Anda di halaman 1dari 13

DATO’ ONN JA’AFAR

LATAR BELAKANG
 Dato’ Onn Jaafar membesar dalam persekitaran bangsawan, menjadikan pemikiran dan
pilihan yang dibuat beliau sebenarnya tidak mudah, dan menunjukkan juga beliau
sebagai seorang yang berjiwa bebas dalam berpendirian.Bapanya Datuk Jaafar bin
Mohamad ialah Menteri Besar Johor yang pertama (1886-1919), dilantik Sultan Abu
Bakar, sekaligus menjadi antara pengasas utama sistem pentadbiran kerajaan negeri
itu.Ini penting diketahui memandangkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor yang
dimahsyurkan pada 14 April 1895 adalah bukti Johor merupakan negeri pertama
mengamalkan sistem raja berperlembagaan.Datuk Jaafar merupakan antara saksi yang
melihat upacara menandatangani undang – undang ini.Sultan Abu Bakar mangkat pada
pertengahan tahun 1895, digantikan oleh Sultan Ibrahim.Pada tahun itu juga Dato’ Onn
dilahirkan dan dipelihara sebagai anak angkat Sultan Ibrahim.Pernah juga bapanya
dilantik Sultan (yang pada masa itu bergelar Maharaja) untuk menjadi Pemangku Raja
pada 1904, ketika Sultan berkunjung ke luar negara.Sebenarnya, pada zaman itu,
mungkin kerana mod pengangkutan tidak secanggih hari ini, Sultan sering berkunjung
ke luar negara untuk tempoh yang lama.Pernah dilaporkan di zaman Sultan Abu Bakar,
orang-orang Melayu merungut kerana ia dilihat sebagai pengabaian kepada rakyat.
DATO' ONN JA’AFAR

 Untuk menonjolkan tokoh Dato’ Onn sebagai pejuang kemerdekaan bangsa adalah
suatu yang dianggap tidak relevan oleh pemimpin kontemporari terutamanya daripada
UMNO. Dato’ Onn hanya diiktiraf sebagai tokoh yang berjasa kepadanegara kerana
mengasas penubuhan UMNO dan menjadi Yang di Pertua pertama dari 1946 hingga
1951. Dato’ Onn berjasa menentang dan menguburkan Malayan Union.

 Sumbangan Dato’ Onn dalam perjuangan ke arah kemerdekaan negara pada


hakikatnya tidak boleh dinafikan. Meskipun ada suara-suara yang melabelkan
beliausebagai pemecahbelah perpaduan UMNO dan pembunuh semangat
kemerdekaanyang amat gairah diperjuangkan oleh orang-orang Melayu, beliau tetap
merupakanseorang tokoh Melayu terulung yang mempunyai wawasan yang begitu
jauh.Kemerderkaan hari ini yang tercapai pada 31 Ogos 1957 meskipun
tidak dianggapsebagai buah tangan darinya, tetapi sebenarnya adalah merupakan hasil
asas yangdibinanya. Asas dan rangka kemerdekaan yang dilakar oleh Dato’Onn tetap
menjadi ikon perintis jalan kepada bangsa Melayu walaupun beliau tidak dianggap
sebagai pemimpin Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan.Kemerdekaan hari ini
adalah hasil buah tangan Y.M. Tunku Abd Rahman. Tetapi apabila sejarah
mencatatkan bahawa Y.M. Tunku juga keluar dari UMNO dipenghujung usianya
seolah-olah menjejaki langkah Dato’ Onn kerana berlaku masalah dalaman UMNO.
UMNO berjaya mengekalkan maruah dan martabat politik Melayu.

