1. British menakluki daerah mereka seperti Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. 2. Tujuan penaklukan British terhadap negeri-negeri Melayu adalah untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka. 3. Penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawsan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya. 4. Setelah menduduki Melaka British memaksa Naning menjadi jajahan takluknya dan dikehendaki membayar ufti. 5. Dol Said, Penghulu Naning menentang kehendak British dan hal itu menyebabkan peperangan.
Perjuangan Linggir
1. Linggir adalah pemimpin Kaum Iban di Saribas telah menentang dasar penaklukan James Brooke. 2. Pada tahun 1849, Linggir telah menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar. 3. Ia adalah sebagai tindak balas terhadap langkah James Brooke dan Kapten Farquhar yang menghalang pelayaran mereka melalui Sungai Saribas. 4. Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut
Perjuangan Rentap
1. Rentap, pemimpin Iban, menentang James Brooke kerana beliau bertindak untuk menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun. 2. Pasukan pimpinan Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman tersebut. 3. Rentap berjaya mengusir tentera James Brooke tetapi tentera James Brooke telah bertindak balas dengan membakar kampung mereka. 4. Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok. 5. Pada tahun 1861 James Brooke menyerang penempatan Rentap dan Rentap berjaya dikalahkan. 6. Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan perjuangannya semakin lemah.
Penentangan di Perak
1. Penguasaan British di Perak ditentang oleh pembesar tempatan yang dipimpin oleh Dato' Maharaja Lela.
2. Semua pembesar dan Sultan bersatu menentang penguasaan Britishdi Perak kerana (a) Residen memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor 1874. (b) pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka. (c) para pembesar menolak penguasaanBritish terhadap kawasan mereka. (d) para pembesar menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan. (e) J W.W Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.
2. Yam Tuan Antah menandatangani perjanjian damai dengan British pada tahun1888. Perjuangan Dato Syahbandar
1. Dato Syahbandar enggan menandatangani perjanjian dengan British pada 21 April 1874. 2. Dato' Syahbandar juga menentang Dato' Kelana Sungai Ujong iaitu Syed Abdul Rahman yang mempelawa British untuk campur tangan dalam pertikaian mereka. 3. Kedua-dua pemimpin tersebut berebut kawasan sempadan untuk mengenakan cukai kepada pedagang bijih timah dari Negeri-Negeri Selat. 4. Dato' Kelana Syed Abdul Rahman dengan kerjasama British berjaya mengalahkan Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal untuk menguasai Sungai Ujong. 5. Dato' Syahbandar terpaksa berundur ke Selangor. Namun beliau kembali ke Sungai Ujong semula dan menandatangani perjanjian dengan British pada tahun 1874. 6. Dato' Syahbandar bersetuju meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura. 7. Dato' Kelana dapat menguasai seluruh Sungai Ujong tetapi tertakluk di bawah penguasaan British.
Penentangan di Pahang
1. Apabila J. P Rodgers dilantik sebagai Residen Pahang yang pertama, Dato' Bahaman bangun menentang British. 2. Penentangan terhadap British berlaku kerana Dato' Bahaman menolak pelaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan. 3. Antara dasar dasar itu termasuklah sistem kehakiman, pemungutan hasil tanah, sistem cukai, dan penubuhan pasukan polis luar. 4. Hal ini kerana undang-undang tersebut telah menghakis kuasa Dato' Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan. 5. Dato' Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Imam Rasul telah bersatu menentang British selama lima tahun. 6. Pada tahun 1890, beliau menentang pembinaan balai Polis di Lubuk Terua, kawasan pengaruhnya. 7. Pada tahun 1891, menyerang British kerana menangkap anak buahnya. 8. Menyerang dan menawan semula Lubuk Terua pada tahun 1892. 9. Menyerang dan manguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai pada tahun 1894. 10. Akibat tekanan British mereka berundur dan mendapatkan perlindungan daripada penduduk dan pembesar Terengganu dan Kelantan. 11. Dato' Bahaman menetap di Hulu Kelantan manakala Tok Gajah dan keluarganya menetap di hulu Terengganu. 12. Dato' Bahaman kemudiannya berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn. 13. Beliau menetap di Chieng Mai dan diberi wang sara hidup sebanyak 1000 baht dan meninggal dunia di sana.
