Anda di halaman 1dari 13

Senarai Perdana Menteri Malaysia

Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj (1957-1970)



Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah.
Ayahandanya Sultan Abdul Hamid adalah memerintah Negeri Kedah pada masa itu dan
mempunyai beberapa isteri termasuk bonda Tunku bernama Menjalara. Bonda yang dicintai itu
adalah seorang keturunan Thai anak kepada Luang Novaborirak (Kleb), seorang pembesar di
salah sebuah negeri Shan Utara Thailand.

Ini bermakna Tunku diiahirkan di istana sepertimana beberapa tokoh UMNO yang lain. Beliau
putera raja yang mempunyai adik beradik yang ramai dan kaum kerabat yang besar
jumlahnya,tetapi tidak dalam lingkungan yang akan mewarisi tahkta kerajaan negeri. Tuhan telah
menentukannya menjadi pemimpin rakyat seluruh negara Pemerintahnya itu tidak berdasarkan
warisan tetapi atas pemilihan rakyat.

Pada waktu kecilnya belajar di salah sebuah sekolah Melayu di Alor Star sebelum belajar di
Bangkok dalam sebuah Sekolah Thai.
Kemudiannya Tunku pulang ke Kedah dan menyambung pelajaran di sekolah Melayu pada
tahun 1916, sebelum memasuki Penang Free School. Kemudiannya beliau dihantarkan oleh
keluarganya ke seberang laut untuk menuntut pelajaran di St. Catherine's College, Universiti
Cambridge, England.


Walaupun rekod akademiknya tidak suatu yang boleh dibanggakan, beliau adalah orang Melayu
yang pertama dari Kedah yang lulus dari sesebuah Universiti Inggeris pada tahun 1925 dengan
mendapat ijazah B.A dalam Sastera. Beliau pulang ke Tanah Melayu dengan ijazah tetapi abang
tuanya, menghantarnya kembali ke England supaya belajar undang-undang di Inner Temple.
Nampaknya kali ini beliau tidak begitu berminat dalam pelajarannya; hasilnya Tunku gagal
dalam peperiksaan dan pulang ke Tanah Melayu pada tahun 1931.


Apabila kembali ke tanahair Tunku bertugas dalam perkhidmatan Awam Negeri Kedah dan
antara lainnya pemegang jawatan sebagai Pegawai Daerah di Kulim dan Sungai Patani. Di waktu
perang Jepun, Tunku memainkan peranan yang penting menyelamatkan keluarganya. Apabila
ayahandanya Sultan Abdul Hamid cuba dibawa oleh British ke Pulau Pinang supaya terselamat
dari serangan Jepun, Tunku menculiknya dan membawanya ke Kulim. Di sanalah ayahandanya
tinggal bersama-sama rakyat di waktu pendudukan Jepun.


Dalam pergi mencari seorang Kapten Melayu yang hilang di Singapura, Tunku telah didapati
oleh askar Jepun di check point Johor Bahru ada memilik sepucuk pistol. Beliau nyaris-nyaris
ditembak di situ juga kalau tidak dengan takdir Tuhan beliau sempat mengeluarkan surat kuasa
dari tentera Jepun di Kedah.


PERDANA MENTERI KE 2
Y.A.B Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein (1970-1976)

Tun Abdul Razak Bin Datuk Hussein dilahirkan pada 11hb. Mac, 1922 di Pulau Keladi, Pekan,
Pahang. Beliau dibesarkan oleh datuknya di Kampung Jambu, Langgar, Pekan, dalam suasana
kampung yang penuh disiplin. Di Sekolah Melayu kampung inilah Abdul Razak mendapat
pendidikan awal. Beliau terpaksa berulang-alik sejauh empat batu dengan berjalan kaki dari
rumah ke sekolah. Semasa dari sekolah rendah lagi Tun Abdul Razak telah menunjukkan
kemampuan yang cemerlang dalam bidang pelajaran. Setiap tahun beliau dapat menggondol
hadiah-hadiah dalam kelas.


