Anda di halaman 1dari 9

TEMA

NAFAS BARU BERMULA DI BULAN RAMADHAN






ANJURAN
UNIT ANTI ROKOK DAN DADAH
DENGAN KERJASAMA
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MELAKA
2014


1.0 PENGENALAN
Kempen ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai
kesan negatif daripada merokok yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama
agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan
warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya
hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang
prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.

Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah
diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar
sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang
lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

1.1 KEMPEN ANTI MEROKOK
Kempen Anti Merokok boleh menjamin insan dan masyarakat hidup lebih
sejahtera. Di samping itu memberi pengetahuan kepada pelajar tentang
bahayanya amalan merokok kepada perokok serta penghidunya.

1.2 TUJUAN KEMPEN
Kempen Anti Merokok diadakan bagimemberi kesedaran kepada pelajar
tentang bahaya merokok. Di samping itu ia bertujuan memberi
pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada para
pelajar. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar
ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda
harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan
dari seawal usia di bangku sekolah .

1.3 RASIONAL KEMPEN
Kempen Anti Merokok ini merupakan satu program kesihatan untuk
semua warga sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa
tanggungjawab para pelajar dan guru mengenai kepentingan penjagaan
kesihatan. Melalui program ceramah persembahan dan pameran

kepada para pelajar akan dapat memupuk perasaan cintakan
kesihatan.

1.4 MATLAMAT KEMPEN
Memastikan pelajar sentiasa sihat dari budaya merokok dan berada pada
tahap kesihatan yang memuaskan dari segi fizikal. mental, rohani dan
jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah. Mata bercahaya
lahir dari minda yang cerdas,

1.5 OBJEKTIF PROGRAM
Menggembeling usaha dan tenaga guru bagi membina ketahanan dan jati
diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan
rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman
gejala sosial seperti merokok dan peyalahgunaan dadah.
Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai bahaya merokok
kepada para pelajar.
Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan
pelajar walau di mana mereka berada.
Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria
ketika di sekolah,
Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari
tabiat merokok.









2.0 Cadangan Carta Organisasi

2.1 AJK INDUK KEMPEN ANTI MEROKOK

PENASIHAT
EN ZAINUDDIN BIN SAMAD
PENGETUA
PENGERUSI
PN HALIMAH BT HJ AHMAD
GURU PENOLONG KANAN HEM
NAIB PENGERUSI 1
TN HJ ABD RAZAK B. DAWAM
GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
NAIB PENGERUSI 2
EN ALI BIN NYAT
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
NAIB PENGERUSI 3
EN SAAD BIN ISHAK
GURU PENOLONG KANAN PRA UNIVERSITI
SETIAUSAHA
MD AFANDI BIN HASSAN
BENDAHARI
PN HJH AZIZAH BT TALIB


AHLI JAWATANKUASA

EN IBRAHIM BIN MAT YASSIN
EN NAAM BIN MOHD YUSOF
PN MAGESWARI A/P KANNAN
EN IDOPI BIN SENIN
TH HJ. HASSANUDDIN BIN ADDENNAN
PN SYUHADA BT SAFEE
CIK JENNY WEE SWEE LIAN

2.2 AJK PELAKSANA KEMPEN ANTI MEROKOK

PENASIHAT
EN ZAINUDDIN BIN SAMAD
PENGETUA
PENGERUSI
PN HALIMAH BT HJ AHMAD
GURU PENOLONG KANAN HEM
NAIB PENGERUSI 1
TN HJ ABD RAZAK B. DAWAM
GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
NAIB PENGERUSI 2
EN ALI BIN NYAT
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
NAIB PENGERUSI 3
EN SAAD BIN ISHAK
GURU PENOLONG KANAN PRA UNIVERSITI
SETIAUSAHA
MD AFANDI BIN HASSAN
BENDAHARI
PN HJH AZIZAH BT TALIB

