Anda di halaman 1dari 9

KEMAHIRAN ASAS HOKI

MENGELECEK
MENGELECEK BOLA
 Kemahiran mengelecek bola digunakan untuk mengawal
bola sambil melepasi pemain lawan. Aspek yang perlu
dititik beratkan semasa melakukan kemahiran ini ialah
kepantasan dan kemahiran mengacah dengan
menggunakan pergerakan badan dan kayu. Bola sentiasa
berada di hadapan badan dan digerakkan dari sisi ke sisi.
Terdapat 3 cara dalam menggelecek bola iaitu:-

 a) Menggelecek longgar
 b) Menggelecek rapat
 c) Mengelecek Indian
MENGELECEK LONGGAR

 Menggelecek longgar digunakan apabila pemain


hendak menggerakkan bola dengan cepat dan
pihak lawan berada jauh dari bola.
CARA UNTUK MENGELECEK LONGGAR
 Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang
tangan menghadap ke luar. Longgarkan sedikit
pegangan tangan kanan.
 Badan dibongkokkan sedikit dan lutut
dibengkokkan.
 Mata memandang bola ketika membuat tolakan.
 Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di
hadapan kaki kanan.
 Kedudukan kayu hoki 45° ke tanah.
MENGGELECEK RAPAT

 Menggelecek rapat perlu apabila seseorang


pemain hendak mengawal bola dengan rapi.
Teknik ini berguna jika pemain tidak memperoleh
situasi yang selamat untuk menghantar bola
kepada rakan.
CARA UNTUK MENGGELECEK RAPAT
 Pegangan seperti menggelecek longgar.
 Badan juga seperti menggelecek longgar
 Mata sentiasa memandang ke arah bola dan
sekilas kepada pemain yang akan bergerak
sambil mengkaji situasi padang.
 Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki
kanan pemain serta sentiasa menyentuh kayu
hoki.
MENGGELECEK INDIAN

 Menggelecek India adalah asas bagi semua


pergerakan dengan bola dalam permainan hoki.Muka
kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini
dilaksanakan di hadapan badandengan menggerakkan
bola ke kiri dan ke kanan silih berganti menggunakan
muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa
menggerakkan kayu manakala tangan kanan
membenarkan kayu diputar bebas untuk
menggerakkan bola.
CARA UNTUK MENGGELECEK INDIAN

 Pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki


berpusing di dalam tangan kiri ke posisi yang lebih selesa.
Tangan kiri memutarkan kayu sambil meletakkan ibu jari
tangan kiri ke arah bawah kayu hoki. Tangan kanan memegang
dengan longgar.
 Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian
lebih kurang saiz bahu.
 Mata seperti menggelecek rapat.
 Badan mengikut pergerakan bola.
 Apabila kaki menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan
dan dari kanan ke kiri pada masa kanan menyentuh tanah.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai