Anda di halaman 1dari 4

Ukuran

1.1

Padang hoki

a)
b)
c)
d)
e)

1.2

Kawasan permainan hoki berbentuk empat segi tepat yang berukuran 91.4 meter
panjang dan 55 meter lebar dengan permukaan yang rata. Hoki amat sesuai jika
dimainkan di atas padang astroturf (rumput tiruan). Terdapat lima garisan utama di
padang hoki iaitu :
garisan tepi
garisan gol
garisan tengah
garisan 23 m
garisan D
Dua garisan selari dengan garisan belakang didapati dalam kedua-dua kawasan 23
meter,satu garisan 5.0 meter dari garisan belakang dan satu lagi 14.63 meter
darinya.

Bulatan Menjaring
Satu garisan yang panjangnya 3.66 m selari dengan garisan gol ditanda di tengah
garisan 14.63 m.
Dua suku bulatan beradius 14.63 m dilukis bermula dari garisan 3.66 m ke garisan
belakang. Bagi suku bulatan disebelah kiri tiang gol kiri digunakan sebagai pusat,
manakala suku bulatan disebelah kanan tiang gol kanan digunakan sebagai pusat.
Bulatan yang dilukis dalam rajah di atas dikenali sebagai bulatan jaringan, bulatan
pukulan atau kawasanD.
Tanda-tanda yang lain didapati dalam bulatan jaringan adalah tanda strok penalti 6.4
m di hadapan gol dan garisan-garisan sudut penalti 5.0 m dan 10.0 m dari tiang gol
sebelah kiri dan kanan.

PERALATAN SUKAN
Setiap permainan mempunyai peralatannya tersendiri. Begitu juga dengan
hoki. Bagi mengelakkan kecederaan berlaku semasa bermain, kita perlulah
mengenali peralatan-peralatan yang telibat.
2.1

PINTU GOL

Setiap permainan mempunyai gol. Begitu juga hoki. Tanpa gol, sesuatu
permainan itu tidak mempunyai matlamat untuk dicapai. Bagi permainan
hoki, setiap pasukan mempunyai pintu gol masing-masing. Ciri-ciri bagi pintu
gol hoki adalah seperti berikut:
i) Terletak di tengah-tengah garisan belakang.
ii) Diperbuat daripada dua tiang yang disambungkan dengan sebuah palang
mendatar (crossbar) dan jarak antara dua tiang tersebut ialah 3.66 meter.
iii) Ketinggian tiang berukuran 2.14 meter.
iv) Tiang tengah dan tiang mendatar berbentuk segi empat bujur berukuran
5.0 mm lebar dan dalam antara 5.0 m 7.5 m.
v) Semua tiang gol dicat putih.
2.2

JARING
Jaring merupakan pasangan bagi pintu gol. Jaring diikat kukuh kepada tiang
tengah dan tiang mendatar. Jaring mempunyai mesh berukuran 45 mm dan
berbentuk empat segi.

2.3

TIANG-TIANG BENDERA
Di setiap empat penjuru padang terdapat empat tiang
bendera yang dinamakan bendera sudut. Benderabendera ini dipacakkan dengan ketinggian 1.20 meter
hingga 1.50 meter. Bendera-bendera ini diletakkan di luar
sudut dan ia diperbuat daripada bahan lembut untuk
menjamin keselamatan pemain.

2.4

BOLA
Ciri-ciri bola:
i) Keras, pejal atau kosong
ii) Permukaan licin
iii) Berwarna putih (warna lain dengan persetujuan
kedua-dua belah pihak)
iv) Berat : 156 g (minimum) 163 g (maksimum)
v) Ukur lilit : 224 mm (minimum) 235 mm
(maksimum)

2.5

KAYU HOKI
Sebatang kayu hoki yang baik perlulah:
i)
ii)

iii)
iv)
v)
vi)

2.6

Rata di sebelah kiri (muka kayu) dan berbentuk


bulat (back stick) di sebelah kanan.
Pada bahagian back stick tidak dibenarkan untuk
memukul bola. Hanya permukaan muka kayu
yang dibenarkan.
Bahagian lengkok kayu dipanggil kepala kayu dan
berbentuk J atau U.
Kayu hoki perlulah licin dan tidak mempunyai
unsur tajam dan merbahaya di tepi-tepi kayu.
Tebal kayu dihadkan, di mana sebuah gelung
yang berdiameter 51 mm boleh melepasinya.
Kayu hoki diperbuat daripada apa-apa bahan
sekalipun kecuali logam, tetapi perlulah menepati
berat yang telah ditetapkan iaitu tidak melebihi 737 g.

KASUT
Sukan hoki membenarkan pemainnya memakai apapun jenis kasut yang sesuai.
Namun, kasut-kasut yang membahayakan pemain
lain
seperti kasut yang mempunyai pancang (spikes)
tetungku atau paku-paku tidak dibenarkan sama
sekali.
Kasut yang mempunyai tetungku getah amatlah
digalakkan. Kasut khas turut digunakan ketika
pemain bermain di atas permukaan sintetik bagi
memudahkan pergerakan pemain.

2.7

ALATAN PENJAGA GOL


Penjaga gol dalam sukan hoki perlulah menjaga keselamatan dengan baik.
Hal ini bertepatan dengan tugas dan peranannya yang berbahaya. Antara
alat keselamatan yang perlu dipakai oleh penjaga gol adalah seperti:

i)

ii)

Ped kaki
- Dipakai pada pergelangan kaki hingga lutut.
- Dipasang bersama kickers.
- Bahagian kaki yang biasa tercedera ialah kekuda kaki dan tempat di
mana ped-ped disambungkan kepada kickersdiatas pergelangan
kaki.
- Ped hanya berdimensi 300 mm makimum apabila dipakai untuk suatu
permainan.

Sarung tangan
- Diperbuat daripada kulit dan plastik
- Sarung tangan penting untuk memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk
menahan bola yang dipukul pada kelajuan 140 160 km sejam.
- Sarung tangan juga perlu lembut supaya boleh memegang kayu hoki dengan
kukuh.
- Sarung tangan tidak boleh melebihi 228 mm lebar dan 355 mm panjang.

iii) Alat-alat lain


- Pelindung dada
- Ped-ped bahu
- Penutup muka
- Pelindung mulut
- Seluar berped
- Pelindung kemola (untuk penjaga gol lelaki)

Anda mungkin juga menyukai