Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN.

06000 BANDAR DARULAMAN, JITRA, KEDAH

_________________________________________ __
KERTAS KERJA
_________________________________________

PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) 2021


AKTIVITI KEMBARA DAN IKHTIAR HIDUP

Tarikh:
26 APRIL 2021

Tempat:
TAMAN NEGERI PERLIS (Gua Kelam dan Gunung Perlis)

Anjuran:
PISMP AMBILAN JUN 2018 (SEM 6)

Dengan Kerjasama:
UNIT KOKURIKULUM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan
pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Sebagai seorang bakal guru, kita
perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran
profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi
baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji
selaras dengan hasrat negara.

Sempena dengan Program BIG ini, para guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) Tahun 3, Semester 1 telah diberi mandat untuk merancang aktiviti kembara
dan ikhtiar hidup di Taman Negeri Perlis. Sepanjang aktiviti tersebut, pelbagai aktiviti telah
dirancang bagi mengenali kemampuan guru pelatih dari segi fizikal, emosi, mental dan
menonjolkan sikap kepimpinan mereka.

Kembara merupakan aktiviti yang dilaksanakan untuk memupuk semangat setiakawan yang
jitu dan bekerjasama antara ahli kumpulan. Pengembaraan melibatkan semua peserta dapat
merasai akan keindahan alam sekitar dan merasai kecintaan terhadap alam sekeliling.
Tambahan pula, aktiviti kembara ini mampu memberikan ketenangan kepada para guru pelatih
yang menyertainya.

Ikhtiar Hidup di hutan merupakan suatu ilmu yang sangat berguna bagi sesiapa yang
minat aktiviti kembara di kawasan perhutanan tropika seperti di negara kita ini. Ilmunya mudah
dipelajari. Yang penting ialah semangat untuk hidup dalam menghadapi berbagai masalah dan
cabaran. Biasanya dengan semangat yang kental, berbagai masalah dapat diatasi, termasuk
berikhtiar mencari jalan keluar dengan selamat.

Terdapat 5 elemen utama dalam ikhtiar untuk hidup iaitu, api, makanan dan minuman,
tempat perlindungan, memberi isyarat dan pertolongan cemas. Kesemua elemen ini perlu
dikuasai oleh guru pelatih sebelum menjalankan aktiviti kembara ini. Pertamanya ialah, api. Api
digunakan sebagai isyarat untuk memberitahu kepada orang lain tentang kedudukan mereka
semasa berada dalam hutan. Kedua ialah, makanan dan minuman. Semasa mendaki gunung
kita perlu mambawa bekalan makanan yang ringan tetapi berprotein, bertenaga dan berkhasiat
tinggi untuk mengekalkan tenaga dalam badan.
Ketiga ialah, tempat perlindungan. Kita harus memilih tempat yang berteduh dan sesuai.
Kita perlu sentiasa memberi keutamaan kepada sumber alam semulajadi seperti gua untuk
tempat tinggal agar dapat mengurangkan penggunaan tenaga. Keempat ialah, isyarat. Isyarat
menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian orang lain untuk meminta
bantuan. Contohnya, api dan wisel. Akhirnya, pengetahuan dan kemahiran membuat
pertolongan cemas. Setiap individu yang menjalankan aktiviti luar turut wajib mempunyai
pengetahuan asas tentang pertolongan cemas.

Melalui Program BIG 2021 ini, semoga aktiviti kembara dan ikhtiar hidup akan dapat
memberi peluang kepada para guru pelatih dalam melaksanakan pembelajaran di luar bilik
darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu,
kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan.

2.0 RASIONAL

Aktiviti Kembara dan ikhtiar hidup ini berhasrat untuk membentuk kualiti guru sebagai insan
yang aktif bukan sahaja dari aspek kurikulum malahan dari aspek kokurikulum. Ia juga
mendedahkan para guru pelatih dengan kemahiran asas dalam meneruskan kehidupan apabila
berhadapan dengan situasi yang di luar jangkaan.

Melalui aktiviti ini, turut diharapkan guru pelatih mampu menyesuaikan diri dalam semua
keadaan dan situasi serta dapat bekerjasama dengan sesiapa sahaja dalam menjayakan aktiviti
ini. Aktiviti ini mendedahkan bakal guru dengan aktiviti-aktiviti luar dan pada masa yang sama
dapat meneroka persekitaran di lapangan.

Tambahan pula, aktiviti ini berharap dapat membolehkan guru pelatih supaya
mempraktikkan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik
darjah. Aktiviti ini juga dapat membantu bakal-bakal guru untuk melibatkan diri dalam aktiviti-
aktiviti yang sihat dan bermanfaat pada masa lapang.
3.0 OBJEKTIF

Objektif Aktiviti Kembara ialah :-

I. Mendedahkan para guru pelatih dengan kemahiran asas sebagai persediaan menghadapi
cabaran yang di luar jangkaan.

II. Memberi peluang kepada para guru pelatih untuk mempraktikkan pengetahuan dan
kemahiran yang telah dipelajari dalam konteks luar bilik darjah.

III. Melatih para guru pelatih supaya mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan
situasi serta mampu bertindak secara pantas dalam menghadapi segala masalah yang timbul.

IV. Melahirkan bakal guru yang mampu bekerjasama, mempunyai semangat jati diri yang tinggi,
membentuk daya saing yang kuat, sentiasa berdisiplin, berani, kreatif, ceria dan cerdas.

