Anda di halaman 1dari 14

3.

0 EKONOMI SEMASA PEMERINTAHAN KOLONIAL

Episod sejarah ekonomi Malaysia sering dikaitkan dengan pengalamannya dalam era

penjajahan khususnya semasa dalam cengkaman Inggeris. Senario yang mewarnai susur galur

sejarahnya menunjukkan ada perubahan yang secara tidak langsung mencerminkan ekonomi

negara yang ada pada masa kini. Perdebatan dalam kalangan sejarawan banyak membuktikan

bahawa struktur ekonomi ketika itu banyak dipengaruhi oleh unsur dari Barat iaitu British.

Bermula ketika Penjanjian Pangkor 1874, golongan kulit putih ini telah berusaha mengaut

sebanyak mungkin hasil perut bumiTanah Melayu. Aktiviti ini berterusan sehingga kepada

Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.

3.1 REVOLUSI PERINDUSTRIAN

Pada kurun kurun-19, keadaan ekonomi di barat mengalami perubahan yang sangat

ketara. Pada ketika itu, barat telah mengalami revolusi perindustrian iaitu satu perubahan secara

besar-besaran terhadap perindustrian Barat. Keadaan ekonomi di barat ini sangat mempengaruhi

keadaan ekonomi di Malaysia secara langsung ataupun tidak. Hal ini telah mencetuskan

perkembangan ekonomi yang amat pesat sehingga mengakibatkan pencarian bahan mentah

secara meluas. Sebagai contoh, bahan yang sangat dikehendaki oleh barat ialah bijih timah yang

boleh di gunakan dalam industri pengetinan makanan.

Di Eropah, pihak Inggeris terpaksa bersaing dalam era revolusi perindustrian. Hal ini

berlaku kerana, pada ketika itu keperluan dan permintaan terhadap bijih timah sangat tinggi, dan

keadaan di barat tidak mampu menampung permintaan yang dikehendaki kerana kekurangan

bahan mentah, iaitu bijih timah . Bijih timah menjadi bahan mentah paling utama dalam
campuran untuk menghasilkan tin makanan. Pada kurun ke 19 industri pengetinan makanan

menjadi begitu membangun akibat daripada trend pengunaan makanan dalam tin. Permintaan

yang bertamabah juga adalah kesan dari revolusi perusahaan dan hasil- hasil serta prosesnya

yang baru timbul.1

Pada waktu itu makanan dalam tin menjadi begitu terkenal akibat daripada peperagan

yang berlaku. Dimana kebanyakkan mereka yang terlibat dalam peperangan akan menyimpan

makanan di dalam tin sebagai stok makanan mereka. Selain itu, keadaan cuaca di Barat juga

membuatkan mereka lebih gemar memilih makanan di dalam tin sebagai makanan. Hal ini

kerana Barat memiliki cuaca 4 musim dimana kebanyakkan orang barat menjadikan makanan

dalam tin sebagai makanan ketika musim sejuk. Buktinya, pengunaan timah di Britian telah

bertambah dari 11 000 tan dalam tahun 1800 menjadi 58 000 tan dalam tahun 1850. Sebahagian

besar dari timah yang digunakan oleh Britian adalah bijih timah yang di eksport dari negeri-

negeri di Malaysia.2

Oleh yang demikian, pihak barat telah mencari jalan penyelesaian dengan mencari bahan

mentah seperti bijih timah untuk meningkatkan lagi tahap ekonomi mereka. Pada masa yang

sama pula negeri-negerin di Malaysia seperti Perak, Negeri Sembilan dan Selangor memiliki

sumber bijih timah yang banyak. Contohnya, pada abad ke 19 lombong-lombong bijih timah di

temui di Larut dan orang yang bertanggungjawab terhadap penemuan ini ialah Long Jaafar bin

Long Abdul Latif.3 Terdapat juga lombong bijih timah di Sungai Ujung, Negeri Sembilan

.Penemuan lombong-lombong ini telah menarik minat Barat terutamanya Britian untuk

1
Longman Event .1978 . Sejarah Asia . Kuala Lumpur . Longman Malaysia Sdn Berhad . hlm. 14.
2
Ibid
3
Khoo Kay Kim . 1984 . Negeri- Negeri Melayu Pantai Barat 1850-1873 . Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn
Bhd . hlm. 73.
mendapatkan bijih timah di Malaysia. Bijih timah ini penting bagi menentukan kedudukan

ekonomi mereka di Eropah.

Pada asalnya Britian telah menjalankan urusan jual beli bijih timah dengan pihak

Malaysia. Hal ini di kukuhkan lagi dengan pengurangan cukai import bijih timah oelh British

pada tahun 1842.4 tetapi lama kelamaannya ianya mula berubah kepada campurtangan ataupun

penjajahan. Akibat daripada Revolusi Perindustrian keperluan lebih tertumpu kepada bahan-

bahan mentah pula. Barang-barang ini terpaksa di import secara besar-besaran dan tidak putus.

Maka cara yang terbaik bagi menjamin bekalan bahan mentah adalah dengan menjajah jajahan

yang sesuai.5 Melalui penjajahan ini Britian telah menerima bekalan bahan mentah bijih timah

yang tidak putus dan mereka hanya menanggung kos penghantaran bahan tanpa perlu membeli

terlebih dahulu bijih timah tersebut.

Britian telah mula menjajah kawasan yang kaya dengan bijih timah seperti di Larut,

Lukut di Perak manakala di Negeri Sembilan pula, Sungai Ujung dan Linggi menjadi kawasan

perlombongan6. Setiap tempat ini mengalami pergolakkan yang tersendiri yang akhirnya telah

membawa kepada kemasukkan British yang sememangnya ingin menjajah kawasan tersebut bagi

mendapatkan bijih timah. Persetujuan yang dicapai dalam Perjanjian Pangkor pada 20 Januari

1874 telah menyebabkan bermulanya sistem residen di Perak dan membuatkan ekonomi bijih

timah dikawal oleh British.7

4
Longmen event .1978 . Sejarah Asia . Kuala Lumpur . Longman Malaysia Sdn Berhad . hlm. 14
5
Joginder Singh Jessy terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka . 1978 . Sejarah Tanah Melayu 1400-1959 .Pulau
Pinang : Dewan Bahasa dan Pustaka .hlm . 181 .
6
Norhalim Hj Ibrahim . 1998 . Sejarah Linggi Pintu Gerbang Sejarah Pembangunan Negeri Sembilan . Shah Alam :
Penerbit Fajar Bakti . hlm. 191.
7
Emerson Rupert . 1979 . Malaysia A Study in Direct and Indirect Rule. Kuala Lumpur : University Of Malaya
Press . hlm . 133.
Bukti ini menunjukkan bahawa sememangnya British amat menginginkan kawasan

jajahan bagi menampung keperluan bahan mentah mereka. Keadaan ekonomi yang begitu

mendesak ini membuatkan pihak barat mula memberikan pengaruh ke atas sistem ekonomi di

Malaysia.

3.2 PERHUBUNGAN

Berikutan dengan pekembangan ekonomi di Barat telah mempengaruhi pekembangan

ekonomi di Tanah Melayu .Dengan adanya permintaan bijih timah yang tinggi di Eropah telah

membawa kepada kemajuan ekonomi di Malaysia. Sebagai contohnya, penggunaan kapal

wap,pembinaan landasan kereta api,jalan raya dan pembinaan terusan Suez. Dengan adanya

kapal wap ini, bahan-bahan mentah seperti bijih timah dapat dihantar dengan masa yang

cepat.Oleh yang demikian,pada kurun ke-19 pekembangan bijih timah ini telah membawa

kepada pengenalan penggunaan kapal wap untuk mengambil bijih timah dan hasil

pertanian,hasil-hasil hutan8 untuk dieksport melalui Singapura dan Pulau Pinang. Jika sebelum

ini, penggunaan sungai ,kereta lembu dan pejalan kaki tidak memberikan pekembangan yang

baik dalam sistem ekonomi di Malaysia. Oleh yang demikian jaringan penghubungan yang baik

diperlukan untuk melicinkan pentadbiran dan menjaga kepentingan ekonomi British.

