Anda di halaman 1dari 17

Soalan 16 & 17 ISL:

TOKOH-TOKOH TEMPATAN TELAH MENENTANG


PENJAJAHAN INGGERIS SEJAK AWAL LAGI. HURAIKAN
PERJUANGAN TOKOH-TOKOH BERIKUT:
1. Dol Said
2. Dato’ Maharaja Lela di Perak
3. Tok Janggut di Kelantan
4. Dato’ Bahaman di Pahang
5. Abdul Rahman Limbong
6. Tok Gajah dan Mat Kilau

Dol Said
Pengenalan:
- Dol Said (Abdul Said) berasal dari keturunan suku Seri Melenggang.
Beliau dilantik menjadi penghulu Naning selepas Dato’ Anjak,
Penghulu Naning meninggal dunia.
- Pada tahun 1831, penduduk Naning di bawah pimpinan Dol Said
telah bangun menentang British.
- Perjuangan Dol Said selama dua tahun ini lebih berbentuk perang
gerila.
Peristiwa:
- Pada tahun 1801, Dol Said bersama Lela Hulubalang, Orang Kaya
Kecil, Membangun Kaya, Maharaja Nan Kaya dan Malauna Garang
menandatangani perjanjian dengan pihak British yang diwakili oleh
Leftenen Kolonel Aldwell Taylor.
1
- Dalam perjanjian ini, Naning bersetuju menghantar hasil tahunan
10
kepada British yang mengambil alih pentadbiran Melaka daripada
Belanda (1795-1818).
- Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda (1824), British menduduki
semula Melaka pada tahun 1825 dan telah memperakui Naning
sebagai sebahagian daripada Melaka.
- British mengarahkan Naning menghantar hasil tahunan pada setiap
enam bulan dan tidak dibenarkan menyelesaikan sebarang kes
jenayah di Naning.
- Dol Said berpendapat bahawa Naning ialah sebuah negeri yang
bebas dan British tidak berhak ke atas Naning.
- Larangan yang dikenakan ke atas Dol Said dianggap sebagai
mencabar kewibawaannya sebagai Penghulu Naning.
- Pada tahun 1827, Robert Fullerton, Gabenor NNS mengarahkan
W.T Lewis, Timbalan Residen Melaka menjalankan siasatan untuk
melaksanakan peraturan tanah di Naning.
- W.T Lewis mengesyorkan supaya British campur tangan dalam
pentadbiran Naning dan menawarkan pencen kepada Dol Said
serta mengambil tindakan tentera terhadap Naning.
- Cadangan ini tidak mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Pulau
Pinang.
- Pada tahun 1828, Dol Said menerima amaran daripada British
kerana menyelesaikan kes jenayah di Naning.
- Pada tahun 1829, Dol Said menerima kata dua daripada Thomas
Church, Residen Konsuler Melaka untuk melucutkan jawatannya
sekiranya dia ingkar arahan British.
- Dia juga menolak jemputan Robert Fullerton ke Melaka, sebaliknya
dia mengarahkan penduduk Naning bersedia untuk berperang
dengan British.
- Pada tahun 1830, Dol Said diarahkan oleh Sir Samuel Garling,
Residen Konsuler Melaka supaya membayar ganti rugi kerosakan
tanaman Encik Surin kerana angkara pengikut Dol Said.
- Dol Said juga diarahkan hadir bersama-sama Empat Suku ke
Melaka tanpa senjata. Sekiranya dia tidak hadir, Dol Said akan
dianggap melawan British.
- Dol Said menganggap arahan ini semata-mata untuk memutuskan
hubungan Naning-British yang terjalin sejak tahun 1801.
- Pada tahun Julai 1831, pihak British bersiap sedia melancarkan
serangan ke atas Naning.
- Dol Said mengumpul lebih kurang 4000 orang penduduk Naning,
Muar, Sg Ujong, Seri Menanti dan Rembau.
- Dia juga dibantu oleh Yamtuan Ali dari Rembau dan menantunya
Syed Shaban, serta Penghulu Remai dan Richat.
- Pasukan British yang dihantar ke Naning ditumpaskan oleh Dol Said.
- Pada tahun 1832, pasukan British menjadi kuat dan kebanyakan
jiran tidak lagi membantu Dol Said. Syed Shaban pula menyokong
British.
- Peperangan Naning pada tahun 1832 berakhir dengan kekalahan
Naning. Pada 15 Jun 1832, Naning ditawan oleh British.
- Dol Said berundur diri ke Rembau dan kemudiannya ke Gunung
Pasir. R.Ibbeston, Gabenor NNS menawarkan hadiah untuk
sesiapa yang menangkap Dol Said.
- Pada tahun yang sama, J.B Westerhout dilantik sebagai pemerintah
Naning.
- Pada 4 Februari 1833, Dol Said menyerah diri kepada J.B
Westerhout. Dol Said ditempatkan di Melaka dan diberikan sebuah
rumah dan pencen.
- Dol Said meninggal dunia pada bulan Ogos 1869.