Sewajarnyalah beliau dihantar ke Maktab Melayu Kuala Kangsar dan kemudiannya ke Raftles
College Singapura untuk melanjutkan pelajarannya. Semasa di Maktab Melayu dan Raffles
College itu, beliau aktif di dalam persatuan dan aktiviti sukan. Kecekapannya terbukti lagi
apabila beliau berjaya menamatkan pengajian undang-undang di Lincoln's Inn, London hanya
dalam tempoh lapan belas bulan.


Semasa di London, Tun Abdul Razak tidak mensia-siakan peluang yang diberikan kepadanya.
Beliau menggunakan masa yang ada untuk mendalami bidang politik dan memupuk konsep
hidup dengan pemikiran yang luas. Aktif dalam kegiatan-kegiatan pelajar, beliau kemudiannya
menubuhkan Malayan Forum yang dipengaruhi oieh Parti Buruh British untuk memberi
kesedaran politik kepada anak-anak Persekutuan Tanah Melayu. Beliau juga menganggotai
Persatuan Fabian dan Malayan Student's Union.
Beliau terpaksa kembali ke tanahair dan memberhentikan pelajaran lanjutannya kerana kematian
ayahnya pada bulan April 1950. Sekembalinya ke tanahair, beliau berkhidmat dengan Kerajaan
Negeri Pahang sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan dan dua tahun kemudian beliau dilantik
menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Kejayaan beliau dalam perkhidmatan awam ini
selari dengan penglibatan beliau dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.


Empat bulan selepas menganggotai UMNO, beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO. Ini
diikuti pula dengan perlantikannya sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis Undangan Persekutuan
pada Ihb. Februari, 1951. Dalam tahun 1951 apabila Tunku Abdul Rahman menjadi Yang
Dipertua UMNO beliau yang berumur 29 tahun dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dari
sini bermulalah satu percantuman tenaga yang bersejarah dan begitu gigih dalam perjuangan
mencapai kemerdekaan dan seterusnya membina sebuah negara yang maju. Tun Abdul Razak
juga menjawat jawatan Pemangku Menteri Besar Pahang selama beberapa bulan pada tahun
1955.

Sebagai orang nombor dua kepada Tunku, beliau turut membuat draf-draf untuk dimuatkan
dalam Perlembagaan Tanah Melayu dan menyertai rombongan menuntut Kemerdekaan ke
London pada tahun 1956. Setelah Kemerdekaan dicapai waktu umur Tun 35 tahun bermulalah
perkhidmatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang menjangkau lebih 13 tahun.


Dalam tempoh ini beliau telah memegang beberapa portfolio, termasuk Kementerian
Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Halehwal
Dalam Negeri. Sebagai Menteri Pelajaran yang pertama, beliau telah melahirkan Penyata Razak
1956 bertujuan menyatupadukan rakyat berbagai kaum. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang
berasaskan Penyata ini adalah mendukung bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Dengan
menggunakan perantaraan Bahasa Kebangsaan dan kandungan pelajaran yang sama di semua
sekolah, semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan murid-murid dari berbagai kaum dapat
disemai. Semangat dasar pelajaran inilah yang menjadi asas mewujudkan generasi muda yang
sihat dan berpelajaran sebagai sumber tenaga pembangunan.


Konsep demokrasi Tun Razak berasaskan keseimbangan sosial dan ekonomi di mana semua
rakyat dapat memainkan peranan dalam kemajuan negara. Pembangunan negara sangat besar
ertinya sebab menurut beliau benteng terbesar pertahanan kedaulatan negara bukan sahaja
terletak pada pertahanan tetapi yang lebih penting ialah pembangunan.

Gerakan pembangunan luar bandar dipelopori oleh beliau dengan langkah pertama ialah
merangka satu dasar pembangunan yang meliputi setiap aspek keperluan negara. Ini dikenali
sebagai "Buku Merah" yang dilengkapi dengan "Bilik Gerakan" yang mencatitkan butir-butir
rancangan setiap daerah termasuk segala kemajuan dan kegagalan rancangan-rancangan tersebut.


Tun telah berusaha dengan gigihnya untuk menjamin supaya pendapatan petani-petani setimpal
dengan usaha-usaha mereka. Beliau telah membentuk berbagai agensi Kerajaan untuk mencapai
matlamat ini, dan yang paling berkesan ialah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dan
Negeri-Negeri. Kemajuan yang berlipat ganda jelas dari jumlah tanah yang dibuka, jenis-jenis
tanaman yang diusahakan, bilangan murid-murid yang disekolahkan, berbagai perusahaan dan
kemudahan-kemudahan bantuan kewangan dan teknik yang disediakan.
Di waktu Tun jugalah melihat penyertaan orang-orang Melayu dan bumiputra secara lebih pesat
dalam perniagaan khasnya dengan penubuhan agensi-agensi seperti MARA, PERNAS dan lain-
lain hasil dari cadangan-cadangan oleh Kongres-Kongres Ekonomi Bumiputra yang diadakan.


Pendek kata, segala bentuk pembangunan yang dirasakan oleh rakyat masa kini adalah
sebahagian besarnya atas daya usaha dan kemahuan tegas dari Tun Abdul Razak. Pembentukan
Malaysia pada tahun 1963 merupakan perkembangan politik yang bersejarah di Malaysia
walaupun ianya disambut dengan tentangan hebat oleh pihak-pihak yang tertentu. Ketokohan
Tun sebagai Menteri Pertahanan mendapat ujian. Akhirnya krisis dapat diselesaikan secara
damai. Memang wajarlah Tun dikenali bukan sahaja sebagai Bapa Pembangunan tetapi juga
sebagai Bapa Perdamaian.

PERDANA MENTERI KE 3
Y.A.B Tun Hussein bin Dato' Onn (1976-1981)

Tun Hussein Onn dilahirkan pada 12hb. Februari, 1922 di Johor Bahru. Beliau adalah anak
sulung Datuk Onn bin Ja'afar dan Datin Halimah binti Hussein yang mempunyai lapan orang
anak. Beliau mendapat didikan awal di Singapura dan pelajaran menengahnya di English
College, Johor Bahru.
Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan
Timbalan Setia Negeri Johor. Pada awal tahun 1941, beliau dihantar ke Akademi Tentera di
Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Regiment
Hydrabad Ke 19 di India.


Apabila perang dunia kedua meletus, beliau berkhidmat di Timur Tengah. Setelah peperangan
tamat beliau dihantar ke India di Bahagian Perisik Tentera di Markas Tentera, New Delhi.
Memandangkan kepada pengalamannya yang luas, pihak British melantiknya menjadi jurulatih
di Pusat Rekrut dan Latihan Polis Malaysia di Rawalpindi. Ketika itu beliau berpangkat Kapten.


Beliau pulang ke Malaya pada tahun 1945 dan bertugas sebagai Komanden Polis Depot, Johor
Bahru. Selepas enam bulan di dalam perkhidmatan tentera di Malaya, beliau memasuki
Perkhidmatan Pentadbiran Melayu sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Daerah Segamat dan
kemudian sebagai Pegawai Daerah di Kuala Selangor dan Kelang. Ketika itu British sedang
mengemukakan rancangan Malayan Union dan Datuk Onn sendiri memainkan peranan penting
menentang Malayan Union dengan menubuhkan UMNO.


Berjuang di samping bapanya, Hussein Onn telah meletakkan jawatannya sebagai Pegawai
Daerah untuk turut serta dalam kegiatan politik UMNO. Datuk Onn telah memberikannya tugas
sebagai Ketua Pemuda UMNO yang dikenali sebagai Perikatan Pemuda UMNO dan seterusnya
dalam tahun 1950 beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO dan bertugas sepenuh
masa. Beliau juga telah dilantik menjadi Ahli Majlis Undangan Negeri Johor dan Majlis
Undangan Persekutuan.


Semasa darurat beliau dilantik menjadi Pegawai Penjaga Pasukan Kawalan Kampung di Johor.
Tun Hussein keluar dari UMNO mengikut bapanya, setelah tercetus satu krisis dalam parti pada
bulan Ogos 1951. Seterusnya Datuk Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya, malangnya
parti itu tidak mendapat sambutan. Sewaktu bersara dari politik, beliau telah pergi ke London
untuk belajar undang-undang di Lincoln's Inn, England dan telah lulus sebagai seorang peguam
pada tahun 1958.


Pada tahun 1968 atas desakan Tun Abdul Razak, Hussein Onn kembali menyertai UMNO. Pada
bulan Jun 1969 beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, dan dalam tahun
yang sama beliau telah memenangi pilihanraya umum di kawasan Parlimen Johor Bahru Timur,
dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 22 September, 1970.
Sebagai Menteri Pelajaran beliau telah menghadapi beberapa isu penting yang berkaitan dengan
pelajaran, termasuk mengenai masalah keciciran di kalangan penuntut-penuntut sekolah. Pada
masa ini juga satu perjanjian antara Malaysia dan Indonesia mengenai sistem ejaan baru telah
diadakan di Kuala Lumpur. Pada tahun 1972, Tun Hussein telah dipilih sebagai salah seorang
Naib Presiden UMNO.


Pada 13 Ogos 1973 pula, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan
tempat Tun Dr. Ismail yang telah meninggal dunia. Beliau juga menjawat jawatan Menteri
Kewangan dan Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam. Pada 14 Januari 1976, Tun Hussein
Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-3 menggantikan Tun Abdul Razak yang juga
telah meninggal dunia.
Berikutnya, beliau mengumumkan satu Kabinet baru yang agak memeranjatkan, di mana
peluang-peluang yang luas diberi kepada tokoh-tokoh muda dalam UMNO untuk memegang
jawatan-jawatan penting. Beliau telah memilih Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai
Timbalannya.


Dalam soal luar negeri, seperti juga dengan pemimpin-pemimpin sebelumnya, Tun Hussein Onn
terus mengadakan perhubungan yang baik antara Malaysia dengan negara-negara luar
termasuklah negara- negara barat dan lain-lain anggota ASEAN. Pada akhir tahun 1977, krisis
melanda Kerajaan Kelantan, berikutan dengan penyingkiran Datuk Haji Mohamad Nasir sebagai
Menteri Besar Kelantan.
UMNO telah menunjukkan jalan-jalan kepada PAS bagaimana menyelesaikan krisis itu tetapi
tidak dihiraukan oleh pucuk pimpinan PAS. Kerana krisis itu mungkin membawa kepada
keadaan huru hara, Tun Hussein Onn telah mengistiharkan darurat di negeri tersebut. Dalam
bulan Mac 1978, satu pilihanraya diadakan bagi Negeri Kelantan, yang mengembalikan kerajaan
Barisan Nasional setelah 18 tahun berada di tangan parti pembangkang.


Dalam pilihanraya umum yang diadakan pada tahun 1978, Barisan Nasional yang bermanifesto
"A man whom you can trust" (Tun Hussein) telah beroleh kejayaan yang cemerlang dengan 131
kerusi daripada jumlah 154 kerusi Parlimen, di samping menguasai semua kerajaan-kerajaan
Negeri.