Seterusnya,pekembangan ekonomi di barat juga membawa kepada kemajuan ekonomi di

Malaysia. Tetapi, ketiadaan sistem penghubungan yang baik sudah tentu kegiatan ekonomi yang

dijalankan tidak dapat berkembang kerana mengalami masalah dalam aspek pengeksportan. Oleh

sebab itu,dengan adanya landasan kereta api dan jalan raya yang baik dapat memberi kelebihan

terhadap kemajuan sesebuah Negara.Sebagai contohnya,pihak British telah mengadakan satu

8
Zainal Abidin bin Abdul Wahid Khoo Kay Kim, Muhd. Yusof bin Ibrahim E. at al. 1992. Malaysia Warisan dan
Perkembangan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 164.
sistem pengangkutan dan penghubungan yang lebih baik dan cekap.9Pada tahun 1885, landasan

kereta api mula dibina untuk menghubungkan pelabuhan Weld dengan Taiping yang menjadi

pusat utama di Larut. Landasan kereta api dibina untuk menghubungkan kawasan pelombongan

di pendalaman dengan kawasan utama pelombongan iaitu bermula sekitar tahun 1885 hingga

1895 yang pada mulanya hanya terdapat empat landasan yang pendek.Pada tahun 1886, pula,satu

landasan kereta api dibina untuk menghubungkan landasan kereta api Klang dengan Kuala

Lumpur dan pada tahun 1891,landasan kereta api yang menghubungkan Port Dikson dengan

Seremban.Selain itu,dengan adanya jaringan jalan raya yang baik dan landasan kereta api akan

membawa kepada pembukaan kawasan lombong baru dan lebih banyak pengeluaran lombong

akan didapati.

Selain itu, perkembangan ekonomi di Barat juga telah mempengaruhi ekonomi di

Malaysia. Hal ini dapat dilihat dengan pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869. Pembukaan

Terusan Suez ini telah menyebabkan wujudnya satu jalan laut yang baru dan juga menyebabkan

berlakunya perubahan yang bersifat antarabangsa. Antaranya ialah pembukaan Terusan Suez ini

telah dapat memendekkan masa dan jarak perjalanan.10 Contohnya ialah perjalanan daripada

Liverpool ke Singapura apabila melalui Tanjung Pengharapan lebih daripada 12000 batu dan

mengambil masa selama hampir 117 hari untuk tiba ke destinasi.11 Pembukaan Terusan Suez ini

bukan sahaja mengurangkan jaraknya itu menjadi kira-kira 8000 batu tetapi juga membolehkan

sebuah kapal api yang mengambil masa perjalanan selama 37 hari sahaja. Oleh itu, jarak yang

dapat dikurangkan lebih daripada 4000 batu dan masanya pula ialah 80 hari. Keadaan ini telah

mempengaruhi perdagangan di Malaysia kerana pembukaan Terusan Suez telah membawa

9
Ibid. hlm. 165.
10
Joginder Singh Jessy. 1964. Sejarah Tanah Melayu 1400-1959. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.
165.
11
Ibid.
perubahan yang besar dalam perdagangan. Sebelum pembukaan Terusan Suez ini, barang

dagangan yang dibawa telah menjadi rosak setelah tiba dikawasan perdagangan kerana jarak

perjalanan yang lama dan memakan masa yang panjang.

Pembukaan Terusan Suez juga telah mempercepatkan ketibaan pelayaran kapal api.12 Hal

ini kerana penggunaan kapal api memerlukan perbelanjaan yang banyak kerana perlu

menggunakan banyak arang batu yang digunakan iaitu kira-kira 60 tan sehari. Selain itu,

penggunaan bahan api yang banyak telah menyebabkan barang dagangan tidak dapat dibawa

dengan banyak dalam satu-satu masa. Terusan Suez ini bukan sahaja menjadikan jalan lebih

dekat tetapi juga membolehkannya terdirinya beberapa buah stesen mengisi arang batu yang

tidak jauh antara satu sama lain. Hal ini menunjukkan bahawa sedikit sahaja arang batu yang

dibawa tetapi dapat membawa lebih banyak barang dagangan. Keadaan ini telah mempengaruhi

keadaan ekonomi di Malaysia.

Seterusnya pembukaan Terusan Suez juga membantu perluasan Empayar Inggeris13 di

Afrika dan di Asia Barat. Hal ini kerana pembukaan Terusan Suez telah mendekatkan jarak

laluan antara Timur dan Barat. Jarak perjalanan yang dekat ini telah menyebabkan pihak Inggeris

mudah untuk menakhluk negeri-negeri yang berada di Timur.

3.3 PERKEMBANGAN AGRIKULTUR

Keadaan ekonomi di Barat telah mengakibatkan perkembangan dalam agrikultur di

Malaysia. Peningkatan dalam perdagangan terutamanya terhadap permintaan barangan dari

kawasan tropika begitu tinggi oleh pasaran Eropah. Masyarakat barat pada ketiku itu sudah mula

menggunakan bahan – bahan yang terdapat di asia tenggara khususnya dalam kehidupan seharian

12
Ibid.
13
Ibid. hlm. 167.
mereka. Oleh yang demikian , British ingin merebut peluang ini untuk menjadi kuasa dagangan

utama yang mengedarkan segala bahan ini di Eropah. Buktinya , In the early years of the

nineteenth century Europeans in the Straits Settlements had embarked on some experimental

plantation agriculture, hoping to exploit the European market14.

Terdapat juga hasil tanaman yang digunakan dalam sektor perindustrian mereka contohnya

getah. Bahan- bahan dari Malaysia ini bukan sahaja mendapat permintaan yang meluas malahan

didagang dengan nilai yang tinggi. Buktinya , pada pertengahan tahun 1890-an harga getah di

pasaran dunia mulai mendadak naik.15 Selain itu , peningkatan populasi masyarakat di kawasan

pemerintahan British telah menyebabkan permintaan terhadap bahan makanan juga turut

bertambah. Buktinya, agricultural revolution marked by the cultivation of larger food growing

areas for the local and plantations for the export market.16

Lada hitam menjadi tanaman utama yang di tanam di Malaysia terutamanya di Johor. Ianya

di akibatkan oleh permintaan yang begitu tinggi terhadap lada hitam di Eropah. Lada hitam turut

menjadi bahan eksport utama Malaysia sehingga tahun 1850.17 Lada hitam meningkat

permintaannya akibat daripada pengunaan lada hitam secara meluas dalam masakan. Namun

begitu tanaman lada hitam telah mengalami kemerosotan akibat daripada masalah lada hitam

yang hasilnya secara bermusim, lambat matang dan juga masalah penyakit yang melanda

14
Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya . 1982 . A History of Malaysia . London and Basingstoke : The
Macmillan Press Ltd . hlm . 135.
15
Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim ,Muhd Yusuf Bin Ibrahim E. et al . 1992 . Malaysia Warisan
dan Perkembangan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm . 154 .
16
J. Kennedy . 1919 . A History Of Malaya . Garamond : Kyle Palmer & Co Ltd . hlm . 229.
17
Ibid . Hlm 230.
tanaman lada hitam pada masa itu. Buktinya, pepper was seasonal and slower to mature but it

could be combined profitably with gambier.18

Pada pertengahan kedua kurun ke 19 getah telah digunakan untuk membuat berbagai-bagai

jenis barangan seperti kasut, tayar , kenderaan berat , tayar basikal , botol air panas dan

penebatan elektrik.19 Peningkatan pengunaan getah semakin meningkat setelah terciptanya tayar

angin oleh J.B Dunlop pada tahun 1888. Tayar jenis baru ini telah dipasang pada kereta-kereta

bermotor pada tahun 1895.20 Dasar yang terdapat di Britian pada masa itu yang menggalakkan

kepada perkembangan ekonomi menyebabkan mereka ingin mencari kawasan yang sesuai bagi

menanam tanaman getah . British telah memilih Malaysia sebagai kawasan bagi mereka

mendapatkan getah ini secara meluas. Malahan sektor pertanian sebelum adanya getah adalah

kurang penting. Buktinya, agriculture before 1867 was of much less importance than it has since

become through the formation of rubber plantations in the Peninsula 21. Pada masa itu jumlah

kawasan tanah di Tanah Melayu yang dikhaskan untuk pertanian adalah kira-kira 6 juta ekar, di

antaranya kira-kira sebanyak 5 juta ekar telah di usahakan dan sejumlah kira-kira 3.28 juta ekar

ditanam dengan getah.22

Melalui ini kita dapat melihat bahawa sememangnya keadaan ekonomi di barat telah

mempengaruhi ekonomi di Malaysia. Britian teutamanya telah menjadikan Malaysia sebagai

negara pengeluar tanaman seperti lada hitam, biji kopi dan getah. Segala tanaman ini telah

dibawa masuk ke Malaysia dan menyebabkan ekonomi di Malaysia pada ketiku itu mencapai
18
Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya . 1982 . A History of Malaysia . London and Basingstoke : The
Macmillan Press Ltd . hlm . 136 .
19
Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd Yusuf Bin Ibrahim E. et al . 1992 . Malaysia Warisan
dan Perkembangan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm . 154 .
20
Ibid. Hlm 155.
21
John Bastin and Robin W. Winks . 1966 . Malaysia Selected Historical Readings . Kuala Lumpur : Oxford
University Press . hlm .152.
22
Emerson Rupert . 1979 . Malaysia A Study in Direct and Indirect Rule. Kuala Lumpur : University Of Malaya
Press . hlm .44.
tahap yang gemilang. Contohnya pada zaman kegemolangan getah, Malaysia telah membekalkan

sejumlah besar getah kepada Britian melalui Singapura yang bertindak sebagai pelabuhan

entereport. Selain lada hitam terdapat juga tanaman lain yang telah dijadikan sebagai bahan

dagangan di Eropah oleh pihak Britian seperti kelapa, koko, nenas , hasil hutan dan juga sarang

burung . Antara buktinya ialah increasingly since the 1870s, cocunat has also been exported in

the forms of copra and cocunat oil; the value of such exports.23 Fakta ini telah menjadi bukti

peningkatan ekonomi di barat menyebabkan keadaan ekonomi di Malaysia turut mengalami

peningkatan.

3.4 KEMASUKAN IMIGRAN CINA DAN INDIA

Sebelum tahun 1800, penduduk di Tanah Melayu hanya terdiri daripada penduduk

tempatan beserta segelintir pedagang dari kerajaan berdekatan.24 Walau bagaimanapun, pada

akhir abad ke-19 telah berlaku kemasukan orang Cina dan India secara beramai- ramai ke Tanah

Melayu atau Malaysia. Kemasukan orang Cina dan India disebabkan peluang ekonomi yang

terdapat di kawasan berkenaan. Kedatangan imigran-imigran ini adalah untuk mencari kehidupan

yang lebih selesa di Tanah Melayu berikutan keperitan hidup di negara asal mereka. Malahan

British telah membawa masuk orang Cina dan India ke Tanah Melayu sebagai tenaga kerja di

sektor perlombongan dan perladangan.25 Kehidupan yang selesa di Tanah Melayu menyebabkan

golongan ini telah menetap secara terus. Situasi ini memberikan kesan terhadap kehidupan

sosioekonomi di Tanah Melayu.

23
Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim , Muhd Yusuf Bin Ibrahim E. et al . 1992 . Malaysia Warisan
dan Perkembangan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm . 237.
24
Ahli anggota Persatuan Penerbit Buku Malaysia, Malaysia Kita : Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Awam
Kerajaan, Kuala Lumpur : Persatuan Penerbit Buku Malaysia, 2000,hlm.174-175.
25
Ibid.
Tanah Melayu yang pada ketika itu kekurangan pekerja di sektor perladangan dan

perlombongan telah menyebabkan pihak British mula membawa masuk buruh dari China dan

India untuk menampung kekurangan pekerja. Campur tangan British bermula dengan minat

British terhadap dua sumber penting di dunia iaitu getah dan bijih timah. Demi mengaut

keuntungan dan memenuhi keperluan pasaran dunia dan industri mereka, maka British telah

membawa masuk dua imigran ke Tanah Melayu bertepatan dengan bukti yang dikemukakan oleh

Sadka, ‘..the accepted customs and tradition of the country, to enlist the sympathies and interests

of the people in our assistance, and to teach them the advantages of good goverment and

enlightened policy..’ 26
Melalui polisi yang dilaksanakan oleh pihak British tersebut telah

menyebabkan sebilangan besar masyarakat Melayu masih terlibat dalam kegiatan pertanian.

Polisi ini juga dalam masa yang sama telah membawa kepada pengenalan sistem imigrasi ke

Semenanjung Tanah Melayu yang bertujuan untuk membawa masuk tenaga buruh dari negara

India dan China.

