Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

BUKU JAWAPAN

ARAHAN KEPADA CALON

1. Isikan butiran yang dikehendaki dibawah dengan jelas.


2. Mulakan jawapan anda pada muka surat yang seterusnya.
3. Sila gunakan muka surat baharu apabila memulakan jawapan anda.

PROGRAM PISMP

AMBILAN JUN 2016

SEMESTER SEMSTER 8

ANGKA GILIRAN 2016151340128

NO KAD PENGENALAN 970827026266

KOD KURSUS EDUP 3083

TAJUK KURSUS ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN


PROFESIONALISME GURU

TARIKH PEPERIKSAAN 3 JUN 2020


SOALAN 1
Pendidikan di negara kita memberi peluang yang sama rata kepada setiap individu
untuk mendapat ekses kepada pendidikan tanpa ssebarang halangan. Dalam
konteks ini, murid-murid berkeperluan khas juga diberi peluang yang sama rata
seperti murid tipikal untuk mendapat mendapat pendidikan sama ada di sekolah
harian biasa, sekolah pendidikan khas dan sekolah vokasional.
Dari aspek konsepsi profesion keguruan, guru-guru Eddy telah mengenali
potensi yang ada pada diri dia. Hal ini demikian, pengetahuan mengenai murid
adalah sangat penting bagi merealisasikan bakat yang tersembunyi dalam diri
mereka. Setiap individu adalah berbeza dan unik dalam cara mereka tersendiri.
Walaupun Eddy tidak sama seperti kanak-kanak tipikal yang lain, dia mampu
mencapai sesuatu yang tidak boleh dicapai oleh kebanyakan mereka. Dia pernah
memenangi pingat emas dalam Sukan Paralimpik ASEA 2017 dan Sukan Para Asia
2018. Ini membuktikan bahawa guru-gurunya telah mengambil usaha untuk
memperkembangkan lagi potensi yang ada pada diri dia. Guru yang mengenali
muridnya, mengetahui kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri mereka. Dengan
ini guru dapat membantu dan memotivasikan anak muridnya dalam merealisasikan
impian mereka.
Selain itu, menurut Janelle Cox 2016, salah satu ciri guru yang
profesioanal pada abad ke-21 adalah mengetahui cara berkolaboratif. Ini
bermaksud, guru-guru haruslah berkolaborasi dengan pelbagai pihak dalam
menyedialakan pendidikan yang berkualiti kepada anak murid mereka. Sebagai
contoh, guru-guru Eddy haruslah berkolaborasi dengan jurulatih sukan bagi memberi
latihan kepada Eddy. Melalui kolabaorasi dengan pakar pelbagai bidang Eddy dapat
melakukan yang terbaik dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Maka, guru haruslah
bersifat terbuka dan sedia berkolaborasi dengan pelbagai pihak supaya dapat
membantu Eddy memperkembangkan potensi diri dia.
Dari aspek dasar dan hala tuju pendidikan nasional, Dasar Pendidikan
Kebangsaan memastikan murid berkeperluan khas diberi peluang untuk mendapat
akses kepada pendidikan yang sesuai dan relevan. Dasar ini juga memastikan
program pendidikan bagi murid berkeperluan khas sesuai dan relevan dengan
kebolehan masing-masing agar dapat berdikari dan menjalani hidup yang berkualiti.
Dalam konteks ini, Eddy juga berpeluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan
seperti kanak-kanak tipikal yang lain dan berpeluang membuktikan keupayaan yang
2
ada pada diri di peringkat antarabangsa. Melalui dasar ini Eddy melibatkan diri
dalam sukan yang relevan dengan kebolehannya iaitu sukan paralimpik.
Pencapaiannya di peringkat antarabangsa membuktikan bahawa dia benar-benar
mempunyai kebolehan. Ini membolehkan dia mendapatkan bantuan dari segi
kewangan dan sebagainya dari pihak swasta mahupun kerajaan untuk terus
membanggakan negara dan mencapai cita-citanya.
Di samping itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) juga turut
berperanan dalam membantu Eddy merealisasikan impiannya. Teras kedua strategi
PIPP menekankan tentang perkembangan modal insan untuk memperkukuhkan
sistem pendidikan negara. Teras ini membolehkan generasi mudah Malaysia
memperkembangkan potensi diri, melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran
dan membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehan
mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia
selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dasar ini memberi peluang
kepada Eddy untuk memperkasakan lagi potensinya dalam aktiviti sukan paralimpik
dan memberi peluang kepada dia untuk megambil bahagian dalam Sukan
Paralimpik ASEA 2017 serta Sukan Para Asia 2018 dan mengharumkan nama
negara di peringkat antarabangsa. Dasar ini turut membuka peluang kepada Eddy
untuk mengambil bahagian dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Misalnya,
kerajaan akan menyediakan infranstruktur dan peralatan yang diperlukan oleh Eddy
untuk membuat latihan.
Di samping itu, dari aspek perundangan berkaitan guru dan pendidikan
Akta pendidikan 1996 juga turut menekankan pemberian peluang yang sama
kepada murid berkeperluan khas untuk mendapat pendidikan sama rata seperti
kanak-kanak tipikal yang lain. Akta ini menyarankan supaya kurikulum pendidikan
khas yang direka khas untuk kanak-kanak berkeperluan khas perlulah mengikut
keupayaan mereka. Dalam konteks ini, Akta Pendidikan 1996 ini memberi peluang
kepada Eddy untuk melibat diri dalam sukan yang direka khas untuk orang kelainan
upaya iaitu sukan paralimpik. Ini memberi peluang kepada dia untuk meningkatkan
kemahirannya mengikut keupayaan diri. Selain itu, akta ini juga turut menyarankan
penggunaan kaedah yang sesuai mengikut keperluan murid dalam pelaksanaan
aktiviti kurikulum mahupun kokurikulum. Oleh itu, juru latih ataupun guru boleh
menggunakan pelbagai kaedah yang munasbaah dan sesuai dengan kebolehan

