Anda di halaman 1dari 30

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH.

KERTAS KERJA PROJEK PESERTA


IPG KAMPUS DARULAMAN

PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 3


AKTIVITI ABSEILING

TARIKH : 25 JANUARI 2021

MASA : 12:30 TENGAH HARI- 6:30 PETANG

TEMPAT : TAMAN REKREASI SUNGAI SEDIM, KULIM, KEDAH

ANJURAN : PELAJAR PISMP SEMESTER 6 AMBILAN JUN 2018 INSTITUT

PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN


1.0 PENDAHULUAN:

Program Bina Insan Guru (BIG) diwujudkan sebagai satu program yang membantu
membina insan guru yang cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Matlamat FPK adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dan menyeluruh dari
aspek JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Oleh itu, program BIG
diwajibkan untuk semua pelajar Institut Pendidikan Guru Semester 6 dan pelajar perlulah
mengadakan BIG sepanjang lima hari empat malam. BIG Siri 3 pada 25 hingga 29 Januari
2021 di Taman Rekreasi Sungai Sedim, Kulim, Kedah. Mengikut jadual BIG siri 3, aktiviti
abseiling akan dijalankan pada hari pertama, kira-kira 12:30 tengah hari- 6:30 petang.

Abseiling merupakan sesuatu sukan rekreasi yang melibatkan perilaku fizikal dan
mental yang kuat. Aktiviti ini adalah mengawal penurunan ke bawah paras yang hampir
menegak, seperti permukaan tebing batu, dengan menggunakan tali ganda yang melingkar
di sekitar tubuh dan dipasang ke beberapa titik yang lebih tinggi. Aktiviti abseiling ini
memerlukan kemahiran dan teknik yang sangat tinggi serta memerlukan daya tahan diri
yang kuat untuk melakukan aktiviti tersebut dengan lancar kerana aktiviti ini memerlukan
daya ketahanan otot tangan dan kaki yang kuat untuk membuat pergerakan penurunan.
Tambahan pula, pendaki haruslah menguasai kemahiran imbangan. Apabila tebing atau
cerun terlalu curam atau membahayakan untuk turun tanpa perlindungan, pendaki akan
menggunakan teknik ini. Hal ini dikatakan demikian kerana ia dapat mengelakkan penambat
yang sedia ada daripada rosak. Melalui aktiviti abseiling, para peserta dapat mempelajari
cara-cara atau teknik penggunaan tali atau penurunan tali dengan menggunakan peralatan-
peralatan khas.

2.0 RASIONAL:

Aktiviti abseiling memerlukan teknik dan kemahiran yang sangat tinggi. Oleh yang demikian,
latihan yang bersistem dapat membina keyakinan diri yang tinggi kepada pelajar walaupun
aktiviti ini kelihatan amat membahayakan. Oleh itu, aktiviti abseiling yang akan dijalankan
dalam BIG ini untuk memberi peluang kepada pelajar mempunyai keyakinan yang tinggi
bagi menghadapi cabaran.

3.0 OBJEKTIF
Melalui aktiviti abseiling, peserta dapat mencapai objektif berikut:
3.1 Pelajar dapat mengenal pasti dan menguasai teknik-teknik yang perlu dipraktikkan
semasa aktiviti abseiling dijalankan.
3.2 Pelajar dapat meningkatkan pengetahuan serta kemahiran tentang segala aktiviti dan
alatan yang berkaitan dengan aktiviti abseiling.
3.3 Pelajar dapat meningkatkan kecergasan mental dengan sentiasa bersemangat positif
dan tidak putus asa semasa menurun dari tempat tinggi untuk menjaga keselamatan
diri semasa menjalankan abseiling.
3.4 Pelajar dapat memahami langkah-langkah keselamatan yang perlu diikuti sebelum,
semasa dan selepas pelaksanaan aktiviti abseiling.
3.5 Pelajar dapat memupuk dan membina sifat keyakinan dan keberanian semasa
melakukan aktiviti abseiling kerana berada di gunung yang curam supaya dapat
menghadapi cabaran pada masa hadapan.

4.0 TARIKH
Tarikh: 25 Januari 2021
Hari: Isnin
Masa: 12:30 tengah hari- 6:30 petang (6 jam)

5.0 TEMPAT
Tempat pelaksanaan program Bina Insan Guru (BIG) 2021 (Aktiviti Abseiling) akan
diletakkan di Taman Rekreasi Sungai Sedim, Kulim, Kedah.

