Anda di halaman 1dari 1

PEMERHATIAN

Sewaktu pelaksanaan program Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebangsaan


Bukit Jering, saya telah membuat pemerhatian tentang aspek pelaksanaan konsep
pembelajaran abad ke-21 yang diamalkan di sekolah tersebut. Data pemerhatian tersebut
telah saya perolehi melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Saya juga turut
melakukan pemerhatian pemerhatian terhadap kemudahan asas pembelajaran yang
disediakan di sekolah tersebut serta budaya warga sekolah tersebut.

Semasa melakukan pemerhatian, saya mendapati bahawa sekolah ini amat memenuhi
konsep pembelajaran abad ke-21. Penglibatan murid secara aktif di dalam kelas amat
dititikberatkan. Hal ini demikian kerana apabila guru melontarkan soalan, murid di dalam
kelas tersebut menjawab tanpa berasa segan. Gurunya menerima dan mendengar jawapan
murid tersebut seterusnya memberikan maklum balas dengan pantas.

Dari sudut kemudahan asas pembelajaran yang disediakan pula, saya berpendapat
bahawa sekolah ini telah mempunyai kemudahan asas pembelajaran yang mencukupi dan
lengkap. Setiap bilik darjah mempunyai papan putih, kerusi, meja dan sebagainya yang
mencukupi. Guru dapat menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih
selesa. Secara keseluruhannya, saya mendapati bahawa interaksi murid dengan guru yang
berlaku semasa sesi P&P adalah cekap dan berterusa. Secara tidak langsung, semua pihak
menerima manfaat secara bersama dimana murid-murid dapat belajar dalam persekitaran
yang baik dan guru dapat mengajar dalam keadaan yang menyenangkan.

Di samping itu, saya juga amat berbangga dan terharu dengan budaya warga sekolah
ini kerana mereka mengamalkan sifat menyapa atau menegur orang tanpa mengira status
dan tempat. Selain daripada budaya tersebut, warga sekolah di sini lazimnya menggunakan
bahasa Malaysia dan dialek Kelantan ketika bertutur. Walaupun dialek Kelantan banyak
digunakan dan saya bukannya insan kelahiran negeri Kelantan, namun secara
keseluruhannya saya dapat memahami dialek tersebut. Daripada data pemerhatian ini, saya
telah memperoleh banyak ilmu dan pengalaman baru yang boleh diaplikasikan pada masa
akan datang.

Anda mungkin juga menyukai