Anda di halaman 1dari 28

1

SK PERMATANG
TO’KANDU

FOLIO
SEJARAH
TAJUK FOLIO :

PEMIMPIN NEGARA
MALAYSIA

NAMA :NUR KHASIF HUMAIRA BT.


ZIAD
KELAS: 6 UKM
NAMA GURU : PN. NOR HASHIDAH
2

ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA
1. PENGHARGAAN
2. OBJEKTIF KAJIAN
3. HASIL KAJIAN
A)BIODATA PERDANA -
PERDANA MALAYSIA
B) TUGAS - TUGAS
PERDANA MENTERI
C) PENCAPAIAN NEGARA
DI BAWAH KEPIMPINAN
PERDANA MENTERI
4.

5.

PENGHARGAAN
3

Bismillahirrahmanirahim.Syukur
Alhamdulillah.Setinggi-tinggi
kesyukuran dipanjatkan kehadrat
Allah swt kerana dengan izin dan
limpah kurnia-Nya dapat saya Nur
Khasif Humaira bt Ziad
menyiapkan tugasan kerja folio ini
dengan penuh
sukses.Dikesempatan ini saya ingin
menghadiahkan ribuan terima kasih
kepada Pn. Nor Hashidah ,selaku
Cikgu bagi matapelajaran Sejarah
kerana telah meletakkan sepenuh
kepercayaan beliau kepada saya
untuk menyempurnakan tugasan
penting
4

OBJEKTIF KAJIAN

Dalam melaksanakan Kerja Kursus Sejarah


ini, terdapat beberapa objektif yang ingin
saya capai. Di antara objektif tersebut
adalah seperti untuk mengetahui lebih
mendalam lagi tentang Perdana Menteri dan
tugas-tugasnya di Malaysia. 

          Begitu juga, saya dapat mengetahui


tentang Perdana menteri dan tugas-
tugasnya dengan lebih mendalam lagi.

        Melalui kajian ini juga, saya mendapat


pengetahuan dan pengalaman luas tentang
Perdana menteri Malaysia . Saya akan
menggunakan pengetahuan yang dipelajari
untuk melaksanakan sesuatu kajian
ilmiahdengan tatacara yang betul, jelas dan
tepat.

        Saya akan melalui sendiri pengalaman


mencari, mengumpul fakta, merekod,
5

menganalisis dan mensintesis maklumat


dari pelbagai sumber yang sahih seperti
buku ilmiah, akhbar, majalah, internet dan
lain-lain lagi berkaitan denga Perdana
Menteri di Malaysia.

        Kajian ini juga secara tidak langsung


akan dapat memupuk perasaan bangga
menjadi rakyat Malaysia kerana negara ini
mempunyai pemimpin- pemimpin yang
hebat! Saya dapat mengetahui dengan lebih
mendalam tentang pencapaian Negara dia
bawah pemimpin - pemimpin yang hebat ini.

         Melalui kajian ini juga saya dapat


menanamkan sikap sabar, bekerjasama dan
bertoleransi ketika proses mengumpul dan
mendapatkan maklumat yang diperlukan
untuk menyiapkan kerja kursus ini.

        Tugasan akan menjadi lebih mudah


apabila ianya dilaksanakan secara
berkumpulan dan mendapat bantuan
daripada semua pihak terutamanya guru,
ibu bapa dan rakan.
6

HASIL KAJIAN
7

A) PERDANA MENTERI MALAYSIA

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ


(PERDANA MENTERI PERTAMA)

• TUNKU ABDUL RAHMAN


Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah ,( 8
Februari 1903 – 6 Disember 1990) merupakan
Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari
1955, dan Perdana Menteri pertama
sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga
1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963
merupakan salah satu daripada pencapaiannya
yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku",
beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan"
dan "Bapa Malaysia".
•KEHIDUPAN PERIBADI
Dilahirkan di Istana Tia Tangga, Alor
Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana
Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang
ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan
Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-
8

24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan


Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah
anak perempuan Luang
Naraborirak (Kleb), seorang pegawai
daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara
biasa sahaja kerana beliau bukan bakal
pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan
Kedah, SultanBadlishah ibni Sultan Abdul Hamid,
telah pun berumur 30 tahun pada ketika itu.
Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa
parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang
lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah
membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku
biasa mengendap burung dan melastik, serta
bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru
di kakinya.

