Anda di halaman 1dari 6

Kaedah Pelaksanaan Aktiviti Kembara

1.0 PENGENALAN

Aktiviti kembara hutan adalah sebuah aktiviti yang dijalankan di persekitaran terbuka di
dalam hutan. Aktiviti kembara hutan melibatkan kawasan hutan yang mana pengembara
dapat merasai akan keindahan alam sekitar dan merasai kecintaan terhadap alam
sekeliling. Aktiviti kembara hutan dapat melatih pengembara berdikari, kerjasama antara
kumpulan, berkeyakinan diri serta tabah mengharungi cabaran dan dugaan. Kehidupan
dalam hutan yang serba kekurangan adalah tidak sama dengan kehidupan di luar hutan.
Oleh itu, langkah-langkah pencegahan perlu diambil oleh pengendali aktiviti bagi
mengelakkan sebarang kejadian dan juga perkara yang tidak diingini.

2.0 OBJEKTIF

Objektif Program Bina Insan Guru (BIG) 2021 tersebut adalah mengenalpasti
langkah-langkah persediaan, keselamatan, dan mengaplikasikan kemahiran
mengembara. Selain itu menguji para peserta dari segi ketahanan mental dan fizikal
serta keyakinan diri. Seterusnya, program tersebut dapat membantu peserta menghayati
dan menikmati keindahan alam semulajadi. Akhirnya, memastikan peserta menguasai
kemahiran mengembara berdasarkan aktiviti yang diberikan.

3.0 SEBELUM AKTIVITI

3.1 Jurulatih

Sebelum menjalankan aktiviti kembara, jurulatih bertanggungjawab mengetahui


pengetahuan menyeluruh tentang peserta, agihan kumpulan dan aktiviti yang ingin
dijalankan. Seterusnya, jurulatih perlu mengenal pasti tempat atau lokasi aktiviti
berkenaan dan mengenal pasti keadaan cuaca dan musim pada masa itu. Jurulatih perlu
berhubung dengan penduduk tempatan untuk mendapatkan maklumat tentang aktiviti
kembara seperti lokasi atau gunung yang hendak didaki tersebut. Jurulatih perlu
mengenal pasti bahaya yang wujud di tapak aktiviti dan sekeliling kawasan serta
kemudiannya ditandakan di peta. Kawasan yang mempunyai potensi bahaya hendaklah
dielakkan apabila merancang aktiviti. Jurulatih perlu sentiasa mengingatkan peserta
untuk memberi perhatian kepada keselamatan mereka sendiri serta rakan sepasukan
mereka. Ramalan cuaca perlu diketahui sebelum memulakan aktiviti. Pengumuman
harus dibuat untuk segera membatalkan aktiviti jika amaran ribut petir atau hujan lebat
dikeluarkan.
3.2 Peserta

Peserta diberi latihan yang sesuai sebelum memulakan aktiviti kembara hutan.
Peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil (4-6 orang). Semua peserta
diwajibkan menggunakan ‘buddy system’ bagi memastikan keselamatan setiap ahli.
Peserta perlu memakai pakaian yang selesa, kasut yang sesuai dan tidak terlampau
besar serta tidak menyukarkan pergerakan serta bersesuaian mengikut cuaca.
(memakai baju lengan panjang dan seluar untuk membantu mencegah gigitan nyamuk
atau serangga dan mengurangkan risiko calar dan lebam. Kasut bersesuaian dengan
cengkaman yang baik pada cerun dan permukaan licin harus dipakai. Pakaian tambahan
untuk memberi perlindungan yang mencukupi terhadap cuaca sejuk dan hujan. Barang
kemas, cincin dan jam tidak dibenarkan semasa aktiviti dilakukan. Jika peserta yang
bercermin mata perlu memakai strap. Peserta perlu menyediakan air minuman yang
mencukupi dan menyediakan kelengkapan makanan mengikut keperluan aktiviti.

3.3 Peralatan

Peralatan yang perlu disediakan adalah seperti kompas, pisau/parang, tali statik,
tali dinamik, khemah, mancis/pemetik api, wisel dan sebagainya. Semua alat
kelengkapan tersebut hendaklah dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Kadar
bilangan peralatan dan peserta hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan. Peserta
perlu membuat pemeriksaan terhadap peralatannya dari 5 hari sebelum digunakan.

3.4 Taklimat

Sebelum menjalankan aktiviti kembara. Peserta akan diberikan satu taklimat


tentang corak aktiviti, pakaian, makanan dan minuman. Selain itu, taklimat juga akan
memberitahu kepada peserta tentang waktu solat dan akhirnya mengingatkan peserta
tentang langkah-langkah keselamatan ketika menjalankan aktiviti kembara.

4.0 SEMASA AKTIVITI

4.1 Aktiviti

Beberapa aktiviti akan dijalankan sepanjang program tersebut. Antaranya,


aktiviti kembara Gua Kelam, aktiviti mendaki Gunung Perlis dan aktiviti masakan
rimba.

4.1.1 Kembara Gua Kelam


Tugasan yang perlu diselesaikan sepanjang aktiviti kembara.
Contohnya, ekspedisi meneroka Gua Kelam dengan menghayati
keindahan dan keunikan gua. Peserta diminta mencari maklumat yang
diterokai dalam Gua Kelam bagi pembentangan kumpulan.
4.1.2 Mendaki Gunung Perlis
Peserta memulakan aktiviti mendaki Gunung Perlis melalui trek yang
disediakan. Tugasan yang perlu diselesaikan sepanjang aktiviti kembara
adalah mencari lima jenis daun yang boleh dijadikan ubat. Selain itu,
peserta juga diminta mencari lima jenis daun yang boleh dimakan.
Akhirnya, peserta diminta mencari ranting-ranting kering untuk aktiviti
memasak.
4.1.3 Masakan Rimba
Peserta dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan
diberikan menu yang bertemakan rimba dan bahan yang berbeza untuk
memasak. Setiap kumpulan perlu memasak 3 jenis masakan seperti Roti
lilit, Ubi kentang dan Sardin.

