Urusan China dengan Jepun dimasukkan dalam Jabatan
20
Immanuel Hsu, The Rise of Modern China, 5th ed. hlm. 267.
14
Rusia. Sementara itu, Jabatan Amerika Syarikat berfungsi mengadakan hubungan dengan

Jerman, Peru, Itali, Sweden, Norway, Belgium, Denmark dan Portugis. Manakala, jabatan kelima

pula adalah Jabatan Tentera Laut yang juga mengurus soal pelabuhan perjanjian, pembinaan

limbungan kapal, membuat peluru, senjata dan mesin, membeli dan mengeluarkan kapal wap

serta membina jalan kereta api, telegraf dan lombong di beberapa wilayah di China.

4.1.3 PENGAWAS PERDAGANGAN.

Dikri maharaja pada 13 Januari 1861 juga meminta agar diwujudkan dua jawatan pengawas

perdagangan di China. Sementara itu, atas desakan pihak Barat yang menuntut agar sistem

pentadbiran kastam di China di ubah mengikut gaya Barat maka Kastam Kemaharajaan Kelautan

China ditubuhkan pada pertengahan abad ke-19. Kerajaan China melantik orang asing sebagai

Inspektor Jeneral Kastam. Orang Barat pertama menjawat jawatan Inspektor Jeneral Kastam ini

ialah G. T. Lay iaitu seorang anak muda berbangsa Inggeris. Lay memegang jawatan tersebut

dari tahun 1855 hingga 1861. Beliau digantikan dengan Robert Hart seorang warganegara British

berketurunan Irish. Beliau memegang jawatan ini sehingga abad ke-20. Kebanyakan tugas badan

ini cuba mengendali urusan percukaian dagang China dan pada tahun 1860, ia juga menjadi

badan mengumpul dana untuk membayar ganti rugi kepada pihak Britain dan Perancis.21

4.2 PENDIDIKAN.

Salah satu usaha penting yang dilakukan dalam gerakan ini ialah membangunkan sistem

pendidikan Barat. Atas cadangan Putera K’ung, maka penubuhan T’ung-wen Kuan (TWK)

21
S. L. Tikhvinsky.1983. Modern History of China (Moscow: Progress Publishers), hlm.255
15
menjadi kenyataan pada tahun 1862 di Peking. Pada awalnya TWK merupakan sebuah sekolah

bahasa asing. TWK juga dibentuk atas tindak balas daripada perjanjian dengan British

(Perjanjian Tientsin) yang mahukan bahasa Inggeris digunakan dalam rundingan. Oleh itu, China

memerlukan pakar dalam penterjemahan agar tidak bergantung pada penterjemahan asing dan

ahli bahasa Kantonis yang tidak begitu mahir. TWK juga menjadi pusat penterjemahan bahasa

Barat. Walau bagaimanapun, arahan dalam bahasa China juga akan digunakan. Pada tahun 1864,

pendidik dan mubaligh Amerika Syarikat, W. A. P. Martin menyertai TWK sebagai profesor

bahasa Inggeris. Pada tahun 1869, beliau dilantik sebagai presiden TWK, dengan mendapat

jaminan kewangan daripada Inspektor Jeneral Kastam, Robert Hart. Dalam tahun 1879, pelajar

yang mendaftar dengan TWK adalah seramai 163 orang dengan pengkhususan Inggeris seramai

38, Perancis 25, Rusia 15, Jerman 10, Matematik 33 dan 8 psikologi.22

Ekoran daripada itu, ramai professor juga terlibat dalam penterjemahan dengan

pertolongan pelajar-pelajar China. Robert Hart juga meminta supaya kurikulum TWK

memasukkan pengajaran sains dan teknologi. Cadangan beliau mendapat sokongan kerajaan

China apabila Tsungli Yamen memintanya mendapatkan kepakaran pendidikan sains dan

teknologi dari Barat. Oleh sebab itu, Hart telah membawa masuk dua orang guru sains iaitu

seorang rakyat Perancis, Anatole Billequin yang mengajar kimia dan seorang warganegara

Britain iaitu Baron Johannes von Gumpach yang mengajar astronomi dan matematik. Pada tahun

1873, pejabat pencetakan kecil ditubuhkan seumpama “penerbit universiti”, yang menerbitkan 17

penerbitan dalam bidang undang-undang antarabangsa, politik ekonomi, kimia, fizik dan falsafah

alam semula jadi. Usaha yang dimulakan oleh Putera K’ung diikuti oleh Li Hung-chang. Dengan

bantuan dari Kuo Sung-tao dan Feng kuei-fen, Li Hung-chang telah menubuhkan Kuang-fang-
22
Immanuel Hsu, The Rise Modern China, 5th ed. hlm.271
16
yen kuan di Shanghai pada tahun 1863. Seterusnya, beberapa buah lagi institusi serupa dibina

seperti di Canton (1864) dan Foochow (1966).

