Anda di halaman 1dari 14

Bijih Timah adalah salah satu hasil bumi yang tidak akan habis dan

penggunaanya sentiasa diperlukan. Antara lokasi paling terkenal adalah Bijih


Timah di Negeri Perak. Iaitu kampung ruby. Hehehehe.

Perusahaan bijih timah merupakan perusahaan yang tertua dan bahan eksport utama di
Tanah Melayu. Sebelum tahun 1820, perlombongan bijih timah diusahakan oleh orang
Melayu secara tradisional dengan menggunakan kaedah mendulang dan
melampan. Seiring dengan peredaran zaman dan perubahan teknologi, aktiviti
perlombongan bijih timah telah berkembang dengan pesat dan ini didorong pelbagai
faktor dalaman dan luaran. Hasilnya, pengeluaran bahan galian ini terus meningkat dari
tahun ke tahun.
Kemasukan orang Cina merupakan antara faktor yang mendorong perkembangan
perusahaan bijih timah. Lombong-lombong bijih timah telah dibuka dengan banyaknya di
daerah Larut, Perak di bawah pembesar Long Jaafar sejak tahun 1848. Akibatnya,
berlaku kedatangan orang Cina secara beramai-ramai ke Tanah Melayu atas jemputan
para pembesar Melayu. Pada peringkat awal, kemasukan orang Cina yang digalakkan
oleh Long Jaafar dari Negeri-negeri Selat adalah sebagai buruh dan pelabur dalam
perusahaan bijih timah. Mereka ini telah menggunakan modal sendiri untuk membuka
lombong seperti di Larut, Lembah Kinta, Lembah Klang, dan Sungai Ujong.

Masalah kekurangan buruh di 19 buah lombong bijih timah di Kemunting pula telah diatasi
dengan mengimport buruh dari China melalui Sistem Tiket Kredit dari wilayah Fukien dan
Kwangtung. Kehadiran buruh Cina ini juga membawa bersama kaedah-kaedah
perlombongan yang lebih baik, iaitu secara lombong dedah dan lombong pam. Kaedah
lombong dedah misalnya, telah meningkatan hasil pengeluaran bijih timah dan kaedah ini
juga lebih selamat. Kaedahroda air bagi mengatasi masalah banjir dan penggunaan enjin
wap juga merupakan antara teknologi baru yang diaplikasi oleh orang Cina untuk
meningkatkan produktiviti perlombongan bijih timah. Buktinya, pengeluaran bijih timah
telah meningkat dari 6,500 tan pada tahun 1850 kepada 19,600 tan pada tahun 1881 dan
50,000 tan pada 1904. Justeru, kedatangan orang Cina dan penglibatan mereka dalam
perlombongan bijih timah telah memperkembangkan perusahaan ini hingga Tanah Melayu
menjadi pengeluar dan pengeksport bijih timah terbesar di dunia pada waktu itu.
Di samping itu, perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu juga didorong oleh
dasar pemerintahan Inggeris terutamanya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada
awalnya, aktiviti perlombongan bijih timah agak terjejas akibat masalah anarki di negeri-
negeri Melayu seperti perebutan takhta kerajaan, persengkataan pembesar-pembesar
Melayu, pergaduhan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San, serta masalah perlanunan
hingga merugikan para saudagar di Negeri-negeri Selat. Namun perubahan dasar
Inggeris kepada campur tangan di negeri-negeri Melayu telah mengatasi masalah-
masalah ini dan sekali gus memulihkan semula perlombongan bijih timah. Pemerintahan
Inggeris yang memperkenalkan Sistem Residen telah memesatkan lagi kemajuan
perusahaan bijih timah.

Pembinaan jalan kereta api dan jalan raya telah memudahkan kerja-kerja mengangkut
bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport. Pada tahun 1885, jalan kereta api yang pertama
telah dibina menghubungkan Taiping dan Port Weld. Kemajuan pengangkutan ini telah
membawa kepada pembukaan lebih banyak lombong baru dan seterusnya meningkatkan
pengeluaran bijih timah. Sementara itu, masalh kekurangan buruh pula telah diatasi oleh
Inggeris dengan menjalankan dasar yang liberal terhadap penghijrahan buruh dari negar
China. Bagi melancarkan urusan perlombongan, pentadbiran telah dikemas kini dengan
memperkenalkan kerja ukur tanah lombong bagi menentukan sempadan dengan tepat
dan mengelakkan pergaduhan antara pelombong. Usaha-usaha yang dijalankan pihak
Inggeris ini terbukti telah menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah
Melayu dan meningkatkan produktiviti perlombongannya.