3
Eddy semasa memberi latihan kepada Eddy untuk mengikuti Sukan Paralimpik
Tokyo 2020.

Akhir sekali, hak asasi kanak-kanak menyatakan bahawa semua kanak-


kanak tanpa mengira keupayaan dan ketidakupayaan mereka, jantina, sosial,
ekonomi, kebudayaan, latar belakang etnik dan agama atau taraf kesihatan mereka
mempunyai hak yang sama rata untuk kualiti pendidikan, penjagaan dan
perlindungan. Ini bermaksud kanak-kanak berkeperluan khas sebagai insan ciptaan
Tuhan mempunyai hak yang sama seperti kanak-kanak lain untuk mendapat akses
kepada pendidikan, penjagaan dan perlindungan. Akta ini memastikan supaya tidak
berlaku diskriminasi dalam memberi layanan kepada kanak-kanak. Akta ini
membuka peluang kepada Eddy untuk turut mengambil bahagian dalam aktiviti
sukan dan mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Selain itu, Eddy
juga diberi Anugerah Pendidikan Khas Putera pada tahun 2018. Ini menunjukkan
bahawa segala pencapaian Eddy dihargai dan disanjungi oleh kerajaan ini.

4
SOALAN 2

1.0 TAJUK
Tajuk program ini ialah ‘ Belajara dari rumah’. Program ini dijalankan bagi membantu
murid mendapat akses kepada pendidikan walaupun tidak dapat hadir ke sekolah
disebabkan wabak COVID-19.

2.0 PENGENALAN
COVID-19 telah mengubah kehidupan masyarakat dunia dalam sekelip mata.
Pengisytiharan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi
membendung penularan COVID-19 membataskan pergerkan aktiviti masyarakat.
Misalnya, murid-murid tidak dapat menghadiri sekolah untuk menuntut ilmu. Oleh itu,
program ‘Belajar di rumah’ akan dijalankan bagi memastikan murid tidak ketinggalan
dan dapat mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan yang selamat.

3.0 OBJEKTIF
 Proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat dilaksanakan seperti
yang dirancang dalam keadaan yang selamat.
 Ibu bapa atau penjaga dapat melibatkan diri secara langsung dan mengambil
tanggungjawab dalam pembelajaran anak-anak mereka walaupun tidak dapat
menghadiri sesi persekolahan.

4.0 RASIONAL
Rasional program ini dijalankan adalah untuk membantu murid-murid mendapat
akses kepada pendidikan walaupun tidak dapat hadir ke sekolah disebabkan wabak
Covid-19. Selain itu, pihak sekolah juga turut dapat memasktikan bahawa murid-
murid tidak tertinggal dalam pembelajaran.

7.0 SKOP DAN LIMITASI

5
Program ‘Belajar dari rumah’ ini meliputi semua subjek akademik yang diajar di
sekolah seperti Bahasa Tamil, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik,
dan Kemahiran Hidup. Program ini akan dijalankan sehingga murid-murid dapat
kembali ke sekolah seperti biasa untuk menuntut ilmu.

8.0 STRATEGI PELAKSANAAN


Terdapat beberapa pihak yang memainkan peranan penting dalam memperkasa
inisiatif pembelajaran di rumah atau ‘home based learning’ sepajang tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Yang pertama, pihak pentadbiran sekolah
hendaklah memastikan guru-guru merancang aktiviti-aktiviti pembelajaran secara
teliti, cekap dan berkesan sepanjang PKP. Oleh itu, mereka haruslah mengatur
jadual pembelajaran yang fleksibel. Lebih-lebih lagi, pihak pentadbiran sekolah juga
turut memantau PdP yang dilajankan serta memberi sokongan yang bersesuaian
kepada guru.
Seterusnya, pihak guru pula perlu melaksanakan semua tugasan di rumah
dan tidak dibenarkan ke sekolah. Mereka perlu membuat catatan ringkas PdP yang
akan dijalankan sebagai panduan kepada mereka. Guru juga perlu mengambil kira
faktor keupayaan murid semasa merancang, menyediakan dan menyampaikan
bahan PdP. Guru-guru juga digalakkan menggunakan kaedah pembelajaran secara
atas talian. Sebagai contoh, pelantar pembelajaran yang disediakan oleh KPM ialah
MOE-DL. Pelantar ini menyediakan pautan kepada Google Classroom dan
Microsoft Team untuk tujuan PdP, buku teks digital, video PdP seperti Eduweb TV
dan Cikgoo Tube, pautan aplikasi pengajaran menggunakan video secara interaktif
seperi Edpuzzle serta kuiz berbentuk permainan seperti Quizizz dan Kahoot.
Seterusnya, terdapat juga pelbagai jenis platform pembelajaran digital yang
berpotensi dan mempunyai banyak ruang untuk dieksplorasi seperti Blackboard,
Edmodo, dan ClassDojo.
Selain itu, guru juga boleh mengarahkan murid membuat aktiviti
pembelajaran menggunakan buku teks, buku kerja, buku ulang kaji dan buku aktiviti
tanpa keluar dari rumah. Guru juga diberi fleksibiliti dari segi masa PdP, kaedah
bimbingan, menyemak dan memeriksa kerja rumah.
Pihak ibu bapa atau penjaga pula perlu memastikan murid-murid mendapat
maklumat berkaitan sesi PdP, arahan, tugasan dan kerja rumah yang diberi oleh
guru. Mereka juga haruslah meberi motivasi dan menyokong proses pembelajaran
6
murid di rumah sepanjang tempoh PKP. Manakala murid juga perlu menghubungi
guru dari semasa ke semasa bagi mendapat maklumat berkaitan PdP supaya tidak
tercicir. Murid juga perlu menggunakan aplikasi komunikasi yang disediakan oleh
guru supaya dapat memudahkan urusan kedua-dua pihak.

9.0 JUSTIFIKASI
Dunia kini dikejutkan dengan fenomena wabak Covid-19. Keadaan ini menyebabkan
kerajaan mengutuskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelakkan
kehinlangan nyawa. Dalam situasi sekolah-sekolah di seluruh negara telah ditutup
bagi menjaga keselamatan di kita sendiri, namun pada masa yang sama
pembelajaran anak-anak perlu dilakukan. Oleh itu, program pebelajaran dari rumah
membantu murid menggunakan masa di secara bermanfaat dan tidak ketinggalan
dalam pembelajaran. Tujuan saya menyarankan kaedah pembelajaran secara atas
talian seperti Google Classroom, Microsoft Team, Eduweb TV, Cikgoo Tube,
Edmodo, dan ClassDojo adalah melalui penggunakaan aplikasi Teknologi maklumat
dan Komunikasi (TMK) segala maklumat, tugasan atau kerja rumah yang dapat
disampaikan dengan mudah dan cepat kepada semua murid secara serentak.
Melalui pelantar ini ibu bapa juga dapat memantau dan melihat hasil tugasan anak-
anak mereka. Selain itu, interaksi secara dua hala juga dapat dilakukan dengan
cepat dan mudah. Sebagai contoh, dalam aplikasi Edmodo murid-murid boleh
bertanya soalan dan guru dapat menjawab soalan murid secara atas talian.
Tambahan pula, melalui aplikasi seperti ClassDojo guru dapat mengambil kehadiran
murid. Melalui ini guru dapat mengetahui sama ada murid membuat atau tidak
tugasan yang diberi oleh guru.

Seterusnya, kuiz berbentuk permainan seperti Quizizz dan Kahoot


membolehkan murid belajar secara seronok dan tidak berasa tertekan. Video PdP
seperti Eduweb TV pula membolehkan murid memahami isi pembelajaran dengan
lebih jelas melalui animasi. Lebih-lebih lagi, aktiviti pembelajaran secara atas talian
ini memberi peluang kepada murid untuk menerokai dan menguasai TMK selaras
dengan pendidikan abad ke-21. Bagi murid-murid yang tidak mempunyai akses
kepada TMK mereka disarankan untuk membuat latihan dalam buku teks dan juga
buku latihan. Guru-guru akan memaklumkan kepada ibu bapa tentang aktiviti-aktiviti
yang perlu dibuat oleh anak-anak mereka dalam buku teks dan buku latihan.
7
11.0 KESIMPULAN
Pelaksananan PdP semasa PKP ini diharapkan membantu sekolah memastikan
proses pembelajaran murid tidak terganggu dan murid juga berada dalam keadaan
selamat.

Anda mungkin juga menyukai