•PENDIDIKAN
Melanjutkan pelajaran di :
Penang Free School.
Universiti Cambridge di England dalam bidang
undang- undang.

•KEGIATAN ISLAM
Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia
yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan
Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM),
sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf
Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan
baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM
sehingga setahun sebelum kematiannya.
9

Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada


"Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat
Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang
diperkembangkan daripada gagasan Tunku
sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap
negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951.
Pada 1969, Tunku membantu
menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang
pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank
Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang
khusis di dalam OIC. Tunku juga merupakan
Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia
Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982
sehingga 1988.

•KEMATIAN
Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di
sebuah rumah di Pulau Pinang. Apabila sakit beliau
dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur. Baginda
mangkat pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur
87 pada jam 10:25 malam kerana sakit tenat.
Jenazah dibawa ke kediamannya di Bukit
Tunku dan esoknya disemadikan di Makam Diraja
Langgar, Alor Setar.
10
11

TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN


(PERDANA MENTERI KEDUA)

•TUN ABDUL RAZAK


 Abdul Razak bin Dato' Hussein (11 Mac 1922 –
14 Januari 1976) ialah seorang ahli
politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Perdana
Menteri Malaysia kedua dari September 1970
hingga kematiannya pada Januari 1976. Beliau
dikenali sebagai Bapa Pembangunan.

•KEHIDUPAN PERIBADI
Beliau dilahirkan di Pulau
Keladi, Pekan, Pahang serta merupakan anak
sulung kepada Dato' Hussein bin Awang Mohd
Taib dan Hajah Teh Fatimah binti Daud.[2] Beliau
juga merupakan keturunan bangsawan berbangsa
Bugis yang menjadi ketua-ketua bagi suku kaum di
Pahang. Bapanya, Dato' Hussein pernah
berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Bentong.
Beliau diberi gelaran Orang Kaya Indera
Syahbandar dan Orang Kaya Berempat Pahang.
Gelaran ini diwarisi oleh Tun Abdul Razak
12

kemudiannya yang turut pernah menjadi


Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Anak
sulungnya, Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak,
menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam
setelah menggantikan Tun Abdullah bin Ahmad
Badawi pada tahun 2009. Anak-anaknya yang lain
ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam,
Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir.

•PENDIDIKAN
Sejak dari sekolah rendah lagi, beliau telah
menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan dalam
bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih
untuk menyambung pelajaran di Maktab Melayu
Kuala Kangsar, Perak.
Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala
Kangsar, beliau bertugas dengan Perkhidmatan
Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939,
beliau ditawarkan biasiswa untuk menuntut di Kolej
Raffles, Singapura pada 1940. Bagaimanapun,
pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu
pencetusan Perang Dunia II.
Selepas peperangan, beliau pergi ke United
Kingdom pada tahun 1947 untuk belajar jurusan
undang-undang. Sewaktu menuntut di United
Kingdom, beliau bertemu dengan Tunku Abdul
Rahman yang sedang membuat percubaan yang
ketiga untuk memperoleh ijazah undang-
undangnya. Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh
British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu United
Kingdom (KMUK), dipilih sebagai setiausaha di
bawah Tunku yang dipilih sebagai presiden
kesatuan itu. Di samping itu, beliau juga
13

menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah untuk


perbincangan persoalan-persoalan politik negara
untuk penuntut-penuntut di Malaya. Pada tahun
1950, beliau menerima ijazahnya daripada Lincoln's
Inn di London, United Kingdom.

•KERJAYA POLITIK
Pernah berkhidmat sebagai:
- Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
- Menteri Besar Pahang.
Menjadi Perdana Menteri dari 22 September 1970
hingga 14 Jannuari 1976.
Mendapat gelaran Bapa Pembangunan atas
sumbangan beliau.

•KEMATIAN
Tun Abdul Razak meninggal pada 14 Januari 1976,
bertempat di London , United Kingdom
14

TUN HUSSEIN BIN ONN


(PERDANA MENTERI KETIGA)

•TUN HUSSEIN ONN


Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 – 29 Mei
1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga
yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981.
Beliau dilihat sebagai seorang yang amat ikhlas
dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan
kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak
keras kepada sesiapa yang mencuba
membangkitkan kekacauan perkauman di dalam
negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan
perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun
Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa
Perpaduan".
15

•KEHIDUPAN PERIBADI
Beliau dilahirkan di Johor Bahru serta merupakan
anak sulung kepada Dato' Onn Jaafar yang
menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO) pada tahun 1946. Ibunya bernama
Datin Halimah Hussein.

