Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN 1

CARI MAKLUMAT BERKAITAN PERKEMBANGAN KURIKULUM

SEBELUM MERDEKA

i) SEBELUM KOLONIAL:

Pendidikan sebelum kedatangan British banyak dipengaruhi oleh adat resam dan budaya
masyarakat setempat. Pendidikan tradisional ini lazimnya diajar oleh ahli agama atau ibu
bapa kanak-kanak dalam membentuk perkembangan mereka. Pendidikan pada zaman ini
terbahagi kepada lima iaitu:

a. pendidikan agama
b. madrasah
c. pendidikan tidak formal
d. pendidikan istana
e. penglipur lara.

Pendidikan agama;

Mulai kurun ke-15 hingga kurun ke-17, orang Melayu telah mula mendapat pendidikan
agama. Pendidikan agama disampaikan oleh guru-guru al-Quran di kampong-kampung.
Selain itu, pendidikan agama juga disampaikan oleh mereka yang berketurunan Sayyid.
Sebahagian besar daripada guru agama ini mengajar menyampaikan pengajarannya di
surau atau masjid. Pada masa yang sama, guru agama itu menjadi imam kampong di mana
dia menyampaikan pendidikan agama. Mereka mengajar perkara-perkara seperti kira-
mengira, menulis Jawi, tajwid, fardu ain, rukun Islam dan rukun Iman. Dalam sehari muris-
mrid belajar tiga pelajaran yang mengambil masa sejam bagi setiap pelajaran. Pelajaran
pertama disampaikan di sebelah pagi iaitu selepas sembahyang subuh, satu lagi selepas
sembahyang zohor dan satu lagi pelajaran pada sebelah petang. Seseorang murid akan
memulakan pelajaran dengan mengulangi perkataan-perkataan Arab yang didengar pada
awal pagi dan akhir bacaan al-Quran.

Madrasah;

Madrasah merupakan sekolah agama yang moden. Institusi ini lebih kemas dan teratur.
Madrasah menyampaikan pelajaran yang menekankan ajaran-ajaran reformis dari Asia
Barat. Menurut Khoo Kay Kim, mata pelajaran latihan vokasional juga dikendalikan. Mata
pelajaran seperti perdagangan, kira-kira dan cara tanaman padi serta membuat sabun juga
diajar di madrasah. Walau bagaimanapun, tumpuan pelajaran di kebanyakan madrasah
ialah pada pengajaran agama Islam.

Pendidikan Tidak Formal;

Pendidikan formal berlaku secara tidak langsung. Dalam kehidupan seharian, anak-anak
terpaksa membantu ibu bapa dalam pelbagai tugasan sama ada di kebun atau di rumah.
Dalam pada itu, mereka mempelajari kemahiran membuat atau membaiki alat-alat pertanian
daripada ibu bapa atau orang kampong yang lebih tua. Selain itu, mereka juga berpeluang
mempelajari kemahiran dalam kraftangan seperti membuat bakul, ukiran kayu, atau logam.
Kebanyakan kemahiran ini diperoleh kerana kanak-kanak membantu dan memerhati
bagaimana sesuatu hasil itu dikendalikan.

Pendidikan Istana;

Menurut Sejarah Melayu, mulai kurun ke-15, pendidikan agama Islam mula dipelajari oleh
golongan istana. Lazimnya sultan akan menyediakan satu ruangan di istana bagi
membolehkan pengajaran agama Islam disampaikan. Tokoh-tokoh agama yang
menyampaikan pengajaran di istana juga digalakkan menterjemah buku-buku bahasa Arab
kepada bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi. Bahasa pengantar yang
digunakan oleh guru-guru tersebut ialah bahasa Melayu kerana kebanyakan kitab dalam
bahasa Arab telahpun ditermahkan ke bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, bahasa Arab
juga diajar.

