Anda di halaman 1dari 3

Kesalahan yang kerap dilakukan (Daripada Kumpulan 4 )

Terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain atau pelajar
semasa menggunakan kemahiran memukul. Apabila kesalahan dilakukan ia
menyebabkan kesan yang negatif dan tidak diingini. Contoh bola tidak
sampai ke penerima, arah bola berlainan, dan bola keluar dari kawasan
permainan atau jatuh ke pihak lawan.
Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah:
i. Pegangan pada pemegang kayu hoki salah dan tidak kuat . Pegangan yang
longgar menyebabkan penyentuhan bola dengan kayu hoki tidak kuat dan
bola tidak pergi jauh.
ii. Pegangan tangan yang terlalu dekat dengan hujung kayu hoki. Pegangan
yang terlalu dekat menjadikan ayunan kayu hoki tidak terlalu kuat.
iii. Kesalahan dilakukan apabila pergerakan memukul berhenti secara tibatiba semasa memukul bola. Ini menyebabkan kuasa ayunan tersebut
berkurangan.
iv. Bukaan kaki yang tidak sesuai menyebabkan kehilangan keseimbangan
ketika hendak memukul bola.
v. Bahu tidak menunju ke arah sasaran bola yang hendak dipukul.
vi. Jarak bola kurang atau lebih daripada kaki depan.
vii. Badan terlalu tegak. Badan dikehendaki bengkok sedikit.
Semoga pelajar atau pemain dapat mengenalpasti dan memperbaiki
kesilapan yang telah dilakukan dalam mengusai kemahiran.

1111111

Anda mungkin juga menyukai