Anda di halaman 1dari 26

EDUP3053

Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran


Kumpulan 3

Tajuk:
Visual untuk
Pengajaran dan
Pembelajaran

CHEONG KIM YAP LIM SHUEN THONG


3 PISMP BC 2 3 PISMP BC 2
Tajuk Pembentangan

Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan


visual untuk pengajaran dan pembelajaran.
Nyatakan jenis-jenis visual tersebut. Jelaskan
bagaimana ia meningkatkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran dengan merujuk kepada suatu
sub topik pengajaran dan pembelajaran.
kandungan
Maksud visual untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) (slaid 4)
Jenis-jenis visual (slaid 5 - 10)
Kepentingan visual untuk PdP (slaid 11- slaid 13)
Bagaimana visual dalam PdP meningkatkan kualiti PdP? (slaid 14-18)
Soalan kuiz (slaid 19-23)
Rumusan (slaid 24)
Rujukan (slaid 25)
Definisi
Visual
 Sesuatu yang boleh diperhatikan sama ada:
• imej statik (cth: gambar, ilustrasi, symbol dll)
• imej bergerak (cth: animasi, video dll)

 Alat komunikasi yang lebih konkrit / baik berbanding komunikasi verbal bagi
menyampaikan sesuatu mesej dengan jelas.
FEMI OLIVIA Visual merupakan salah satu cara mengorganisasikan
pemikiran dan meningkatkan kemampuan berfikir dan
komunikasi.
FRANS M. Visual adalah orang yang lebih suka menggunakan penglihatan
ROYAN dalam menerima informasi.
DAVE MEIER Visual adalah belajar dengan mengamati dan menggambarkan.
Visual untuk PdP adalah untuk meningkatkan komunikasi
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Jenis-jenis Visual

Fotografik Elektronik Grafik


Visual Fotografik
 Menyediakan ilustrasi melalui gambar.
 Sejenis visual yang mewakili realiti dalam keadaan yang paling realistik,
iaitu menyerupai sesuatu subjek atau situasi yang sebenar.
 Contohnya : Melalui gambar yang konkrit, murid mengetahui mereka
ialah haiwan mamalia.
Visual Elektronik
 Menyediakan ilustrasi atau gambar dan imej bergerak
dalam bentuk digital seperti video dan animasi.
 Ilustrasi melalui realiti dalam keadaan paling realistik.
Visual Grafik
 Menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik.

Menerangkan sesuatu konsep


Visual dengan menunjukkan sesuatu
simbol yang dianggap dapat
analogik mewakili konsep tersebut.
Visual
Grafik Merangkumi carta, graf, peta
dan lain-lain. Visual ini boleh
Visual menunjukkan hubungan
antara satu konsep dengan
organisasi lain / susunan konsep dalam
bentuk teks.
CONTOH VISUAL ANALOGIK
Contoh Visual Organisasi :

Penubuhan Jawatan Kuasa Bertindak


UPBK
NAIB CANSELOR
(Penasihat)

Timb.Naib Canselor
(Pengerusi)

Penyelaras Dekan Dekan Dekan Dekan


(Setiausaha)

Pakar Rujuk
Kepentingan visual untuk PdP

Berdasarkan piramid kadar pemerolehan


pengetahuan menunjukkan penglihatan
mencatatkan peratusan terbesar iaitu 83%
Muhamad Hasan berbanding rasa, sentuhan, bau dan
A.Rahman (2000) pendengaran. Ini menunjukkan bahawa visual
membolehkan proses pemerolehan maklumat
berjalan dengan berkesan.

Melaporkan bahawa pelajar lebih berjaya


Neale dan Deno
mengenal stimuli yang ditayangkan dalam
(1967) bentuk gambar daripada perkataan.
Kepentingan visual untuk PdP
 Membantu menfokuskan perhatian murid kepada maksud yang terdapat
dalam visual serta meningkatkan kefahaman murid terhadap PdP.
Cth: Jika guru ingin mengajar tentang konsep binatang buas dan binatang jinak, guru boleh
menyiarkan video yang berkaitan dengan ciri-ciri kedua-dua jenis binatang tersebut agar
murid dapat membuat perbandingan konsep sendiri, maka murid akan lebih senang
memahami pengajaran guru kerana video dapat menjadikan pengetahuan abstrak yang ingin
disampaikan kepada murid kepada gambaran yang konkrit.

 Dapat mengatasi keterbatasan pengalaman berbeza yang dimiliki oleh murid.


Cth: Semua murid mempunyai pengalaman yang berbeza disebabkan latar belakang,
persekitaran sosial mereka yang berbeza lalu menyebabkan sesetengah murid tidak dapat
memahami pengajaran guru yang tidak berkaitan dengan kehidupan sebenar mereka.
Contohnya, murid-murid yang tinggal di luar bandar lebih mudah menguasai ilmu mengenai
proses tumbesaran katak kerana peluang pembelajaran semula jadi wujud dalam persekitaran
mereka. Sebaliknya, murid yang tinggal di bandar mungkin hanya berpeluang untuk
memerhati katak yang dijual di kedai haiwan sahaja serta mungkin beranggapan bahawa rupa
luaran katak adalah sama sepanjang proses tumbesaran mereka. Namun, melalui visual
seperti gambar ataupun video, murid akan mempunyai kefahaman yang sama.
• Dapat menanamkan konsep dasar yang benar, konkrit dan realistik.
Cth: Video mampu mempersembahkan sesuatu mesej dalam keadaan yang lebih realistik
secara konkrit serta memberikan perasaan kepada pelajar seolah-olah berada dalam situasi
yang sebenar. Contohnya, guru hendak menerangkan proses letusan gunung berapi. Maka
penggunaan video adalah sesuai kerana ianya menyerupai keadaan sebenar yang telah
disunting agar sistematik dan mudah difahami.

