Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA TERAPI KUDA DAN MEMANAH PPKI SK SRI LANGAT 2022

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LANGAT,


42700 BANTING, SELANGOR

LAPORAN
PROGRAM TERAPI BERKUDA DAN MEMANAH PPKI SEKOLAH KEBANGSAAN
SRI LANGAT 2022

SASARAN :
MURID – MURID PEND. KHAS SK. SRI LANGAT

TARIKH :
28 SEPTEMBER 2022
( RABU )

TEMPAT :
DEWAN AULA PERDANA

1.0 PENGENALAN

1
KERTAS KERJA TERAPI KUDA DAN MEMANAH PPKI SK SRI LANGAT 2022

Terapi merupakan satu kaedah untuk membantu seorang murid bergerak balas terhadap
aktiviti atau kemahiran. Dalam konteks Pendidikan Khas, terapi merupakan kaedah bagi
membantu individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif,
emosi, sosial dan psikomotor mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan
pengajaran dan pembelajaran. Terapi berkuda memiliki tiga manfaat utama kepada murid-
murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran iaitu olahraga, pendidikan dan
pengubatan manakala terapi memanah pula dapat membantu pelajar berkeperluan khas
untuk lebih fokus.

2.0 RASIONAL

Aktiviti ini dilaksanakan sebagai salah satu program terapi kepada murid-murid Pendidikan
Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Sri Langat. Terapi berkuda dan memanah ini dapat
meningkatkan tahap keyakinan murid-murid bermasalah pembelajaran di samping
menambahbaikan pergerakan motor halus, motor kasar dan perkembangan kecergasan
fizikal bagi menambah kemahiran kehidupan seharian.

3.0 MATLAMAT

i. Membentuk konsep kendiri yang positif dan sedar akan potensi diri sendiri.
ii. Membantu murid-murid meningkatkan nilai-nilai dalam aspek kehidupan.
iii. Meningkatkan keyakinan diri untuk bersosial dengan masyarakat.
iv. Membolehkan murid-murid meneruskan proses perkembangan diri yang lebih baik ke arah
kedewasaan yang mantap.

4.0 OBJEKTIF

i. Memberi peluang kepada murid-murid yang pasif dan selalu mengasingkan diri untuk
berinteraksi serta memupuk sikap keyakinan diri.
ii. Memupuk sikap disiplin diri di kalangan murid sewaktu menjalankan aktiviti luar
iii. Membantu murid dari segi perkembangan fizikal dan sosial.
iv. Membantu murid dalam perkembangan jasmani , motor kasar dan motor halus.
v. Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi
dengan rakan-rakan, guru dan masyarakat.
vi. Memberi keseronokan dan kegembiraan kepada murid-murid ketika mengikuti aktiviti terapi
berkuda.
vii. Mendekati murid-murid dengan alam sekitar.
viii. Melahirkan perasaan dengan betul melalui alam sekitar.

5.0 ANJURAN
2
KERTAS KERJA TERAPI KUDA DAN MEMANAH PPKI SK SRI LANGAT 2022

Program Terapi Berkuda dan memanah ini dianjurkan oleh Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI) dengan kerjasama pihak pentadbir pengurusan SK Sri Langat

6.0 TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM

TARIKH: 28 SEPTEMBER 2022


HARI: RABU

7.0 KUMPULAN SASARAN


Program ini disasarkan kepada murid-murid pendidikan khas yang berminat dan mendapat
persetujuan ibu bapa. Bilangan guru, murid dan pembantu pengurusan murid (PPM).

BIL PERKARA JUMLAH


1 Murid-murid Pendidikan 83
Khas & PRA PPKI
2 Guru Pendidikan Khas 18
3 Pembantu Pengurusan Murid 6
JUMLAH 107

8.0 MASA/ TEMPOH


Program ini akan diadakan pada 28 SEPTEMBER 2022. Program ini akan mengambil masa
iaitu bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12 tengah hari.