Penentangan di Kelantan
1. Penentangan terhadap penjajahan British di Kelantan berlaku di Pasir Puteh apabila Sistem Penasihat British
diperkenalkan pada tahun 1910. 2. British telah memaksa penduduk tempatan membayar cukai melalui sistem cukai yang diperkenalkan. 3. Tok Janggut enggan membayar cukai dan membantah pelaksanaan sistem cukai itu. 4. Bantahan Dato Bahaman tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Putih sebaliknya pihak polis telah diarah untuk menangkapnya tetapi gagal. 5. Pada tahun 1915, Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said Che Ishak serta rakyat tempatan telah menyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya. 6. Sebuah kerajaan dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja. Tok Janggut sebagai Perdana Menteri, dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah. 7. Pihak British menggunakan nama Sultan Kelantan dengan membawa masuk pasukan tentera dari Negerinegeri Selat. 8. Kapal H.M.S Cadmus mendarat di Tumpat dan memulakan serangan di saring pada Mei 1915. 9. Tok Janggut dan pengikutnya berjaya dikalahkan kerana serangan British lebih tersusun dan penggunaan senjatanya lebih moden. 10. Tok Janggut terkorban dan mayatnya diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan songsang sebagai amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang British.
Penentangan di Terengganu
1. Haji Abdul Rahman Limbong, seorang ulama menentang British di Terengganu kerana tidak berpuas hati dengan sistem cukai dan undang undang tanah yang diperkenalkan oleh British. 2. Pada tahun 1922, Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampung membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah British. 3. Pada tahun 1925 pula, kira kira 300 orang penduduk kampung telah berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah Ibn Sultan Zainal Abidin III yang meliputu kawsan dari Lubuk Batu Hingga Kampung Pelam. 4. British yang bimbang dengan situasi tersebut telah meminta jasa baik Tengku Nik Maimunah untuk meyuraikan perhimpunan penduduk tersebut. 5. Kemarahan penduduk tempatan terhadap dasar British menyebabkan mereka melancarkan penentangan bersenjata pada tahun 1928. 6. Kumpulan yang menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang telah berjaya mendudukinya. 7. Kumpulan penduduk di Kuala Telemong pula telah bersiap sedia menungggu arahan untuk menyerang British. 8. Dengan menggunakan nama Sultan Terengganu, British telah menghantar tiga orang pembesar yang membawa perintah Sultan untuk menawan semula Kuala Berang serta menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya. 9. Cara tersebut amat berkesan kerana orang Melayu tidak akan menderhaka kepada Sultan. 10. Sepasukan polis dengan anggota seramai 25 orang telah menyerang Kuala Terengganu dan berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan yang telah mengorbankan 11 orang. 11. Haji Abdul Rahman Limbong pula telah diserang oleh 50 orang polis yang dibawa dari Singapura.Beliau akhirnya dibuang negeri ke Makkah.
(b) Perkembangan sistem pendidikan 1. Sistem pendidikan Inggeris dan sekolah vernakular Melayu yang diperkenalkan pada akhir abad ke-19,telah melahirkan golongan intelek yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya. 2. Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu. 3. Mereka telah menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajah Barat.