 Kuasa politik Melayu adalah lambang kejayaan dan kedaulatan Melayu pada hari ini.
Meskipun tokoh ulung kepimpinannya datang dan pergi dengan pelbagaihaluan,
UMNO berjaya meneruskan perjuangan.Di era Tun Abdullah (Pak Lah), bekas
Prisiden UMNO yang terlama memegangrekod kepimpinan iaitu Tun Dr. Mahathir
Mohamed juga bersara dalam dilemaapabila UMNO mengucil dan memperkecil
sumbangan beliau selama 22 tahunmengetuai negara dan lebih separuh usianya
berkhidmat kepada UMNO. Beliautelah keluar dari menjadi ahli UMNO dan apabila
Pak Lah melepaskan jawatanPerdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah menyertai
semula UMNO Baru yang ditubuhkannya.UMNO Baru dianggap kesinambungan dari
UMNO lama yang telah dibatalkan pertubuhannya secara perundangan.

 Apa yang telah menjadi sejarah adalah kenyataan dan realiti yang telah dilalui
dandiharungi oleh orang Melayu. Sehubungan itu, sejarah politik Melayu semakin
kental dan matang jika dibanding dengan politik kaum lain di negara ini yang
tidak banyak berhadapan dengan dugaan dan tekanan sosial. Disebalik kematangan
dan pengalaman yang luas, politik Melayu melalui UMNO juga dikhuatiri
menjadi begitu rumit yang memperlihatkan kerapuhan kerana teras perjuangan yang
diilhamkan oleh pemimpin unggul berterusan berganti-ganti. Terlalu banyak
pertukaran dasar dan teras yang berdasarkan percubaan. Walau pun pembaharuan
dasar-dasar memperlihatkan kekuatan dan kehebatan, kekerapan pertukaran dasar
juga membayangkan kelemahan tunggak falsafah dan hala tuju politik Melayu itu
sendiri.

 Catatan sejarah adalah sumber yang tidak bias kepada mana-mana pihak. Persepsi dan
pandangan adalah mengikut tahap pemikiran dan keadaan semasa. Sehubungan itu
adalah baik sekali jika rakyat diperkenalkan kepada Dato’ Onn mengikut ringkasan
biografi beliau supaya rakyat mendapat input dan menilai sendiri ketokohan Dato’
Onn.

BIODATA DATO ONN JAAFAR

 Dato’ Onn dilahirkan di rumah bapanya di Bukit Gambir, Johor Bahru pada tahun (12
Februari 1895 – 19 Januari 1962). Sebelum pembangunan Johor Bahru, Bukit Gambir
ialah ladang pekebunan gambir yang sangat luas dan dari situlah nama bukit ini
diperolehi.Bapanya, Dato’ Jaafar Muhamad ialah Menteri Besar Johor ketika itu.
Rumahnya terletak dibelakang Kebun Istana di Jalan Gertak Merah ialah rumah
kediaman rasmi yang disediakan oleh sultan untuknya. Ketika usia Dato’ Onn 8
tahun, ibunya Cik Rogayah Hanim meninggal dunia. Ibunya adalah dari keturunan
bangsawan Turki yang terpelihara di Istana Harem. YM Cik Khadijah dan Cik
Rogayah Hanim adalah keluarga bangsawan Turki yang dinikahkan atas perkenan dan
restu Sultan Turki sebagai tanda persaudaraan dengan Maharaja Abu Bakar ketika
baginda melawat Turki pada tahun 1887. YM Cik Rugaya telah dinikahkan dengan
adinda Maharaja Abu Bakar, Tengku Majid. Apabila Tengku Majid meninggal, YM
Cik Rugayah bernikah dengan seorang saudagar Arab dari Bogor, Jawa Barat.
Apabila meninggal suaminya Syed Abdullah Al-Attas, Sultan Johor telah menitahkan
Dato’ Jaafar memperisteri Cik Rugayah bagi menjaga kebajikan dan kebangsawanan
serta perhubungan dengan kerajaan Turki.