Dalam pergerakan UMNO, Tun Hussein Onn berusaha sedaya upaya bagi mengekalkan
perpaduan di kalangan ahli-ahli dan pemimpin- pemimpin supaya parti dapat menghadapi
cabaran-cabaran yang timbul. Selaku seorang yang tegas pendiriannya, telah mengambil
beberapa tindakan bagi menghapuskan perbuatan rasuah dalam Kerajaan ataupun parti. Di
samping itu beliau telah menerima desakan dari ahli-ahli supaya menghapuskan elemen-elemen
yang disyaki terlibat dalam kegiatan-kegiatan pro-Komunis.

PERDANA MENTERI KE 4
Y.A.B Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (1981-2003)

Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20hb. Disember, 1925 bersamaan 4
Jamadilakhir 1344, di No. 18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Star, Kedah. Ayahnya,
Mohamad bin Iskandar adalah guru bahasa bahasa Inggeris, dikenali dengan panggilan "Master",
juga adalah Guru Besar pertama Sekolah Inggeris di Alor Star, sekarang dikenali sebagai Maktab
Sultan Abdul Hamid. Antara murid-murid ayahnya termasuklah Tunku Abdul Rahman Putra,
Perdana Menteri Malaysia yang pertama.


Dr. Mahathir adalah anak bongsu dari sembilan adik beradik (lima lelaki dan tiga perempuan)
Ibunya, Wan Tempawan binti Wan Hanafi mempunyai kaitan keturunan dengan Wan Mat
Saman, iaitu bekas Menteri Besar Kedah yang berusaha membangunkan pertanian di Kedah
melalui terusan yang terkenal dengan nama 'Terusan Wan Mohamad Saman' (Wan Mohamad
Saman Canal atau Sungai Korok).


Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak dan kemudiannya di
Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Star di mana beliau tamat pelajaran menengah di peringkat
Senior Cambridge. Pada tahun 1948, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di
King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya, Singapura dan lulus dengan Ijazah
MBBS pada tahun 1953.


Setelah lulus, Dr. Mahathir bertugas sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada
tahun 1954, beliau dilantik menjadi pegawai perubatan dan pernah bertugas di Hospital Besar
Alor Star, Pulau Langkawi dan Perlis. Pada tahun 1957, beliau meninggalkan perkhidmatan
perubatan dan membuka kliniknya sendiri yang dikenali sebagai MAHA Klinik, mula-mula di
Jalan Tunku Ibrahim dan kemudian berpindah ke Pekan Melayu, Alor Star. Ini merupakan klinik
anak Melayu yang pertama di Alor Star.

Penglibatannya dalam politik bermula pada tahun 1945 apabila beliau bergerak cergas dalam
beberapa kesatuan, antaranya Saberkas, Kesatuan Pemuda Melayu Kedah dan akhirnya dalam
UMNO. Sewaktu di Universiti Malaya, Singapura beliau bersama dengan beberapa orang pelajar
Melayu yang sedar telah mengemukakan satu memorandum menentang cadangan undang-
undang kerakyatan yang dibuat oleh Jawatankuasa Perhubungan Kaum mengikut arahan British.


Dr. Mahathir buat pertama kalinya bertanding dalam pilihanraya umum sebagai calon Perikatan
bagi Kawasan Parlimen Kota Star Selatan pada tahun 1964. Dengan kemenangannya dalam
pilihanraya itu, beliau menjadi seorang 'back bencher' yang aktif dalam mengemukakan berbagai
pendapat dan syor untuk pertimbangan Kerajaan.
Bagi menghadapi propaganda Regim Sukarno terhadap Malaysia, beliau telah mengetuai
rombongan Malaysia ke Persidangan Afro-Asian Peoples Solidarity Organisation di Ghana dan
juga ke Persidangan World Assembly of Youth di Amherst, Amerika Syarikat. Pada masa itu
sudah ternampak kecenderungannya terhadap satu dasar luar yang lebih bebas dan imaginatif
supaya dapat menjamin keselamatan Malaysia serta penerimaannya oleh negara-negara lain.