9.0 TEMPAT
Tempat aktiviti Program “MENGENALI DUNIA KUDA dan MEMANAH” ini akan diadakan di
Padang Sekolah SK Sri Langat

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA DAN BIDANG TUGAS

Penasihat : En. Ruslan Bin Lebai Yakub


Pengerusi : Pn. Azizah Binti Abd Rahman

3
KERTAS KERJA TERAPI KUDA DAN MEMANAH PPKI SK SRI LANGAT 2022

Penyelaras Program : En.Wan Kamarul Ariffin bin Mohamed


Setiausaha : Pn. Rosni Binti Abd Razak

AJK Persiapan Tempat : En. Mohd Ramzee Bin Abdullah


: En. Wan Kamarul Ariffin Bin Mohamed

AJK Juru Foto : Pn. Maya Mazlina Binti Misbah


: Pn. Martina Bt Abd Karim

AJK Keselamatan : Pn. Muspirah Bt Husain


: Pn. Nurul Faiz Bt Abd Razak

AJK Kawalan Murid : Semua Guru dan PPM

AJK Makanan : Pn. Hjh. Haslinda Bt Sarman


: Pn. Ereana Bt Sukirman
: Semua PPM

AJK Dokumentasi : Pn. Rosni Bt Abd Razak


: En. Wan Kamarul Ariffin Bin
Mohamed

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

4
KERTAS KERJA TERAPI KUDA DAN MEMANAH PPKI SK SRI LANGAT 2022

BI JUMLAH
BUTIR
L (RM)

1 Sewa Kuda 900

2 Sewa Memanah 300

Jumlah Keseluruhan 1200

12.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
8.00 - 8.30 Sarapan Pagi

8.30 - 8.45 Murid dan guru bergerak ke padang sekolah


8.45 - 9.00 Taklimat
9.00 - 10.30 Kumpulan A Berkuda
Kumpulan B Memanah
10.30 - 12.00 Kunmpulan B Berkuda
Kumpulan A Memanah
12.00 Aktiviti Tamat

13.0 KEKUATAN PROGRAM

Program ini dapat melibatakan semua murid Pendidikan Khas SK Sri Langat seramai 83 orang kerana
aktiviti ini dijalankan di sekolah dan pada waktu sekolah. Sehubungan itu, ramai murid yang dapat
menyertai program terapi ini.
5
KERTAS KERJA TERAPI KUDA DAN MEMANAH PPKI SK SRI LANGAT 2022

Program ini juga dapat menjimatkan masa dan kos pengangkutan kerana program terapi ini
dijalankan di sekolah.

14.0 KELEMAHAN PROGRAM

Oleh kerana cuaca hujan pada hari tersebut program ini terpaksa dijalankan di dewan terbuka. Jadi
laluan untuk murid berkuda adalah terhad kerana ruang dewan terbuka tidak begitu luas seperti di
padang sekolah.

13.0 PENUTUP

Aktiviti Terapi Berkuda dan memanah yang dijalankan di harapkan dapat memberikan
manfaat fizikal, emosi dan sosial murid-murid Pendidikan Khas. Selain itu, ia dapat
memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan. Seterusnya,
murid-murid akan dapat membina keyakinan diri, kreativiti, kawalan diri, daya pengamatan
dan konsentrasi serta membentuk tingkah laku yang sopan supaya dapat diaplikasikan dalam
kehidupan seharian. Kesimpulannya, program ini diharapkan dapat mewujudkan sokongan
dari semua pihak dalam menjayakan program ini serta membina hubungan yang lebih akrab
di antara guru-guru dan murid-murid Pendidikan Khas.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

--------------------------------------- ----------------------------------
(PN. ROSNI BINTI ABD RAZAK) (PN. AZIZAH BINTI ABD RAHMAN)
Setiausaha Program Terapi Penolong Kanan
PPKI SK SRI LANGAT PPKI SK SRI LANGAT

Disahkan oleh;

----------------------------------------------------------------
(EN. RUSLAN BIN LEBAI YAKUB )
Guru Besar
6
KERTAS KERJA TERAPI KUDA DAN MEMANAH PPKI SK SRI LANGAT 2022

SK SRI LANGAT

DOKUMENTASI BERGAMBAR

7
KERTAS KERJA TERAPI KUDA DAN MEMANAH PPKI SK SRI LANGAT 2022

8
KERTAS KERJA TERAPI KUDA DAN MEMANAH PPKI SK SRI LANGAT 2022

9
KERTAS KERJA TERAPI KUDA DAN MEMANAH PPKI SK SRI LANGAT 2022

10
KERTAS KERJA TERAPI KUDA DAN MEMANAH PPKI SK SRI LANGAT 2022

11

Anda mungkin juga menyukai