• Membangkitkan keinginan dan minat murid terhadap pengajaran guru.


Cth: Kebanyakan murid berasa pengajaran sejarah adalah bosan dan tidak bermakna lalu
tidak memberi fokus terhadap PdP sejarah. Namun, penggunaan tayangan video atau
animasi peperangan yang realistik dapat menyentuh perasaan murid lalu membangkitkan
keinginan dan minat murid terhadap pengajaran guru untuk mengetahui keseluruhan
peristiwa sejarah tersebut.

• Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.


Cth: Video mampu menjadikan sesuatu proses PdP lebih berkesan dalam meningkatkan
kefahaman murid. Tambahan pula, murid juga boleh belajar secara individu atau kumpulan
tanpa kehadiran guru. Maka, ini dapat memupuk minat pelajar untuk belajar kendiri lalu
meningkatkan keberkesanan proses PdP.
Bagaimana visual untuk PdP meningkatkan kualiti PdP?
• Sub-topik yang dipilih: Bahasa Cina (KSSR TAHUN 4 Topik 10):
• Objektif pembelajaran: Membaca dan memahami karangan keperihalan. Mengutamakan
karangan keperihalan yang berkaitan dengan proses pembuatan, memahami dan dapat
mengelaskan kandungan utama dengan sekunder serta giliran kandungan penerangan.
• Langkah PdP:
1) Set Guru akan menunjukkan beberapa gambar penanda buku daun kepada murid
induksi melalui smartboard
2) Isi Guru membimbing murid untuk membaca buku teks supaya murid dapat
memahami proses pembuatan penanda buku daun.
3) Aktiviti Guru akan menyiarkan video mengenai proses membuat penanda buku daun.

4)Kuiz / Guru bertanya soalan bagi mengukuhkan ingatan murid tentang pengajaran.
Latihan (cth: apakah media dan alatan yg digunakan semasa menghasilkan penanda buku
daun?)
5)Penutup Guru akan meminta murid untuk mengulangi semula langkah-langkah membuat
penanda buku daun secara verbal.
KANDUNGAN
TEKS INI
MENJELASKAN
PROSES
MEMBUAT
PENANDA
BUKU DAUN
Contoh-contoh
penanda buku daun
yang sebenar.
Ini merupakan video yang menerangkan proses
membuat penanda buku daun
Bagaimana visual untuk PdP meningkatkan kualiti PdP?
• Dalam PdP tersebut, penggunaan gambar dalam set induksi tersebut dapat
memberi gambaran yang jelas kepada murid untuk mengetahui berbagai-
bagai rupa bentuk penanda buku daun yang sebenar.
• Manakala, penggunaan video pada langkah ketiga boleh mengukuhkan
ingatan murid terhadap kandungan teks serta proses membuat penanda
buku daun.
• Jika PdP ini hanya menggunakan buku teks sebagai bahan bantu mengajar,
gambaran murid terhadap penanda buku daun akan tidak jelas kerana
gambar dalam buku teks bukan merupakan gambar realiti. Selain itu,
ingatan murid terhadap proses membuat buku penanda daun tidak dapat
kekal dengan lama kerana penjelasan dalam buku teks tidak mempunyai
gambaran yang amat konkrit, namun dengan video yang mempunyai
gambaran yang amat konkrit, murid dapat mengimaginasi proses
pembuatan tersebut dengan lebih jelas.
Soalan
Kuiz
1. Sebagai seorang guru sejarah yang ingin mengajar topik “Penjajahan Negeri
Melaka”, pilih bahan pengajaran yang boleh digunakan dalam bilik darjah
supaya pelajaran lebih berkesan.

I. Peta negeri Melaka


II. Carta organisasi pentadbiran negeri Melaka
III. Gambar-gambar tempat bersejarah Melaka
IV. Diorama tentang perkembangan Melaka abad ke-16

A. I, II, dan III


B. I, III, dan IV
C. II, III, dan IV
D. I, II, III, dan IV
2. Gambar merupakan visual fotografik yang sering kali digunakan
oleh guru pada peringkat tahap rendah di sekolah rendah.
Nyatakan 2 sebab penggunaan gambar sangat berkesan untuk
menerangkan konsep kepada murid-murid tahap 1.

Segala jawapan yang munasabah diterima

3. Pernahkah anda melihat sesuatu persembahan visual yang


menarik? Mengapakah anda berasa bahan visual tersebut
menarik?

Segala jawapan yang munasabah diterima


Rumusan
• Kesimpulannya, visual untuk PdP dapat meningkatkan kualiti PdP di
bilik darjah. Namun, keberkesanan penggunaan visual untuk PdP
adalah berdasarkan kualiti yang ada pada bahan visual tersebut hasil
daripada perancangan yang rapi serta kesesuaian teknik yang
digunakan.

• Diharap dengan pengetahuan asas ini, para pendidik dapat


menghasilkan pelbagai jenis bahan visual PdP yang berkualiti dan
berkesan kepada pelajar.
Rujukan
• Sajap Maswan. Topik 4: Visual untuk Pengajaran dan Pembelajaran.
http://sajadstudio.info/EDUP3093_Teknologi%20dalam%20PdP /
Topik%204_Visual%20untuk%20pengajaran%20dan%20pembelajaran.
pptx.
• Noriati A. Rashid, Boon P.Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan
Kamaruddin Wan Hasan. (2007) Teknologi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Sekian
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai