Anda di halaman 1dari 11

LOGO DAN NAMA SEKOLAH

KERTAS KERJA

PROGRAM PENINGKATAN BAKAT MURID


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
(PERMAINAN BOWLING)

TARIKH :
29 JUN 2022 (RABU)

TEMPAT :
KEDAH BOWL, CITY PLAZA
ALOR SETAR

ANJURAN :
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SK
1.0 PENDAHULUAN

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, Kurikulum Pendidikan Khas juga turut
digubal bagi melahirkan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang mampu
membawa dimensi baru dalam dunia pendidikan. Menyedari hakikat tentang keperluan
pendidikan dan pembelajaran bagi murid-murid Pendidikan Khas ini, pelbagai program
telah disusun atur sebagai langkah untuk mencapai matlamat di atas. Penyertaan murid
sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam atau di luar sekolah merupakan
intipati dalam dunia pendidikan khas yang perlu didedahkan kepada murid. Sehubungan
itu, satu program Peningkatan Bakat Murid telah dirangka bagi mencapai tujuan di atas.
Ianya merupakan titik tolak bagi melahirkan murid yang berupaya berdikari, mampu
merancang dan seterusnya menguruskan kehidupan.

2.0 MATLAMAT

Program Peningkatan Bakat Murid dalam permainan bowling ini diharapkan dapat
membuka minda MBPK dalam :

a. Mengenalpasti potensi yang ada dalam diri murid untuk dijadikan sumber
dorongan ke arah perkembangan sikap positif.

b. Mempertingkatkan kemahiran murid dalam pengurusan diri bagi pelbagai aspek


terutamanya di luar lingkungan sekolah khasnya dan keluarga amnya.

3.0 OBJEKTIF

Program Peningkatan Bakat Murid dalam Permainan Bowling ini dirangka dengan
berobjektifkan seperti berikut :

a. Mempertingkatkan kekuatan motor kasar dan motor halus murid

b. Mempertingkatkan keyakinan diri murid

c. Mempertingkatkan kemahiran bersosial dalam kalangan murid dan masyarakat


sekeliling.

d. Menenangkan fikiran murid

e. Meningkatkan kekuatan fizikal dan mental dalam kalangan murid.

1
4.0 KAJIAN KEPERLUAN

Program Peningkatan Bakat Murid ini dirasakan perlu dilaksanakan memandangkan


ianya merupakan salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik bagi
murid-murid berkeperluan khas. Ia juga bagi memenuhi silibus yang terdapat di dalam
sukatan muridan Pendidikan Jasmani. Selain itu, seharusnya murid berkeperluan
pendidikan khas perlu didedahkan dengan dunia luar agar mereka tidak terbatas dalam
ruang lingkup pendidikan yang ada malahan turut menceburkan diri dalam pengisian
program yang bersifat riadah. Adalah menjadi harapan agar program ini mampu
mengubah sifat rendah diri murid dan seterusnya ke arah pemantapan sikap yang lebih
terbuka ke arah cabaran masa depan.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 29 Jun 2022


Hari : Rabu
Masa : 8.30 pagi – 12.40 tengah hari
Tempat : Kedah Bowl, City Plaza, Alor Setar

6.0 SASARAN

Program ini mensasarkan penyertaan semua murid-murid PPKI SK

a. Murid-murid PPKI SK - 19 orang


b. Guru Pengiring & Pembantu - 4 orang
Jumlah 23 orang

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM

2
Penasihat ( Guru Besar )
:
Pengerusi ( PK Pentadbiran )
: ( PK HEM )
( PK Kokurikulum )
Penyelaras
PPKI :
Setiausaha/
:
Bendahari
:
Aktiviti
:
Dokumentasi
:

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PENDAPATAN JUMLAH BIL. PERBELANJAAN JUMLAH


.

1. Dana PPKI RM 278.00 1. Yuran permainan RM 95.00


RM 5.00 x 19 orang

2. Makan dan Minum RM 133.00


RM 7.00 x 19 orang

3. Pengurusan dan RM 50.00


kecemasan

JUMLAH RM 278.00 JUMLAH RM 278.00


KESELURUHAN KESELURUHAN

9.0 JADUAL PROGRAM

29 JUN 2022 (RABU)


8.00 pagi : Sarapan pagi (RMT)
8.30 pagi : Bertolak ke Kedah Bowl, City Plaza, Alor Setar

3
9.30 pagi ; Dijangka tiba di Kedah Bowl, City Plaza, Alor Setar
: Taklimat
- aktiviti yang akan dijalankan
- tujuan aktiviti
- peraturan sebelum, semasa, dan selepas aktiviti
- aktiviti warming up
9.40 pagi : Menjalani aktiviti permainan bowling
11.30 pagi : Permainan dijangka selesai
: Makan tengah hari
12.00 tengah hari : Bertolak pulang ke SK
12.40 tengah hari : Dijangka tiba di sekolah

10.0 SENARAI NAMA MURID

Lihat Lampiran A

11.0 SENARAI NAMA PENGIRING

Lihat Lampiran B

4
12.0 PENGANGKUTAN

Lihat Lampiran C

13.0 SENARAI PERATURAN PROGRAM PERMAINAN BOWLING

Lihat Lampiran D

14.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar program yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan dan
seterusnya mendatangkan manfaat khasnya kepada murid Pendidikan Khas Sekolah
Kebangsaan. Selain daripada memberikan kelainan dalam corak pengajaran dan
pembelajaran, program ini juga diharapkan dapat membentuk keyakinan diri ketika
berkomunikasi dengan dunia luar yang semakin mencabar. Semoga segala matlamat
yang ingin dicapai mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t dan memperolehi
keberkatan-Nya.
Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

…………………….......….......…………. ..................................................................................

( ) ( )
Setiausaha Program PPKI Penyelaras PPKI
Sekolah Kebangsaan Tunku Intan Safinaz Sekolah Kebangsaan Tunku Intan Safinaz

Disahkan Oleh:

……………….........................…………….

( )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan

5
Lampiran A
SENARAI NAMA MURID

BIL NAMA MURID NO. KAD NO. KAD OKU


PENGENALAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

6
Lampiran B

SENARAI NAMA PENGIRING

Bil Nama No. KP JAWATAN

1 GURU

2 GURU

3 GURU

4 PPM

6
Lampiran C

SENARAI PENGANGKUTAN
(Kereta)

No. Pendaftaran
Bil Nama Pemilik Kenderaan
Kenderaan

6
Lampiran D

SENARAI PERATURAN PROGRAM PERMAINAN BOWLING

1. Semua guru, PPM dan murid mesti menepati masa, dan semua peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa Penganjur Program.

2. Mesti mengutamakan aspek-aspek keselamatan supaya kejadian yang tidak diingini


berlaku.

3. Semua murid, guru dan PPM perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan tanpa
sebarang alasan yang boleh menyebabkan program terganggu.

4. Bagi memastikan program yang diatur tidak mengalami sebarang masalah, guru, PPM
dan murid perlu sentiasa berada dalam keadaan bersiap- sedia untuk mengikuti sebarang
aktiviti.

5. Murid tidak dibenarkan memegang jumlah wang yang banyak. Wang yang dibekalkan
oleh penjaga hendaklah diserahkan kepada guru pengiring yang akan ditugaskan
menjaga kumpulan murid di bawah jagaannya.

6. Murid mesti berjalan dalam kumpulan dan sentiasa mengikut arahan guru atau PPM.

7. Semua guru dan PPM harus menjaga keselamatan dan bertanggungjawab terhadap murid
di bawah jagaannya.

8. Jika ada murid yang ingin membeli barangan atau apa sahaja mestilah memaklumkan
kepada guru pengiring atau PPM.

6
10

Anda mungkin juga menyukai