Selain sekolah-sekolah ini, terdapat pelbagai sekolah pendidikan praktikal telah

ditubuhkan. Antara sekolah-sekolah teknikal yang ditubuhkan ialah di Tientsin (1879), Taku

(1881), Dairen (1887) dan Weihaiwei (1880). Tambahan lagi, di Canton sekolah pendidikan

sains Barat turut ditubuhkan pada tahun 1880. Beberapa sekolah juga turut menumpu kepada

bidang-bidang tertentu yang telah ditubuhkan seperti sekolah, telegraf, ketenteraan, tentera laut,

pelayaran dan pembinaan kapal. Pembaharuan dalam sistem pendidikan China ini tidak sesekali

meninggalkan nilai-nilai ajaran Konfusius sungguhpun mereka mengikut cara Barat. Mereka

juga turut didedahkan dengan beberapa ajaran moral seperti The Sacred Edict of Emperor

Kangshi dan ajaran filial piety daripada Konfusius.

Selain daripada itu, K’ang Yu Wei memainkan peranan yang penting dalam menjalankan

usaha pembaharuan. Bagi mengembangkan idea, beliau mengadakan syarahan di Kwantung.

Pada 1891. Beliau menubuhkan sekolah yang dikenali sebagai Akademi Wanmu. Beliau juga

menerapkan idea dalam karyanya yang berjudul Study Notes at Changhsingli. Syarahan-syarahan

beliau telah menarik minat orang ramai termasuk Liang Chi-chao, Mai Meng-hua dan Hsu Chin.

Akademi Wanmu juga turut menarik ramai peminat. Pusat ini akhirnya menjadi pusat latihan dan

penyebaran idea politik K’ang Yu Wei untuk mengadakan pembaharuan di China. Usaha-usaha

beliau untuk mendapatkan sokongan daripada penduduk China yang tidak hanya terbatas kepada

penduduk biasa tetapi terdiri dari golongan tuan tanah yang berpendidikan dan pegawai kerajaan.

Berpandukan tujuan tersebut, beliau telah menghasilkan buku-buku yang berkaitan dengan

pentafsiran baru idea Konfusius yang bertajuk A Study of The Forged Classics dan An Inquiry

17
into Confucius’ Reform sambil menyarankan perubahan dan reformasi di China. Kedua-dua

karya beliau ini juga memberi penerangan tentang pembaharuan dalam pengajaran klasik ajaran

Konfusius. Dalam karya berkenaan, beliau menyentuh juga tentang Konfusius sebagai perintis

sebagai perintis kepada pembaharuan.

Setelah China di kalahkan oleh Jepun dalam Perang Sino-Jepun pada tahun 1895, beliau

berpendapat reformasi perlu dilakukan di China dan ini telah menjadi isu utama pada ketika itu.

Ketika perjanjian Shimonoseki, K’ang Yu Wei, Liang Chi-ch’oa, Mai Meng-hua dan 1,200 orang

sarjana (dari hampir seluruh China) yang berada di Peking untuk menduduki peperiksaan

metropolitan telah membantah perjanjian tersebut dan menyeru reformasi dilakukan. Pada masa

inilah beliau menulis memorial keduanya dan mendapat tandatangan 1’200 orang sarjana. Dalam

memorial ini, K’ang Yu Wei berpendapat bahawa China harus mengikut contoh Jepun dalam

merangka dasar reformasinya. Sebagai contoh, seperti pemerintahan Meiji, China harus

menyesuaikan dirinya dengan raja berpelembagaan dan meninggalkan monarki mutlak. Oleh itu,

K’ang Yu Wei menyeru agar dibentuk pemerintahan bercorak monarki berpelembagaan untuk

menggantikan sistem monarki feudal.

Walaupun usaha K’ang Yu Wei menemui kegagalan, namun tidak mematahkan semangat

beliau. K’ang Yu Wei terus menghantar surat memorial kepada pihak kerajaan. Beliau menyeru

Dinasti Ch’ing untuk mengelakkan krisis kebangsaan dan perubahan sistem pentadbiran monarki

berpelembagaan harus diadakan. Beliau juga menggalakkan rakyat terlibat dalam pembangunan

industri moden, mengembangkan modal negara, menghapuskan sistem peperiksaan

perkhidmatan awam yang memilih pegawai menerusi penulisan (stereotyped eight legged

18
essay),dan menggalakkan pembelajaran kebudayaan borjuis Barat. Selain menyerahkan

memorial kepada istana, beliau juga menyebarkan risalah kepada orang ramai. Namun,

kebanyakan memorial yang beliau hantar ini telah di tolak oleh pihak kerajaan.

Namun, penolakan oleh pihak kerajaan terhadap usaha pembaharuan beliau ini tidak

melemahkan semangatnya. Untuk tujuan pengembangan idea-idea pembaharuan, Yu Wei

menerbitkan akhbar Chung Wai Chi Wen (Buletin Dunia) pada tahun 1895. Akhbar ini disebar

secara percuma kepada pegawai kerajaan. Usaha bersungguh-sungguh ini mendapat sokongan

kerana ia telah menarik beberapa pegawai kerajaan. Antara pegawai kerajaan yang berminat

dengan idea beliau ialah Wen Ting-shih dan Chen Chih. Weng Ting-shih telah memanjangkan

idea K’ang Yun Wei dengan penubuhan persatuan yang dikenali sebagai Chiang Hsueh Hui

(Persatuan Belajar Menjadi Kuat) di Peking. Persatuan ini mengadakan aktiviti-aktiviti seperti

syarahan penterjemahan buku dari Shanghai dan bercadang untuk menubuhkan perpustakaan.