Penglipur Lara;

Pada zaman dahulu, seseorang pencerita yang mahir dikenali sebagai penglipur lara. Dia
berupaya bercerita sehingga Berjaya menarik minat ramai pendengar tetapi ramai daripada
mereka adalah buta huruf. Lantaran itu, cerita-cerita mereka hanya disampaikan dalam
bentuk tulisan. Penglipur lara memperoleh koleksi cerita daripada ibu bapanya dan dia
menceritakan semula kepada anak-anaknya atau kanak-kanak lain. Melalui cara ini, cerita-
cerita itu disampaikan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.
ii) SELEPAS KOLONIAL (BERMULA 1786)

Tahun 1786, bila Inggeris memerintah tanah Melayu, sistem pendidikan bertukar kepada
sistem pendidikan Inggeris. FASA 2 (Semasa Zaman Kolonialisme 1786-1956) Walaupun
zaman kolonialisme British merentasi lebih kurang 2 abad, Jepun telah pun memerintah
negara ini pada tahun 1942 hingga 1945. Dalam tempoh itu, semua sekolah yang sedia ada
di arah tutup melainkan sebilangan kecil sahaja yang di buka untuk mengajar Bahasa
Jepun. Peringkat Pertama: (Sebelum Perang Dunia Kedua 1786-1941) Sistem Pendidikan di
Tanah Melayu. Dikategorikan kepada lima peringkat. Terdiri daripada pendidikan rendah,
menengah, latihan perguruan, pendidikan vokasional dan teknik, dan pendidikan tinggi.

Sekolah Agama;

Pada zaman British, sekolah agama terus berfungsi tanpa sebarang campur tangan. Ini
kerana pihak British tidak ingin campur tangan dalam hal-hal agama dan adat resam orang-
orang Melayu. Dengan itu, pihak British tidak terlibat dalam pengelolaan dan pengendalian
sekolah-sekolah agama. Sekolah agama yang ditubuhkan pada zaman British adalah lebih
kemas pengelolaannya. Sekolah ini lebih dikenali sebagai madrasah atau sekolah agama
yang moden. Ia dipelopori oleh golongan muda. Kurikulum sekolah agama moden ini
merangkumi ilmu keduniaan dan ilmu akhirat. Madrasah banyak ditubuhkan di Kelantan,
Kedah dan Terengganu. Sekolah-sekolah agama moden seperti ini dapat menandingi
sekolah-sekolah Melayu yang disediakan oleh pihak British. Ini kerana mutu pendidikan
yang disediakan oleh sesetengah sekolah agama moden ini baik. Ini terbukti apabila pelajar-
pelajar lepasan sekolah-sekolah agama itu dapat meneruskan pelajaran di Universiti al-
Azhar di Mesir dan university-universiti lain di Asia Barat.

Sekolah Pondok;

Sistem pendidikan pondok didapati lebih tersusun dan teratur jika dibandingkan dengan
pendidikan agama di rumah atau surau. Pada awal kurun ke-19, sekolah pondok banyak
didirikan di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Perkataan ‘pondok’ sebenarnya berasal
daripada perkataan Arab yang bermakna rumah-rumah kecil tempat tinggal pelajar-pelajar.
Akan tetapi di Tanah Melayu, pondok membawa makna sebuah institusi pendidikan agama
Islam bersendirian serta mempunyai asrama. Pendidikan pondok akan bermula sebaik
sahaja tibanya seorang tuan guru atau alim ulama dari luar. Guru itu berhasrat untuk
meyampaikan ilmu agama kepada orang kampong terutamanya kaum petani. Sebahagian
besar daripada guru pondok merupakan individu yang berpengaruh dan biasanya mereka
menyampaikan pelajaran secara suka rela. Orang kampong akan bekerjasama untuk
menyediakan rumah tuan guru dan pondok untuk pelajar-pelajar. Pondok itu lazimnya dibina
berdekatan dengan rumah tuan guru.

Sekolah Vernakular;

Sepertimana yang telah disebutkan, dasar pemerintahan British di Tanah Melayu ialah
‘pecah dan perintah’. Dengan itu sikap seperti ini menyebabkan empat lagi sistem
persekolahan wujud, selain daripada sekolah agama. Sistem-sistem persekolahan tersebut
ialah sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil dan
sekolah Inggeris. Selain daripada sikap pihak British, juga tidak terdapat satu dasar
pelajaran kebangsaan pada masa itu. Sikap kedaerahan yang diwarisi setiap kaum juga
mendorong sistem persekolahan yang berlainan. Sekolah vernakular bermakna sekolah
yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan
pembelajaran.

iii) Selepas merdeka (31 Ogos 1957)

