Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan

• Telah diperkenalkan pada tahun 2000 dan menjadi popular pada tahun 2009 apabila kaedah ini
dilaksanakan secara atas talian oleh Bergman dan Samms.

• Flipped Classroom adalah kaedah pedagogi yang menyonsangkan amalan PdP biasa di mana penyampaian
dan/atau pencarian maklumat baharu berlaku di luar waktu PdP, manakala aktiviti berpusatkan murid
berlaku secara aktif di dalam kelas.

• Flipped classroom menggantikan kuliah dalam kelas dengan peluang-peluang untuk meneroka dan mengkaji
bahan-bahan yang di luar bilik darjah melalui klip video dan bacaan.

• Waktu kelas digunakan sepenuhnya untuk aktiviti kolaborasi, latihan, penyelesaian masalah atau
menyiapkan projek berkaitan tajuk yang diberi.

• Graham Brent (2013) : Flipped classroom merupakan strategi yang boleh diberikan oleh pendidik dengan
cara mengurangkan jumlah arahan langsung dalam amalan mengajar mereka sambil memaksimumkan
interaksi satu sama lain.
F ●


Kaedah pembelajaran
Susun atur kelas
Flexible environment

Pembelajaran berpusatkan murid


L


Adanya aktiviti yang interaktif dan bermakna

Pendedahan terhadap perkara yang akan dipelajari berlaku
Learning Environment di luar waktu PdP
4 Tonggak Utama dalam
Flipped Classroom
I

Guru perlu bijak memilih bahan bantu mengajar untuk
mencapai objektif PdP

Setiap aktiviti yang dirancang perlu sesuai dengan keupayaan
Intentional Content murid

• Guru perlu bijak memilih bahan bantu mengajar untuk


P mencapai objektif PdP
• Setiap aktiviti yang dirancang perlu sesuai dengan
Professional Educator keupayaan murid
Model Pelaksanan Flipped
Classroom
Demonstrasi /
Aplisasi
(Demonstration /
Interpretasi Application)
(Meaning making) • Murid akan membuat
• Guru akan aplikasi / demonstrasi
membantu murid terhadap input yang
untuk lebih telah mereka kuasai
Penerokaan memahami dan atau fahami.
konsep (Concept menguasai
Exploration)
• Murid akan maklumat yang telah
mempelajari mereka peroleh.
sesuatu topik
pembelajaran
secara kendiri atau
berkumpulan.
Kelebihan Flipped Classroom
1. Murid lebih bersedia.
Mereka melengkapkan diri dengan pengetahuan dan ilmu sebelum masuk ke kelas. Dengan itu, mudah
untuk guru mengolah maklumat yang murid sedia ada. 
2. Menjimatkan masa.
Apabila murid datang dengan pengetahuan sedia ada, guru hanya perlu menjelaskan, menguraikan atau
menyusun atur aktiviti. Jadi, lebih banyak masa digunakan untuk berinteraksi dengan pelajar dan bukannya
untuk memberi kuliah. 
3. Membina dapatan yang lebih baik untuk guru.
Apabila guru memberikan latihan sebelum masuk kelas secara digital, guru akan dapat tahap penguasaan
awal murid. Dengan itu, guru dapat menekankan aspek tertentu sahaja dalam PdPc.
4. Menggalakkan pembelajaran kendiri.
Murid tidak perlu mengharapkan guru sebagai sumber nota. Mereka bertanggungjawab ke atas
pembelajaran sendiri secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan pemahaman mereka. Pelajar
juga boleh mengulang-ulang video tersebut hingga mereka benar-benar faham isi pelajaran, tidak seperti
pada pembelajaran biasa, apabila murid kurang mengerti maka guru perlu menjelaskan lagi hingga kadang-
kadang menyebabkan murid keliru dengan penerangan guru yang berlainan.
Membolehkan lebih banyak penglibatan peribadi one-to-one antara guru dan murid
Langkah Pelaksanaan Kaedah Flipped
Classroom menggunakan aplikasi Whatsapp

