Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA KURSUS KEJURULATIHAN (OLAHRAGA & PADANG)

1.0 PENDAHULUAN

Kursus kejurulatihan adalah bidang yang amat penting dikuasai oleh guru PPKI
dan PPM kerana ia akan memberikan impak yang amat mendalam dalam
memperkembangkan kemahiran serta potensi diri pelajar PPKI. Seorang guru
yang cekap, berkebolehan dan berkemahiran sudah pasti akan dapat memupuk
bakat serta kemahiran yang ada pada diri pelajar mereka. Oleh itu, bidang tugas
yang dinyatakan ini amat penting dan amat perlu dikuasai oleh setiap orang
guru. Guru bukan sahaja pembimbing di kelas tapi sebagai jurulatih untuk
memastikan aktiviti pembelajaran dan Latihan yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan baik.

2.0 RASIONAL

Bertujuan untuk melengkapkan diri guru pelatih wanita dan lelaki dengan
kemahiran dan pengetahuan dalam pelbagai sukan olahraga dan padang sebagai
salah satu persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkebolehan. Di
samping itu, memberi peluang kepada guru pelatih mengetahui peranan seorang
jurulatih di dalam pengurusan, pengendalian aktiviti, pentadbiran pasukan sukan
permainan dan melibatkan diri dalam sesuatu kejohanan dengan cemerlang.
Selain itu, kursus ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan
guru pelatih serta bertanggungjawab dalam pengendalian sesuatu program.
Jesteru, dapat melahirkan bakal guru yang berketerampilan dan mantap dalam
bidang sukan.
3.0 MATLAMAT

Matlamat kursus ini adalah berpaksi untuk meningkat penguasaan kemahiran-


kemahiran kejurulatihan dan kepegawaian permainan kepada peserta-
pesertanya. Justeru itu, memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sahsiah.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan para guru pelatih tentang asas
kejurulatihan dalam pengelolaan olahraga dan padang.
4.2 Melahirkan guru yang berwawasan, berketerampilan dan rasa
kepimpinan terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara serta yakin
dengan keputusan yang dibuat.
4.3 Memberi pendedahan tentang pengurusan, teknik permainan dan
peraturan yang harus ada pada seorang jurulatih.
5.0 MASA DAN TEMPAT

Tarikh :
Masa :
Tempat :

5.0 SASARAN/PESERTA

Guru PPKI dan PPM


6.0 PENCERAMAH UTAMA / JURULATIH MSSJ

7.1

7.2

7.3

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

8.1 JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG :

PENASIHAT :

SETIAUSAHA :

BENDAHARI :

PENYELARAS :
9.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Agenda

7:30 a.m. – 8:00 a.m. Pendaftaran peserta

8:00 a.m. – 8:30 a.m. Majlis Perasmian dan Taklimat

8:30 a.m. – 10:00 a.m. Ceramah: Teori Kejurulatihan

10:00 a.m. – 10:30 a.m. Kudapan

10:30 a.m. – 11:30 a.m. Ceramah: Teori Kejurulatihan II

11:30 a.m. – 1.30 p.m. Makan Tengah Hari & Rehat

1:30 p.m. – 2:30 p.m. Amali Kejurulatihan

2:30 p.m. – 3:00 p.m.  Penyampaian Sijil & Cenderamata


 Majlis Penutupan
 Bersurai

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM

Bil Perkara Perbelanjaan/Bilangan Jumlah


1.
Minum / Makanan 50 x RM 7.00
RM 350.00
2.
Makanan (Penceramah) 4 x RM 10.00 RM 40.00

3.
Bayaran (Penceramah) 4 x RM 100.00 RM 400.00

4. Sijil Kejurulatihan &


50 x RM 2.00 RM 100.00
Kepegawaian
5.
Kain Rentang 1 x RM 100 RM 100.00

6. Perbelanjaan Oleh
Pentadbiran

Peralatan

Ubatan
Air mineral
Bahan seminar 4 kotak

a) Kertas A4
b) Marker pen 2 rim

(merah,biru,hijau) 3
c) Fail poket 50
6 kotak
d) Pensel

JUMLAH
RM 990.00

Ulasan Pegawai Kewangan

______________________________________________________________________
11.0 PENUTUP
Diharapkan dengan adanya Kertas Kerja Kejurulatihan Olahraga dan Padang ini,
peserta mendapat pengalaman dan kemahiran baru dalam sukan dan bersedia
untuk menjadi jurulatih dan pegawai yang berdedikasi di sekolah kelak.

Anda mungkin juga menyukai