Anda di halaman 1dari 2

Kebebasan pendidikan

Menurut gandhi, kebebasan pendidikan merupakan sesuatu cabaran yang paling


penting dalam membangkitkan semula pemikiran penduduk di india. Penduduk india
yang berpegang kuat terhadap terhadap sistem kasta telah menyebabkan mereka tidak
dapat memperkembangkan pemikiran. Hal ini demikaian kerana, mengikut pandangan
kasta agama Hindu melarang rakyat india keluar dari india kerana risau orang india
membelakangi agama sendiri namun Gandhi bertekad untuk melanjutkan pelajaran ke
London. Empat kasta utama dalam masyarakat india adalah Brahmin, Ksytria, Vaisya
dan Sudra. Kelas yang tinggi merasa megah dengan ketinggian serta keistimewaan
seperti yang disebutkan oleh kitab manu sehingga melihat kasta yang dibawahnya
sebagai rendah, menjijikan serta tidak boleh disentuh. Konsep kebebasan pendidikan
yang diperkenalkan oleh gandhi mempunyai visi yang bermoral dan rohani untuk
membebaskan masyarakat india. Gandhi juga menawarkan pandangan yang berharga
mengenai pendidikan. Kebebasan pendidikan boleh mengajar kita proses
membangkitkan kemerdekaan yang lebih aman. Contohnya, Falsafah Pendidikan
Negara bertekad untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini jelas menunjukkan peranan
dan kepentingan pendidikan itu sendiri dalam konteks yang lebih terperinci. Maka
dengan adanya pendidikan ia mampu mengubah nasib diri seseorang. Ilmu yang
diperolehi dengan secara langsung ataupun tidak mampu memberikan satu perubahan
dalam kehidupan seseorang sekaligus membawa diri jauh daripada kelompok
kemiskinan dan hidup tanpa arah tujuan.

Dasar Apartheid

Kedatangan Ghandi ke Afrika Selatan pada tahun 1893, telah menjadikan Gandhi
seorang pembela kepada mereka yang terpinggir, tokoh nasionalis yang humanisme
sekaligus pemimpin moral bagi bangsanya. Kemasukan orang India secara
beramai-ramai ke Afrika Selatan sebagai buruh kontrak dianggap sebagai satu
ancaman kepada orang kulit putih sehingga terbentuknya undang-undang yang
bercorak diskriminasi. Dasar apartheid di Afrika Selatan telah menafikan hak asasi
orang India sebagai warganegara di bawah kekuasaan Inggeris sekaligus terjadinya
penindasan yang berleluasa. Atas sifat perkauman ke atas orang India yang tidak
dapat dibendung ketika itu, Gandhi pernah diusir dari kereta api kelas pertama ke
kereta api kelas ketiga. Bukan itu saja malah beliau juga telah dipukul, dilempar batu,
dan ditendang kerana melalui jalan yang dikhaskan untuk orang kulit putih. Selain itu,
beliau juga tidak dapat memotong rambut di kedai gunting rambut atas dasar
perkauman kaum kulit putih yang menolak mereka yang berbangsa selain daripada
mereka daripada menjadi pelanggan. Diskriminasi melampau di Afrika Selatan telah
mendorong Gandhi untuk mengangkat martabat bangsanya yang dipijak-pijak oleh
orang kulit putih. Namun Gandhi mengangkat dasar perdamaian tanpa adanya
kekerasan untuk mengembalikan keadilan terhadap undang-undang yang bercorak
diskriminasi ke atas orang India melalui gerakan ‘Satyagraha’ iaitu demonstrasi tanpa
kekerasan. Rentetan dari itu, terhapusnya dasar apartheid ke atas orang India dengan
penghapusan undang-undang yang bersifat rasisme. Pendekatan ‘tanpa kekerasan’ ini
juga turut dipraktikkan oleh Gandhi dalam usahanya berjuang demi kemerdekaan
India.

Anda mungkin juga menyukai