V. Meningkatkan kesedaran bakal guru tentang pemeliharaan khazanah alam semula jadi

4.0 MAKLUMAT PROGRAM

i. Tajuk : Program Bina Insan Guru (BIG) 2021 (Aktiviti Kembara)


ii. Tarikh : 26 APRIL 2021
iii. Hari : ISNIN
iv. Masa : 8:00 Pagi – 2:00 Petang
v. Tempoh Pelaksanaan : 6 Jam

5.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat pelaksanaan Program Bina Insan Guru (BIG) 2021 (Aktiviti Kembara dan ikhtiar hidup)
ini akan diadakan di Taman Negeri Perlis, Perlis.

6.0 KANDUNGAN AKTIVITI

5.1 Kembara Gua Kelam.

5.2 Mendaki Gunung Perlis.

5.3 Masakan Rimba.


7.0 PENDEKATAN

Program ini akan dilaksanakan melalui pendekatan berikut:-

7.1 Menerokai maklumat sejarah yang terdapat di Gua Kelam.

7.2 Pengenalan tumbuhan ubat-ubatan dan mengumpul ranting pokok di Gunung Perlis

7.3 Memasak tiga menu yang bertemakan rimba.

8.0 KUMPULAN SASARAN

Sebahagian pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2018.

KUMPULAN BILANGAN

SEJARAH 1 10

SEJARAH 2 11

BIMBINGAN DAN 15
KAUNSELING 1

BIMBINGAN DAN 15
KAUNSELING 6

JUMLAH 51

9.0 PESERTA PROGRAM

Senarai peserta program seperti di Lampiran A.

10.0 PENGANGKUTAN

Bus IPGKDA.

11.0 NAMA PENSYARAH PENGANJUR


Encik Mohd Sidek bin Muhamad

12.0 JADUAL AKTIVITI

Rujuk Lampiran B

13.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Rujuk Lampiran C

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA SEUNIT (RM) HARGA (RM)

1. Makanan dan minuman RM 1.80 × 51 RM 91.80

(roti dan air mineral)

2. Tepung gandum RM 2.40 x 5 RM 12.00

3. Ubi kentang RM 2.00 x 8 RM 16.00

4. Sardin tin RM 4.00 x 8 RM 32.00

5. Kotak Mancis RM 0.30 x 6 RM 1.80

6. Yuran masuk RM 2.00 × 51 RM 102.00

JUMLAH HARGA KESELURUHAN RM 255.60

15.0 PERALATAN

BIL PERKARA KUANTITI


1. Mess Tin 10 unit

2. Peti Pertolongan Cemas 2 unit

3. Kompas 5 unit

4. Pisau / Parang 5 bilah

5. Tali Statik 5 unit

6. Tali Dinamik 5 unit

7. Mancis / Pemetik Api 6 unit

8. Wisel 51 unit

16.0 KEMUDAHAN TEMPAT AKTIVITI

- Kawasan lapang yang sesuai untuk aktiviti memasak

- Kawasan persekitaran yang mempunyai dahan-dahan dan ranting-ranting kering

- Mempunyai laluan yang sesuai untuk aktiviti kembara dan ikhtiar hidup

- Mempunyai tapak perkhemahan

17.0 PENUTUP

Diharapkan kertas kerja ini dapat menjelaskan dengan terperinci tentang keperluan untuk
menguruskan Program Bina Insan Guru (BIG) 2021 (Aktiviti Kembara dan ikhtiar hidup).
Berdasarkan justifikasi yang diberi, diharapkan kertas kerja ini akan mendapat pertimbangan
dan kelulusan daripada Tuan Pengarah serta pengurusan IPGKDA.

Disediakan oleh,
............................................

( )

Setiausaha,

Aktiviti Kembara,

Program Bina Insan Guru 2021,

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.

Disemak Oleh,

……………………………….......

(MOHD SIDEK BIN MUHAMAD)

Ketua Pensyarah Penyelaras BIG,

Unit Kokurikulum,

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.

BAHAGIAN A : KETUA JABATAN / KETUA UNIT

Data dan maklumat yang diberikan adalah betul.

Butiran kewangan yang diberikan adalah betul.

Telah disemak dengan teliti.


Disokong / Tidak Disokong.

ULASAN:
……………………………………………………………………………………………….......................
............................................................................................................

........................................... ....................................................
(Tarikh) (Tandatangan & Cop)

BAHAGIAN B: PENOLONG AKAUNTAN

Kewangan mengizinkan / tidak mengizinkan.

Diperuntukan yang akan digunakan ialah ..............................

Kenderaan boleh digunakan / tidak boleh digunakan pada tarikh /


Masa tersebut.

ULASAN:
……………………………………………………………………………………………….......................
...............................................................................................................

..................................... ....................................................
(Tarikh) (Tandatangan & Cop)
BAHAGIAN C : TIMBALAN PENGARAH

Tarikh sesuai / tidak sesuai


.

Masa sesuai / tidak sesuai.

Tempat sesuai / tidak sesuai.

Pensyarah Pengiring diluluskan untuk ……………… orang sahaja.


(...............lelaki / .................perempuan)

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN.

ULASAN:…………………………………………………………………………..................

...........................................................................................................................

.......................................... ..................................................
(Tarikh) (Tandatangan & Cop)

BAHAGIAN D : PENGARAH

Tarikh sesuai / tidak sesuai.

Masa sesuai / tidak sesuai.

Tempat sesuai / tidak sesuai.

Pensyarah Pengiring diluluskan untuk ……………… orang sahaja.


(...............lelaki / .................perempuan)

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN.

ULASAN:…………………………………………………………………………..................

...........................................................................................................................

.......................................... ..................................................
(Tarikh) (Tandatangan & Cop)

Anda mungkin juga menyukai