Keadaan ini semakin giat dilakukan setelah British memperkenalkan Undang-undang

Tanah yang mengklasifikasikan tanah kepada empat bahagian iaitu Tanah Perlombongan, Tanah

Pertanian, Tanah Kampung dan Tanah Bandar.27 Berikutan daripada hal tersebut, maka pasaran

pekerjaan semakin besar dan tenaga buruh yang ramai juga diperlukan bagi memenuhi tuntutan

peningkatan sektor ekonomi di Tanah Melayu. Keperluan dan kemahuan dua hala ini telah

medorong ramai imigran datang ke Tanah Melayu khususnya Cina dan India serta segelintir

orang Melayu dari Pulau Jawa, yang akhirnya telah mengubah struktur masyarakat Tanah

Melayu pada masa itu.

26
Emily Sadka, The Protected Malay States, 1874-1895, Kuala Lumpur : University of Malay Press,1968,hlm.76
27
Rupert Emerson, Malaysia : Satu Pengkajian Dalam Pemerintahan Sechara Langsung dan Tidak Langsung
(Terjemahan), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hlm. 23.
Hal ini demikian kerana, dengan kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu, secara

beransur-ansur telah mewujudkan struktut pekerjaan di tanah Melayu ditentukan oleh latar

belakang etnik sesuatu masyarakat, iaitu masyrakat India dikaitkian dengan penanaman getah,

masyarakat Cina dengan perlombongan bijih timah dan masyarakat Melayu pula dengan

penanaman padi dan aktiviti pertanian lain.28

Berdasarkan bancian yang telah dibuat pada tahun 1891, didapati bahawa separuh

daripada penduduk di Perak, Selangor dan Sungai Ujung merupakan imigran Cina dan

kebanyakan mereka berasal dari China Selatan.29 Kawasan yang menjadi tumpuan dan

pertempatan orang Cina merupakan kawasan perlombongan. Hal ini demikian kerana, mereka

mempunyai kepakaran dalam kegiatan perlombongan dan secara tidak langsung menjadi daya

penarik utama untuk mereka berhijrah ke Tanah Melayu.

Selain itu, sistem ekonomi bebas yang diperkenalkan oleh British telah menjadi salah

satu titik tolak kepada kedatangan orang- orang Cina ke Tanah Melayu. Pada masa yang sama,

ekoran daripada perkembangan industri perlombongan di Tanah Melayu dan kesan daripada

sistem ekonomi bebas yang telah diperkenalkan oleh pihak British telah menyebabkan lebih

banyak imigran Cina dibawa masuk oleh pemodal cina serta saudagar-saudagar British untuk

bekerja di lombong-lombong bagi menampung keperluan tenaga buruh yang ramai. 30 Sementara

itu, perkembangan Revolusi Industri yang berlaku di Barat juga telah menyebabkan kegiatan

ekonomi dan migrasi tenaga kerja semakin meningkat. Manakala di Tanah Melayu pula, masalah

kekurangan bekalan tenaga kerja tempatan dalam sektor indusrti dapat diatasi dengan cara

28
Vejal Balasubramaniam, Politik Nasioanalisme dan Federalisme di Malaysia, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd, 1998, hlm.76.
29
Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia, 1800-1963, Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distrubators Sdn Bhd,
2002, hlm. 171.
30
Ibid.
membawa masuk tenaga kerja asing dan penyumbang terbesar bagi tenaga kerja itu datangnya

dari negeri China.31

Oleh itu, bilangan orang Cina yang masuk ke negara ini semakin bertambah terutamanya

di Johor dan mereka telah diberi kawasan di sepanjang sungai untuk membuka ladang-ladang.

Pada tahun 1868, jumlah penduduk di Johor dianggarkan seramai 78,000 dan 50 peratus

daripadanya adalah orang Cina.32 Keadaan ini jelas dapat dilihat pada pertengahan abad ke-19

apabila kerajaan Johor telah menggalakkan penggunaan modal asing dan kemasukan tenaga

kerja Cina untuk memajukan ekonomi tanaman gambir dan lada hitam33. Oleh yang demikian,

kesan daripada peningkatan ekonomi yang berlaku telah menyebabkan tenaga buruh dari China

dibawa masuk untuk menampung kekurangan tenaga kerja di Tanah Melayu. Hal yang demikian

telah mendorong kepada wujudnya kelompok masyarakat Cina yang bekerja di kawasan

lombong dan telah memisahkan mereka daripada masyarakat yang lain.