(c) Dasar British 1. British menggalakkan sesiapa sahaja untuk datang ke Tanah Melayu untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu. 2. Ramai orang asing datang dan menetap di Tanah Melayu. 3. Kemasukan secara berterusan imigran tersebut telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu dan menimbulkan persaingan dengan penduduk tempatan. 4. Mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu melalui bidang perlombongan bijih timah, perladangan getah dan perniagaan. 5. Orang Melayu pula terus kekal dalam bidang pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British. 6. British membuka bandar baru yang menjadi pusat pentadbirannya. Di sini berlaku kemajuan ekonomi seperti perniagaan. 7. Di bandar juga disediakan prasarana seperti elektrik,telefon, pos, sekolah dan hospital. 8. Taraf hidup penduduk bandar meningkat. 9. Orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung yang serba kekurangan daripada segi kemudahan asas. 11. Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara penduduk tempatan dengan imigran dan penduduk bandar yang lain. 12. Dasar British telah memundurkan orang Melayu. 13. Keadaan tersebut telah disedari oleh golongan intelek Melayu lalu mereka menjadikannya isu gerakan nasionalisme.
(d) Pendudukan Jepun 1. Pihak Jepun dengan konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan dalam kalangan negaranegara tersebut. 2. Jepun menggalakkan orang tempatan untuk bekerjasama dengannya dan berjanji memerdekakan mereka. 3. Kesengsaran hidup yang dialami penduduk tempatan seperti kekurangan makanan, ubat-ubatan, kekejaman Jepun menyebabkan mereka membenci penjajah. 4. Bagi mereka semua penjajah adalah zalim dan menekan penduduk tempatan. 5. Kesannya, mereka menentang punubuhan Malayan Union yang ingin dilaksanakan oleh British pada tahun 1946 kerana tidak mahu lagi dijajah oleh sesiapa pun.
(e) Penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM) 1. Penguasaan PKM selama 14 hari pada tahun 1945 juga telah membangkitkan penjajahan dan penyebaran ideologi komunis. 2. Dalam tempoh itu, PKM telah menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam. 3. Mereka menangkap dan membunuh sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun. 4. Gerakan tersebut mencetuskan konflik perkauman. Ramai orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh PKM. 5. Serangan mereka telah dibalas oleh orang Melayu di Perak, Johor, Negeri sembilan dan Pahang.
(f) Kemunculan mesin cetak 1. Kemunculan mesin cetak telah memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British. 2. Idea tentang nasionalisme dapat disebarkan melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain.
(g) Gerakan Pan-Islamisme sedunia 1. Ia merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam. 2. Gerakan ini didokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia. 3. Gerakan reformis Islam yang dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar telah tersebar luas. 4. Dalam tulisannya, beliau telah memberikan kupasan bahawa Islam adalah cara hidup yang menekankankepentingan dunia dan akhirat, di samping mendorong umatnya menuju kejayaan. 5. Tulisan Syeikh Muhammad Abduh disebarkan melalui majalah al-Manar. 6. Selain itu, gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama.
(h) Kesedaran politik serantau 1. Kesedaran politik yang berlaku di Asia Tenggara terutama di Indonesia turut mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. 2. Indonesia amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. 3. Kesedaran politik dan pendidikan di Indonesia yang lebih matang telah melahirkan golongan intelek. 4. Ada di antara mereka menjadi penulis besar dan karya mereka telah menjadi bahan bacan masyarakat di Tanah Melayu terutama yang berpendidikan vernakular Melayu. 5. Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan dalam penulisan mereka yang tersebar luas di sini dihayati oleh masyarakat tempatan. 6. Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan unsur kegiatan nasionalisme di Tanah Melayu.