Apabila Negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pendidikan turut berubah.
Tujuan perubahan ini dilakukan adalah untuk melaksanakan pendemokrasian pendidikan.
Peluang pendidikan diwujudkan untuk kanak-kanak yang telah mencapai umur tujuh tahun.
Hasrat ini dapat direalisasikan dengan adanya Ordinan Pelajaran 1957. Sistem ini member
jaminan bahawa kanak-kanak berhak mendapat pendidikan sekurang-kurangnya dalam
tempoh enam tahun. Dengan itu, jelaslah kerajaan mengakui pendidikan sebagai satu hak
asasi bagi semua penduduk Negara kita. Namun begitu, pelajar masih lagi dikehendaki
membayar yuran persekolahan. Ini bermakna masih ada lagi kanak-kanak yang tidak
berpeluang ke sekolah disebabkan kemiskinan.

Pelaksanaan Laporan-laporan Pendidikan;

Sistem pendidikan yang diwarisi dari pihak British jelas tidak menggalakkan perpaduan
kaum. Oleh yang demikian, tugas kerajaan di peringkat awal kemerdekaan ialah untuk
mewujudkan satu sistem pendidikan tunggal yang boleh menyatukan semua sistem
persekolahan yang berbeza-beza. Penyata Barnes dan Penyata Fenn-Wu merupakan dua
penyata utama peringkat awal, yang mengemukakan syor-syor kea rah mewujudkan satu
sistem pendidikan kebangsaan disatukan. Penyata Barnes mengesyorkan agar semua
sekolah vernacular dimansuhkan dan digantikan dengan sekolah kebangsaan bagi semua
kaum. Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris akan digunakan. Satu daripada bahasa
tersebut dijadikan bahasa kedua. Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan terus diajar sebagai
satu mata pelajaran sahaja. Sebaliknya, Penyata Fenn-Wu mengesyorkan supaya tiga
bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina dan Inggeris digunakan di sekolah-sekolah. Satu lagi
jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji syor-syor yang berlainan itu. Kemudian, Ordinan
Pelajaran 1952 yang telah mengambil kira syor-syor dalam Penyata Barnes dan Fenn-Wu
telah diluluskan. Konsep sekolah kebangsaan diterima, satu jenis yang menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan satu lagi bahasa Inggeris.

Pada tahun 1955, Parti Perikatan telah mencapai kemenangan yang mengagumkan dalam
pilihan raya. Secocok dengan janjinya untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang sama
bagi semua penduduk, sebuah Jawatankuasa Pelajaran 1956 yang diketuai oleh Tun Abdul
Razak telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini menghasilkan Penyata Razak 1956.

Penyata Razak;

Penyata ini menekankan perpaduan kaum dan penghasilan tenaga kerja. Penyata Razak ini
telah diterima oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disahkan Ordinan Pelajaran
Tahunan 1957. Tujuan utama Penyata Razak adalah seperti berikut:

Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.


- Untuk memenuhi keperluan Negara yang merdeka dan mengembangkan sistem
pendidikan.
- Untuk melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu rumpun bangsa Tanah
Melayu.
- Untuk merapatkan jurang perbezaan antara kaum di Tanah Melayu.
- Untuk mewujudkan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan
berkesan.
- Untuk menyediakan kemudahan pelajaran yang mencukupi.
- Untuk mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, bertoleransi, liberal dan
progresif.

Kesan-kesan Pelaksanaan Syor-syor Penyata Razak adalah seperti berikut:

- Kementerian Pelajaran untuk melaksanankan sistem pentadbiran pendidikan secara


berpusat.
- Penggunaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum yang seragam di semua sekolah
di Negara ini.
- Aliran persekolahan dipelbagaikan untuk memenuhi keperluan Negara dan dengan
itu wujudlah aliran akademik, aliran teknik dan aliran vokasional.
- Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama manakala bahasa Inggeris
adalah bahasa rasmi yang kedua.
- Wujudnya peluang pelajaran yang lebih luas bagi pelajar-pelajar sekolah
kebangsaan hingga ke pusat pengajian tinggi.
- Wujudnya satu jenis sekolah menengah, iaitu sekolah menengah kebangsaan bagi
semua pelajar.
- Wujudnya peperiksaan awam yang sama iaitu peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran
dan Sijil Persekutuan Tanah Melayu untuk semua calon sekolah menengah.
- Tertubuhnya Jemaah Nazir Bebas untuk menjamin mutu pelajaran yang tinggi.

Anda mungkin juga menyukai