1. Guru menghantar rakaman video berdurasi tiga hingga lima minit kepada
kumpulan Whatsapp murid dari kelas 5 Bestari.
2. Video diterima oleh ibu-bapa yang ada dalam kumpulan Whatsapp
berkenaan.
3. Guru berinteraksi dan memberi panduan dan arahan di dalam kumpulan
Whatsapp terhadap video yang dihantar.
4. Ibu-bapa memberikan respon dan memaklumkan kepada anak-anak mereka
tentang tugasan yang diberikan kepada anak mereka.
5. Murid menonton video berkenaan dan menyiapkan tugasan sebagaimana
yang diarahkan oleh guru mereka.
6. Keesokan atau hari yang berikutnya, murid akan melaksanakan aktiviti di
dalam kelas hasil pemahaman mereka terhadap isi kandungan pelajaran
yang diterangkan di dalam video sebelum ini.
Rancangan Aktiviti PdP
Mata Pelajaran Sains
Unit Unit 3 : Manusia
Tajuk Urutan Aliran Makanan
Masa 30 minit
Standard Kandungan 3.3 Pencernaa
Standard Pembelajaran 3.3.4 Menjelaskan pemerhatian tentang pencernaan
menerusi lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara
kreatif
Objektif pembelajaran a) Mengenal pasti organ yang terlibat dalam proses
pencernaan makanan oleh manusia.
b) Menjelaskan urutan aliran makanan semasa
pencernaan
Aktiviti PdP (Rujuk slide seterusnya)
Alat dan bahan Lima tanah liat berlainan warna, kad manila, pen penanda
Perkembangan Aktiviti PdP Catatan
pembelajaran
Concept Exploration 1. Murid menonton video tentang sistem pencernaan • Video didapati daripada :
manusia sebelum mereka memasuki kelas Sains yang https://www.youtube.com/
sebenar. watch?v=594sE7BzATI
2. Murid membuat catatan ringkas tentang bahagian- • Seorang murid hanya
bahagian anggota badan pencernaan dan urutan aliran perlu menyediakan satu
makanan. kotak tanah liat sahaja dan
3. Murid dikehendaki menyediakan alat dan bahan yang akan dikumpulkan untuk
diperlukan bagi aktiviti pembelajaran Sains di dalam bilik dikongsi bersama.
darjah. • Guru akan menyediakan
pen penanda dan kad
manila.
Meaning making 1. Murid menjawab kuiz dan lembaran kerja yang • Rujuk slide seterusnya
disediakan oleh guru. untuk lembaran kerja.
Demonstration / 1. Murid secara berkumpulan dikehendaki membina model • Rujuk slide seterusnya
Application sistem pencernaan manusia dan melabelkan setiap untuk melihat contoh
bahagian anggota pencernaan yang terlibat. model sistem pencernaan
2. Kemudian, murid diminta untuk menjelaskan model yang dihasilkan
sistem pencernaan yang dihasilkan melalui aktiviti menggunakan tanah liat.
gallery walk.
3. Guru bertindak sebagi pemudah cara semasa kelas
berlangsung.
Kesimpulan
• Setiap guru harus menerima pembaharuan dan tidak
terikat dengan kaedah dan teknik pembelajaran yang
lama serta agak ketinggalan.

• Modul pengajaran Flipped Classroom berkonsepkan


video yang menggantikan sesi mengajar di dalam bilik
darjah.

• Murid-murid datang ke bilik darjah untuk mengaplikasikan


apa yang telah mereka pelajari semasa di rumah.

• Murid perlu didedahkan dengan kepelbagaian teknik dan


kaedah pembelajaran abad ke-21 agar minat mereka
untuk belajar dapat ditingkatkan.
• Idea asas dalam kaedah Flipped Classroom ialah penerimaan maklumat dan pengetahuan dilakukan di luar kelas secara akses kendiri
dalam bentuk tugasan kerja rumah, manakala masalah berkaitan dengan maklumat dan pengetahuan diselesaikan melalui aktiviti
kolaborasi dengan rakan-rakan di dalam kelas.
Rujukan
Azlina A.Rahman, Baharuddin Aris, Hasnah Mohamed, Norasykin Mohd Zaid & Zaleha Abdullah. (2014). Flipped
classroom dalam konteks Malaysia. Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014. Diakses pada 05 April 2020
daripada https://www.slideshare.net/morkie/flipped-classroom-dalamkonteksmalaysia1
Danial Heryanto Zainal Abidin. (2018). Penggunaan aplikasi Whatsapp dalam kaedah flipped classroom untuk
peningkatan akademik bahasa Melayu tahun lima. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan
Universiti Awam, hal. 975 – 984.
M. Kaviza. (2019). Kesan kaedah flipped classroom dengan teknik peer instruction terhadap kemahiran berfikir
kritis. Journal of Social Scince and Humanities (16)(5), hal. 1-12.
Mokhzani Fadir. (2017). Strategi pembelajaran koperatif : flipped classroom. Diakses pada 05 April 2020 daripada
https://www.slideshare.net/morkie/strategi-pembelajaran-kooperatif-flipped-classroom
Shanta Govindarajoo & Jamalul Lail Abdul Wahab. (2019). Tahap keberkesanan pelaksanaan kaedah bilik darjah
songsang (Flipped Classroom) di sekolah menengah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 2019 (20), hal. 96 –
112.

Anda mungkin juga menyukai