Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA

MALAM KEBUDAYAAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG BRAHIM

Dari JB pergi ke _________,


Terus pula ke Teluk Golek,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan Majlis.

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Surah al-fatihah pembuka bicara.

Assalamu`alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh dan selamat malam kepada

Dr. Mohd Zairi bin Husain, Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Temenggong Ibrahim,

Yang Dihormati Encik Mohktar bin Yacob, Encik Abd Jabar A.Rahman, En Zali bin
A.Rahman, En Hj. Azman bin Manas, En Wan Azhar bin Wan Yaacob, Pn Noraishah bt
Yusof, Pn Halidah bt Md Jedi, Pn Zuhaida bt Raya, Dr Sia Keng Yek, En Lee Chai Eam
dan En Jamalulaili bin Selamat,

Seterusnya bakal guru cemerlang sekalian.

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berdiri,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga Majlis bertambah seri.

SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERTANDINGAN


MALAM KEBUDAYAAN 2019

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dihulurkan kepada para pensyarah atas kesudian
untuk menghadiri Pertandingan Malam Kebudayaan 2019 ini seterusnya menjadi hakim
pada malam ini.
Hadirin dan Hadirat sekalian,

Negeri Johor aman sentosa,


Pendidikan Gemilang Misi Utama,
Dengan tiada melengahkan masa,
Kita mulakan aturcara pertama.

Untuk membuka tirai persembahan pada malam ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput kumpulan.....................untuk membuat persembahan.........................
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan....................... itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan ................................. Persembahan ini akan


disampaikan oleh kumpulan.....................................................
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan sebentar itu tadi.

Seterusnya persembahan ............................ oleh pelajar dari kumpulan........................


Kumpulan ini akan menyampaikan .................................... yang
bertajuk...................................................yang diketuai oleh ..................................
Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan yang bertenaga oleh
kumpulan...........................sebentar tadi.

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis pada malam ini diteruskan lagi dengan pesembahan dari kumpulan yang terakhir
iaitu dari kumpulan ............................................. Mereka akan ........................................
Marilah sama-sama kita menghayati persembahan mereka.

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan sebentar itu tadi.

Hadirin yang dimuliakan,

Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan
pada malam ini.
Untuk itu, dijemput ______________ mengiringi ________________ untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi malam ini.

Kelopak menadah embun menitis,


Celahan batu tepian perigi,
Berakhir sudah madah puitis,
Sampailah waktu berundur diri.

Bersarang tempua celahan mayang,


Sayangnya jatuh di tengah paya,
Hendak berpisah terasa sayang,
Hendak bersama apakan daya.

Dengan berakhirnya pantun itu tadi maka berakhirlah sudah majlis kita pada malam ini.
Ucapan terima kasih kepada semua hadirin yang telah menjayakan majlis pada malam
ini. Semoga di lain masa kita berjumpa lagi. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai