Anda di halaman 1dari 10

Biodata

Nama: Datu Mohammad Salleh bin Datu Balu


Tempat lahir: Inanam
Jawatan: Pemerintah Sungai Sugut
Keturunan: Bajau dan Suluk
Sifat: Kepahlawanan dan keberanian berperang

Sumbangan
♦ Menentang pencerobohan dan keganasan Syarikat
Berpiagam Borneo Utara bermula pada bulan Julai 1897
♦ Mendapatkan perdamaian bersama Kompen
Kisah
Datu Mat Salleh, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh, merupakan
pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan yang hebat terhadap penjajahan British di Sabah.
Beliau pernah mengisytiharkan daerah Tambunan sebagai daerah di bawah kekuasaannya. Mat Salleh
ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada suku Βajau dan Ѕuluk. Ibunya daripada
suku Bajau dan ayah, Datu Bulu merupakan pemimpin tempatan berbangsa Suluk. Abangnya bernama
Ali, sedangkan adik-adiknya bernama Badin dan Bolong. Isteri Mat Salleh yang bernama Dayang
Bandang berasal daripada keluarga Kesultanan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan.
Datu Mohammad Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di
daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada
pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894. Inggeris tidak
senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan
kampung Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896.
Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh
menentang pencerobohan dan keganasan Syarikat Berpiagam Borneo Utara bermula pada bulan Julai
1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran
Kompeni di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat
Residen Kompeni di Ambong.
Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak
askar Inggeris terbunuh. Seterusnya pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat
Salleh di Ranau dengan angkatan tentera yang lebih besar. Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan
membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.
Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada
batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru. Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat
beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan
senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur
menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.
Tidak lama kemudian, pihak Kompeni menawarkan perdamaian dan Mat Salleh bersetuju,
walaupun ditentang orang-orangnya. Tetapi pada 1899, Kompeni cuba mengambil alih Tambunan
daripada Mat Salleh dan menyebabkan peperangan tercetus kembali.
Dan akhirnya pada 31 Januari 1900, kota Mat Salleh tumbang akibat serangan hebat Kompeni yang
berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Dan peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh
sebagai pejuang bangsa.
Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Di tugu
peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandakan tapak
kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1
Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama
enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya'.
Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi pada kaca
mata rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan. Bagaimanapun,
terdapat sebilangan rakyat tempatan terutama di kalangan keturunan penduduk yang mempunyai
sejarah pernah bertempur atau berperang dengan pihak Mat Salleh, yang tidak mengiktiraf Mat Salleh
sebagai pahlawan apatah lagi pejuang kemerdekaan kerana Mat Salleh dikatakan berjuang untuk
kepentingan diri dan kumpulannya sahaja dan bukan secara menyeluruh.
FAKTOR PENENTANGAN MAT SALLEH

•PERATURAN YANG MEMBEBANKAN


Mat Salleh menentang pentadbiran SBUB kerana SBUB
memperkenalkan peraturan baru seperti amalan buruh paksa , cukai
beras dan lesen perahu yang amat membebankan rakyat.

•PERCUBAAN BERUNDING GAGAL


Pada bulan Ogos 1895 , Mat Salleh dan beberapa orang pembesar
tempatan telah pergi ke Sandakan untuk menemui Gabenor Beaufort
iaitu C.V Creagh . Beliau ingin berunding tentang masalah cukai dan
tindakan kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan . Mat
Salleh tidak dilayan dan setelah menunggu selama sepuluh hari , beliau
meninggalkan Sandakan .

•PERKAMPUNGAN DIBAKAR
Gabenor Beaufort menggangap Mat Salleh mengancam kepentingan
SBUB . Oleh itu , SBUB bertindak dengan membakar dan memusnahkan
kampungnya . SBUB menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada
sesiapa yang berjaya menangkapnya .
Tugu Datu Paduka Mat Salleh

Memorial Datu Paduka Mat Salleh


Biodata
Nama: Tan Sri Hajjah Zainon bte Munshi Sulaiman
Lahir: 22 Januari 1903 di Nyalas, Melaka.
Jawatan: Pendidik dan Ahli Parlimen
Sifat: Berani serta bersemangat tinggi dalam Pendidikan

