Anda di halaman 1dari 4

Kemahiran-kemahiran Dalam Hoki Kemahiran Menolak

Teknik menolak
Berdiri dalam keadaan bersedia Pegang kayu dengan tangan kiri di bahagian pemegang dan tangan kanan di bahagian tengah kayu, mengikut keselesaan. Bola berada di hadapan badan di antara kaki kiri dengan kaki kanan. Rapatkan permukaan kayu supaya berada di belakang bola. Kayu hoki dipegang bersudut 45o dengan permukaan padang. Gunakan kekuatan tangan kanan untuk menolak bola dan tangan kiri menekan kayu ke belakang untuk memberi kuasa tolakan. Berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke hadapan. Siku kanan diluruskan dan kayu diarahkan ke arah sasaran. Ikut lajak.

Kemahiran Menahan atau Menyerkap Bola


(A) Teknik menahan bola dari arah hadapan
Mata sentiasa memandang bola yang datang. Pegang kayu dengan tangan kiri sementara tangan kanan di tengah kayu bangi membantu pergerakan tangan kiri. Muka kayu menghadap arah bola yang datang. Kayu dicondongkan ke hadapan sedikit ketika menahan untuk mengelakkan bola daripada melantun ke atas. Bergerak ke hadapan untuk memudahkan menahan atau menyerkap bola apabila perlu. Serap daya sementara bola menyentuh kayu.

(B) Teknik menahan bola di sebelah kanan


Mata memandang bola yang datang ke arah kita. Pegangan kayu berjarak seperti dari arah hadapan. Dalam keadaan diri sedia. Badan dibongkokkan dan berpusing ke kanan untuk bergerak ke arah bola datang. Bahu kiri menghadap bola dan lutut dibengkokkan sedikit. Kayu hoki digerakkan ke arah bola untuk menahan bola. Kepala

kayu berada di tanah di sebelah kaki kanan. Bola melintasi badan dan ditahan di hadapan kaki kanan. Apabila bola menyentuh kayu hoki, tukar posisi untuk tindakan selanjutnya.

(C) Teknik menahan bola kilas kayu


Mata memandang bola yang datang ke arah kita. Pegangan kayu seperti teknik menahan bola dari arah hadapan. Dalam keadaan diri sedia. Badan dibongkokkan ke kiri dan kilas kayu untuk menahan bola.

Kemahiran Memukul
Teknik memukul
Berdiri dalam keadaan sedia. Pegang kayu di bahagian atas dengankedua-dua tangan dirapatkan. Tangan kanan berada di sebelah bawah tangan kiri. Berdiri mengiring dengan bahagian bahu kiri mengarah ke sasaran bola, sambil badan dalam keadaan seimbang. Buka kaki seluas bahu. Bola berada di sebelah bahu kiri selari dengan kaki kiri. Ayun kayu ke belakang, kontak dan ikut lajak.

Kemahiran Menguis
Teknik menguis
Berdiri dalam keadaan sedia dengan bahu menghadap ke arah sasaran. Cara pegangan kayu lebih kurang sama dengan pegangan menolak. Jarak kaki dilebarkan sedikit daripada keluasan bahu. Bengkokkan lutut dan rendahkan badan. Bola berada dekat di kaki kiri. Condongkan kayu dengan permukaanya menghadap ke atas. Kuis bola dengan berat badan dipindahkan daripada kaki kanan dipindahkan ke kaki kiri. Ikut lajak.

Kemahiran Mencedok
(A) Teknik mencedok lurus
Pegang kayu seperti pegangan untuk menguis. Pastikan kedudukan bola dan badan seperti lakukan menguis.

Condongkan kayu lebih daripada mendapatkan cedokan yang lebih tinggi.

lakuan

menguis

untuk

(B) Teknik mencedok 'shovel'


Berdiri dalam keadaan bersedia. Pegang kayu seperti pegangan untuk menguis, Mata sentiasa memandang bola semasa membuat cedokan. Dari kedudukan diri sedia, langkahkan kaki kanan ke hadapan hampir dengan bola. Letakkan permukaan kayu di bawah bola. Lakukan cedokan dengan menggunakan kekuatan daripada pergalangan tangan dan lengan supaya bola bergerak lebih tinggi dan jauh.

Kemahiran Menggelecek
Teknik menggelecek
Bola sentiasa di hadapan pemain. Tangan kiri dicekak kemas di bahagian pemegang kayu manakala di tangan kanan di bahagian tengah kayu. Semasa menggelecek, permukaan kayu digerakkan oleh tangan kiri dan dikawal oleh tangan kanan.

Kelecek longgar
Digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat dan pihak lawan berada jauh dari bola.

Kelecek rapat
Diperlukan apabila seorang pemain hendak mengawal bola dengan rapi. Teknik ini berguna jika pemain tidak memperoleh situasi yang selamat untuk menghantar bola kepada rakan.

Kelecek 'India'
Ini adalah asas bagi semua gerakan dengan bola dalam permainan hoki. Muka kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan di hadapan badan dengan menggerakkan bola ke kiri dan kanan silih berganti menggunakan muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa

menggerakkan kayu manakala tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas untuk menggerakkan bola.

Anda mungkin juga menyukai