Anda di halaman 1dari 3

Kemahiran Asas Permainan Hoki

4.1 Mengelecek Bola


A. Kemahiran Asas
Kemahiran menggelecek bola digunakan untuk mengawal bola sambil melepasi
pemain lawan. Aspek yang perlu dititikberatkan semasa melakukan kemahiran ini
ialah kepantasan dan kemahiran mengacah dengan menggunakan pergerakan badan
dan kayu. Bola sentiasa berada di hadapan badan dan digerakkan dari sisi ke sisi.

B. Cara Mengelecek Bola


Terdapat 3 cara dalam menggelecek bola iaitu:
i) Menggelecek longgar (Loose Dribble)
Menggelecek longgar digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan
cepat dan pihak lawan berada jauh dari bola. Cara untuk mengelecek longgar:
1. Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar.
Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan.
2. Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan.
3. Mata memandang bola ketika membuat tolakan.
4. Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan.
5. Kedudukan kayu hoki 45 ke tanah.

ii) Menggelecek rapat (Cloose Dribble)


Menggelecek rapat perlu apabila seseorang pemain hendak mengawal bola
dengan rapi. Teknik ini berguna jika pemain tidak memperoleh situasi yang
selamat untuk menghantar bola kepada rakan. Cara untuk menggelecek rapat:

1. Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar.
Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan seperti menggelecek longgar.
2. Seperti menggelecek longgar, badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan.
3. Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang akan
bergerak sambil mengkaji situasi padang.
4. Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa
menyentuh kayu hoki.

iii) Menggelecek Indian (Indian Dribble)


Menggelecek India adalah asas bagi semua pergerakan dengan bola dalam
permainan hoki. Muka kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan di
hadapan badandengan menggerakkan bola ke kiri dan ke kanan silih berganti
menggunakan muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu
manakala tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas untuk menggerakkan
bola. Cara untuk menggelecek indian:
1. Pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam
tangan kiri ke posisi yang lebih selesa. Tangan kiri memutarkan kayu sambil
meletakkan ibu jari tangan kiri ke arah bawah kayu hoki. Tangan kanan memegang
dengan longgar.
2. Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang saiz
bahu.
3. Mata seperti menggelecek rapat.
4. Badan mengikut pergerakan bola.

5. Apabila kaki menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke
kiri pada masa kanan menyentuh tanah.

C. Aktiviti Kumpulan

1. Bermula di A, setiap pemain secara individu melakukan kemahiran mengelecek


Loose, Cloose dan Indian merentasi skitel secara zig-zag.
2. Semua pemain melakukan setiap kemahiran secara berganti-ganti.

Anda mungkin juga menyukai