Kepesatan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu juga dikaitkan dengan
permintaan tinggi di pasaran dunia. Hal ini terjadi ekoran Revolusi Perindustrian yang
berlaku di Eropah khususnya di Britain. Bijih timah sangat diperlukan dalam perusahaan
mengetin makanan iaitu perusahaan ayan (tin-plate) sebagai penyadur tin bagi
mengelakkan tin daripada berkarat dan menjamin makanan selamat digunakan. Keadaan
ini telah menyebabkan harga bijih timah melambung naik iaitu mencapai £140 setan. Hal
ini turut menggalakkan pembukaan lebih banyak lombong baru di Tanah Melayu
terutamanya di Larut, Rasah, dan Kuala Lumpur. Tegasnya, permintaan yang tinggi
terhadap bahan galian ini telah menuntut lebih banyak pengeluaran daripada pelombong
pengusaha sehingga menyumbangkan kepada kemajuan perkembangan perusahaan bijih
timah.
Lain daripada itu, pengenalan kapal korek turut menjadi penyumbang kepada
perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Jentera ini deiperkenalkan pada
tahun 1912 oleh syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah, Perak. Penggunaan
teknologi yang lebih moden ini membolehkan penghasilan bijih timah dengan kuantiti yang
lebih banyak dan menguntungkan. Tambahan pula, kapal korek boleh digunakan dengan
selamat di kawasan berpaya atau tanah lembap serta mampu memisahkan bijih timah
dari tanah dengan cepat. Menjelang tahun 1929, dua per tiga daripada jumlah
pengeluara bijih timah adalah dihasilkan oleh pengusaha Eropah yang menggunakan
kapal korek dalam perlombongan. Pengeluarannya meningkat dari 51,000 tan pada tahun
1913 kepada 77,000 tan pada tahun 1937. Penggunaan kapal korek pula semakin meluas
di Tanah Melayu apabila 105 buah kapal korek beroperasi di lombong pada tahun 1929
berbanding hanya 20 buah pada 1920. Situasi ini sejajar dengan permintaan tinggi di
pasaran Eropah dan Amerika hingga menjadikan kapal korek sebagai penyumbang
kepada perkembangan perusahaan bijihi timah di Tanah Melayu.

Walau bagaimana pun, zaman kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 hingga 1932
menyaksikan kemerosotan teruk industri ini. Keadaan ini memberi kesan kepada harga
bijih timah yang jatuh dengan mendadak kerana kurangnya permintaan dari pasaran
Eropah. Harga bijih timah merudum dari $2414 setan pada 1926 kepada $1020 setan
pada 1931.

Selain itu, situasi kemerosotan bijih timah menyebabkan penutupan banyak lombong. Hal
ini terjadi kerana pengusahaan lombong tidak lagi menggalakkan. Akibatnya, berlaku
pengangguran dalam kalangan pekerja lombong. Rentetan daripada ini, beribu-ribu
pekerja Cina telah dihantar pulang ke negara asal mereka bahkan ada yang pulang
secara sukarela. Pada tahun 1931 contohnya, kira-kira 10,000 orang pelombong di Perak
telah dihantar balik ke China.

Kesimpulannya, perkembangan pesat perusahaan bijih timah di Tanah Melayu terbukti


didorong faktor kemasukan orang Cina, dasar pemerintahan British, permintaan tinggi di
pasaran dunia, dan penggunaan kapal korek dalam perlombongan. Malangnya,
perusahaan ini menemui kejatuhan yang amat teruk ketika zaman kemelesetan ekonomi
dunia 1929-1932 hingga menjadikan industri tidak lagi diminati oleh sebilangan
pengusaha dan syarikat. Rentetan kejatuhan ini, kerajaan Inggeris di Tanah Melayu telah
menjalankan pelbagai langkah bagi memulihkan harga bijih timah seperti mengurangkan
pengeluaran, tidak meluluskan sebarang permohonan bagi membuka lombong-lombong
baru, dan terlibat dalam Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa.