Pemilihan lokasi aktiviti:


 Mematuhi peraturan undang-undang lokasi
 Mendapat permit bertulis daripada pihak berkuasa yang terlibat.
 Permit bertulis seperti di Lampiran A
RUJUK LAMPIRAN A

6.0 KUMPULAN SASARAN


Aktiviti Abseiling bagi Program Bina Insan Guru (BIG) Siri 3 melibatkan 40 orang
Pelajar Semester 6 PISMP Ambilan Jun 2018 IPG Darulaman.
Lelaki : 6 Orang
Perempuan : 34 Orang
Pensyarah pengiring : 4 orang
6.1 Senarai nama peserta
RUJUK LAMPIRAN B
6.2 Senarai nama peserta dalam kumpulan
RUJUK LAMPIRAN C
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

RUJUK LAMPIRAN D

8.0 SENARAI JAWATANKUASA


8.1 Senarai Jawatankuasa Tertinggi

RUJUK LAMPIRAN E

8.2 Senarai Jawatankuasa Pelaksana (Aktiviti Abseiling)

RUJUK LAMPIRAN F

9.0 TENTATIF PROGRAM

9.1 Tentatif Big Siri 3

RUJUK LAMPIRAN G

9.2 Tentatif Aktiviti Abseiling

RUJUK LAMPIRAN H

10.0 PERALATAN
RUJUK LAMPIRAN I

11.0 PENUTUP
Aktiviti Abseiling adalah satu rancangan anjuran pelajar PISMP Semester 6 Ambilan Jun
2018. Kertas cadangan ini dapat memberi gambaran yang jelas tentang aktiviti abseiling
telah dirancang supaya aktiviti ini dapat digerakkan dengan lancar kerana mendapat
bantuan daripada pelbagai pihak, pensyarah dan para jurulatih. Aktiviti diharap dapat
membantu para pelajar untuk meningkatkan pengalaman dan pengetahuan dalam
merancang aktiviti mahupun mendapat kemahiran menjalankan aktiviti BIG. Di samping itu,
aktiviti abseiling adalah untuk memastikan pelajar menguasai kemahiran dan teknik-teknik
bagi membina guru yang seimbang dari segi JERIS untuk mencapai matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Semoga pihak pengarah dapat membuat pertimbangan yang
sewajarnya dan meluluskan kertas kerja ini. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih
terlebih dahulu terhadap perhatian dan tindakan daripada pihak tuan.
Disediakan oleh, Disokong oleh,

__________________ ______________________
(KOH YUI YIN)
Setiausaha (DR. Unit
Ketua Kokurikulum
HJ. KHAIRU NUZUL @ MOHD
Bina Insan Guru 2021 KHAIRUL NUZUL HASSAN)
IPG Kampus Darulaman
Ketua Unit Kokurikulum
IPG Kampus Darulaman

Disemak oleh, Diluluskan oleh,

___________________ ___________________________
(EN. MOHD SIDEK BIN MUHAMAD)
(TUAN HAJI HASHIM BIN ASMAN)
Penyelaras Pengarah
Bina Insan Guru 2021 Pengarah
IPG Kampus Perlis
IPG Kampus Darulaman IPG Kampus Darulaman
BHG. A : PENGESAHAN KETUA JABATAN/KETUA UNIT

Data / maklumat yang diberikan adalah betul.

Butiran kewangan yang diberikan adalah betul.

Telah disemak dengan teliti.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

............................................. ..........................................

( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )


BHG B : PENGESAHAN PENOLONG AKAUNTAN

Kewangan mengizinkan / tidak mengizinkan

Peruntukkan yang akan digunakan ialah : ……………………..

Kenderaan boleh digunakan / tidak boleh digunakan pada tarikh / masa

tersebut.

Ulasan ( jika ada )


……………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………….......

........................................... ...........................................

( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )


BHG. C : KELULUSAN TIMBALAN PENGARAH

Tarikh sesuai / tidak sesuai

Masa sesuai / tidak sesuai

Tempat sesuai / tidak sesuai

Pensyarah pengiring diluluskan untuk …………. Orang sahaja

(…………….Lelaki / ………………….Perempuan )

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

Ulasan ( jika ada ) :


……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………...........................................
.............................................................................................................................

............................................. ..............................................

( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )


BHG. D : KELULUSAN PENGARAH

Tarikh sesuai / tidak sesuai

Masa sesuai / tidak sesuai

Tempat sesuai / tidak sesuai

Pensyarah pengiring diluluskan untuk …………. Orang sahaja

(…………….Lelaki / ………………….Perempuan )

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

Ulasan ( jika ada ) :


……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………...........................................
.............................................................................................

............................................. ..............................................

( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )


RUJUKAN
CARA PELAKSANAAN AKTIVITI ABSEILING
Persiapan Aktiviti
Pemilihan Tapak Aktiviti
Keselamatan dalam aktiviti merupakan perkara yang diutamakan. Justeru itu,
permilihan tapak aktiviti menjadi salah satu aspek yang perlu ditinjau. Dalam permilihan
tapak abseiling, terdapat beberapa ciri-ciri harus diambil kira. Yang pertama ialah kesukaran
tapak. Semasa memilih tapak, ia tidak boleh terlalu sukar dan harus sesuai dengan
peringkat umur aktiviti. Selain itu, memastikan tiada batuan yang akan longgar bila dipijak.
Hal ini penting, kerana ia akan menyebabkan abseiler jatuh atau menyebabkan jatuhan
batuan di sekitar lain.

Di samping itu, permukaan tapak abseiling mestilah dipastikan tidak terlalu licin yang
susah dipijak dan menjejaskan proses menaik dan menurun. Tambahan pula, kawasan yang
dipilih harus bebas dari tiuan angin yang kuat. Hal ini kerana untuk memastikan
keselamatan abseiler dalam proses penurunan. Akhirnya, tapak haruslah kukuh dan tidak
pernah berlaku sebarang keruntuhan tanah disekitar atau ditapak.

Standard Operation Procedure (SOP)

Kumpulan kami telah diberi amanah untuk merancang aktiviti abseiling. Selepas itu,
kumpulan kami telah mencari maklumat tentang aktiviti abseiling. Justeru itu, kami telah
berbincang dan mencapai persetujuan terhadap cara pelaksanaan aktiviti.

Selain itu, kursus BIG ini juga membantu guru membina ciri-ciri dan perwatakan
insan pendidikan yang berpengetahuan, berdaya maju, berdaya tahan, dan berdaya saing.
Kursus ini juga menekankan pembentukan diri guru secara holistik dan kontekstual. Melalui
perkhemahan ini, para guru akan diterapkan dengan ciri-ciri, potensi dan citra diri seorang
insan guru, pembinaan self-esteem, membina daya saing yang tinggi di samping mampu
membuat refleksi diri dalam menghadapi cabaran-cabaran yang akan dihadapi dalam
profesion perguruan pada masa yang akan datang.

SOP Sebelum Aktiviti

Pertama sekali, jurulatih haruslah mengenal pasti tempat atau lokasi aktiviti berkenaan.
Selepas itu, keadaan cuaca dan musim haruslah dikenal pasti dan jurulatih akan berhubung
dengan penduduk tempatan untuk mendapatkan maklumat aktiviti. Di samping itu, jurulatih
haruslah bertanggungjawab dan mempunyai pengetahuan menyeluruh tentang peserta,
agihan kumpulan dan aktiviti yang ingin dijalankan. Seterusnya, jurulatih haruslah memberi
taklimat tentang abseiling. Jurulatih juga bertanggungjawab mengingat peserta mengenai
konservasi dan menjaga kebersihan alam sekitar
Di samping itu, jurulatih juga haruslah melaksanakan taklimat peralatan. Setiap peserta
diberikan nombor panggilan supaya mudah mengesan para peserta. Selain itu, jurulatih juga
haruslah menjelaskan peraturan dan prosedur keselamatan. Selain itu, aspek keselamatan
juga harus diambil kira pada setiap masa dan mengetahui tindakan yang perlu diambil jika
berlaku kecemasan. Seterusnya, jurulatih haruslah memastikan peserta memakai pakaian
yang lengkap, bersesuaian dan selamat.

Bukan itu sahaja, jurulatih juga haruslah menyatakan dan menjelaskan peralatan yang
digunakan untuk aktiviti abseiling. Tuntasnya, Helmet, Hand Glove, Harness, Hardware
(Karabinar dan Figure of eight), Hoof (Alas kaki / Kasut bertutup) dan tali kermantel. Selain
itu, jurulatih juga haruslah melaksanakan latihan dan tunjuk cara ikatan atau simpulan yang
berguna dalam abseiling. Contohnya, Simpulan tindih kasih (safety line), Simpulan no 8
(figure of 8), Ikatan manuk dan Ikatan Roundturn ½ hitches.

Seterusnya, taklimat keselamatan juga haruslah dilaksanakan oleh jurulatih. Pertama


sekali, setiap peserta diberikan nombor panggilan dan haruslah menjelaskan peraturan dan
prosedur keselamatan. Selain itu, jurulatih juga haruslah memastikan aspek keselamatan
diambilkira pada setiap masa dan mengetahui tindakan yang perlu diambil jika berlaku
kecemasan dan juga cara pemakaian peserta. Di samping itu, jurulatih patut menyatakan
dan mengagihkan peralatan-peralatan dan bahan masakan yang diperlukan semasa aktiviti
abseiling mengikut kumpulan. Akhirnya, jurulatih haruslah memastikan setiap kumpulan
bertanggungjawab dan menjaga semua peralatan dan bahan yang diberikan

Sebelum aktiviti dijalankan, peserta haruslah berpakaian yang sesuai untuk aktiviti
abseiling. Contohnya, pakaikan helmet, hand glove dan hoof sewaktu menjalankan aktiviti
abseiling. Seterusnya, peserta hanya dibenarkan pergerakan dalam kumpulan. Setiap
pergerakan mesti mendapat kebenaran jurulatih terlebih dahulu dan peserta mestilah berada
dalam keadaan sihat fizikal dan mental. Selain itu, peserta juga haruslah memastikan alat
kelengkapan seperti Helmet, Hand Glove, Harness, Hardware (Karabinar dan Figure of
eight), Hoof (Alas kaki / Kasut bertutup) dan Tali kermantel hendaklah dalam keadaan baik
dan boleh digunakan.

SOP Semasa Aktiviti

Semasa aktiviti dilaksanakan, jurulatih dan peserta akan mengadakan bacaan doa
sebelum memulakan aktiviti abseiling. Selepas itu, jurulatih akan menyemak bilangan
peserta sebelum bergerak manakala peserta haruslah mendaki mengikut arahan jurulatih.
Peserta haruslah melakukan pergerakan yang bersesuaian dengan bentuk muka bumi
seperti mendaki, menurun, melalui air dan sebagainya. Peserta juga diwajibkan mematuhi
semua arahan semasa abseiling.
Prosedeur pelaksanaan:

Dalam fasa 1, tindakan pemakaian peralatan akan dilaksanakan. Jurulatih dan


peserta haruslah memastikan mematuhi 5H (helmet, hand glove, harness, hardware dan
hoof). Pertama sekali, pemakaian helmet. Jurulatih dan peserta haruslah memastikan
helmet diikat sesuai dengan peserta dan peserta adalah digalakkan memakai topi peribadi
terlebih dahulu sebelum mengenakan helmet.

Seterusnya, pemakaian hand glove. Peserta haruslah memastikan bahawa tidak


memakai cincin pada mana-mana jari dan juga memeriksa keadaan glove sebelum pakai.
Seterusnya, peserta diminta menyelitkan glove di atas bahu di bawah baju dan diingatkan
bahawa sentiasa memakai glove sebelum melakukan abseiling. Selain itu, harness juga
wajib dipakai oleh setiap peserta. Harness yang dipakai haruslah dikemaskan dengan
mengetatkan bahagian pinggang terlebih dahulu diikuti bahagian peha.

Di samping itu, pemasangan hardware (Karabiner dan Figure of eight) akan


dilaksanakan. Pertama sekali, karabiner akan diipasangkan pada bahagian loop. Kemudian.
melekatkan figure of eight pada karabiner. Akhirnya, selitkan di bahagian pinggang harness.
Seterusnya, pemakaian hoof adalah diwajibkan kepada setiap peserta. Hoof yang dipakai
haruslah mengambil perhatian bahawa tali kasut haruslah sentiasa terikat. Akhir sekali,
peserta akan disemak secara buddy sistem.

Dalam fasa 2, jurulatih dan peserta akan pergerakan ke lokasi puncak mula. Jurulatih
dan peserta akan diminta menggunakan trek sebelum bergerak. Sebelum pergerakan,
peserta harus mohon kebenaran kepada ketua kumpulan untuk meneruskan perjalanan.
Selain itu, peserta juga akan diminta berhati-hati sepanjang perjalanan dan diminta
melaporkan diri kepada jurulatih apabila tiba di lokasi puncak. Selepas itu, peserta haruslah
menggunakan tangga iaitu tower atau pokok. Peserta haruslah minta kebenaran untuk
“ladder on” dan “climbling” sebelum bertindak. Peserta adalah dinasihatkan bahawa sentiasa
berhati-hati semasa mendaki. Akhir sekali, peserta haruslah memasang tali keselamatan ”
Safety 1 on” dan jurulatih harus pastikan peserta memakai tali keselamatan sepanjang
berada di lokasi puncak mula.

Dalam fasa 3, persediaan melakukan abseiling akan dilaksanakan. Setelah


memasang dan menguji semua peralatan dan langkah keselamatan seperti tangga tali, tali
utama dan tali keselamatan. Pertama sekali pasang ikatan abah-abah dengan kemas, juga
laraskan ikatan pada bahagian pinggang dan peha mengikut keselesaan abseiler.
Seterusnya pasang karabiner pada harness dan pasang figure of eight pada karabiner.
Memastikan topi keselamatan dan sarung tangan dipakai dengan kemas dan ketekatan
yang selesa. Sebelum memanjat tangga tali, pasang ascender tali keselamatan (safety one)
pada karabiner. Setelah tali keselamatan siap dipasang, berteriak dengan menyebut “safety
one on”. Panjat tangga tali sehingga ke lokasi permulaan. Apabila sampai dilokasi
permulaan, pasang tali keselamatan kedua dan buka tali keselamatan pertama. Berteriak
dengan menyebut “safety one off, safety two on”. Keluarkan “figure of eight” daripada
karabiner dan pasang tali utama pada “figure of eight”. Pasang dan kunci “figure of eight”
pada karabiner. Pastikan karabiner telah dikunci dengan kemas. Ambil kedudukan dan
berteriak dengan menyebut “safety two off, safety three on”. Beri isyarat atau minta
kebenaran untuk turun, sebagai contoh: “Saya (nama) minta kebenaran untuk turun, tuan”.
Tunggu sehingga isyarat kebenaran turun “belay on” diberikan oleh pembantu yang menjaga
hujung utama di bawah.

Dalam fasa 4, tindakan pendaratan haruslah dilaksanakan. Apabila selamat menjejak


kaki ke tanah, peserta perlu jerit “on land”. Kemudian buka tali kedua tali dan sebut ”rope
off”. Kemudian, peserta haruslah mengucapkan “terima kasih, belayer”.

SOP Selepas Aktiviti


Selepas aktiviti abseiling dijalankan, jurulatih haruslah menyemak bilangan peserta
dengan bilangan yang cukup. Seterusnya, jurulatih haruslah memastikan semuanya selamat
dan jika ada yang tercedera, pastikan mendapat rawatan yang sepatutnya. Bagi peserta
pula, peserta haruslah berehat dan menguruskan keperluan diri. Kemudian, jurulatih dan
peserta haruslah melaksanakan sesi refleksi melalui perbincangan dan sumbangsaran.
Selepas itu, borang yang merangkumi aspek pengalaman aktiviti,kekuatan dan kelemahan
diri, kesedaran dan kegunaan masa kini dan masa hadapan harus disediakan dan diisi.
Akhir sekali, jurulatih akan membuat rumusan tentang aktiviti yang dijalankan serta diakhiri
dengan bacaan doa.
LAMPIRAN
LAMPIRAN A

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS DARULAMAN
BANDAR DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH DARULAMAN
Telefon Pejabat: 04-9148300 Fax: 04-9175492

Laman Web: http//:www.ipda.edu.my

Ruj kami: IPGKDA 800-10 ( 87)

Tarikh : 01 DISEMBER 2020

Ketua Polis Daerah Kulim, Kedah

Balai Polis Kulim,

Polis Diraja Malaysia

Kampung Ayer Merah,

09000 Kulim, Kedah

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT KAWALAN POLIS SEMPENA


AKTIVITI BINA INSAN GURU (BIG)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak institut akan mengadakan aktiviti Bina Insan Guru (BIG)
pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 25 Januari 2021

Hari : Isnin

Masa : 7.00 pagi hingga 1.00 petang

Tempat : TAMAN REKREASI SUNGAI SEDIM, KULIM, KEDAH


Bilangan murid: 40 orang

3. Memandangkan kami amat menitikberatkan soal keselamatan para siswa pendidik


sepanjang aktiviti tersebut, kami memohon kerjasama pihak tuan untuk menghantar anggota
tuan bagi membuat rondaan di kawasan aktiviti Bina Insan Guru (BIG) tersebut dijalankan
bagi menjamin keselamatan siswa pendidik dan kelancaran aktiviti.

4. Pihak institut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kerjasama yang


diberikan.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

........................................

(KOH YUI YIN)

SETIAUSAHA

BINA INSAN GURU 2021

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARULAMAN
BANDAR DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH DARULAMAN
Telefon Pejabat: 04-9148300 Fax: 04-9175492
Laman Web: http//:www.ipda.edu.my

Ruj kami: IPGKDA 800-10 ( 87)

Tarikh : 01 DISEMBER 2020

Ketua Bomba Daerah Kulim, Kedah

Balai Bomba Kulim,

Jalan Mahang,

Kampung Kelang Lama,

09000 Kulim, Kedah

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT BANTUAN BOMBA SEMPENA


AKTIVITI BINA INSAN GURU (BIG)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak institut akan mengadakan aktiviti Bina Insan Guru (BIG)
pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 25 Januari 2021

Hari : Isnin

Masa : 7.00 pagi hingga 1.00 petang

Tempat : TAMAN REKREASI SUNGAI SEDIM, KULIM, KEDAH

Bilangan murid: 40 orang


3. Memandangkan kami amat menitikberatkan soal keselamatan para siswa pendidik
sepanjang aktiviti tersebut, kami memohon kerjasama pihak tuan untuk menghantar anggota
tuan bagi membuat persediaan bantuan bomba di kawasan aktiviti Bina Insan Guru (BIG)
tersebut dijalankan bagi menjamin keselamatan siswa pendidik dan kelancaran aktiviti.

4. Pihak institut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kerjasama yang


diberikan.

Sekian terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

........................................

(KOH YUI YIN)

SETIAUSAHA

BINA INSAN GURU 2021

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARULAMAN
BANDAR DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH DARULAMAN
Telefon Pejabat: 04-9148300 Fax: 04-9175492
Laman Web: http//:www.ipda.edu.my

Ruj kami: IPGKDA 800-10 ( 87)

Tarikh : 01 DISEMBER 2020

Pengarah hospital Daerah Kulim, Kedah

Hospital Kulim

Lebuh Taman Perindustrian,

Taman Kulim Hi-tech,

09090 Kulim, Kedah

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT BANTUAN PERUBATAN


SEMPENA AKTIVITI BINA INSAN GURU (BIG)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak institut akan mengadakan aktiviti Bina Insan Guru (BIG)
pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 25 Januari 2021

Hari : Isnin

Masa : 7.00 pagi hingga 1.00 petang

Tempat : TAMAN REKREASI SUNGAI SEDIM, KULIM, KEDAH

Bilangan murid: 40 orang


3. Memandangkan kami amat menitikberatkan soal keselamatan para siswa pendidik
sepanjang aktiviti tersebut, kami memohon kerjasama pihak tuan untuk menghantar anggota
tuan bagi membuat persediaan bantuan perubatan di kawasan aktiviti Bina Insan Guru (BIG)
tersebut dijalankan bagi menjamin keselamatan siswa pendidik dan kelancaran aktiviti.

4. Pihak institut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kerjasama yang


diberikan.

Sekian terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

........................................

(KOH YUI YIN)

SETIAUSAHA

BINA INSAN GURU 2021

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

LAMPIRAN B
Senarai nama Peserta BIG Siri 3

BIL KELAS NAMA IC


1 SEJ 1 Chia Wan Ying 991005-02-5638
2 SEJ 1 Ek Ying Ying 990907-08-5010
3 SEJ 1 Manimala A/P Subramaniam 971122-10-6930
4 SEJ 1 Nishanthini A/P Ravi 991212-01-5360
5 SEJ 1 Pavitra A/P Kanthasamy 980214-08-6070
6 SEJ 1 Sairam A/L Krishnamutty 980205-01-6927
7 SEJ 1 Teoh Yun Fang 990705-07-5500
8 SEJ 1 Thenkani A/P Murugaiya 981022-07-5478
9 SEJ 1 Yeoh Sin Ying 991116-02-5366
10 SEJ 1 Yogasangaari A/P Jessenggar 980320-02-5060
11 SEJ 2 Chuan Yuen Ying 980929-06-5564
12 SEJ 2 Gunarekha A/P Raman 990712-02-5528
13 SEJ 2 Hamshamugi A/P Loganathan 990905-02-5524
14 SEJ 2 Koh Yui Yin 990406-01-6148
15 SEJ 2 Koi Pei Rui 990115-02-7322
16 SEJ 2 Lan Tyze Yin 990723-14-6296
17 SEJ 2 Lee Ee-Wen 980818-08-6450
18 SEJ 2 Leuk Tien Tien 980623-08-5722
19 SEJ 2 Mohaneeswari A/P Ibrahim 990813-02-5340
20 SEJ 2 Sharran A/L Loganadzan 991009-02-5475
21 SEJ 2 Suja A/P Sukumaran 991218-10-5412
22 BNK 1 Durgaswary‌‌A/P‌‌Jayabalan‌ 980211-35-5132‌
23 BNK 1 Goh Jing Xian 991112-07-6019‌
24 BNK 1 Nur‌‌Umairah‌‌Nazirah‌‌Binti‌‌Mazlan 981013-01-5510
25 BNK 1 Puvan‌‌Raj‌‌A/L‌‌Vignasvaran‌ 990408-08-7193‌
26 BNK 1 Siti‌‌Nurnadiah‌‌Binti‌‌Abdullah‌ 971209-03-6998‌‌
27 BNK 6 Ainaa Najiha Bt Paizull Azhar 990406-02-5458
28 BNK 6 Khairunnisahusna Bt Jamaluddin 981123-08-7136
29 BNK 6 Khor Hooi Ting 991128-07-5854
30 BNK 6 Muhammad Aliff Iqbal Bin Hamzah 991231-08-6081
31 BNK 6 Noor Aqilah Binti Agus Salim 990107-02-8288
32 BNK 6 Nor Hidayah Binti Moktarudin 990424-14-6472
33 BNK 6 Nurdinie Syahira Bt Mohd Anuar 990425-07-6074
34 BNK 6 Nur Aina Najihah Bt Arzmi 990423-06-6040
35 BNK 6 Nur Amira Binti Yassin 980119-46-5216
36 BNK 6 Patricia Sudan Anak Awil 980521-13-5776
37 BNK 6 Richard Lau Yue Hong 990613-13-5641
BNK 6 Sarweswary A/P Sivakumar 990621-08-9120
38
39 BNK 6 Teoh Pei Cheen 991114-07-5896
40 BNK 6 Thamarai A/P Kottappan 990912-10-5776