Kedatangan imigran India juga turut berlaku seiring dengan kemasukan imigran daripada

China. Namun begitu, kedatangan mereka ke Tanah Melayu agak lewat berbanding imigran

Cina. Pada peringkat awal penjajahan British di Tanah Melayu, kerajaan India tidak

menggalakkan rakyat mereka berhijrah keluar dari negara India. Walau bagaimanapun, ramai

banduan dari India yang ditempatkan di Sumatera telah dibawa ke Negeri-negeri Selat selepas

Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824.34 Kebanyakan daripada banduan ini digunakan

sebagai buruh untuk membina bangunan, jalan raya, landasan kereta api dan jambatan. Di

31
Rahman Abdul Aziz, Pembaratan Pemerintahan Johor ( 1800-1945), Suatu Analisis Sosiologi Sejarah, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,2000,hlm.196.
32
Ahli anggota Persatuan Penerbit Buku Malaysia, Malaysia Kita : Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Awam
Kerajaan, Kuala Lumpur : Persatuan Penerbit Buku Malaysia, 2000,hlm.175.
33
Rahman Abdul Aziz, Pembaratan Pemerintahan Johor ( 1800-1945), Suatu Analisis Sosiologi Sejarah, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,2000,197.
34
Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia, 1800-1963, Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distrubators Sdn Bhd,
2002, hlm. 176.
samping itu juga, terdapat satu kumpulan lagi imigran India yang terdiri daripada buruh kuli

kontrak untuk bekerja di ladang tebu, kopi dan kemudiannya getah. Penghijrahan beramai-ramai

imigran India ke Tanah Melayu bermula pada tahun 1840-an.35 Pada mulanya buruh dari India

ini diimport oleh peladang British untuk bekerja di ladang tebu dan kopi di Seberang Prai. 36

Kemasukan imigran India ke Tanah Melayu adalah berpunca daripada faktor yang sama

dengan kemasukan imigran Cina iaitu disebabkan berlakunya perkembangan ekonomi, keadaan

sosio-politik yang stabil di Tanah Melayu dan juga galakan yang diberikan oleh British di

samping perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Hal ini dapat dibuktikan melalui

kenyataan ahli sejarah yang mengatakan bahawa dalam keadaan masyarakat India sengsara

untuk hidup, ekonomi Tanag Melayu yang juga dikuasai oleh Kerajaan British bsemakin

meningkat dan memerlukan ramai tenaga buruh.37 Malah pada awal penjajahan British, mereka

menggalakkan serta tidak menghalang kemasukan orang India secara beramai-ramai ke negeri-

negeri Melayu untuk bekerja sebagai buruh di ladang-ladang getah kerana tenaga kerja yang

ramai diperlukan berpunca daripada pembukaan lebih banyak ladang-ladang getah di seluruh

negeri Melayu38.

Kemasukan imigran India ke Tanah Melayu adalah melalui cara persendirian, sistem

kontrak, sistem Kangani dan bantuan tabung khas. Sistem kontrak bermula pada awal abad ke-19

dan dihapuskan pada tahun 1910 kerana dianggap murah dan mudah untuk berpindah majikan.39

Manakala Sistem Kangani (pengawas) pula lebih disukai kerana murah dan bebas daripada

35
Ahli anggota Persatuan Penerbit Buku Malaysia, Malaysia Kita : Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Awam
Kerajaan, Kuala Lumpur : Persatuan Penerbit Buku Malaysia, 2000,hlm.420.

36
Ibid.
37
Kernial Sing Sandhu, Indians In Malaya, London : Cambridge University Press, 1969,hlm. 32-43.
38
Abdul Rahman Abdullah, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia: Masyarakat Imigran Sebelum Perang Dunia
Kedua, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000,hlm. 82
39
Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia, 1800-1963, Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd,
2002,hlm. 177.
kawalan serta pemeriksaan daripada kerajaan. Sistem kangani dikatakan berjaya mengatasi

sistem kontrak kerana jangka masanya yang pendek dan dibuat secara lisan.

Anda mungkin juga menyukai