Penubuhan persatuan ini juga mendapat sokongan kuat daripada pegawai kerajaan seperti Weng

Tung-ho, Sun Chia-nai, Chang Chih-tung dan Liu Kun-i.23

4 .3 MENJALANKAN PROJEK PEMODENAN.

Di peringkat wilayah, projek pemodenan dijalankan oleh beberapa pemimpin wilayah. Hal

ini demikian kerana, sejumlah besar projek menguatkan diri diusahakan oleh tiga pemimpin

wilayah yang utama iaitu Tseng Kuo-Fan, Tso Tsung- T’ang dan Li Hung-Chang. Tseng Kuo-Fan
23
Suffian Mansor. Sejarah China Moden.hlm. 81-82
19
pernah dilantik sebagai ketua pemeriksa di wilayah Szechwan dan enam tahun selepas itu beliau

menyandang jawatan naib presiden untuk Lembaga Upacara. Tso Tsung-T’ang pernah gagal dua

kali peperiksaan di Peking dengan hanya lulus peperiksaan pada tahun 1838. Selepas itu beliau

menjadi penasihat tentera kepada dua Gabenor Hunan iaitu Chang Liang-Chi dan Lo Ping-

Chang. Atas jasanya itu, maka beliau telah dilantik sebagai Gabenor Chekiang (1862) dan

Gabenor Jeneral Shensi-Kansu (1866).24 Sementara itu, Li Hung-Chang pula menduduki

peperiksaan peringkat sarjana pada tahun 1847 dan memasuki Akademi Hanlin dua tahun selepas

itu.25 Ketiga-tiga tokoh ini berperanan penting menghapuskan Kebangkitan Taiping. Penyertaan

mereka dalam kempen ketenteraan ini memberi ilham kepada mereka untuk membangunkan

Negara China. Keberkesanan Ever-Victorious Army semasa kempen Taiping, menambahkan

kepercayaan bahawa kelemahan China harus diperbaiki dengan menguatkan bidang persenjataan

dan perkapalan di China dengan meniru kekuatan tentera Barat. Atas sebab ini, mereka

menjalankan usaha-usaha pembinaan kilang senjata dan perkapalan.

Tseng Kuo-Fan yang berpendidikan dalam ajaran Konfusius berpendapat bahawa China

harus melakukan pembaharuan dalam pembangunan bidang ketenteraan dengan syarat tidak

melupakan ajaran moral dan etika. Pandangan beliau ini berpandukan pada falsafah bahawa teras

pembaharuan ialah ajaran tradisi China tetapi pembelajaran tentang kemajuan Barat hanyalah

satu cabang daripada teras itu.26 Atas falsafah ini beliau memulakan langkah membina sebuah

kilang senjata di Kiangsi seawal tahun 1855. Langkah ini diteruskan lagi dengan pembinaan

kilang senjata di Anqing pada tahun 1861. Kilang senjata ini digerakkan oleh tenaga buruh untuk

24
Tso Tsung-T’ang, Oriental Affairs, Vol.VII, No.2, August 1937,hlm. 76-77.
25
J.O.P. Bland, Li Hung-Chang ( London : Constable & Company Ltd 1917),hlm. 39
26
Meribeth E. Cameron, Thomas H.D. Mahoney & George E. McReynolds, China, Japan and
the Powers ( New York : The Ronald Press Company, 1952), hlm. 227.
20
mengeluarkan peluru senapang, peluru meriam dan serbuk peletup. Di samping itu, beliau juga

terlibat dalam membina kapal wap bersaiz kecil. Seterusnya Tseng Kuo-Fan dan Li Hung-Chang

menaja pembinaan Kilang Senjata Kiangnan yang dibina di Shanghai dalam tahun 1865. Pada

asalnya, kilang senjata ini merupakan sebuah kilang senjata yang berpusat di Shanghai sebelum

dipindahkan ke Soochow. Selepas itu, kilang itu digabungkan dengan sebuah kilang senjata Barat

di Shanghai. Penggabungan kilang tersebut dinamakan sebagai Kilang Senjata Kiangnan.

Seterusnya kilang ini dipindahkan ke Nanking. Peralatan mesinnya dibeli dari Amerika Syarikat

oleh Yung Wing. Yung Wing merupakan orang China pertama mendapat ijazah daripada

Universiti Yale, Amerika Syarikat (1854) dan salah seorang pembantu Tseng Kuo-Fan dalam

tahun 1863. Kapal pertama, T’ien Chi,dibinanya berukuran 165 kaki panjang dan 27.2 kaki lebar,

yang siap pada 1868.27Selepas itu, kilang senjata ini telah mengeluarkan sebanyak lima buah

kapal, yang terakhir pada tahun 1872 dengan 400 kuasa kuda dan dibekalkan dengan 26 pucuk

senapang.