Gerakan Islah 1. Gerakan Islah ialah gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam. 2. Antara pendorong gerakan Islah ialah Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Syeikh al-Hadi, dan Dr Burhanuddin alHelmy.Tokoh gerakan tersebut dikenali sebagai Kaum Muda. 3. Kaum Muda menyampaikan idea dan menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia, termasuklah gesaan untuk memajukan ekonomi, pendidikan, politik, dan sosial orang Melayu. 3. Golongan ini juga menyematkan sikap mengkritik penjajah dalam fikiran orang Islam. 4. Mereka turut mengkritik raja dan pembesar Melayu yang kurang berperanan dalam memajukan orang Melayu. 5. Gerakan Kaum Muda ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri daripada golongan alim ulama. 6. Kaum Tua menguasai masyarakat dengan fahaman mereka bahawa Islam adalah tentang akhirat dan mereka juga menekankan fardhu ain sahaja. 7. Kesannya, Kaum Muda amat sukar untuk mempengaruhi masyarakat. 8. Gerakan Islah dapat bergerak dengan baik di Negeri-negeri Selat sahaja kerana negeri-negeri Melayu lain mengeluarkan undang-undang bagi menghalang kegiatan Kaum Muda. 9. Undang-undang yang diwujudkan tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam tanpa kebenaran sultan. 10. Undang-undang itu juga tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda di bawa masuk ke negeri-negeri tersebut. 11. Kaum Muda telah menubuhkan beberapa buah madrasah yang mendedahkan sistem pendidikan Islam yang meliputi pendidikan dunia dan akhirat seperti Matematik, Bahasa Inggeris, dan Fardhu Ain. 12. Madrasah juga memberikan peluang kepada pelajar perempuan untuk mendapatkan pendidikan. 13. British dan Kaum Tua tidak dapat menghalang sepenuhnya kegiatan Gerakan Islah terutamanya dalam bidang pendidikan.
8. Antara aspek politik yang dibangkitkan dalam akhbar ialah a. mengkritik British kerana mengurangkan kuasa raja-raja Melayu. b. mengkritik para pembesar dan raja-raja Melayu kerana tidak melaksanakan kepimpinan yang sewajarnya untuk rakyat. c. menolak dasar pilih kasih Bitish dalam pentadbiran kerajaan. d. menuntut diadakan Malay Administrative Service (M.A.S) untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan e. menyeru orang Melayu di seluruh Tanah Melayu supaya bersatu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan.
9. Majalah juga memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat kebangsaan orang tempatan. 10. Majalah lebih memfokuskan persoalan untuk memajukan bangsa melalui rencana dan puisi yang disiarkan. 11. Sehingga tahun 1940-an terdapat sebanyak 120 buah majalah yang pelbagai corak diterbitkan. 12. Majalah-majalah tersebut menyentuh isu kemajuan bangsa dalam pendidikan, ekonomi, bahasa, sastera, serta politik anti-penjajahan dan orang asing. 13. Antara majalah terkenal ialah Majalah Guru, Pengasuh, dan Bulan Melayu. 14. Majalah Guru dengan pengarang-pengarangnya seperti Muhammad Dato Muda Linggi, Yusuf Ahma dan Mohd. Sidin Rashid membangkitkan isu a. pendidikan anak Melayu b. menyeru perpaduan dalam kalangan orang Melayu. c. meniupkan semangat cinta akan negara dan menentang penjajahan d. membaiki taraf hidup orang Melayu. e. Memajukan bahasa dan sastera Melayu. 15. Majalah Pengasuh dengan pengarangnya Dato Nik Mohamad pula memuatkan isu yang a. membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah b. menggalakkan pendidikan dalam kalangan orang Melayu. c. memperluaskan ilmu dalam segala bidang d. memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam e. menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk 16. Majalah Bulan Melayu melalui pengarangnya Zainon Sulaiman pula a. menggalakkan perpaduan dalam kalangan guru perempuan Melayu Johor. b. Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri. c. Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur. d. Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.
17. Novel juga telah menyumbangkan kepada perkembangan semangat nasionalisme di Tanah Melayu. 18. Penulisan novel mula berlaku pada awal abad ke-20 tetapi menjadi rancak pada tahun-tahun 1930-an. 19. Antara mesej yang diketengahkan ialah a. semangat kebangsaan yang patut dimiliki oleh generasi muda Melayu pada masa itu. b. sikap menentang penjajah dalam apa jua bentuk sekalipun adalah dituntut untuk membela maruah bangsa. c. wanita digalakkan mempunyai sikap positif untuk memajukan diri bagi membentuk dan membangunkan bangsa.