 Disamping itu, Sultan Ibrahim sendiri telah menikahi Cik Dara, kakak Dato’ Onn
berlainan ibu yang kemudiannya berputerakan Temenggong Ahmad. Daripada
hubungan perkahwinan itu, menjelaskan bahawa Dato’ Onn Ja’afar bukan saya
berperanan sebagai perdana menteri dan penasihat kepada kerajaan tetapi juga sebagai
bapa mertua kepada sultan Johor. Hubungan ini adalah seperti amalan tradisional
dimana peranan bendahara disamping sebagai perdana menteri adalah mertua kepada
sultan. Dengan kedudukan itu memperlihatkan keistimewaan kedudukan Dato’ Onn di
kalangan kerabat di raja Johor.

 Pada kecil Dato’ Onn bebas di Istana malah rumahnya sendiri di Bukit Gambir seperti
rumah kedua. Ini adalah kerana beliau dianggap sebagai anak angkat oleh Sultan
Ibrahim. Dato’ Onn sangat rapat dengan Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail yang
sebaya dengan beliau. Dato’ Onn sejak kecil merupakan seorang anak yang sangat
cerdas dan aktif. Beliau menunjukkan sikap yang pendiam ketika ibunya meninggal
dunia. Beliau sering merajuk dengan membawa diri ke kebun istana. Beliau bebas
melakukan aktiviti bersendiri atau bersama putera-putera raja di situ. Di kalangan
sebaya, beliau menjadi ketua. Sejak kecil ketokohan beliau telah terserlah.
 Sebelum beliau dihantar ke England, Dato’ Jaafar sendiri mengajar akhlak dan agama
serta adab budaya Melayu kepadanya. Tetapi pelajaran formalnya semenjak berusia 4
tahun adalah mempelajari Bahasa Inggeris bersama-sama putera-putera sultan yang
lain dengan dua orang guru perempuan bangsa Inggeris yang didatangkan khas untuk
tujuan itu. Guru berbangsa Inggeris itu juga bertindak sebagai pengasuh kepada anak-
anak raja mengenai adab dan budaya Inggeris. Daripada pemerhatian guru itu, Dato’
Onn dilaporkan sebagai seorang kanak-kanak yang pintar dan terlalu berani bertanya
dan menkritik. Beliau mengesyorkan putera-putera dan anak bangsawan yang
diasuhnya dihantar ke England.

 Dato’ Ja’afar,dalam usia Sembilan tahun pada 1904 ,ketika menjadi pelajar di
sekolah Alderburah Lodge Suffolk, England

 Pada tahun 1904, ketika Dato’ Onn berusia 9 tahun beliau dengan putera-putera
Sultan telah dihantar ke England. Beliau amat rapat dengan Tengku Mahkota dan
dianggap guardian atau pasangan dan teman penjaga kepada baginda. Di England,
mereka bersekolah di sekolah khas untuk anak bangsawan Inggeris di Sulfork. Semua
pembiayaan persekolahan ditanggung oleh Sultan Johor. Di sekolah, Dato’ Onn
sangat petah berbahasa Inggeris dan sering menang dalam ppertandingan debat.
Beliau cekap berhujah dan mematahkan pihak lawan hingga pegawai Inggeris yang
bertanggongjawab mengawasi perjalanan sekolah tidak menyangka beliau adalah
seorang Melayu atau pelajar yang bukan berbangsa Inggeris.

 Beliau juga merupakan seorang pelajar yang hebat dalam sukan terutamanya dalam
permainan bola sepak. Beliau adalah seorang yang aktif disamping bertindak seolah-
olah orang yang bertanggungjawab terhadap Tengku Mahkota. Ini adalah berikutan
dari nasihat dan pesanan bapa dan juga pembesar Johor. Mereka jarang berpisah.
Dimana Tengku Mahkota, disitulah Dato’ Onn dan ini tidak disenangi oleh pihak
Inggeris kerana mereka mempunyai agenda memberi keistimewaan kepada Tengku
Mahkota tetapi tidak kepada Dato’ Onn. Daripada pemerhatian mereka Dato’ Onn
adalah seorang kanak-kanak pintar yang perlu dipisahkan daripada Tengku Mahkota
kerana Dato’ Onn berupaya mempengaruhi Tengku Mahkota dalam segala bidang.