Sumbangan
♦ Menubuhkan sekolah di Pasuh Jaya, Negeri Sembilan
♦ Mengasaskan sekolah agama di Johor.
♦ Menubuhkan Persatuan Guru-Guru Sekolah Melayu dan
Sekolah Agama Negeri Johor
♦ Menjalankan kegiatan dakwah bagi membantu
memulihkan
akhlak golongan wanita yang terpengaruh dengan tentera
Jepun
♦ Berjaya menyatukan kaum ibu untuk menyokong hasrat
Kemerdekaan
Kisah
Ibu Zain dilahirkan di Nyalas, Melaka. Ibu Zain merupakan anak ke-6 dari lapan adik beradik.
Ayahnya, Munshi Sulaiman berasal dari Tanjung Pinang, Riau. Ibu Zain bertuah kerana Munshi Sulaiman
mempunyai kesedaran yang tinggi peri pentingnya pendidikan di kalangan anak-anaknya, tidak kira lelaki
mahupun perempuan. Malah, ayahnya melanggar tradisi masyarakat Melayu ketika itu yang melarang anak
perempuan dari belajar, selain daripada belajar mengaji Al-Quran. Munshi Sulaiman merupakan seorang
guru agama Islam dan Bahasa Melayu. Guru bahasa pada masa itu digelar 'munshi'. Daripada beliaulah,
Ibu Zain mendapat pendidikan tidak formal.
Seorang anak kecil yang cergas dan cerdas akal, Zainun gigih menimba ilmu. Ketika mengikut
ayahnya menetap di Melaka, beliau belajar di Methodist Girls School, Tengkera (1909 - 1912) diikuti
Tengkera School (1913 - 1915) sehingga lulus Junior Cambridge. Suatu pencapaian yang tidak ramai
mampu gapai, khususnya di kalangan anak gadis. Lebih membanggakan Ibu Zain mampu mempertahankan
akidahnya yang terdidik dari kecil ketika ditawarkan menjadi mubaligh Kristian.
Kejayaan yang dicapainya dikongsi pula dengan masyarakat. Beliau mempunyai kesedaran yang
sangat tinggi untuk melihat lebih ramai kaum wanita pandai membaca dan menulis kerana ilmu merupakan
kunci yang membentuk jati diri beliau sendiri. Semuda usia 17 tahun, Ibu Zain telah menubuhkan sebuah
sekolah di Pasuh Jaya, Negeri Sembilan.
Sejak itu, beliau semakin mendapat perhatian. Pada tahun 1921, beliau berhijrah ke Muar untuk
berkhidmat di Sekolah Perempuan Bandar Maharani. Tahun 1924, beliau dilantik menjadi Guru Besar
sekolah yang sama. Kemudiannya, dilantik menjadi Guru Pelawat/Penyelia bagi sekolah perempuan daerah
Muar dan Batu Pahat, seterusnya bagi seluruh negeri Johor. Di sana, beliau mengasaskan sekolah agama
petang dan menjadi penyelia kegiatan tersebut. Selain itu, sekolah tersebut juga menjadi sekolah agama
perempuan yang pertama di Johor.
Ibu Zain juga aktif dalam persatuan. Beliau adalah antara mereka yang bertanggungjawab
menubuhkan Persatuan Guru-Guru Sekolah Melayu dan Sekolah Agama Negeri Johor. Kewibawaan beliau
