Anda di halaman 1dari 11

Jenis-Jenis Kemahiran Mengelecek

Jenis Kegunaan Gambar


Kemahiran
Mengelecek Kemahiran mengelecek ini
Longgar (open/ double dribble)
digunakan apabila pemain
hendak menggerakkan bola
dengan cepat, dengan tujuan
melepaskan diri dengan bola
daripada pemain lawan atau
berlari dengan bola ke arah
gol.
Mengelecek Mengelecek rapat digunakan
Rapat apabila pemain hendak
mengawal bola dengan rapi.
Ia digunakan apabila pemain
itu tidak dapat mematikan
keadaan atau situasi semasa
bermain sama ada selamat
atau tidak untuk
mendedahkan bola kepada
pihak lawan.
Mengelecek Mengelecek Indian sangat
Indian berguna jika pemain hendak
menukar arah daripada kanan
ke kiri atau sebaliknya, dan
melalui cara ini pemain boleh
melarikan diri daripada pihak
lawan.
TEKNIK MENGELECEK

Jenis Kemahiran Mengelecek Teknik teknik


1) Mengelecek Longgar a) Pegangan Tangan
Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang
tangan menghadap keluar, siku dan pergelangan
tangan kiri menghadap ke depan. Tangan kanan
memegang tengah kayu hoki dengan tapak
tangan menghadap keluar.
b) Badan
Bongkokkan badan sedikit dan lutut
dibengkokkan.
c) Mata
Mata memandang bola semasa tolakan.
Pandang ke depan dengan serta merta selepas
tolakan untuk mengkaji situasi permainan.
d) Bola
Bola hoki harus berasa di sebelah kanan. Bola
tidak harus terlalu jauh sehingga tidak dapat
dikawal atau terlalu dekat sehingga menghalang
pergerakan atau menghadkan penglihatan. Bola
digerakkan ke hadapan dengan ketukkan
dilakukan oleh tangan kanan. Kedudukan kayu
hoki adalah lebih kurang 45 darjah ke tanah.
2) Mengelecek Rapat a) Pergelangan Tangan
Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang
tangan menghadap keluar, siku dan pergelangan
tangan kiri menghadap ke depan.
b) Badan
Bengkokkan badan sedikit dan lutut
dibengkokkan.
c) Mata
Mata sentiasa memandang bola dan
memandang sekilas untuk memastikan ke mana
pemain akan bergerak dan untuk mengkaji
situasi padang apabila bola di dalam kawalan
yang baik.
d) Bola
Bola harus berada ke kanan dan di depan kaki
kanan dan sentiasa menyentuh kayu hoki.
e) Kayu
Mempunyai sudut yang betul. Bahagian rata
kepala kayu bersudut sedikit apabila menyentuh
bola. Tekanan diberi di bawah bahagian tengah
bola, yang akan memberi momentum
berlebihan.
3) Mengelecek Indian a) Pegangan Tangan
Menukar pegangan dengan membiarkan kayu
hoki berpusing di dalam tangan kiri dengan
menunjukkan ke bawah kayu hoki akan
menolong mendapatkan keselesaan pergerakan
kemahiran ini. Pegang kayu dengan longgar
oleh tangan kanan, lebih kurang 20 cm di bawah
tangan kiri. Kedua-dua tangan akan bergerak
pada masa mengelecek Indian dilakukan.
b) Bola
Bola hoki berada di hadapan pemain dan
bergerak dalam arah sisian (laterally) lebih
kurang lebar bahu. Semakin kemahiran
meningkat, pergerakan yang lebih luas boleh
dilakukan,khasnya untuk mengelirukan pihak
lawan.
c) Mata
Sentiasa memandang bola dan memandang
sekilas untuk memastikan ke mana pemain akan
bergerak dan untuk mengkaji situasi padang
apabila bola berada di dalam kawalan yang baik.
d) Badan
Badan dibongkokkan sedikit dan lutut
dibengkokkan.
e) Kaki
Pada masa kaki kiri menyentuh tanah, ketukan
bola daripada kiri ke kanan dan daripada kanan
ke kiri pada masa kaki kanan menyentuh tanah.
AKTIVITI ANSUR MAJU

Jenis Aktiviti Ansur Maju Gambar


Kemahiran
1)Mengelecek 1)Pemain berjalan biasa tanpa Aktiviti 1:
Longgar bola sambil mengelecek
dengan menggunakan kayu
hoki dalam garisan yang lurus.

2)Pemain berbaris dalam Aktiviti 2:


pasukan masing-masing.
Setiap pemain mengelecek
bola hoki ke skitel dan
berpusing balik ke tempat
asalnya.
3)Pemain mengelecek dalam Aktiviti 3:
satu kawasan yang ditutupkan.
Apabila diisyaratkan, pemain
tersebut akan meninggalkan
bola dan mara ke hadapan
untuk mengelecek bola lain
yang ditinggalkan oleh rakan.
2)Mengelecek 1) Pemain mengelecek rapat di Aktiviti 1:
Rapat atas garisan yang lurus.

