Anda di halaman 1dari 6

ANJURAN

PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


SM TEKNIK MELAKA
2014
1.0 TAJUK

Bengkel Pertolongan Cemas tingkatan 4

2.0 PENGENALAN

Bengkel Pertolongan Cemas ini adalah salah satu aktiviti tingkatan 4 yang dianjurkan oleh Panitia

Pendidikan Jasmani Dan kesihatan Sekolah Menengah teknik Melaka. Bengkel ini disertai oleh pelajar tingkatan

4 SM Teknik Melaka. Ia akan diadakan di dewan wawasan SMTM pada 12 November 2014. Aktiviti ini di

jalankan selaras dengan sukatan pelajaran pendidikan Kesihatan Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin

mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam

bidang kokurikulum. Pengalaman yang diperolehi dari bengkel ini bakal diaplikasikan oleh mereka walau dimana

berada demi menyelamatkan mereka yang didalam kesusahan.

3.0 RASIONAL

Bengkel Pertolongan Cemas dilaksanakan bagi membolehkan para pelajar mengetahui dan

mengaplikasi ilmu yang diberikan seperti pengenalan dan penggunaan alatan First Aid, teknik CPR,

teknik balutan dan cara menggankat persakit. Namun yang lebih penting ialah dengan mengikuti kursus

ini pelajar dibimbing supaya sentiasa mengamalkan sikap prihatin dan suka memberi pertolongan

kepada insan yang memerlukan pertolongan tidak kira kaum. Malah pelajar juga berpeluang

mengetahui lebih lanjut tentang aspek-aspek pertolongan cemas. Selain daripada rawatan kecemasan

pelajar juga didedahkan dengan tips cara hidup sihat iaitu sesuai dengan pepatah mencegah lebih baik

dari merawat.

4.0 MATLAMAT

Bengkel Pertolongan Cemas ini diadakan bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran

pertolongan cemas terutama yang berkaitan dengan kesihatan dan sikap keprihatinan. Pelbagai aktiviti

disusun dalam bengkel ini agar sifat keprihatinan didalam diri pelajar dapat ditonjolkan dan dapat

diaplikasi dimasa hadapan. Malah sekolah telah menyediakan medium yang betul untuk mereka
bertanya dan memperolehi maklumat dari jurulatih profesional tentang rawatan kecemasan dan cara

hidup sihat.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Mendedahkan pelajar tentang tujuan dan peraturan rawatan kecemasan.

5.2 Mendedahkan pelajar teknik-teknik pertolongan cemas seperti CPR, teknik baluatn
luka, teknik mengangkat pesakit serta pengenalan alatan First Aid.

5.3 Memupuk minat dan menanam nilai keprihatinan terhadap manusia sejagat.

6.0 PELAKSANAAN

6.1 Bina kertas kerja.

6.2 Menyuarat Ahli Jawatankuasa dan pembahagian tugas.

6.3 Proses surat menyurat bagi memohon jurulatih profesional dan menempah bilik

kuliah/dewan kuliah.

6.4 Penyediaan bahan siar raya, nota kursus, buku tentatif program dan dokumen

pendaftaran.

6.5 Perlaksanaan program.

6.6 Post Mortem dan laporan kursus

7.0 TENTATIF PROGRAM

14 November 2014 (JUMAAT)

7.45 pg - pelajar berkumpul di surau

8.00 pg - Ceramah Pertolongan Cemas

9.00 pg - Amali Balutan Dan Bebatan

10.50 pg - Rehat

11.10 pg - Konsep CPR

11.45 pg - Amali CPR

12.30 tgh - Majlis Penutup


8.0 JAWATANKUASA INDUK DAN JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK

1.0 SENARAI JAWATANKUASA

Pengerusi : EN ZAINUDIN BIN SAMAD


Pengetua SM Teknik melaka

Timbalan Pengerusi : TN HJ ABD RAZAK BIN DAWAM


Penolong Kanan 1

Naib Pengerusi I : PN HALIMAH BT HJ AHMAD


Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi II EN ALI BIN NYAT


Penolong Kanan Kokurikulum

Penyelaras : Pn Rosnah Bt Ismail


Ketua Bidang Kemanusiaan

Setiausaha : En Md Afandi Bin Hassan

Bendahari : Pn Mageswari A/P Kannan

Jurulatih : Bulan Sabit Merah Malaysia


Cawangan Melaka

Jawatankuasa Perlaksana :

Urusetia, Sijil Dan Cenderahati Fotografi Dan Dokumentasi


Pn Sarifah Bt Daud Mohd Sani Bin Abdul Rahman

Kawalan Dan Keselamatan/Kecemasan Persiapan Tempat Dan Peralatan


En Mohd Khudaire B. Mohd Yusof En Ibrahim Bin Mat Yassin
Minuman Pelajar Dan Pengacara Sijil Dan Cendermata
Pn Rahayu Md Rasyid Pn Mageswari A/P Kannan
10.0 ANGGARAN PEMBELANJAAN

ANGGARAN PERBELANJAAN

1.1.1 Peralatan RM 345..00

1.1.2 Bayaran Penceramah RM 300.00

1.1.3 Makan minum peserta RM 460.00

Jumlah

BIL PERBELANJAAN SUMBER KEWANGAN

1 a)Peralatan 1.1.1 PCG Pendidikan Kesihatan

JUMLAH RM 345.00 RM RM 1105.50

b) Makan minum peserta

RM 1.50 x 307 RM 460.50

c) Bayaran penceramah

RM 300.00

JUMLAH RM 1105.50 RM 1105.50

11. Sumber Kewangan

Subsidiari Pendidikan Kesihatan

11.0 PENUTUP
Diharap agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga

segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan didalam aktiviti Bengkel Pertolongan Cemas ini akan

dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi melahirkan modal insan yang cemerlang.

Sumbangan dan kerjasama semua amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh

........................................
Md Afandi Bin Hassan
Ketua Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Sekolah Menengah Teknik Melaka

Disemak oleh

.......................................
Pn Rosnah Bt Ismail
Ketua Bidang Kemanusiaan
Sekolah Menengah Teknik Melaka

Diluluskan Oleh

...............................................
Zainudin Bin Samad
Pengetua
Sekolah Menengah Teknik Melaka

Anda mungkin juga menyukai