AHLI JAWATANKUASA

1. AJK HADIAH/ CENDERAMATA
PN MAGESWARI A/P KANNAN (K)
CIK HALIMATULSAADIAH BT HASSAN

2. AJK PA SISTEM
EN KASIM BIN LIMAN (K)
EN RAMZANI BIN MASIRAT




3. AJK DISIPLIN PELAJAR
IBRAHIM BIN MAT YASSIN (K)
MOHD KHUDAIRE BIN MOHD YUSOF


4. AJK MAJLIS PELANCARAN / CERAMAH ANTI ROKOK
PN SYUHADA BT SAFEE (K)
PN RAHAYU MD RASHID
PENGAWAS SEKOLAH


5. AJK KUIZ KESIHATAN
CIK JENNY WEE SWEE LIAN (K)
PN NURULHAIDA BT BASERI

6. AJK PERSIAPAN TEMPAT (CERAMAH ANTI ROKOK)
EN ROHAIZAD B MOHD ADLI (K)
EN TAN SOO CHOK

7. AJK SPOT CHECK
EN IDOPI BIN SENIN (K)
TH HJ. HASSANUDDIN BIN ADDENNAN
PN RAHAYU MD NOR


3.0 Cadangan Program

Kempen ini akan dijalankan selama sebulan 1-26 Julai 2014. Upacara perasmian
akan dijalankan pada 7 Julai 2014 Oleh Pengetua SM Teknik Melaka.
Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan sepanjang Kempen Anti Merokok:

Bil Aktiviti yang Dirancang Tarikh
1. Majlis pelancaran bulan anti merokok 7 Julai 2014
2.
Pameran Anti Rokok 9 Julai 2014
3.
Ceramah anti merokok 9 Julai 2014

4.
Kuiz Anti Merokok 9 Julai 2014
5.
Pertandingan Melukis poster 16 Julai 2014
6.
Sport chek anti rokok. 21 Julai 2014


3.1 Tentatif Program pelancaran bulan anti merokok

7.15pagi - Pelajar berkumpul di dewan sekolah.
7.30pagi - Ketibaan barisan guru
7.35 pagi - Ketibaan Pengetua
7.45 pagi - Ucapan pengerusi majlis
- Ucapan pengetua
- Gimik pelancaran

8.30 pagi -Majlis tamat

4.0 Strategi Pelaksanaan / Aktiviti yang dirancang

Mesyuarat Jawatankuasa
Persiapan untuk majlis pelancaran dan aktiviti
Majlis pelancaran
Aktiviti Minggu mengikut jadual yang ditetapkan

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
5.1 Percetakan
- Kertas Lukisan 10 unit x RM 10.00 RM 100.00

- Banner dan banting pelancaran
bulan anti merokok
RM 250.00
JUMLAH RM 350.00


5.2 Hadiah
- Pertandingan Melukis poster (Buku) RM30 .00 x 1
RM25.00 x 1
RM15.00 x 1

RM

70.00
- Kuiz Anti Merokok (buku) RM10 .00 x 5 RM 50.00

- Cenderahati Penceramah dan
pempamer
(RM50.00 x 1) RM 50.00
JUMLAH RM 170.00
5.3 Jumlah Perbelanjaan
Bil PERBELANJAAN JUMLAH
1. Percetakan RM 350.00
2. Hadiah RM 170.00
3. Bayaran Penceramah RM 350.00
JUMLAH BESAR RM 870.00

6.0 SUMBER KEWANGAN
Bil. SUMBER KEWANGAN JUMLAH
1.
Panitia Pendidikan Jasmani Dan
Kesihatan
RM 870.00
JUMLAH RM 870.00










7.0 PENUTUP

Diharapkan aktiviti Kempen Anti Merokok ini dapat dilaksanakan dengan jayanya
dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat
seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua
pihak demi kesedaran untuk mencegah dan mengelakan penyakit. Semoga usaha
murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya
kepada murid-murid khususnya.


Disediakan oleh,
Tarikh: 25 JUN 2014
..........
(MD AFANDI BIN HASSAN )
SETIAUSAHA
UNIT ANTI DADAH DAN ROKOK
SM TEKNIK MELAKA

Disemak oleh, Tarikh:
........
(PN HALIMAH BT HJ AHMAD)
GURU PENOLONG KANAN HEM
SM TEKNIK MELAKA

Disahkan oleh, Tarikh:
...
(ZAINUDIN BIN SAMAD)
PENGETUA
SM TEKNIK MELAKA

Anda mungkin juga menyukai