2)Pemain mengelecek rapat di Aktiviti 2:


antara pemain dalam satu
pasukan iaitu:

A1 mengelecekkan kepada A2
A2 mengelecekkan kepada A3
A3 mengelecekkan kepada A4
3) Pemain A1 mengelecek rapat
di antara kon dan seterusnya
memberhentikan bola di A2. Ketika -
memberhentikan bola pastikan
kedudukan bola berada
berhampiran kaki depan dan kayu
di astas bola hoki dan seterusnya
diikuti oleh A2 hingga A4.

A3 A1 berhenti A2 A3
4)Pemain mengelecek rapat dalam Aktiviti 4:
satu kawasan berbentuk bulat.
Apabila diisyaratkan, pemain
meninggalkan bola dan mara ke
hadapan untuk mengelecek bola
lain yang ditinggalkan oleh rakan.

5)Pemain mengelecek rapat di Aktiviti 5:


atas garisan D. Pemain
mengelecek bola di sepanjang
garis D seorang demi seorang
tanpa halangan.

3) Mengelecek 1) Berdiri dengan kaki di Aktiviti 1:


Indian kangkang seluas bahu, berlatih
menggerakkan kayu hoki dari
sisi ke sisi tanpa menggunakan
bola.
2) Pemain berdiri dengan
membuka kaki seluas bahu, Aktiviti 2:
berlatih menggerakkan kayu
hoki bersama bola dari sisi ke
sisi. Bola digerakkan selari
dengan jari-jari kaki tetapi jauh
di depan badan. Melatih
menarik bola berturut-turut
tanpa berhenti daripada sisi ke
sisi di hadapan pemain.
Kemudian menggerakkan bola
sambil berjalan ke hadapan.
3) Berlari di atas garisan lurus
sambil menggelecek bola
berturut-turut daripada sisi kiri
ke sisi kanan garisan itu. Kilas
(Reverse)
kayu hoki setiap kali membawa
bola balik daripada sisi kiri.
Permainan Kecil

Jenis Kemahiran Jenis Permainan Kecil Gambar


1)Mengelecek a)Dua pasukan pemain diperlukan,
Longgar setiap satu mempunyai dua atau tiga
orang oemain. Jarak di antara
kelompok lebih kurang 10 meter.
Mengelecek dari kelompok lain secara
berganti-ganti.

b)Permainan satu lawan satu.


Bilangan Pemain : Dua orang
Tujuan: Memperbaiki kawalan bola
individu
Pengelolaan : Dua pemain berlawan
antara satu sama lain dalam kotak segi -
empat sama berukuran 10 ela dengan
menggunakan garisan gol lawan.
Perhatian Jurulatih: Gerak kaki dan
jarak langkah membantu seimbangkan
pergerakan
2) Mengelecek 1)Perlumbaan mengelecek rapat. Aktiviti 1:
Rapat Pemain akan mengelecek bola secara
perseorangan sejarak 25 meter.
Pemenang dikira apabila pemain
sampai dahulu.
2) Permainan : Bola akhir dalam kotak
Bilangan Pemain: Sehingga 12 orang
pemain
Tujuan: Memperbaiki kawalan bola
cara dekat
Pengelolaan: 12 pemain bergerak
bebas dalam kawasa segi empat.
Sambil pemain-pemain bergerak bebas
mengawal bola pemain lain dari
kawasan bermain. Pemain yang
bolanya telah dikeluarka hendaklah
menunggu di garisan tepi sehingga
hanya seorang pemain yang tinggal.
Perhatian Jurulatih: Gerak kaki dan
posisi badan bagi menentukan
pergerakan yang baik untuk
mengelakkan pemain lain dan memberi
penglihatan yang baik.
Pemenang: Pemain yang terakhir yang
berada dalam kotak dengan bola
berada dalam kawalannya.
Latihan Berkait Kemahiran Mengelecek

Jenis Latihan Cara-cara perlaksanaan


a)Membelit Semua pemain berdiri dalam barisan masing-masing. Apabila di
Bulatan isyaratkan oleh jurulatih, pemain (misalnya pemain nombor 1 ) akn
bergerak dan mengelecek bola dari tempat permulaannya
(menggeleccek longgar atau rapat) menggeliling bulatan dan balik ke
barisannya.

Contoh:

b)Mengelecek Pemain dikehendaki mengelecek mengikut litar yang telah ditetapkan,


Litar mengelecek longgar (open dribble).

Contoh :

c)Permainan Keempat-empat bahagian padang hoki boleh digunakan pada


Hoki (Cara masa yang sama jika perlu.
Ragbi) Dalam permainan ini, pemain-pemain cuba membawa dan
menempatkan bola di atas garisan hujung pihak lawan. Bola itu
ditempatkan di mana-mana bahagian garisan hujung dan
perbuatan yang berjaya dianggap gol.
Pemain-pemain dibenarkan mengelecek dan menolak bola
kepada kawannya.

Contoh:

Anda mungkin juga menyukai