Anda di halaman 1dari 6

Teknik-teknik Permainan Hoki

Terdapat beberapa kemahiran dalam asas dalam permainan hoki. Antaranya


ialah:-

a) Memukul bola
b) Mengelecek bola
c) Menguis bola
d) Merebut bola

Memukul bola
Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola kepada rakannya pada jarak yang
agak jauh atau membuat pukulan ke arah gol. Bagi tujuan pukulan, perkara yang
perlu dititikberatkan adalah ketepatan arah dan kederasan bola. Ketepatan arah bola
ditentukan dengan kedudukan bahu dan kaki sementera kederasan bola ditentukan
dengan daya pukulan daripada kedua-dua belah tangan dan pemindahan berat
badan.

Pegang kayu dengan kuat. Tangan kiri di atas tangan kanan.Bahu kiri menghadap
sasaran. Bola berada selari dengan kaki kiri. Mulakan aksi dengan hayunan ke
belakang

Hayun kayu ke arah bola dan pindahkan berat badan ke kaki depan. Bengkokkan
lutut semasa melakukannya. Mata memandang bola. Kontak bahagian belakang
bola.
Ikut lajak, kayu dituju sehala dengan sasaran. Berat badan dipindahkan ke hadapan.

Mengelecek bola

Kemahiran mengelecek bola digunakan untuk mengawal bola sambil melepasi


pemain lawan. Aspek yang perlu dititik beratkan semasa melakukan kemahiran ini
ialah kepantasan dan kemahiran mengacah dengan menggunakan pergerakan
badan dan kayu. Bola sentiasa berada di hadapan badan dan digerakkan dari sisi ke
sisi. Terdapat 3 cara dalam menggelecek bola iaitu:-

a) Menggelecek longgar
b) Menggelecek rapat
c) Mengelecek Indian

Mengelecek longgar

Menggelecek longgar digunakan apabila pemain hendak menggerakkan


bola dengan cepat dan pihak lawan berada jauh dari bola.

Cara untuk mengelecek longgar

 Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar. 
Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan.
 Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan.
 Mata memandang bola ketika membuat tolakan.
 Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan.
 Kedudukan kayu hoki 45° ke tanah.

Menggelecek rapat

Menggelecek rapat perlu apabila seseorang pemain hendak mengawal bola


dengan rapi. Teknik ini berguna jika pemain tidak memperoleh situasi yang
selamat untuk menghantar bola kepada rakan.

Cara untuk menggelecek rapat

 Pegangan seperti menggelecek longgar.


 Badan juga seperti menggelecek longgar
 Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang
akan bergerak  sambil mengkaji situasi padang.
 Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa
menyentuh kayu hoki.

Menggelecek Indian

Menggelecek India adalah asas bagi semua pergerakan dengan bola dalam
permainan hoki.Muka kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan di
hadapan badandengan menggerakkan bola ke kiri dan ke kanan silih berganti
menggunakan muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu
manakala tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas untuk menggerakkan
bola.

Cara untuk menggelecek indian

Pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam


tangan kiri ke posisi yang lebih selesa.  Tangan kiri memutarkan kayu sambil
meletakkan ibu jari tangan kiri ke arah bawah kayu hoki.  Tangan kanan memegang
dengan longgar.
 Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang
saiz bahu.
 Mata seperti menggelecek rapat.

 Badan mengikut pergerakan bola.


 Apabila kaki menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan
ke kiri pada masa kanan menyentuh tanah.

Menguis bola

Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola tinggi melepasi pihak lawan
ke rakan atau untuk menjaringkan gol.
 Bola berada di sebelah kaki kanan. Kedudukan kayu rapat dan berada di
bawah bola. Bengkokkan lutut dan bahu kiri menghadap sasaran. Berat
badan berada di kaki kanan.

 Alihkan berat badan ke kaki kiri. Gunakan kekuatan tangan dengan melejang
bola ke hadapan dan ke atas. Bongkokkan badan semasa lakuan.

 Ikut lajak ke arah atas.

Merebut bola
Merebut adalah satu keupayaan merampas bola daripada penguasaan pihak lawan.
Sewaktu melaksanakan kemahiran ini, imbangan, koordinasi, ketangkasan dan
kesedaran ruang memainkan peranan yang penting. Kemahiran ini dilakukan pada
saat pihak lawan leka dan cuai. Antara cara merebut dalam permainan hoki ialah:
a)  Merebut secara menghadang (flat tackle)
b)  Merebut secara kilas (reverse tackle)
c)  Merebut secara melonjak (jab tackle)

 Merebut secara menghadang (flat tackle) Digunakan untuk menghadang


kemaraan penyerang dari sebelah kanan pemain pertahanan dengan
meletakkan kayu mendatar dengan permukaan padang. Kayu diletakkan
depan kaki kiri

 Merebut secara kilas (reverse tackle) Digunakan di sebelah kiri pemain


pertahanan. Tangan rapat dengan padang. Lonjak dan cuba kait bola.

 Merebut secara melonjak (jab tackle) Pegang kayu kuat di tangan kiri. Lonjak
dan cuba kait bola.

Anda mungkin juga menyukai