Sebab penentangan Dol Said:


Politik:
 British mencabar kedaulatan Naning
 Pelaksanaan undang-undang British
Sosial:
 Pelaksanaan cukai
 Sistem pemilikan tanah

1. British mencabar kedaulatan Naning:


- Selepas perjanjian Surat-surat Kew, British menduduki Melaka
antara tahun 1795-1818. Kolonel Taylor yang menjadi pemerintah
British di Melaka telah melawat Naning pada tahun 1801.
- Taylor telah menandatangani perjanjian dengan Naning. Naning
bersetuju taat kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) &
membayar hasil padi empat ratus gantang setahun. Kolonel Taylor
melantik Dol Said sebagai Penghulu Naning menggantikan bapa
saudaranya, Dato’ Anjak.
- Semasa Robert Farquhar menjadi Residen Melaka, beliau
berusaha mempekukuhkan pengaruh British di Naning. Beliau telah
1
menamatkan kutipan cukai 45 sen ke atas setiap perahu Naning
2
yang datang ke Melaka. Selain itu, beliau juga menghapuskan ufti
tahunan beberapa ekor kerbau yang dihantar ke Melaka.
- Robert Farquhar ingin pihak berkuasa Naning menyerahkan hak
membicara dan menjauhi hukuman terhadap kes-kes berat. Secara
implisit, Farquhar cuba mengukuhkan kuasa British ke atas Naning.
Perkara ini telah ditentang oleh Dol Said kerana hak mengadili kes
jenayah merupakan hak tradisi tempatan.
- Namun, SHTI tidak memaksa Penghulu Dol Said kerana
menganggap pendudukan mereka di Melaka adalah sementara
sahaja sehingga tamatnya Perang Napoleon. Pada tahun 1818,
SHTI menyerahkan semula Melaka kepada Belanda.
- Pada tahun 1824, British berjaya menduduki Melaka selepas
Perjanjian Inggeris-Belanda. Robert Fullerton, Gabenor NNS
menganggap Naning sebahagian daripada wilayah Melaka. Bagi
Dol Said dan pembesar Naning yang lain, tanggapan British ini tidak
berasas. Dol Said berpendapat bahawa Naning ialah sebuah negeri
yang bebas dan British tidak berhak ke atas Naning.

Galeri info:
• Gabenor Ibbeston, iaitu pengganti Robert Fullerton telah mengkaji
semula rekod Belanda.
• Dia mendapati Naning bukan sebahagian drpd Naning. Namun,
Perang Naning telah bermula & susah untuk menarik balik tentera
British.
• Soal maruah British mesti dipertahankan kerana tentera British
dapat dikalahkan pada tahun 1831.

