Anda di halaman 1dari 1

Laporan Latihan Dalam Kumpulan

Kotak Ajaib
Masa: 30 minit

Alatan: Empat buah kotak, empat buah cermin muka

Objektif: Pada akhir aktiviti ini, guru pelatih dapat

1. Menyedari bahawa dirinya penting di samping orang lain.


2. Menggalakkan guru pelatih memaju dan memperkembangkan sahsiah diri.

KKE: Personal - Keyakinan diri

- Penghormatan kendiri

- Kebolehpercayaan

Sosial - Komunikasi

- Membina hubungan

Langkah:

1. Semua pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 4 orang dan
setiap kumpulan diiringi oeh seorang fasilitator.
2. Semua pelajar diminta memikir seorang yang mereka anggap paling penting dalam
hidup mereka.
3. Pelajar diberi peluang untuk berkongsi orang yang mereka anggap paling penting dan
sebab orang tersebut adalah paling penting dalam kumpulan masing-masing.
4. Pelajar diberitahu bahawa mereka akan dapat melihat orang yang paling penting
kepada diri mereka di dalam kotak ajaib kumpulan masing-masing.
5. Setiap pelajar secara bergilir-gilir melihat ke dalam kotak dan sebelum itu diminta
supaya mereka tidak memberitahu apa yang dilihat di dalam kotak tersebut.
6. Pelajar diberi peluang untuk berbincang dengan pelajar lain mengenai apa yang
dilihatnya dalam kumpulan masing-masing.
7. Secara perbincangan, pelajar ditanya adakah apa yang mereka fikirkan sama dengan
apa yang dilihat di dalam kotak.
8. Pelajar diberi penjelasan oleh fasilitator kumpulan masing-masing tentang falsafah
yang boleh dipelajari melalui aktiviti ini dan cara untuk menambahbaikkan diri sendiri.

Falsafah:

1. Diri kita sendiri adalah orang yang paling penting kepada kita di dunia ini.
2. Segala perubahan dan kemajuan yang kita kehendaki haruslah kita usahakan sendiri.
3. Kita perlu menghargai dan menghormati diri kita sendiri sebelum orang lain
menghargai dan menghormati kita.

Anda mungkin juga menyukai