•PENDIDIKAN
Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di
Telok Kurau School Singapura, kini Telok Kurau
Primary School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan
di English College (kini Maktab Sultan Abu
Bakar), Johor Bahru. Selepas persekolahannya,
Hussein Onn menyertai Pasukan Tentera
Johor sebagai kadet pada tahun 1940. Setahun
kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera
Sandhurst, di Dehradun, India. Selepas
ditauliahkan, beliau menyertai Regimen Hyderabad
ke-19 (Tentera India) dan berkhidmat di Timur
Tengah sewaktu peperangan. Selepas peperangan,
kerajaan British melantik beliau sebagai pengajar di
"Pusat Perekrutan dan Latihan Polis Malaya"
di Rawalpindi.

•KERJAYA POLITIK
Pernah berkhidmat sebagai:
- Penolong Pengawai Tadbir di Segamat , Johor.
-Pengawai Daerah di Klang dan Kuala Selangor.
Menjadi Perdana Menteri dari 15 Januari 1976
hingga 16 Julai 1981
16

•KEMATIAN
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada
hari Selasa, 29 Mei 1990, sewaktu berumur 68
tahun di Pusat Perubatan Seaton, San
Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit
jantung dan disemadikan pada
hari Jumaat di Makam Pahlawan, Masjid
Negara, Kuala Lumpur.
17

TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD


(PERDANA MENTERI KEEMPAT &
KETUJUH)

•TUN DR. MAHATHIR


Mahathir bin Mohamad (IPA: [maˈhaðɪr bɪn mo
ˈhamad]; dilahirkan pada 10 Julai 1925)[2][3]
[4] atau juga dikenali sebagai "Tun M" ialah
seorang doktor dan ahli politik Malaysia yang
berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4
(1981-2003) dan ke-7 (2018-2020). Perkhidmatan
beliau sebanyak 2 kali dan 24 tahun menjadikan
beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang
paling lama berkhidmat dan yang pertama
menyandang jawatan itu 2 kali. Dalam buku A
Doctor in the House, Dr Mahathir menyatakan
tarikh lahir sebenarnya ialah 10 Julai 1925, tetapi
bapanya mendaftarkan tarikh lahir dalam sijil
kelahiran sebagai 20 Disember untuk memudahkan
urusan pendaftaran persekolahan. Menggunakan
nama timangannya sendiri, "Che Det" sebagai
nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel
pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits
Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk
18

“Malay Women Make Their Own Freedom” (Wanita


Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri).[5] Semasa
pentadbirannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31
Oktober 2003, beliau berjaya membawa
pembangunan melalui dasar-dasar dan
perancangan yang diilhamkan daripada kejayaan
negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia
ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang
berdaya maju di Asia Tenggara [1][6]
Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 (tarikh
kelahiran rasminya direkodkan pada 20 Disember
1925) di Kampung Seberang Perak, Alor Setar,
Kedah, suatu kawasan yang diakui oleh beliau
sendiri sebagai kawasan miskin. Ibu bapa beliau
ialah Mohamad Iskandar dan Wan Tempawan Wan
Hanafi. Mahathir adalah anak bongsu daripada
sembilan beradik. Beliau mendapat pendidikan awal
di Sekolah Melayu Seberang Perak selama dua
tahun sebelum memasuki sekolah Inggeris kerajaan
yang kemudian bertukar nama kepada Kolej Sultan
Abdul Hamid, di mana ayahnya adalah guru besar.
Sebagai pelajar, Mahathir aktif berdebat dan
dikenali dengan ntuk kemahiran bahasa
Inggerisnya. Beliau dilantik sebagai editor majalah
sekolah dan bermain untuk pasukan ragbi sekolah.
Semasa di kolej, Mahathir telah bertemu
dengan Siti Hasmah Mohamad Ali, juga seorang
pelajar perubatan. Pada tahun 1956, mereka
berkahwin dalam satu majlis di Jalan Imbi di Kuala
Lumpur. Mereka mempunyai tujuh anak, iaitu
Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz,
Maizura dan Mazhar.
19