Kilang senjata ini juga menjadi biro penterjemahan. Usaha penterjemahan pula berhasil

untuk menterjemah 156 karya Barat pada tahun 1880 dengan 98 daripadanya diterbitkan. 28 Selain

itu, usaha-usaha penterjemahan juga dibuat oleh badan-badan persendirian yang lain seperti

Depot Buku Saintifik (Ko Chih Shu She) dan Persatuan Penterjemahan Shanghai ( I Shu K’ung

Hui ). Sepanjang 1850-1899, kira-kira 567 kerja terjemahan dalam bahasa China dibuat, dengan

40.6 peratus daripadanya adalah bidang sains gunaan dan 29.8% meliputi sains semula jadi. 29 Tso

Tsung-T’ang percaya bahawa pembinaan kapal mampu menukarkan China daripada sebuah

27
John L. Rawlinson, China’s Struggle For Naval Development 1839-1895 ( Cambridge MA :
Harvard University Press, 1967),hlm. 41.
28
Immanuel Hsu, The Rise of Modern China, 5th ed. hlm. 279.
29
Victor Purcell, The Boxer Uprising : A Background Study,hlm. 41.
21
kuasa yang lemah dan miskin kepada sebuah negara kaya dan kuat. Atas daya usahanya, pada

tahun 1866 Limbungan Kapal Foochow telah dibina. Operasi limbungan kapal ini dibantu oleh

dua warganegara Perancis, Prosper Giquel (1835-86) dan Paul d’Aiguebelle (1831-75) sebagai

ketua jurutera dan pengawas. Limbungan kapal ini juga menjadi pusat pendidikan dan latihan

bagi pegawai-pegawai tentera laut China. Pembinaan limbungan kapal ini dianggap sebagai

pencapaian kedua penting dalam Gerakan Menguatkan Diri. Pada 10 Jun 1869, kapal yang

pertama dikeluarkan oleh limbungan ini ialah Wan Nien Ch’ing. Seterusnya beberapa lagi kapal

dikeluarkan. Li Hung-Chang yakin dengan memiliki kapal wap dan senjata dengan bahan

letupan akan dapat menghalang pencerobohan asing. Beliau juga memberi amaran jika China

tidak berusaha meniru cara pembinaan kapal pembuatan senjata, Jepun akan mendahului China.

Dengan kematian Tseng Kuo-Fan pada tahun 1872, Tso Tsung-T’ang ditugaskan

menghapuskan pemberontakan Islam di barat laut China dan Sinkiang dari tahun 1868-1880. Li

Hung-Chang menguasai gerakan menguatkan diri di peringkat tempatan. Beliau berazam untuk

memodenkan bidang ketenteraan China. Di bawah penyeliaanya, kilang senjata Kiangnan

dikembangkan. Pada tahun 1875, kilang ini mempunyai 32 bangunan termasuk bengkel, gudang,

kilang-kilang khas untuk mengeluarkan bot dan peluru, kedai peta, kedai seni bina, bilik

penterjemahan dan pejabat serta limbungan. Kilang senjata Kiangnan menjadi model kepada

pembinaan kilang-kilang lain seperti kilang senjata di Nanking, Tientsin, Foochow, Kaung-Chou

dan Hanyang. Sebagai Gabenor Jeneral Chihli dan Pesuruhjaya Tinggi Lautan Utara pada suku

abad selepas 1870, membolehkan beliau membina empayar industri ketenteraan di utara China.

Oleh sebab tertarik dengan usaha-usaha penyatuan Jerman, beliau juga telah menghantar

22
beberapa orang pegawainya ke Jerman untuk menjalani latihan. Pada tahun 1885, beliau

mendirikan sekolah persediaan tentera di Tientsin di bawah pengawasan Jerman.30

Salah seorang penasihatnya ialah Constantin Von Hannekan. Hannekan membantu beliau

membina kubu di Peitang dan Port Arthur (Lushun) dalam tahun 1880. Beliau seterusnya

mendapat nasihat dan bantuan Hannekan dalam pembinaan kubu di Weihaiwei dan Talien. Untuk

melengkapkan usaha menguatkan angkatan laut China maka tentera Peiyang ditubuhkan.

Armada Tentera Laut ini ditubuhkan sekitar tahun 1880-an. Li Hung-Chang juga menaungi

pembinaan sekolah-sekolah moden seperti sekolah ketenteraan, sekolah telegraf, sekolah

perubatan dan sebagainya. Untuk tempoh 30 tahun beliau merupakan tokoh jurubina dan

memegang urusan hal-hal berkenaan orang asing di China.

Kesedaran beliau tentang perlunya China mempunyai syarikat perkapalan sendiri untuk

menyekat penguasaan syarikat kapal asing membawa kepada Syarikat Pelayaran Kapal Wap

Pedagang China didirikan pada tahun 1872.31 Pada peringkat awal syarikat perkapalan ini hanya

mempunyai dua kapal sahaja dan menambah 18 kapal lagi daripada pembelian Russell and Co.

Pada tahun 1880, syarikat ini mempunyai sebanyak 29 kapal. Di Tientsin, Li Hung-Chang

mendirikan akademi tentera laut dan akademi ketenteraan di Tientsin dalam tahun 1880 dan

1885. Beliau juga sedar bahawa dalam memperkuatkan diri, China juga harus dimakmurkan.

Dengan kata lain, China juga harus melibatkan diri dalam bidang perindustrian dan

30
William C. Kirby, Germany and Republican China (Stanford :Stanford University Press,
1984).hlm . 9.
31
Jonathan D. Spence, The Search of Modern China (New York and London : W.W. Norton &
Company, Inc, 1999),hlm. 217.
23
perlombongan. Atas kesedaran ini maka pada tahun 1882, Li Hung-Chang sendiri mendirikan

kilang tekstil di Shanghai.32

5.0 FAKTOR-FAKTOR KEGAGALAN GERAKAN PEMBAHARUAN 100 HARI.

Kehadiran kuasa barat di China telah menimbulkan kesedaran kepada rakyat China bahawa

pembaharuan dan pemulihan perlu dilakukan ke atas China. Kang Yu Wei telah menubuhkan

Gerakan Pembaharuan 100 hari pada tahun 1898 untuk mengubah sistem pentadbiran dan

memperbaik institusi kemaharajaan di China yang semakin lemah. Walau bagaimanapun,

gerakan ini mengalami kegagalan akibat dari beberapa faktor.

5.1.1 TENTANGAN DARIPADA PIHAK KONSERVATIF.

Matlamat gerakan ini adalah untuk mengubah sistem kerajaan China dan ini bermaksud

akan mengancam kedudukan golongan konservatif ini. Kang Yu Wei menganjurkan penubuhan

sebuah kerajaan berpelembagaan dan segala susunan kerajaan perlu dirombak. 33 Beliau juga

menyarankan prosedur kerajaan baru dalam pentadbiran untuk mewujudkan satu bentuk kerajaan

yang progresif dan lebih cekap. Amalan penyelewengan dan rasuah sering berlaku dalam

kalangan golongan konservatif ini. Pembaharuan ini juga menghapuskan badan kerajaan yang

tidak menjalankan tugas sebenar dan tidak penting termasuk gabenor di Hupeh, Kwangtung dan

Yunnan dan pengarah Urusan bagi Sungai Kuning. Hal ini telah mencabar pihak konservatif

kerana mengancam order lama di China. Mereka mula berasa kesan dari pembaharuan ini apabila

32
Kwang-Ching Liu, “The Beginnings of China’s Modernization”,Samuel C.Chiu & Kwang-
Ching Liu, Liu Hung-Chang and China’s Early Modernization,(New York : M.E Sharpe Inc ,
1999),hlm.9
33
Joginder Singh Jessy. 1978. Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Anthonian Store Sdn.
Bhd., hlm. 71.
24
banyak jawatan dihapuskan.34 Mereka menuduh Kang Yu Wei dan rakan-rakannya cuba

merampas kuasa dan ini dibuktikan dengan perancangan Kang Yu Wei untuk membunuh

Maharani Dowegar. Gerakan Pembaharuan ini telah mendapat tentangan yang sangat hebat dari

golongan konservatif yang membawa kegagalannya.

5.1.2 PENGARUH MAHARANI DOWAGER YANG KUAT.

Perubahan sistem pentadbiran ini dimulai dengan usaha membaiki institusi maharaja yang

semakin lemah. Maharaja Kuang Hsu iaitu putera Maharani Dowegar sepatutnya mempunyai

kuasa selepas Maharani bersara. Namun Maharaja Kuang Hsu hanya dijadikan sebagai maharaja

boneka dan Maharani Dowegar masih memegang kuasa sebagai pemerintah seperti membuat

keputusan tentang hal-hal negara. Kang Yu Wei telah membantu Maharaja Kuang Hsu untuk

mendapatkan kembali kuasanya. Kang Yu Wei telah mengadakan komplot dengan maharaja

tersebut untuk membunuh Maharani Dowegar. Maharaja Kuang Hsu telah melantik Jeneral Yuan

Shi Kai untuk menjalankan tugas-tugas tersebut dan diarah menyusun tentera untuk menangkap

Maharani. Walau bagaimanapun, Jeneral Yuan Shi Kai merupakan pengikut Maharani Dowegar

yang sangat setia dan telah berpaling tadah dengan bekerjasama dengan tentera Maharani

Dowegar untuk menyingkirkan Maharaja Kuang Hsu35. Akhirnya, Gerakan Pembaharuan

tersebut telah terkubur begitu sahaja.

5.1.3 GOLONGAN REFORMASI YANG TIADA PENGALAMAN.

34
Suffian Mansur. 2009. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm.
84.
35
Ibid. hlm.71.
25
Kebanyakan golongan reformis terdiri daripada golongan yang tiada pengalaman dalam

politik. Kang Yu Wei walaupun seorang karyawan dalam bidang politik namun tiada

pengalaman dalam pentadbiran politik. Beliau banyak menghasilkan karya penyebaran idea

politik dan telah menghasilkan buku yang berkaitan dengan pentafsiran idea baru Konfucius.