Dalam pilihanraya umum 1969 yang mencetuskan rusuhan kaum itu, Dr. Mahathir tewas di
tangan calon PAS. Beliau seterusnya dipecat dari UMNO kerana perselisihan pendapat dengan
pucuk pimpinan UMNO. Pada masa ini beliau telah menghasilkan bukunya The Malay Dilemma
bagi menerangkan masalah orang-orang Melayu dalam konteks perpaduan negara. Beliau
diterima semula menyertai UMNO pada 7hb. Mac 1972 dan dilantik menjadi Ahli Dewan
Negara pada tahun 1973. Dalam pilihanraya 1974, beliau bertanding di Kawasan Parlimen
Kubang Pasu atas tiket Barisan Nasional dan menang tanpa bertanding. Berikutan dengan
kemenangan itu, dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul Razak.

Perlantikan ini mengiktiraf minat Dr. Mahathir yang mendalam dalam bidang pengetahuan dan
pendidikan. Pada tahun 1966 lagi beliau telah dilantik sebagai Pengerusi yang pertama Majlis
Pelancaran Tinggi yang baru ditubuh.


Pada tahun 1972 beliau menjadi Ahli Majlis Penasihatan Pelajaran Tinggi dan juga pernah
menjadi Ahli Universiti Court, Universiti Malaya. Sebagai Menteri Pelajaran, beliau telah
membuat banyak perubahan-perubahan ke arah memesatkan lagi perkembangan pelajaran
termasuk menambah bilangan pelajar-pelajar Melayu di pusat-pusat pengajian tinggi. Dr.
Mahathir pada kemudian hari berusaha menubuhkan Universiti ke 6, dikenali dengan Universiti
Utara Malaysia.


Dengan kembalinya ke rahmatullah Allahyarham Tun Abdul Razak pada awal tahun 1976, Tun
Hussein Onn yang menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru telah melantik Dr. Mahathir
sebagai timbalan Perdana Menteri. Ketika dilantik ke jawatan itu, Dr. Mahathir merupakan salah
seorang Naib Presiden UMNO. Beliau mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Pelajaran.
Dalam rombakan Kabinet pada 1hb. Januari, 1978, beliau berubah "portfolio" dari Kementerian
Pelajaran kepada Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.


Dalam Perhimpunan Agung UMNO 1978, Dr. Mahathir memenangi jawatan Timbalan Presiden
UMNO tanpa bertanding dan dalam Perhimpunan Agung UMNO Jun 1981 menjadi Presiden,
juga tanpa bertanding. Berikutan dengan keputusan Tun Hussein Onn meletakkan jawatan
sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981, Dr. Mahathir secara otomatis menjadi Perdana
Menteri Malaysia yang keempat.

PERDANA MENTERI KE 5
Y.A.B Tun Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi (2003-2009)

Tun Abdullah Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-lima pada 31
Oktober 2003.


Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan
Lepas, Pulau Pinang. Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam
dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Beliau kemudiannya meneruskan
pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang
Pengajian Islam pada tahun 1964.


Tun Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Beliau mula bergerak aktif dalam arena
politik setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978 dan beliau berjaya
mengekalkan kerusi parlimen tersebut sehingga kini. Beliau adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO
semenjak 1981.
Tun Abdullah dipilih sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 1984 hingga 1990, dan dipilih
semula memegang jawatan berkenaan pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000,
Tun Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003. Beliau dilantik
sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang pada tahun 1999.


Tun Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam beberapa kementerian. Beliau
dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80), Timbalan
Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81), Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(1981-84), Menteri Pelajaran (1984-86) dan Menteri Pertahanan (1986-87) . Pada 15 Mac 1991,
beliau dilantik sebagai Menteri Luar sehingga Februari 1999 dan dilantik sebagai Timbalan
Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri pada Februari 1999.