Pada 1965, beliau dipilih sebagai Ahli Majlis


Tertinggi UMNO dan pada PRU 1969, Mahathir
bertanding PRU, tetapi ditewaskan oleh wakil PAS.
Pada 1972, permohonan Dr Mahathir untuk
menyertai semula UMNO telah diterima dan beliau
dilantik sebagai Senator pada 1973 serta ahli
mahkamah universiti dan Majlis Universiti Malaya.
Pada tahun berikutnya, beliau memenangi kerusi
Kubang Pasu tanpa bertanding pada PRU tahun
berkenaan sebelum dilantik sebagai Menteri
Pendidikan dan menutup Klinik Maha di Alor Setar.
Pada tahun 1976, Mahathir dilantik sebagai
Timbalan Perdana Menteri dan dua tahun
kemudian, beliau mengambil alih jawatan Menteri
Perdagangan dan Industri di mana beliau
memimpin beberapa misi mempromosi pelaburan.
Pada 1981, setelah Hussein Onn meletak jawatan
sebagai Perdana Menteri ketiga atas sebab
kesihatan, Mahathir menjadi Presiden UMNO dan
Perdana Menteri keempat Malaysia.
Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar
'projek mega') yang dibangunkan pada zaman
pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau
Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC),
Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar
Antarabangsa Sepang.
Bersara pada Oktober 2003, Mahathir
dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja
Mangku Negara yang membawa gelaran Tun.[7]
[8] Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa
20

Pemodenan Malaysia" kerana berjaya


membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara
industri baru yang disegani di kalangan negara-
negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai
Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai
pemimpin ketiga paling lama yang memegang
jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Perdana
Menteri Singapura pertama, Lee Kuan
Yew dan Presiden Suharto dari Indonesia.[9] Beliau
juga berkhidmat sebagai Canselor Universiti
Teknologi Petronas (UTP) dari tahun 2004 hingga
2016.
Mahathir kekal sebagai tokoh politik aktif selepas
bersara. Beliau menjadi pengkritik tinggi terhadap
penggantinya yang dipilih Abdullah Ahmad
Badawi pada tahun 2006 dan kemudiannya, Najib
Razak pada 2015.[10] Anaknya Mukhriz
Mahathir adalah Menteri Besar Kedah sehingga
awal 2016. Pada 29 Februari 2016, Mahathir keluar
dari UMNO memandangkan sokongan UMNO
terhadap tindakan Perdana Menteri Najib Razak.
Antara sebab lain ialah isu RM2.6bil dan 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).[11] Pada 9
September 2016, Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah
memberikan kelulusan terakhirnya untuk Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) baru Mahathir
Mohamad, menjadikannya parti politik rasmi.
Mahathir menjadi pengerusi parti itu.[12] Pada 8
Januari 2018, Mahathir diumumkan sebagai
calon Pakatan Harapan untuk Perdana Menteri
untuk pilihan raya 2018, dalam rancangan untuk
mengampuni Anwar Ibrahim dan menyerahkan
peranan kepadanya jika berjaya. Sehingga
21

peletakan jawatannya pada 2020, beliau


merupakan Perdana Menteri Malaysia yang tertua
dan ketua negara atau kerajaan tertua di dunia.[13]
Pada 31 Ogos 2022, Mahathir, 97, disahkan positif
Covid-19 dan dirawat di Institut Jantung Negara
(IJN).

•PENDIDIKAN
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah
Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan
pelajaran di Government English School (GES)
(kini Kolej Sultan Abdul Hamid), Alor Setar pada
tahun 1932. Sewaktu semua sekolah ditutup di
era Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau
telah membuka kedai kopi secara kecil-kecilan dan
kemudiannya berniaga pisang goreng. Selepas
tamat Perang Dunia II, beliau menyambung
pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun
1945 sehingga peringkat Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM). Pada dasarnya, Mahathir ingin
melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-
undang, namun beliau harus melupakan hasratnya
kerana tidak mendapat biasiswa dalam bidang yang
diminatinya. Sebaliknya, beliau mendapat biasiswa
untuk menyambung pelajaran dalam bidang
perubatan.
Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan
King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan
dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan
Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas
22

mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor


pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang.
 Sekolah Melayu, Seberang Perak, Alor Setar
 Goverment English School, Alor Setar
 Kolej Perubatan King Edward VII, Singapura
 Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan
Pembedahan, Universiti Malaya
•KERJAYA AWAL
Pernah berkhidmat sebagai:
- Pengawai perubatan di Alor Setar , Jitra dan
Lagkawi , Kedah serta Perlis.
Menjadi Perdana menteri
23
24
25
26
27
28

Anda mungkin juga menyukai