Antara karyanya ialah A study of the Forged Classics dan An Inquiry into Confucius’ Reform.36

Menerusi karyanya tentang pembaharuan akhirnya telah menarik minat Maharaja Kuang Hsu.

Kang Yu Wei telah dilantik sebagai salah seorang ahli Tsungli Yamen dan beberapa pengikutnya

telah dilantik menjawat jawatan penting seperti Liang Chi Chao, Tan Ssu Tung, Liu Kuang Ti,

Yang Jui dan Lin Hsu.37 Golongan reformis ini juga terdiri dari golongan yang banyak

membantu Kang Yu Wei menyuarakan kepentingan pemulihan dan pembaharuan dan merupakan

pengikut setianya. Kang Yu Wei tidak mengkaji terlebih dahulu tentang kekuatan Maharani

Dowager dan menghasut Maharaja Kuang Hsu untuk menentang Maharani. Maharaja Kuang

Hsu pula mempunyai banyak kelemahan disebabkan dia dilantik sebagai maharaja dalam usia

yang muda dan tidak mempunyai pengatahuan dan pengalaman dalam pentadbiran China. Segala

hal pentadbiran negara diuruskan Maharani Dowegar dan maharaja hanya sebagai ‘ Maharaja

boneka’.

5.1.4 KELEMAHAN EKONOMI.

36
Ibid. hlm.80.
37
Ibid. hlm.83.
26
Pelbagai masalah yang dihadapi oleh China telah menyebabkan kemerosotan ekonomi

pada akhir abd ke-19. Kekalahan dengan Perancis pada tahun 1884 hingga 1885 dan kekalahan

di tangan Jepun pada tahun 1895 telah menyebabkan China semakin lemah. 38 China telah

mengalami banyak kerugian dan kemusnahan akibat peperangan. Kemerosotan ekonomi China

turut berpunca dari masalah candu apabila ramai rakyat China yang ketagihan candu

menyebabkan permintaan yang tinggi dan akhirnya tiada kawalan dalam pengimportan candu.

China juga mengalami bencana alam seperti musim kemarau dan banjir yang menyebabkan

hasil tanaman utama iaitu padi merosot dan seterusnya kematian akibat kebuluran makanan. Hal

ini menyebabkan China tidak mampu menampung gerakan pembaharuan ini yang memerlukan

perbelanjaan yang banyak untuk melakukan pembaharuan.

6.0 KESAN GERAKAN PEMBAHARUAN 100 HARI.

6.1.1 NEGARA CHINA TELAH DIPECAHKAN OLEH KUASA ASING.

Disebabkan terdapat beberapa kelemahan pada Gerakan Menguatkan Diri, gerakan ini

telah gagal mencapai matlamatnya untuk memulihkan China. Kekalahan dengan Perancis pada

1884-1885 menyaksikan kelemahan ketara China menangani Barat. Titik tolak kepada

kelemahan gerakan ini berlaku pada tahun 1895, iaitu kekalahan China di tangan Jepun.

Kekalahan itu bukan setakat mendedahkan China tentang kelemahannya dan kegagalan Gerakan

Menguatkan Diri, tetapi juga mengaibkan China.39 Hal ini demikian kerana, sejak berkurun-

38
Ibid. hlm.77.
39
Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden . Kuala Lumpur : Universiti Malaya . hlm . 77.
27
kurun lagi China dianggap sebagai kuasa besar Asia yang sangat dihormati oleh jiran-jirannya,

namun kekalahan pada tangan Jepun yang dianggap anak murid China amat memalukan.

Sehingga penghujung abad ke-19, China menjadi bertambah lemah dan menjadi mangsa

kepada kuasa asing. Kepentingan perniagaan dan keuntungan menyebabkan kuasa asing tidak

menghiraukan kedaulatan China. Walaupun Jepun telah dipaksa melepaskan Semenanjung

Liaotong oleh Jerman, Perancis dan Rusia, tetapi perebutan tetap berlaku. Negara China telah di

pecahkan oleh kuasa asing (Curving up the Chinese Melon) seperti buah tembikai. Keadaan ini

dapat dilihat di mana Lembah Yang-Tze berada di bawah pengaruh British. Selain itu, Manchuria

dan Mongolia berada di bawah Russia. Shantung di bawah German, Fukien pula menjadi hak

Jepun. Hal ini demikian kerana, Jepun telah mengambil usaha menuntut China supaya tidak

menyerahkan Wilayah Fukien kepada mana-mana pihak.40 Sementara itu, kawasan yang lebih

pedalaman di barat daya menjadi milik British dan Perancis.