Tun Abdullah berkahwin dengan Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood dan mereka
dikurniakan dua cahaya mata. Selepas kematian Datin Seri Endon, Tun telah berkahwin dengan
Datin Seri Jean Abdullah.


PERDANA MENTERI KE 6
Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak (2009 - kini)
Yang Amat Berhormat
Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
(SPMK, SPMS, DMK, SSSJ, SPSA, SSAP, SIMP, SPNS, SPDK, DUNM, DP, DPMS,
DSAP, PNBS)

Dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang, Dato Sri Najib merupakan putera sulung
kepada Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan pasangannya Tun
Rahah Mohd. Noah. Dilahirkan dalam keluarga lima beradik, empat yang lain adalah Ahmad
Johari, Mohd Nizam, Mohd Nazim dan Mohd Nazir.
Dato Seri Najib mendapat pendidikan rendah dan menengahnya di St. John. Institute, Kuala
Lumpur. Di zaman persekolahannya, beliau menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain.
Beliau gemar bermain bola sepak dan basikal. Apabila menginjak dewasa, beliau mula berjinak-
jinak dengan permainan golf, dan soccer.
Pada tahun 1974, dengan menggenggam Ijazah Ekonomi Industri, Dato Sri Najib memulakan
kariernya sebagai eksekutif dengan Perbadanan Petroleum Nasional (PETRONAS) yang baru
ditubuhkan oleh kerajaan pada ketika itu. Biarpun, pada mulanya, Allahyarham ayahandanya,
menginginkan beliau menceburi bidang perakaunan, namun minat dan kecenderungannya
menjurus ke arah politik.
Pertama kali Dato Sri Najib menjejakkan kakinya ke dalam bidang ini ialah selepas
ayahandanya Tun Razak meninggal dunia. Sebagai mengenang jasa Tun Razak kepada
kepimpinan negeri dan negara, UMNO Pahang kemudiannya sepakat meletakkan Dato Sri Najib
sebagai ahli Parlimen Pekan. Malah, bukan sahaja Pengerusi Badan UMNO Negeri menyokong
cadangan itu, Sultan Pahang turut memperkenankan pelantikan itu.
Mula menceburi bidang politik sewaktu berusia 23 tahun setelah dilantik sebagai Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO, kawasan Pekan, Pahang. Kini, setelah 33 tahun beliau berkhidmat
bersama-sama UMNO, tanggal 28 Mac 2009, beliau diangkat sebagai peneraju UMNO.
Mengikut jejak langkah ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak, beliau tekad bangun
mempertahankan perjuangan UMNO untuk negara tercinta.

BIODATA
Perdana Menteri Malaysia Keenam
3 April 2009 Kini
Timbalan Perdana Menteri
31 Oktober 2004 2 April 2009
Menteri Kewangan
17 September 2008 - Kini
Menteri Pertahanan
1999 2008
Menteri Pendidikan
1995-1999
Menteri Pertahanan
1990-1995
Menteri Belia dan Sukan
1987-1990
Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan
1986-1987
Menteri Besar Pahang, Pengerusi Lembaga Kemajuan Negeri Pahang
& Pengerusi majlis Perbandaran Kuantan
1982-1986

Timbalan Menteri Kewangan
1981-1982
Timbalan Menteri Pelajaran
1980-1981
Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos
1978-1980
Eksekutif Petronas
1974-1976

Nama: Dato Seri Najib Tun Abdul Razak
Tempat Kelahiran : Kuala Lipis, Pahang
Tarikh Lahir: 23 Julai 1953
Umur: 56 tahun
Nama Isteri: Datin Seri Rosmah Mansor
Anak: Noryana Najwa
Norashman Razak


Latar Belakang Pendidikan:
St. John Institution, Kuala Lumpur
Malvern Boys College di Worchestershire, England
Sarjana Muda Kepujian Ekonomi Industri daripada Notthingham University, United
Kingdom

Anda mungkin juga menyukai