 Sehubungan itu Dato’Onn dilaporkan tidak layak diberi kemudahan pelajaran dan
tidak dibenarkan melanjutkan pelajaran yang dikhususkan kepada anak bangsawan
kerana akan menyulitkan pihak Inggeris mendidik Tengku Mahkota yang seperti isi
dengan kuku dengan Dato’ Onn. Demi masa depan Tengku Mahkota dan negeri Johor
dan kepentingan Inggeris, Dato’ Onn perlu dipisahkan. Pada tahun 1909 Dato’ Onn
telah dihantar pulang. Beliau sangat kesal dan berdukacita dengan tindakan pegawai
Inggeris yang bertanggongjawab menjaga kebajikan putera-putera sultan Johor di
England. Ketika baru pulang di Johor beliau telah dimarahi oleh bapanya Dato’ Jaafar
kerana dianggap sebagai remaja nakal yang tidak menghormati guru Inggerisnya dan
kebudayaan di sana. Dato’ Onn kelihatan amat keInggerisan daripada anak-anak
remaja Inggeris sendiri.

 Beliau telah dihantar oleh bapanya melanjutkan pelajaran di Malay College Kuala
Kangsar (MCKK). Di sana, Dato’ Onn mendapati kurikulum kolej itu telah
ketinggalan berbanding apa yang telah dipelajari di England. Oleh kerana beliau telah
diletakkan dibawah pengawasan seorang guru khas mengajar jawi dan adat
kebudayaan Melayu beliau telah memberi tumpuan kepada matlamatnya nya itu.
Beliau sangat disenangi ramai. Malah beliau sendiri telah mengajar bahasa Ianggeris
kepada anak-anak bangsawan Melayu dan kepada guru Jawi beliau.

 Di MCKK, Dato’ Onn tidak berseorangan. Beliau diikuti oleh Tengku Mahkota Johor
yang enggan melanjutkan pelajaran di England dengan ketiadaan Dato’ Onn. Baginda
sangat kasih kepada Dato’ Onn lebih dari seorang teman atau kawan. Dato’ Onn
beranggapan pendidikan di MCKK bukanlah pendidikan yang berteras ilmu tetapi
lebih kepada pendidikan untuk menjadikan anak-anak bangsawan Melayu sebagai real
gentlemen untuk pentadbiran Inggeris. Di MCKK, beliau dianggap seorang remaja
Melayu yang kurang beretika kebangsawanan oleh teman-teman yang berdarah raja
kerana keberanian beliau bercampurgaul dengan anak-anak pembesar dari kelas
bawahan. Hal ini tidak disenangi oleh Inggeris. Mereka telah melaporkan kepada
kerajaan negeri Johor, bahawa Dato’ Onn telah bersedia berkhidmat supaya Dato’
Onn tidak lama di MCKK. Mereka juga mengetahui dan berasa bimbang jika Dato’
Onn berupaya mempengaruhi anak-anak bangsawan lain di situ.
 Dato’ Onn telah pulang ke Johor pada tahun 1912 dan sebaik saja sampai, beliau telah
dilantik menjadi kerani rendah sementara di Pejabat Perkhidmatan Pos. Beberapa
bulan kemudian beliau telah dinikahkan dengan keluarga angkat beliau Cik Rafaeh bt
Abdullah. Ketika berusia 18 tahun beliau diwajibkan menyertai Askar Timbalan Setia.
Jiwanya terasa tertekan kerana terasa dikongkongi oleh peraturan dan disiplin tentera.
Banyak peraturan sengaja beliau langgar dan sering membuat hal hingga tidak
menyenangkan pihak atasan. Akibat daripada itu, Sultan telah menguatkuasakan
Ordinan Ketenteraan pada tahun 1916 yang berkuatkuasa kepada semua anggota
tentera tidak kira mereka dari golongan bangsawan atau rakyat biasa. Dato’ Onn masih
tidak berubah dan beliau beranggap beliau juga mempunyai imuniti berikutan kerabat
di raja sering diberi pengecualian.