4.2 Pengenalan Kompas

4.2.1 Sejarah Kompas

Kompas adalah alat penunjuk arah mata angin. Alat ini menggunakan
medan magnet bumi untuk menentukan arah utara, selatan, timur dan barat.
Dalam bidang maritim, kompas memberikan manfaat dalam menentukan
arah untuk menempuh perjalanan jauh secara aman dan efisien dibanding
berpegangan terhadap posisi bintang. Kompas magnetik pertama kali
ditemukan dan digunakan sebagai alat untuk meramal pada tahun 200 SM
atau awal Dinasti Han Tiongkok. Kemudian teknologi magnetik ini diadopsi
oleh Dinasti Song pada abad ke-11. Sedangkan, orang-orang Eropa tercatat
mulai menggunakan kompas berawal di daerah Eropa Barat dan Persia pada
awal abad ke-13. Penemuan jarum magnetik yang selalu mengarah ke utara
dan selatan juga dijelaskan pada buku Loven Heng. Pada abad ke-9, orang
Tiongkok mengembangkan kompas menjadi dua jenis, yaitu jarum yang
mengambang dan jarum yang berputar.

4.2.2 Kegunaan Kompas

Fungsi dan manfaat utama dari kompas adalah untuk menentukan


arah mata angin, terutama arah utara dan selatan yang menjadi tempat
medan magnetis bumi. Selain itu, kompas juga berguna untuk mengukur
besar sudut kompas, mengukur besar sudut peta, menentukan letak
orientasi, mempermudah perhitungan dan pembacaan peta.

4.2.3 Jenis Kompas

Terdapat dua jenis kompas iaitu kompas analog dan kompas digital.

Rajah 1: Kompas Analog

Kompas analog adalah kompas yang umum digunakan dalam kehidupan


sehari-hari, termasuk oleh para anggota pramuka. Penggunaan kompas
analog secara manual, yaitu dengan menyelaraskan jarus kompas yang
terdapat di dalamnya.

Rajah 2: Kompas Digital

Kompas digital adalah kompas yang bekerja secara digital. Jenis ini biasanya
disertakan sebagai sistem navigasi dalam dunia robotika atau dalam gadget-
gadgetelektronik.

4.2.4 Langkah menggunakan kompas

Peserta mengambil kompas dan tempatkan secara mendatar datar kompas


pada telapak tangan anda, dan letakkan telapak tangan di depan dada anda.
Arahkan titik arah panah perjalanan ke arah yang anda ingin ambil. Putar rumah
kompas sampai panah orientasi (di perumahan kompas) sebaris dengan ujung utara
dari jarum kompas. Baca dari dasar yang ditandai di tepi perumahan kompas dan
sejalan dengan arah panah perjalanan.
5.0 SELEPAS AKTIVITI

5.1 Memastikan semua peserta selamat tiba di tapak perkhemahan.

5.2 Penyenggelaraan alatan

5.2.1 Pastikan bilangan alatan mencukupi.

5.2.2 Membersih dan menyimpan alatan yang digunakan dengan sempurna.

5.2.3 Melapor alatan rosak atau hilang untuk tindakan selanjutnya.

5.3 Sesi refleksi

5.3.1 Soal jawab kelemahan dan kekurangan.

5.3.2 Menerangkan rasional aktiviti yang dijalankan.

5.4 Bacaan doa

6.0 ETIKA AKTIVITI

6.1 Peserta perlu sentiasa berada bersama pasangan ataupun dalam kumpulan
pendakian masing-masing bagi memastikan tidak terpisah dan risiko sesat.

6.2 Peserta perlulah sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan sebarang bahaya
dan risiko sepanjang denai dan di tapak perkhemahan, ini termasuklah kejadian
pokok tumbang ataupun kepala air (bagi yang berkhemah berdekatan dengan
sungai).

6.3 Peserta perlulah memeriksa keselamatan antara satu sama lain termasuklah
peralatan yang digunakan untuk aktiviti yang lebih khusus.

6.4 Tidak merosakkan flora dan fauna (menanda/menakik) yang terdapat di lokasi
aktiviti.

6.5 Memastikan Peserta tidak terkeluar/melebihi had/sempadan aktiviti.

6.6 Tidak mengganggu habitat asal hidupan liar di kawasan aktiviti.

6.7 Tidak memberi makanan kepada hidupan liar di sekitar lokasi aktiviti.

6.8 Adalah digalakkan jumlah saiz kumpulan itu tidak boleh melebihi 15 orang, untuk
mengurangkan kesan alam sekitar.
Rujukan

Ahmad, Fazah. (2016). Pendidikan Abad ke 21: Peranan Bina Insan Guru (BIG) Dalam
Menyediakan Guru Beraras Tinggi. Malaysia: Universiti Sains Malaysia.
Husain, Zairi. (2018). Minat Dan Sikap Guru Pelatih Terhadap Alam Sekitar Melalui Aktiviti
Kembara Program Bina Insan Guru IPGM.
James, Ang. (2013). Pengurusan Aktivit Luar Sekolah: Panduan Pengurusan Aktiviti Di Luar
Sekolah . PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Tinggi. (2018). Prosedur Operasi Standard Rekreasi Luar Pelajar.
Salleh, Norhiza. (2014). Pemupukan Kemahiran Insaniah Melalui Kursus Bina Insan Guru
dalam Kalangan Siswa Guru Institut Pendidikan Guru.

Anda mungkin juga menyukai