2. Pelaksanaan undang-undang British


- British cuba menyekat pengaruh & kuasa Dol Said dengan
memperkenalkan Peraturan Penghulu.
- Peraturan Penghulu menetapkan bahawa Penghulu Naning
tidak boleh membicarakan kes-kes jenayah atau awam yang
berat. Tindakan British ini bercanggah dengan adat tradisi
tempatan.
- Pada tahun 1828, Dol Said telah membicarakan satu kes
pembunuhan di Naning. British berasa marah dan mendakwa
Dol Said atas kesalahan melanggari Peraturan Penghulu.
- Pada tahun 1829, seorang hamba berhutang Naning yang
bernama Rabaeh telah melarikan diri ke Melaka.
- Anak Rabaeh masih berada di tangan Dol Said sebagai jaminan
sehingga hutang sebanyak 40 ringgit dilangsaikan.
- Perselisihan berlaku kerana British menganggap amalan hamba
berhutang ini adalah sebagai satu bentuk penindasan.
- SHTI juga tidak berpuas hati kerana Dol Said tidak
menyelesaikan aduan kes kecurian seorang saudagar Cina yang
bernama Kwi Chang Ho. Dol Said mendakwa bahawa saudagar
tersebut tidak memenuhi syarat (mengemukakan
saksi/mengenal pasti siapakah pencuri/memberi keterangan
bersumpah)
- Penghulu Dol Said dianggap sebaga ancaman besar kepada
kewibawaan British. Beliau diugut akan dilucutkan jawatan
sekiranya beliau tidak mematuhi undang-undang British.

3. Pelaksaan cukai
- Gerakan anti-cukai merupakan salah satu isu penting dalam Perang
1
Naning. British telah memaksa Naning membayar hasil kepada
10
Melaka.
- Pada tahun 1828, Pemungut Hasil Tanah Melaka, iaitu W.T Lewis
telah mencadangkan kepada Robert Fullerton supaya mengutip
1
hasil padi da ripada Naning setelah mendapati hasil daerah
10
Naning berjumlah 4500 dolar setahun.
- Penghulu Dol Said hanya sanggup membayar 1600 gantang padi
sebagai balasan SHTI tidak campur tangan dalam hal ehwal Naning.

4. Sistem pemilikan tanah


- British ingin melaksanakan sistem pemilikan tanah bagi
memudahkan kutipan cukai.
- Undang-undang tanah British berbeza dengan amalan tempatan.
- “Peraturan 19 Tahun 1830” diluluskan berkaitan dengan soal tanah.
- Undang-undang ini memperuntukkan kuasa kepada British untuk
1
mengutip cukai daripada hasil pertanian.
10
- SHTI berhak terhadap semua tanah kosong, tanah-tanah yang tidak
diusahakan dan tidak ditanam selama 5 tahun akan menjadi milik
kerajaan.
- Peraturan ini ditentang hebat oleh penduduk Naning sehingga
mencetuskan Perang Naning.
Cara penentangan Dol Said:
• Menggunakan taktik perang gerila
• Meminta bantuan tentera daripada penduduk tempatan dan orang
luar
Dol Said mengumpul lebih kurang 4000 orang penduduk Naning, Muar,
Sg Ujong, Seri Menanti dan Rembau. Dia juga dibantu oleh Yamtuan
Ali dari Rembau dan menantunya Syed Shaban, serta Penghulu
Remai dan Richat.

Kesan: Dol Said berjaya mengalahkan 150 orang tentera British di


bawah pimpinan Kapten Wyllie yang hendak menawan Taboh.

Kesan Perang Naning:


 Pada tahun 1834, Penghulu Dol Said menyerah diri. Beliau
diampunkan dan diberikan satu kawasan tapak rumah dan pencen
sebanyak 100 rupi sebulan.
 SHTI terpaksa membelanjakan jumlah wang yang besar, iaitu
100 000 paun sterling untuk membiayai Perang Naning.
 British mengukuhkan pentadbiran di Naning dan menjadikannya
sebahagian daripada jajahan Melaka dengan diketuai oleh seorang
Superintenden (pengawas). Jawatan Penghulu Naning
dimansuhkan.
 Walaupun Dol Said telah gagal dalam perang tetapi dia telah
berjaya menghidupkan semangat perjuangan di kalangan bangsa
Melayu.