 Beliau beranggapan beliau juga adalah kerabat kerana bapanya sendiri adalah Menteri
Besar dan mertua kepada Sultan Johor. Tambah pula, perangai beliau yang dianggap
telah melakukan kesalahan bukannlah mengenai tatatertib kententeraan tetapi lebih
kepada ketidakpuasan hati beliau terhadap Sultan yang terlalu bias kepada pegawai
orang putih dan kerabat terdekat. Pada tahun 1919 ayahanda beliau, Dato’ Jaafar
meninggal dunia dan ini memberi kesan psikologi yang amat sangat kepada Dato’
Onn. Meskipun beliau tidak dimanjai oleh bapanya tetapi beliau sangat sadar bahawa
bapanya ialah seorang bangsawan Melayu berjiwa rakyat yang sangat mengambil berat
tentang rakyat. Bapanya sangat menitikberatkan kebajikan orang Melayu. Bapanya
memang seorang tokoh pemimpin Melayu yang amat terkenal.

 Dato’ Jaafar adalah seorang pemimpin Melayu yang bijak dan terkenal memodenkan
pemikiran orang Melayu Johor sejak pemerintahan Sulatan Abu Bakar. Apbala Sultan
Ibrahim merampas kediaman bapanya dan keluarganya diarah pindah kerana sultan
memilik negarakan semua harta Dato’ Jaafar, Dato’ Onn telah mengkritik terang-
terangan bapa angkat beliau iaitu sultan Johor. Berikutan itu, beliau telah dipecat dari
pangkatnya dan diberhentikan dari menjadi Askar Timbalan Setia. Setelah
menganggur beberapa bulan pada tahun 1921 dengan rekomen Tengku Mahkota beliau
diterima menyambung kerja di Pejabat Tanah Muar sebagai penolong pegawai rendah
pemungut hasil.
 Di Muar beliau aktif dalam permainan bola sepak. Ketika menyambut Hari Keputeraan
Sultan di Muar, beliau telah menganjurkan pakaian beragam dan beliau telah memakai
kostum raja dalam wayang Cina. Secara simbolik ketika mengaya dan memperagakan
kostumnya, beliau berlagak sebagai raja diktaktor kerana menyindir Sultan Johor.
Sekitar tahun 1926 beliau dipindahkan ke Pejabat Pemungut Hasil di Batu Pahat
dengan jawatan dan tugas yang sama. Ketika di situ, sekali lagi beliau memberi
kritikan terbuka kepada ayahanda angkatnya, baginda sultan kerana mengutamakan
pegawai Inggeris daripada anak tempatan sendiri. Ini adalah berikutan tuntutan alaun
sara hidup beliau yang tidak dilayan oleh Sultan berbanding sara hidup pegawai
Inggeris yanag cepat dinaikkan.

 Akibat dari itu beliau telah dipecat pada tahun 1928 dan dibuang negeri ke Singapura.
Pada waktu yang sama abangnya Dato Aabdullah Jaafar yang sedang menjadi Menteri
Besar Johor juga diberhentikan daripada jawatannya. Mereka telah tinggal bersama di
Singapura. Oleh kerana ketika itu zaman kemelesetan sedang berlaku begitu teruk,
mereka gagal mendapat pekerjaan. Untuk menyara hidup Dato’ Onn telah menyewa
sebuah rumah setinggan dan bekerja sebagai nelayan. Apabila tidak memungkinkan
beliau ke laut, beliau telah meluangkan masanya menonton wayang Cina dan opera
bangsawan Melayu. Beliau juga sering menumpang baca berita-berita yang di jual dan
di cetak oleh syarikat cetak milik saudagar Arab berdekan tempat beliau menghabiskan
waktu. Kerana minat dan kebolehan beliau , Dato’Onn diberi kepercayaan
menyumbangkan rencana dan akhirnya diterima menjadi penulis di Syarikat
Percetakan Akhbar Singapura.