LAMPIRAN C
Senarai nama peserta dalam kumpulan BIG (Siri 3)

Kumpulan Peserta Kelas


1. 1. Chia Wan Ying SEJ 1
2. Yogasangaari A/P Jessenggar SEJ 1
3. Gunarekha A/P Raman SEJ 2
4. Durgaswary A/P Jayabalan BNK 1
5. Muhammad Aliff Iqbal Bin Hamzah BNK 6
2. 1. Ek Ying Ying SEJ 1
2. Hamshamugi A/P Loganathan SEJ 2
3. Goh Jing Xian BNK 1
4. Khairunnisahusna Bt Jamaluddin BNK 6
5. Noor Aqilah Binti Agus Salim BNK 6
3. 1. Manimala A/P Subramaniam SEJ 1
2. Chuan Yuen Ying SEJ 2
3. Puvan Raj A/L Vignasvaran BNK 1
4. Nurdinie Syahira Bt Mohd Anuar BNK 6
5. Teoh Pei Cheen BNK 6
4. 1. Nishanthini A/P Ravi SEJ 1
2. Koh Yui Yin SEJ 2
3. Siti Nurnadiah Binti Abdullah BNK 1
4. Richard Lau Yue Hong BNK 6
5. Thamarai A/P Kottappan BNK 6
5. 1. Sairam A/L Krishnamutty SEJ 1
2. Koi Pei Rui SEJ 2
3. Lan Tyze Yin SEJ 2
4. Nur Aina Najihah Bt Arzmi BNK 6
5. Nur Amira Binti Yassin BNK 6
6. 1. Pavitra A/P Kanthasamy SEJ 1
2. Lee Ee-Wen SEJ 2
3. Leuk Tien Tien SEJ 2
4. Patricia Sudan Anak Awil BNK 6
5. Nur Aina Najihah Bt Arzmi BNK 6
7. 1. Teoh Yun Fang SEJ 1
2. Thenkani A/P Murugaiya SEJ 1
3. Mohaneeswari A/P Ibrahim SEJ 2
4. Nor Hidayah Binti Moktarudin BNK 6
5. Sarweswary A/P Sivakumar BNK 6
8. 1. Yeoh Sin Ying SEJ 1
2. Sharran A/L Loganadzan SEJ 2
3. Suja A/P Sukumaran SEJ 2
4. Ainaa Najiha Bt Paizull Azhar BNK 6
5. Khor Hooi Ting BNK 6

LAMPIRAN D
ANGGARAN PERBELANJAAN

7.1 Makanan pelajar dan pensyarah RM5.00 x 44 =RM220.00

7.2 Carabinar RM15.00 x 8 =RM120.00

7.3 Hadiah RM2.50 x 44

=RM110.00

7.4 Tali kermantle RM35.00 x 5 =RM175.00

Jumlah =RM425.00
LAMPIRAN E
Senarai Jawatankuasa Tertinggi BIG Siri 3

Penaung Tuan Haji Hashim bin Asman


Pensyarah Penasihat Mohd Sidek Bin Muhammad
Pengerusi Sharran A/L Loganadzan
Timbalan Pengerusi Ainaa Najiha Bt Paizull Azhar
Setiausaha Koh Yui Yin
Penolong Setiausaha Nur Umairah Nazirah Binti Mazlan
Bendahari Yeoh Sin Ying
Penolong Bendahari Sairam A/L Krishnamutty