menambat keyakinan ahli, untuk melantiknya sebagai Presiden pertama persatuan itu. Beliau juga menubuh
dan menyandang jawatan Yang Dipertua Persekutuan Guru-Guru Perempuan Melayu selama 19 tahun
sejak tahun 1930.
Di antara tahun 1929-1941, Ibu Zain menghasilkan majalah untuk wanita, bergelar "Bulan Melayu".
Dengan daya juang yang tinggi, beliau merupakan salah seorang perintis UMNOdan Ketua Kaum
Ibu, UMNO (sekarang Ketua Wanita UMNO).
Ibu Zain turut aktif dalam bidang politik. Beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor
mewakili parti UMNO pada tahun 1948. Berbeza dengan kebanyakan ahli politik yang lain, Ibu Zain lebih
suka bercakap soal pendidikan. Pada tahun 1959, beliau dipilih sebagai wakil rakyat bagi kawasan Pontian
Selatan.
Jasa Ibu Zain tambah bermakna selepas pendudukan Jepun di bumi Malaya. Beliau menjalankan
kegiatan dakwah bagi membantu memulihkan akhlak golongan wanita yang terpengaruh dengan tentera
Jepun, selain membantu memulihkan semangat mereka yang dianiaya oleh askar tersebut. Lebih
mengejutkan, beliau mampu menguasai bahasa Jepun dalam tempoh sebulan sahaja.
Dalam usaha mencapai kemerdekaan negara, Ibu Zain turut menyumbang bakti. Beliau berjaya
menyatukan kaum ibu untuk turut serta menyokong usaha tersebut. Di zaman konfrontasi dengan komunis,
wanita berani ini mendaftar diri sebagai tentera sukarela dan meredah hutan seorang diri. Beliau bergerak
dari satu kampung ke kampung yang lain bagi menangkis dakyah komunis daripada menular di kalangan
masyarakat. Ternyata usaha beliau membuahkan hasil. Pada tahun yang sama 10 Mac 1963 beliau dilantik
sebagai Pengetua Kolej Puteri Tuanku Ampuan Mariam.
Di atas jasa dan sumbangan beliau yang tidak terbalas itu, beliau telah diberikan beberapa
penghormatan dari dalam dan luar negara. Antaranya Pingat Sultan Ibrahim (1947), anugerah Johan
Mangku Negara (1958), pingat Lady of Myanmar dari Kerajaan Myanmar dan pingat Tun Fatimah (1974),
Tokoh Guru Kebangsaan Pertama dan Ijazah Kehormat Sarjana Muda Sastera Universiti Malaya, Ijazah
Kehormat Sarjana Sastera, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975), anugerah Darjah Panglima Setia
Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri (1979) dan MPSI memberi anugerah Suluh Budiman (1980). Ibu
Zain meninggal dunia pada 2 April 1989 di Johor Bahru kerana sakit tua dan dikebumikan di Makam
Mahmudiah, Johor Bahru.
Biodata
Nama: Ontoros Antanom
Lahir: 1885 di Masinpunon
Jawatan: Ketua kaum Murut
Sifat: Berani, perkasa serta hebat bermain pedang

Sumbangan
♦ Pemberontakan menentang SBUB pada 1915

♦ Menyatupadukan kaum Murut


Kisah
Nama Antanom bukanlah satu nama asing bagi penduduk Sabah, Antanom merupakan pejuang
yang menentang penjajahan British Suatu ketika dulu. Antannom merupakan suku kaum Murut Tagol
yang memiliki kepandaian bermain senjata dan bertarung. Beliau dilahirkan pada tahun 1885 di sebuah
kawasan yang dikenali sebagai Masinpunon, beliau dibesarkan dalam keadaan yang penuh dengan
persengketaan antara kaum dan ancaram dari amalan memburu kepala atau dalam bahasa Dayak
disebut sebagai ‘Pengayau’. Beliau dibesar dan dididik untuk menjadi seorang pahlawan atau ‘Kalawon’
yang disenangi oleh kaumnya.
Nama sebenar Antanom ialah Ontoros anak lelaki Antanom, merupakan ketua kaum Murut di
Rundum. Pada umur 30 tahun Antanom telah berjaya menyatupadukan kaum Murut untuk menentang
SBUB yang menindas mereka pada masa itu. Oleh kerena itu, beliau telah diangkat menjadi ketua
kaum Murut bagi menentang pentadbiran SBUB.
Antanom bukan sahaja dikagumi kerana kehebatannya mengetuai pemberontakan menentang
SBBU, tetapi bagaimana beliau bertindak dalam menyatupadukan kaum Murut yang pada ketika itu
dilanda persengketaan antara suku-suku. Kerana pada ketika itu suku-suku kaum Murut bertelagah
antara mereka. Perjuangan Antanom bermula sejak tahun 1909, bermula apabila pihak SBUB membuat
pelbagai peraturan baru yang menyusahkan rakyat tempatan. Kemarahan kaum Murut seterusnya
berlaku apabila SBBU bertindak membina jalan yang merentangi kawasan hutan di kawasan Rundum
dan memaksa orang-orang Murut untuk membina jalan raya di kawasan pedalaman. Tindakan tersebut
tidak disenangi oleh kaum Murut yang menganggap perbuatan tersebut akan mengganggu roh nenek
moyang mereka.
Sebab lain yang menjadi penyebab kebangkitan Kaum Murut menentang SBUB iailah kerena
British melarang dan tidak membenarkan oaran-orang MUrut membuka tanah baru. Hal ini
menyebabkan mereka merasa hak mereka dicerobohi oleh pihak luar. Larangan membuka tanah baru
juga menyebabkan kaum Murut kekurangan beras dan kebuluran. Selain itu, British juga telah
mengenakan cukai yang membebankan penduduk tempatan, antara cukai yang dikenakan British ke
atas penduduk ialah cukai kepala, British telah memperkenalkan cukai kepala kepada penduduk
kampung yang mana setiap kepala mesti membayar satu dollar, Mengenakan cukai tanaman, Kaum
Murut dipaksa membayar cukai tanaman bagi setiap satu ekar tanaman sebanyak 50 sen. Manakala,
setiap pokok kelapa yang mengeluarkan tuak dikenakan cukai sebanyak 25 sen. cukai-cukai lainnya
ialah cukai tangkapan ikan besar dan cukai memelihara anjing sebanyak satu dollar satu ekor.
Penentangan juga dilakukan disebabkan oleh syarikat SBUB memaksa masyarakat Murut
menjadi buruh paksa, pemuda dari kalangan kaum Murut dijadikan buruh paksa oleh British untuk
membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf dari Tenom hingga Rundum. British juga
telah berlaku zalim terhadap keluarga kaum Murut, British mengarahkan suami isteri kaum Murut
tinggal berasingan di sebelah menyebelah sungai, setiap kali mereka berkunjung, mereka akan
dikenakan cukai sebanyak satu dollar. Mereka yang mempunyai lebih dari satu orang anak akan
diambil sebagai buruh paksa oleh SBUB
Oleh kerana tidak tahan terus ditindas oleh British, Antanom telah menyatukan orang-orang
Murut untuk menentang SBUB demi menebus maruah mereka. Pada bulan Febuari tahun 1915,
Antanom bersama pengikutnya telah menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan.
Manakala pada bulan Mac 1915 Antanom telah memimpin kira-kira 600 orang pahlawan kaum MUrut
untuk menyerang Rundum dan telah berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB, kejayaan ini
telah menaikkan lagi semangat juang orang-orang Murut dan pengikut Antanom bertambah ramai
menjadi 900 orang. Sebagai langkah berjaga-jaga Antanom dan pengikutnya telah membina kubu yang
mengandungi 7 buah rumah bawah tanah yang terletak di Sungai Selangit.
Sebagai tindak balas, SBUB telah menghantar 400 orang tentera yang lengkap bersenjata api untuk
menyerang kubu Antanom di Sungai Selangit. Antanom dan pengikut-pengikutnya yang hanya
bersenjata lembir, tombak dan sebagainya tidak gentar untuk melawan tentera SBUB. Pertempuran
yang sengit telah berlaku pada tahun 1915 pada bulan April. Pertempuran ini berlangsung selama dua
bulan, ramai orang-orang Murut tercedera. Pertempuran ini berakhir dengan kekalahan Antanom dan
pengikutnya dalam mempertahankan Rundum, Perjuangan ini dikenali sebagai ‘Kebangkitan Rundum’

Kesan daripada Kebangkitan ini, menyebabkan SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut
Antanom dan kaum Murut. Lapan orang kanan Antanom telah dibuang daerah ke Kudat, manakala
pengikut yang lain dijadikan buruh paksa oleh SBUB untuk memasang kawat telegraf dari Kimanis
hingga Keningau. Orang-orang Murut pula dipaksa untuk bersumpah taat setia kepada SBUB bagi
mengelakkan kebangkitan sekali lagi. Sebahagian kaum Murut telah berpindah ke pedalaman
Kalimantan sebagai tanda protes terhadap SBUB.

Perjuangan Antanom dan pengikutnya harus dikenang dan dijadikan pengajaran. Generasi kini harus
bersikap seperti Antanom yang tegas mempertahankan haknya daripada penjajah dan tidak gentar
melawan musah walau harus berkorban nyawa demi maruah dan bangsa.

Anda mungkin juga menyukai