 Kesempatan itu telah digunakan sepenuhnya oleh Dato’ Onn untuk mencurahkan isi
hati dan ketidakpuasan dirinya terhadap Sultan Johor. Beliau menganggap Sultan
Johor suka membazir dan tidak mempedulikan nasib rakyat jelata. Beliau juga pernah
mengritik Sultan Johor memaksa Askar Timbalan Setia membuat kerja-kerja buruh
seperti buruh paksa untuk kepentingan perladangan milik peribadi Sultan.
Kelancangan dan keberanian beliau mendapat liputan meluas dari akhabar-akbar lain.
Dato’ Onn mula dikenali dan popular dengan cepat. Latar belakang beliau juga
diketahui dan banyak penulis dan masyarakat pembaca Melayu menyukai tulisan yang
berani seperti tulisan Dato’ Onn.

 Selamat Johor yang diterbitkan oleh beliau sangat popular dan mendapat pesanan
diluar jangkaan.Beliau menjadi bertambah popular.Tengku Mahkota Ismail telah
menyarankan ayahanda baginda memberi pengampunan kepada Dato’ Onn kerana
jasanya mengangkat kebajikan yang dilakukan oleh Sultan Ibrahim. Sultan Johor
berasa sukacita dan menganggap Dato’ Onn telah berjasa kepada baginda dan negeri
Johor. Sehubungan itu baginda Sultan Johor berkenan memberi keampunan kepada
beliau. Baginda telah mengundang beliau dan keluarga balik dan berkhidmat di Johor.

 Pada tahun 1938 Dato’ Onn telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri.
Persetujuan beliau untuk berkhidmat dengan Sultan Johor dengan bersyarat supaya
pandangan beliau tidak disekat kecuali pandangan yang merugikan rakyat. Beliau telah
diberi jaminan kerana beliau dianggap oleh para cendekiawan Johor sebagai seorang
yang berani dan sangat berguna kepada negeri Johor. Sultan dinasihati supaya
menganugerahkan jawatan yang penting dan tinggi kepada Dato’ Onn sebelum beliau
dilamar oleh Singapura, negeri Melayu lain atau Inggeris. Sultan Johor telah
memperkenan lebih-lebih lagi Tengku Mahkota yang sering memangku sultan juga
berkeras menginginkan teman setia dan karibnya berkhidmat di Johor.

 Ketika Dato’ Onn menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor, cadangan beliau telah
diterima untuk mewujudkan biasaiswa pelajaran kepada pelajar-pelajar Melayu yang
bekelayakan. Biasiswa tersebut merupakan biasiswa yang pertama telah diujudkan di
negeri Johor dan Semenanjung Tanah Melayu. Pelajaran dilihat sangat penting bagi
menjamin dan membantu orang Melayu. Mereka nanti akan berupaya mencapai dan
memajukan bangsa apabila tamat belajar. Dato’ Onn juga menggesa agar pendidikan
kepada kaum wanita juga ditingkatkan. Di samping itu pelajaran agama juga tidak
diabaikan.

 Ketika zaman Jepun, Dato’ Onn telah diberi kepercayann oleh Pentadbiran Tentera
Jepun menjadi pegawai bekalan dan mengagih makanan. Beliau telah mengagihkan
beras mengikut arahan dan kuasa yang telah diberikan. Beliau tidak menggunakan
kuasa dan pangkat beliau secara bias. Tetapi, di dalam senyap dan rahsia beliau juga
membantu memberi bekalan makanan kepada pergerakan kiri yang anti Jepun. Beliau
mengetahui strateji yang dibuat oleh Ibrahim Yakob dan Ahmad Boestaman . Beliau
mempunyai hubungan baik dengan mereka dan juga dengan MPAJA.