Dato’ Maharaja Lela di Perak


Pengenalan:
- Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar Berapan Perak dan menjadi
penghulu di Pasir Salak.
- Berikutan Perjanjian Pangkor, Perak menerima Residen British iaitu
J.W.W Birch pada bulan November 1874.
- Perlantikan itu telah menimbulkan konflik antara J.W.W Birch,
sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir
Salak.

Peristiwa:
- Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato’ Maharaja Lela telah
bermesyuarat di Durian Sebatang
- Mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch.
- Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya Dato’ Sagor, Pandak Indut
dan Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya
- Mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak
- Pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak
untuk menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak
memungut cukai oleh British
- Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu
untuk membunuh Birch
- Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak
- Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor memimpin perjuangan
mempertahankan Pasir Salak
- Pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban
- Pertempuran ini dikenali sebagai ‘Perang Perak’ dan berlaku hampir
setengah tahun
- Pada 7 November 1875 pertempuran berlaku di Bandar Tua
- Pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh
tentera dari India dan Hong Kong.

Sebab penentangan:
 Mengambil Hak Mengutip Cukai
24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani
pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak
mengutip cukai
Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan
menandatangani
Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana
meneruskan kutipan cukai timah di Bidor
 Mencabar Ketuanan Melayu
Kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak
Pada 2 Oktober 1875 Sultan Abdullah didesak menandatangani
perisytiharan penyerahan kuasa kepada British
Kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen
Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan
melantik penghulu

 Memperkenalkan Cukai Baru


Birch bertindak sesuka hati
Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu
atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak
Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai
kelamin

 Mencabuli Adat Resam


Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila
beliau mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat
resam Melayu
Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan
hamba-hamba perempuan di rumahnya

Kesan:
 Pada tahun 1877 Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut
dan Sepuntum dihukum gantung sampai mati di Matang, Perak
 Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau
Seychelles di Lautan Hindi - Raja Ismail dibuang negeri ke Johor
 British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan
keangkuhannya sebagai kuasa penjajah
 Dato’ Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu

Tok Janggut di Kelantan


Pengenalan:
- Haji Mat Hassan bin Munas juga dikenali sebagai Tok Janggut.
- Beliau telah dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir
Puteh, Kelantan.
- Haji Mat Hassan mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan
Makkah.
- Beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada dan sebab itulah
beliau dikenali sebagai Tok Janggut.
- Tok Janggut juga mahir dalam ilmu persilatan.
- Beliau menetap di Kampung Nering, bekerja sebagai petani dan
peniaga.

Peristiwa:
28 April 1915
- Pegawai Daerah Pasir Puteh menghantar Sarjan Che Wan untuk
menangkap Tok Janggut kerana gagal membayar cukai
- Perbalahan berlaku menyebabkan Sarjan Che Wan mati ditikam oleh
Tok Janggut
29 April 1915
- Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Sahak
Merbol mengetuai angkatan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh
- Mereka menduduki Pasir Puteh selama 3 hari dan mengisytiharkan Pasir
Puteh bebas daripada ancaman British
- Ungku Besar Jeram iaitu Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh
- Tok Janggut sebagai Perdana Menteri

9 Mei 1915
- British menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang
berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya
23 Mei 1915
- British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya kerana enggan
menyerah diri
- Tok Janggut bertindak balas menyerang Pasir Puteh
24 Mei 1915
- British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh,
Saring
- Tok Janggut terkorban
- Mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu kemudian
digantung songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama 4 jam
- Kemudian dikebumikan di Pasir Pekan

Sebab penentangan:
 Peraturan Tanah
- Tok Janggut menentang peraturan cukai tahun 1915 yang
mewajibkan petani membayar cukai tanah

 Pengenalan Cukai Yang Membebankan


- petani dikehendaki membayar cukai seperti;
- cukai pokok kelapa berbuah sebanyak 3 sen sepokok
- pokok pinang satu sen sepokok
- sirih 5 sen sejunjung
- kerbau dan lembu sebanyak 20 sen seekor
- peraturan ini membenakan rakyat

 Perasaan anti-British
- Sentimen anti-British meningkat apabila Britain menyerang
kerajaan Turki Uthmaniyah semasa Perang Dunia I tahun 1914
- Kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam di seluruh dunia
berjihad menentang penjajah Barat
- Tok Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir Puteh