6.1.2 PERUBAHAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN CHINA.

Gerakan Pembaharuan 100 Hari ini juga telah membawa perubahan dalam sisitem

pendidikan di China. Ini dapat di lihat sebelum ini, sistem peperiksaan awam di China hanya

menekankan aspek yang berkaitan dengan fahaman Confucianisme sahaja. Oleh yang demikian,

Kang Yu-wei berpendapat bahawa sistem ujian yang hasilnya dijadikan dasar pemilihan pejabat-

pejabat istana perlu di ubah dengan menggantikan “the Eight-Legged Essay” dalam peperiksaan

awam kepada esei berkenaan isu-isu semasa. Selain itu, K’angYu-Wei juga telah menubuhkan

sekolah persendirian di Canton iaitu Akademi Ch’ang-Hsing.Tujuan penubuhan akademi ini

adalah untuk melahirkan sekumpulan sarjana muda yang bakal mewarisi perubahan intelektual
40
The Yi Ho Tuan Movement of 1900 (Peking : Foreign Languages Press, 1976). hlm . 6.
28
yang ingin diterapkan oleh Kang Yu Wei. Kurikulum sekolah ini mengandungi sebahagian besar

penafsiran pemikiran radikal beliau mengenai Confucianisme, penekanan kepada pengajaran dan

pembelajaran agama Buddha Mahayana, gaya pemikiran cina bukan Confucianisme dan juga

ilmu pengetahuan Barat. Dan secara tidak langsung ia akan menerapkan pelajar-pelajar tentang

kesedaran politik serta idea reformasi Kang Yu Wei.

Beberapa dikri tentang pembaharuan juga diterbitkan dengan segera selepas pengumuman

pembaharuan dilakukan. Kandungan dikri ini termasuklah menghapuskan sistem peperiksaan

tradisional yang digunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Selain itu, sekolah-sekolah moden

dan kolej-kolej akan dibina di semua wilayah di China dengan tujuan mengajar pengajaran China

dan barat.41 Maktab-maktab swasta yang terletak di bandar-bandar besar telah diubah kepada maktab-

maktab dan sekolah tinggi atau menengah, manakala sekolah-sekolah yang terdapat di pekan-

pekan kecil akan ditukarkan kepada sekolah rendah.42 Kurikulum yang diajar di sekolah-

sekolah ini adalah berasaskan kesusasteraan dan sains barat serta ajaran Confucianisme.

Selain itu, terdapat juga cadangan untuk menubuhkan Universiti Kemaharajaan di Wilayah

Peking. Tidak ketinggalan juga, pendidikaan dari segi perubatan pula membolehkan sebuah

sekolah perubatan di bawah Universiti Kemaharajaan telah dicadangankan dibina.

Suffian Mansor. 2003. Tamadun China, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.hlm 83
41

Maswari Rosdi. 1983. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955, Adabi Publishing. Kuala
42

Lumpu. hlm.124.

29
6.1.3 PENUBUHAN PERSATUAN, AKHBAR DAN MAJALAH.

Pesuruhjaya Ling Tsu-hsu telah mengarahkan supaya surat khabar asing dari Macao,

Singapura dan India diterjemahkan kedalam bahasa cina dan mengumpul maklumat geografi,

sejarah dan politik barat. Kang Yu Wei juga telah menerbitkan akhbar Chung Wai Chi Wen

(Buletin Dunia) pada tahun 1895,bagi mengembangkan idea-idea pembaharuan dan diedarkan

secara percuma kepada pegawai kerajaan. Usaha yang bersungguh-sungguh ini mendapat

sokongan kerana telah ia telah menarik beberapa pegawai kerajaan. Wen Ting-shih telah

merealisasikan idea Kang Yu Wei dengan menubuhkan persatuan iaitu Chiang Hsueh Hui

(Persatuan Belajar Menjadi Kuat) di Peking. Beliau telah menggariskan empat tugas utama

pertubuhan ini iaitu, menterjemahkan dan mencetak buku-buku dari Shanghai, menerbitkan surat

khabar, menubuhkan perpustakaan dan muzium. Selain itu, persatuan ini turut mengadakan

aktiviti-aktiviti seperti syarahan.

6.1.4 PERUBAHAN DALAM PENTADBIRAN CHINA.

Selain itu, kesan lain yang dapat di lihat kesan daripada Gerakan Pembaharuan 100 Hari

ialah berlakunya perubahan dalam pentadbiran China. Antaranya adalah berlakunya perlantikan

pegawai-pegawai muda yang bersifat progresif dalam Dewan Pertuanan dan Jabatan-jabatan

Pemerintah. Jawatan yang tidak penting dalam kerajaan telah dimansuhkan dalam dikri yang

bertarikh 30 Ogos 1898. Hal ini demikian kerana, terdapat sesetengah jawatan yang kurang

efisien di tambah pula terdapat ada di antara mereka yang tidak menjalankan tanggungjawab

yang sepatutnya. Antara jawatan yang telah dimansuhkan ialah Gabenor di Kwantung, Hipeh,

30
dan Yunan. Selain itu, Pengarah Urusan di Sungai Kuning, Penjaga (intendants) Circuit untuk

pengangkutan bijirin dan penjaga garam juga turut di hapuskan.

Di samping itu, terdapat juga beberapa jabatan kehormat yang tidak mempunyai bakal

pemimpin telah dimansuhkan, antaranya Pejabat Penghantaran Diraja, Lembaga Perubatan

Pekerja,Lembaga Jamuan, Lembaga Perayaan Negara, Lembaga Penyembahan Korban,

Mahkamah Adat Istiadat Negeri, Mahkamah Agung dan Mahkamah Semakan. 43 Objektif

pemansuhan jawatan ini adalah bertujuan untuk mengelakkan gejala rasuah dalam kalangan

pegawai kerajaan dan melancarkan urusan pentadbiran serta peluang kenaikan pangkat dapat

ditawarkan kepada pegawai-pegawai yang berkelayakan.