LAMPIRAN F

Senarai Jawatankuasa Pelaksana (Aktiviti Abseiling)


Penaung : Tuan Haji Hashim bin Asman
Pensyarah Penasihat : Dr. Hj. Khairu Nuzul @ Mohd Khairul Nuzul Hassan
Penyelaras Aktiviti Abseiling: 1. Nishanthini a/p Ravi
2. Lan Tyze Yin

Biro Dokumentasi Dan Publisiti


Ketua: Chia Wan Ying
Ahli-Ahli: 1. Muhammad Aliff Iqbal Bin Hamzah
2. Noor Aqilah Binti Agus Salim
3. Suja A/P Sukumaran
4. Hamshamugi A/P Loganathan

Biro Keselamatan Dan Kebersihan


Ketua: Nur Amira Binti Yassin
Ahli-Ahli: 1. Sarweswary A/P Sivakumar
2. Teoh Pei Cheen
3. Goh Jing Xian
4. Yogasangaari A/P Jessenggar
5. Richard Lau Yue Hong

Biro Makanan
Ketua: Nur Aina Najihah Bt Arzmi
Ahli-Ahli: 1. Ek Ying Ying
2. Durgaswary A/P Jayabalan
3. Siti Nurnadiah Binti Abdullah
4. Chuan Yuen Ying
Biro Pengangkutan Dan Perjalanan
Ketua: Lee Ee-Wen
Ahli-Ahli: 1. Gunarekha A/P Raman
2. Manimala A/P Subramaniam
3. Patricia Sudan Anak Awil
4. Koi Pei Rui

Biro Peralatan
Ketua: Khairunnisahusna Bt Jamaluddin
Ahli-Ahli: 1. Khor Hooi Ting
2. Nor Hidayah Binti Moktarudin
3. Puvan Raj A/L Vignasvaran
4. Teoh Yun Fang
5. Thenkani A/P Murugaiya

Biro Hadiah dan Buku Program


Ketua: Thamarai A/P Kottappan
Ahli-Ahli: 1. Leuk Tien Tien
2. Mohaneeswari A/P Ibrahim
3. Nurdinie Syahira Bt Mohd Anuar
4. Pavitra A/P Kanthasamy
LAMPIRAN G
TENTATIF BIG SIRI 3 2021

HARI 25.01.2021 (Isnin)


MASA 7.00am- 7.30am- 8.00am- 8.30am- 10.30am- 11.30am- 12.30pm- 6.30pm
7.30am 8.00am 8.30am 10.30am 11.30am 12.30pm 6.30pm -8.30pm

AKTIVITI Berkumpul/ Senamrobik Makan Bertolak ke Taklimat kem Solat/ sesi Aktiviti Solat/ sesi
Pendaftaran sarapan Taman dan dirikan moral/ abseiling moral/ makan
Rekreasi khemah makan malam
Sungai Sedim, tengah hari
Kulim

CATATAN AJK AJK Aktiviti AJK AJK Jurulatih/ AJK Jurulatih/ AJK
Pendaftaran Makanan Pengangkutan AJK Makanan/ AJK Aktiviti/ Makanan/
Peralatan AJK AJK Peralatan/ AJK
Kerohanian AJK Keroanian
Keselamatan/
AJK Hadian
dan Buku
Program
LAMPIRAN H
Tentatif Aktiviti Abseiling

HARI MASA AKTIVITI CATATAN

12.30pm-12.45pm  Berkumpul/ Pendaftaran AJK Pendaftaran

12.45pm- 1.00pm  Bertolak ke destinasi aktiviti AJK Pengangkutan


abseiling
25.01.2021 1.00pm- 2.30pm  Taklimat Standard Operasi Jurulatih
(ISNIN) Prosedur (aktiviti abseiling) AJK Aktiviti
2.30pm- 5.00pm  Aktiviti abseiling Jurulatih
AJK Aktiviti
AJK Peralatan
AJK Keselamatan
5.00pm- 6.00pm  Sesi refleksi dan kesimpulan AJK Aktiviti

6.00pm- 6.30pm  Penyampaian sijil penghargaan AJK Hadian dan Buku


Program
6.30pm  Bersurai

LAMPIRAN I
Peralatan

Anda mungkin juga menyukai