 Pembayaran Cukai Yang Menyusahkan


- Penduduk tempatan menghadapi masalah membayar cukai kerana
pejabat bayaran cukai terletak jauh di bandar
- Tok Janggut telah beberapa kali pergi untuk membayar cukai tetapi
gagal
- Mereka yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda
- Penduduk tempatan marah kepada British kerana sikap biadab
pegawai British

Kesan:
 Tok Janggut dan rakan-rakan terkorban sebagai pahlawan yang
menentang kuasa penjajah Barat
 Semangat juang mereka kebanggaan kita walaupun tewas di
tangan British

Dato’ Bahaman di Pahang


Pengenalan:
- Nama sebenarnya Abdul Rahman bin Imam Noh
- Beliau dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa
Pahlawan Semantan dan telah diberikan anugerah kerana
kegagahan dan keberanian beliau dalam perang saudara di Pahang
dan Perang Klang di Selangor
- Beliau juga dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian
Orang Kaya Indera Segara
- Dato’ Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang

Peristiwa:
- 16 Disember 1891 British menangkap 3 orang pengikut Dato’
Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran
- Tindakan British itu menyebabkan Dato’ Bahaman dan pengikutnya
menyerang Balai Polis Lubuk Terua
- Peristiwa ini mencetuskan perang
- 26 Disember 1891 Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orang
tentera untuk menawan semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam
pertempuran di Kelubi
- Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan Singapura
- Pada Januari 1892 British memaksa Sultan Wan Ahmad
menamatkan kebangkitan rakyat Pahang
- Pasukan tentera dinamakan “Gerakan Sultan” yang disertai oleh
J.P.Rodger ditubuhkan
- British membekalkan 200 pucuk senapang dan 10 000 butir peluru
- Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini dan berjaya
menawan 11 buah kubu Dato’ Bahaman di Bentong
- Pada Mac 1892 British sekali lagi menyerang Lubuk Terua
- Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu
- Di Terengganu ulama’ Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat
pejuang Pahang berjihad menentang British
- 14 Jun 1894 Dato’ Bahaman dan 100 orang pengikutnya menawan
Kuala Tembeling dan Jeram Ampai
- British bertindak balas menghantar Kolonel Walker untuk menawan
semula Jeram Ampai
- Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan
- Pengunduran ini menandakan berakhirnya perang menentang
British di Pahang

Sebab penentangan:
 Hilang Hak Mengutip Cukai
- Dato’ Bahaman menentang tindakan British melantik E.A.Wise
sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh
- Dato’ Bahaman dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya
iaitu di Temerloh

 Pembinaan Balai Polis


- Pegawai British iaitu E.A.Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua
tanpa berunding terlebih dahulu dengan Dato’ Bahaman
- Konflik antara kedua-duanya menjadi lebih serius
- Dato’ bahaman menganggap tindakan British sebagai menceroboh
kawasan serta mengancam kedudukannya

 Perlucutan Gelaran
- Hugh Clifford menganggap Dato’ Bahaman sebagai penderhaka
kerana enggan mematuhi arahan British
- British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato’ Setia
Perkasa Pahlawan Semantan
- Tindakan British memalukan Dato’ Bahaman dan beliau bersumpah
menghalau keluar British dari Pahang

Kesan:
 Dato’ Bahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian
menentang British
 Kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat
patriotisme oleh pahlawan Pahang
 Kebangkitan ini berlangsung selama 4 tahun iaitu dari tahun 1891
 Pada tahun 1894, British terpaksa menanggung hutang yang
banyak
 Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar
setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut

Haji Abdul Rahman Limbong


Pengenalan:
- Nama sebenar Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid
- Beliau dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong kerana beliau
sering ke Limbong
- Beliau berjuang untuk membela nasib petani yang ditindas dan
perjuangannya dikenal sebagai ‘Kebangkitan Tani’ di Terengganu