20. Novel terkenal ialah Keris Melaka, Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila, dan Melor Kuala Lumpur.
22. Novel Keris Melaka karangan Ahmad Bakhtiar memuatkan tema kebangsaan seperti a. semangat perjuangan menentang penjajah Barat seperti Portugis. b. menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah. c. Menggunakan sejarah sebagai inspirasi dan pedoman untuk mendorong semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda. 23. Novel Mat Lela Gila karya Ishak Haji Muhammad memuatkan tema semangat kebangsaan seperti a. semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan. b. menghargai warisan bangsa sendiri. c. mencintai tanah air. d. menolak kesenangan demi maruah bangsa. 24. Novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad mengetegahkan tema semangat kebangsaan seperti a. semangat wira pemuda tempatan dalam memjaga maruah bangsa. b. mencintai tanah air. c. berasa bangga dengan kebolehan sendiri. d. seorang gadis tempatan menolak cinta pegawai penjajah kerana tidak mahu menjatuhkan maruah bangsa. 25. Novel Melor Kuala Lumpur karangan Harun Aminurrashid membincangkan a. emansipasi atau kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupannya. b. wanita yang mementingkan pendidikan moden untuk kebaikan dirinya. c. membuang pandangan negatif yang boleh menghalang kemajuan bangsa.
Semenanjung Tanah Melayu. 5. Organisasi PASPAM yang kemas dan mempunyai perlembagaan sendiri menyebabkan sambutan hangat dalam kalangan masyarakat. 6. Walaupun tidak bersifat politik, kegiatan sosialnya menjadi asas kepada kesedaran perpaduan Melayu.
Persatuan-persatuan Negeri
1. Persatuan-persatuan di peringkat negeri juga ditubuhkan di negeri-negeri Melayu Bersekutu seperti di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. 2. Objektif penubuhannya adalah untuk menggabungkan tenaga intelek Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan. 3. Dengan cara tersebut perpaduan dalam kalangan orang Melayu dapat digalakkan.
5. Persatuan ini didaftarkan oleh Mustafa Hussein, Naib Ketua KMM pada bulan Disember 1940. 6. Tujuan penubuhan kali ini lebih bersifat politik. 7. Dengan inisiatif Ibrahim Haji Yaakob, KMM bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu pada akhir tahun 1940.
8. Antara tindakan KMM pada masa itu ialah a. menjadi badan propaganda Jepun. b. membeli akhbar Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti-British. c. mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan. d. cawangan KMM juga ditubuhkan bagi meluaskan propaganda menentang British. 9. Maahad II Ihya Assyariff di Gunung Semanggol, Perak menjadi penyokong KMM dengan menyediakan kaderkader yang dikenali tentera semut untuk menentang British. 10. Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan lebih kurang 150 orang penyokong KMM ditangkap oleh British pada akhir tahun 1941 dan dipenjarakan di Changi, Singapura.
Kongres Melayu
1. Diadakan pada tahun 1939 dan 1940. Ia merupakan kemuncak kepada kesedaran kebangsaan dalam kalangan orang Melayu menjelang Perang Dunia Kedua. 2. Dalam kedua-dua kongres tersebut, soal kemunduran orang Melayu dan pendidikan dan ekonomi serta layanan pilih kasih British kepada anak negeri dibincangkan. 3. Kongres itu disokong oleh golongan intelek dan akhbar-akhbar Melayu. 4. Resolusi kongres tersebut menggambarkan perpaduan Melayu untuk mengatasi permasalahan sosioekonomi dan politik mereka yang lemah. 5. Akhirnya orang Melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian yang memisahkan mereka selama ini.
Force 136
1. Keanggotaanya kecil dan ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu yang bekerjasama dengan British. 2. Bergerak secara gerila. Mendapat bantuan daripada pihak British. 3. Pasukan ini aktif di Kedah, Johor dan Pahang.