Selain itu, menyarankan pembentukan kerajaan progresif, memajukan pentadbiran dengan

lebih cekap, menghapuskan gaya kerja yang lembap dan menyusun prosedur kerja baru untuk

urusan pentadbiran kerajaan. Kesan yang dapat di lihat ialah menggalakkan cadangan daripada

rakyat untuk diserahkan kepada pegawai kerajaan. Buktinya apabila membenarkan orang

Manchu menyertai perniagaan industri. Contohnya, menganjurkan pembinaan jalan kereta api

dan pembangunan dalam bidang pertanian, industri dan perdagangan. Dalam lain-lain bidang,

mengadakan lawatan pegawai tinggi ke luar negara, menjaga hal ehwal mubaligh, memperbaiki

dan memudahkan kod undang-undang dan menyediakan belanjawan.44

43
Meribeth E. Cameroon. The Reform Movement in China 1898-1912. Octagon Books, Inc. New
York.1963. hlm 45

44
Suffian Mansor. Sejarah China Moden . hlm. 84.
31
6.1.5 PEMODENAN DALAM BIDANG KETENTERAAN.

Kesan lain yang dapat dilihat ekoran Gerakan Pembaharuan 100 Hari ialah berlakunya

perubahan dalam bidang ketenteraan di China. Buktinya berlaku penambahan bilangan anggota

tentera dan polis yang terlatih. Di samping itu, bidang ketenteraan di China dilengkapi dengan

kelengkapan senjata moden. Sementara itu, jabatan perang pula bertanggungjawab dalam

mengkaji kelemahan-kelemahan yang dimiliki oleh China untuk diperbaiki. Dari situ mereka

telah menemui beberapa kelemahan China, antaranya kelemahan kapal perang China yang sudah

ketinggalan zaman, kekurangan senjata yang bermutu tinggi dan sebagainya.

Selain itu, perubahan telah dilakukan dalam kalangan pegawai-pegawai tentera terhadap

mereka yang dikatakan korup, kurang dedikasi, bertindak menonjolkan diri dan membuat

rancangan yang tidak sepatutnya. Buktinya, banyak berlaku penyelewengan dalam kalangan

anggota tentera dimana mereka ini menggunakan wang yang telah diperuntukan untuk

pertahanan negara untuk kegunaan peribadi seperti bersuka ria di istana serta membeli dan

menjual jawatan-jawatan yang ada.45 Oleh itu, jabatan-jabatan kerajaan yang tidak efektif dan

pegawai-pegawai yang mengamalkan rasuah dijadikan sasaran.

7.0 KESIMPULAN.

Kesimpulannya, dapatlah disimpulkan di sini bahawa walaupun terdapat pelbagai rancangan

pembaharuan yang akan diterapkan dalam masyarakat China melalui gerakan pembaharuan 100

45
Harold M.Vinacke, Sejarah Timur Jauh Dalam Zaman Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 1967. hlm 220.

32
hari, namun hampir kesemuanya menemui kegagalan. Hal ini kerana, gerakan ini mendapat

banyak tentangan daripada masyarakat Cina sendiri terutamanya reformasi konservatif pimpinan

Weng Tung-Ho dan juga kegagalan mendapat sokongan golongan tentera. Kegagalan Gerakan

100 Hari yang berlaku pada tahun1898 ini telah menyebabkan kekuatan China tidak dapat

dipulihkan. Justeru itu, China terus berada dalam kelemahan. Walaupun Maharani Dowager Hsu

Hsi menentang gerakan pembaharuan 100 hari ini tetapi beberapa cadangan dalam pembaharuan

tersebut telah dilakukan oleh Maharani. Sebagai contoh, penubuhan Universiti Imperial of

Peking dan penubuhan sekolah dan maktab yang mengutamakan dua golongan dalam

masyarakat China iaitu golongan pro Manchu dan anti Manchu. Golongan pro Manchu

memperjuangkan slogan “Lindungi Manchu dan Usir Barat”. Kegiatan mereka ini telah

membawa kepada berlakunya Pemberontakan Boxer 1898-1900. Manakala golongan anti

Manchu membawa kepada kelahiran gerakan Revolusioner. Melalui gerakan ini juga telah

berjaya melahirkan golongan nasionalis yang ingin menggulingkan Dinasti Manchu. Pelopor ini

diketuai oleh Dr Sun Yat Sen yang mendapat kesedaran melalui ideologi K’ang Yu-Wei.

Walaupun gerakan pembaharuan ini menemui kegagalan, tetapi kesan yang dibawanya cukup

besar. Pembaharuan ini merupakan asas kepada Revolusi China 1911 yang membawa kepada

pembentukan sebuah republik. Malahan penubuhan universiti-universiti dan maktab-maktab ini

juga telah menyedarkan masyarakat China untuk menuntut kemerdekaan dapat Dinasti Ching.

33

Anda mungkin juga menyukai