Peristiwa:
Kebangkitan 1922
- Petani di Kuala Telemong menentang peraturan baru dengan
membersihkan tanah tanpa mengambil pas kebenaran
- British menangkap 43 orang petani dan mendakwa mereka di
mahkamah
- Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam
- British gagal mematahkan hujahnya bahawa tanah adalah hak Allah
dan bukan hak negeri
- Mahkamah menerima hujah tersebut dan membebaskan mereka

Kebangkitan 1925
- Seramai 300 - 500 orang petani berkumpul di Kuala Telemong untuk
bercucuk tanam
- Mereka membersihkan 200 ekar tanah milik Tengku Nik Maimunah
dan 400 ekar tanah kerajaan
- Tindakan dilakukan kerana British akan memberi konsesi tanah
tersebut kepada saudagar Cina
- British mendesak Sultan Sulaiman supaya bertindak terhadap Haji
Abdul Rahman Limbong
- Haji Abdul Rahman Limbong menjelaskan kepada sultan bahawa
pentadbiran British di daerah Kuala Berang menindas rakyat

Kebangkitan 1928
- British mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke
atas petanipetani yang enggan membayar cukai
- Ini menyebabkan seramai 1000 orang petani berhimpun di Marang,
Kuala Telemong dan Kuala Berang
- Mereka mengisytiharkan perang terhadap British
- Mereka menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala
Berang serta mengibarkan bendera merah
- British meminta bantuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
- Pertempuran berlaku di Padang Kacong

Sebab penentangan:
 Pas Kebenaran Yang Membebankan
- Peraturan Tanah Baru diperkenalkan pada tahun 1921
- Petani yang ingin membuka tanah dan bercucuk tanam perlu
mendapatkan kebenaran dengan bayaran 50 sen
- Peraturan yang sama jika menebang pokok dan mengutip hasil
hutan seperti daun nipah, buah salak, sagu, rotan dan daun palas
- Keadaan ini membebankan hidup petani yang sedia ada miskin

 Penguatkuasaan Undang-Undang Binatang Buas


- Undang-Undang Kawalan Binatang Buas diperkenalkan pada tahun
1923 yang melarang penduduk memburu binatang liar
- Sesiapa yang ingkar dikenakan denda sebanyak 500 dolar dan
senapang mereka akan dirampas

 Peraturan Tanah Baru


- Peraturan Tanah 1924 mewajibkan penduduk mendaftar tanah
mereka dengan bayaran sebanyak 2.50 sen seorang
 Pengaruh Pemimpin Agama
- Pemimpin agama berperanan penting dalam kebangkitan anti-
British di Terengganu
- Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan ‘tanah adalah hak Allah
dan rakyat bebas mengerjakannya tanpa perlu membayar cukai
kepada kerajaan’
- Haji Musa Abdul Ghani menyifatkan peraturan British bertentangan
dengan syariah Islam

Kesan:
 Seramai 12 orang petani terkorban dan semua pemimpin petani
termasuk Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap
 Pada tahun 1928 mereka dibicarakan di Kuala Terengganu
 Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhi hukuman buang negeri ke
Makkah atas tuduhan menghasut dan mencetuskan kebangkitan di
Terengganu

Tok Gajah dan Mat Kilau


Pengenalan:
Tok Gajah
- Tok Gajah merupakan Orang Besar Raja dan mempunyai pengaruh
dalam istana.
- Berikutan dengan penglibatan British di Pahang, Tok Gajah
menyedari bahawa kedudukan dan pengaruhnya terjejas.
- Bersama-sama dengan pembesar lain, beliau sedar penglibatan
mereka dalam Majlis Mesyuarat Negeri tidak bermakna kerana
segala keputusan penting dibuat oleh Residen British.
- Sebagai contoh, pada tahun 1890, Tok Gajah dan pembesar lain
seperti Tok Bandar telah membuat satu permintaan agar elaun
pembesar utama dinaikkan. Namun, permintaan mereka ditolak olrh
Residen British.

Pengenalan:
Mat Kilau
- Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau
- Mat Kilau dilahirkan sekitar tahun 1865/1866 di Kg. Kendondong,
Pulau Tawar, Jerantut Pahang.
- Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung.