 Kepimpinan Dato’ Onn terserlah apabila dilantik khas menjadi pegawai daerah Batu
Pahat bagi menghentikan persengketaan kaum antara orang Melayu dengan orang
Cina. Majoriti orang Cina Batu Pahat telah menyertai MPAJA ketika zaman Jepun
kerana penindasan tentera Jepun terhadap orang Cina. Setelah tentera Jepun menyerah,
mereka menjadi komunis dan telah menzalimi dan menganiaya orang Melayu. Orang
Melayu telah bersatu dan menubuhkan tentera Selimpang Merah yang diketuai oleh
Kiai Salleh dan membalas serangan-serangan orang Cina. Dalam masa yang singkat
beribu orang Cina terbunuh. Apabila sultan menerima laporan dan bantuan
perlindungan dari saudagar Cina dari Batu Pahat, Dato’ Onn telah dititah
menyelesaikan persengketaan itu.

 Dato’ Onn telah berjaya memujuk angkatan kumpulan Selimpang Merah yang diketui
oleh Kiai Salleh agar menghentikan serangan dan berdamai. Ketika Inggeris kembali
ke Tanah Melayu dengan idea pemerintahan Malayan Union yang melenyapkan
keistimewaan dan hak-hak orang Melayu, Dato’ Onn segera menubuhkan Kesatuan
Melayu Semenanjung Johor yang akhirnya berjaya menyatupadukan persatuan dan
kesatuan Melayu seluruh Tanah Melayu bagi menghalang pencabulan Inggeris dan
menentang Malayan Union. Beberapa persidangan dan kongres telah diadakan dan di
Kongres Melayu di Johor Bahru pada 11 Mei 1946, UMNO dengan rasminya telah
ditubuhkan. Dato’ Onn telah dilantik menjadi Yang DiPertua. Melalui UMNO, beliau
menyusun strateji dan aktiviti menentang Malayan Union sehinggga Inggeris terpaksa
membubarkannya pada 1 Februari 1948 dan digantikan dengan Persekutuan Tanah
Melayu.
 Pada 1 – 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan
Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan
untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak
istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada
mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika
Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan beliau amat
aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai
presiden pertama.

 Pada 1 Jun 1947, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian,
beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah
kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan
Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah
Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-
syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.

 Beliau kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap sebagai dasar-dasar
perkauman UMNO serta mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua
penduduk Tanah Melayu tanpa mengira kaum dan nama UMNO ditukarkan menjadi
“Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu”. Oleh sebab cadangan itu
ditentang, beliau meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan
Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 hingga 26 Ogos 1951.
 Dato’ Onn Ja’afar dan isterinya Datin Halimah Hussein, pasangan yang berjuang
untuk memajukan bangsa

 Bendera umno dan symbol umno


 “Tanah Melayu hak Melayu,Malayan Union tidak dihendaki”,antara slogan.dalam
penentangan Malayan Union.

 “DATO’ ONN LETAK JAWATAN SEBAGAI MENTERI BESAR”- surat kahbar


Pada 1 JUNE 1947.
 Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos,
1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu.
Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi
tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah
Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu
dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu.

 Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi
sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha
untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu
kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum
1959 dengan bantuan parti PAS.

 Perarakan ahli-ahli umno berjaya memujuk Dato’ Onn Ja’afar kembali memimpin
umno (1950)

 Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai YDP UMNO (1951)


 Beliau mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah
seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein Onn. Beliau
meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam
Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor. Berita pemergian abadi Allahyarham
disambut dengan rasa sedih dan terharu oleh rakyat dan pemimpin negara.
Sebagai mengenang segala jasa baktinya, Tunku Abdul Rahman telah
memerintahkan agar jenazah Allahyarham diberikan penghormatan negara
dengan disembahyangkan di Masjid Abu Bakar, sebelum dibawa ke Istana
Besar untuk penghormatan terakhir dan disemadikan di Perkuburan Diraja
Mahmudiah.

 SEKIAN TERIMA KASIH !!!

Anda mungkin juga menyukai