Jika anda berminat ingin mengetahui bagaimana susah payah atok moyang kita dahulu
melombong bijih timah dan berjaya kumpul harta dengan bekerja di kapal korek. Anda
boleh melawat dua tempat penuh dengan informasi sejarah Bijih Timah di Muzium
Perlombongan Bijih Timah Kinta dan Kapal Korek Tanjung Tualang.

Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta

Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta dibuka oleh Tan Sri Hew See Tong iaitu
seorang bekas taukeh lombong bijih timah selama 40 tahun (1949-1989).
Muzium ini dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 1 petang. Manakala pada
sabtu ahad masa dipanjang ke jam 4 petang. Masuk adalah PERCUMA! Lokasi
Muzium ini di Jalan Batu Sinar, Bandar Baru Kampar, 31900 Kampar, Perak, Malaysia.
Anda pasti teruja dengan konsep muzium ini kerana ia sangat lengkap dan ruby yang dari
tidak faham tentang proses melombong Bijih Timah jadi rasa sayu hati mengenang betapa
susahnya atok ruby bekerja.
Tanjung Tualang Kapal Korek

Lebih kurang 4 km menghala ke Tanjung Tualang terdapat sebuah kapal korek


yang masih dikekalkan dalam keadaan sebenar dibuka untuk dilawati oleh
sesiapa sahaja yang berminat mengenainya. Tanjung Tualang adalah
merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam pentadbiran daerah Kinta
(Kinta Barat) Batu Gajah, Perak. Ditempatkan pada kedudukan 4° 19′ 0″ Utara
dan 101° 4′ 0″ Timur, bandar-bandar yang paling hampir dengannya ialah Batu
Gajah, Kampung Gajah, Tronoh, Tronoh Mines, Malim Nawar, Gopeng dan
Kampar.
Tanjung Tualang amat dikenali pada satu masa dahulu kerana mempunyai
beberapa buah lombong bijih timah yang beroperasi dengan skala besar.
Antara syarikat-syarikat antarabangsa dan multinasional yang pernah bertapak dan
beroperasi di Tanjung Tualang ialah Lower Perak Tin Dredging, Southern Kinta
Consolidated, Southern Malayan Tin Dredging, Austral Amalgamated Tin, Osborne &
Chapple, dan Pernas Chartered Management. Paling utama yang menonjolkan Tanjung
Tualang ialah dengan terdapatnya beberapa buah Kapal Korek Bijih Timah yang terbesar
didunia. Sekitar tahun 70’an ada terdapat lima buah Kapal di Tanjung Tualang.
Pada masa sekarang ini anda masih boleh mengunjungi kesan tinggalan kapal
korek ini yang masih terdapat di Batu 5, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu
Gajah. Tinggalan ini adalah dibawah kawalselia Jabatan Antikuiti dan Muzium
Perak Darul Ridzuan.
Keluasan Kapal Korek : Lebar 35 meter, Panjang 75 meter
Ketinggian : 5 Tingkat
Berat : 4500 Tan
Bilangan Pekerja seramai 90 orang dan hanya 30 orang yang boleh bekerja
dalam satu shift.
Tahun Operasi : 1938 hingga 1992
Kos pembinaan mencecah RM 30 Juta
Bermula beroperasi di Malim Nawar dan perhentian terakhir Batu 6, Jln Tg.
Tualang.
Masa Lawatan :
8.00 Pagi hingga 6.00 petang setiap hari
Harga Tiket :
Dewasa : RM 5.00
Kanak-kanak : RM 3.00
Untuk maklumat lanjut sila hubungi
Century Mission Sdn. Bhd
5th Mile, Jalan Tanjong Tualang,
31000 Batu Gajah,
Perak Darul Ridzuan.
Tel/Fax: 05-370 2253
Ruby google informasi berguna ini dari http://biby-
avilla.blogspot.com/2011/09/perkembangan-perusahaan-bijih-timah-di.html
dan http://www.mdbg.gov.my/web/guest/kapal-korek

Untuk lebih informasi mengenai tempat-tempat menarik di Negeri Perak, anda boleh
hubungi Gaya Travel Magazine.

Anda mungkin juga menyukai