Sumbangan perjuangan Tok Gajah dan Mat Kilau:


 Memberikan idea untuk menentang British secara besar- besaran
- Sebelum melakukan penentangan ini , Tok Gajah mengadakan satu
pertempuran dan dalam pertempuran itu , semua pembesar lain
bersumpah menyatakan taat setia kepada Sultan Ahmad.
- Mengikut cadangan Tok Gajah, serangan telah dilaksanakan
secara serentak.
o Cadangan: Dato Bahaman telah mengambil Semantan ,
Sultan Ahmad mempertahankan Chenor , Panglima Muda
dari Jempul menawan Pekan, Mat Kilau dan Tok Raja akan
menawan Kuala Lipis dan Raub sementara Tok Gajah sendiri
akan ke Kuala Tembeling.

 Membantu Sultan Ahmad dalam Perang Saudara


- Dalam Perang Saudara Sultan Ahmad menentang
saudaranya Wan Mutahir.
- Dalam serangan tersebut Tok Gajah membantu Sultan
Ahmad untuk mengumpulkan hulubalang dan membina kubu.
Beliau juga menggunakan pelbagai serangan.
- Walaubagaimanapun, Wan Mutahir mendapat bantuan
daripada British. Dalam serangan tersebut, Sultan Ahmad
berjaya dan atas taat setia dan baktinya, Tok Gajah dilantik
sebagai Orang Besar Raja.

 Membantu perjuangan Dato Bahaman dalam menawan balai polis


Lubuk terua yang berada di bawah kuasa British
- Perjuangan ini dibantu oleh pembesar lain iaitu Imam Rasul
dan Mat Kilau.
- Beliau melakukan penentangan ini kerana pembinaan balai
polis di Lubuk Terua mencabar kuasa Dato Bahaman sebagai
pembesar di Lubuk Terua.
- Hal ini demikian kerana pihak British tidak berunding terlebih
dahulu dengan Dato Bahaman tentang pembinaan balai polis
ini. Lebih-lebih lagi pembinaan balai polis ini juga di kawasan
lingkungan pengaruh Dato Bahaman.

 Menawan Kuala Tembeling


- Peristiwa ini bermula pada akhir 1892 apabila orang melayu
Pahang di bawah pimpinan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan
Tok Gajah di Pahang diusir keluar ke Hulu Kelantan.
- Pada Mei 1894, Mat Kilau dan Tok Gajah berpindah dari Hulu
Kelantan ke Kuala Terengganu dan tinggal di Kampung
Seberang Engku Ngah.
- Ketika di Kampung, Mat Kilau selalu berulang lik ke Kampung
Paloh dan berjumpa Tok Engku Sayyid.
- Pada 14 Jun 1894 , Mat Kilau dan Tok Gajah membawa 100
pengikut untuk menyerang Inggeris di Kuala Tembeling dan
mendirikan kubu di Jeram Ampai.

Kesan:
 Pihak British telah meminta Kerajaan Siam supaya campur
tangan. Akhirnya, dalam bulan November 1895, Dato’ Bahaman
dan Mat Kilau serta 4 orang pengikutnya telah menyerah diri
kepada pihak Siam dan kemudian dihantar ke Siam. Sementara
Tok Gajah dan Mat Kilau terus menetap di Terengganu dan
dikatakan meninggal dunia di situ.

Rujukan
Ong Loo Chen. (2016). Sejarah (Malaysia dan Asia Tenggara) Penggal 3. Selangor:
Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.

Johara Binti Abdul Wahab, Masariah Binti Mispari, Ridzuan Bin Hassan. (2011).
Sejarah Tingkatan 2 Buku Teks. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusaka.

Abdul Hakim Bin Samuri, Muslimin Bin Fadzil, Ramlah Binti Adam, Shakila Parween
Binti Yacob. (2013). Sejarah Tingkatan 5 Buku Teks. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pusaka.

Lisa Yip Shukye, Jais Bin Abdul Hamid. (2012). Sejarah Politik Malaysia Sehingga
Awal Abad Ke-20. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai