Anda di halaman 1dari 6

MODUL KEM KEPIMPINAN PENGAWAS Modul 3 Masa : : SI BUTA SAYANG 1 jam

Alatan : Kain tutup mata Langkah-langkah 1. Lantik seorang ketua dan seorang pemerhati (Fasilitator). 2. Tutup mata ahli-ahli lain dalam kumpulan (kecuali ketua). 3. Ketua kumpulan diarahkan untuk membawa ahli-ahlinya yang buta ke suatu destinasi yang tertentu. 4. Hanya arahan verbal sahaja dibenarkan. Cara memimpin terpulang kepada kebijaksanaan ketua. 5. Apabila balik, ketua diminta menutup mata juga dan seorang ketua baru dilantik untuk memimpin ahli-ahli balik. 6. Pemerhati dikehendaki memerhatikan apa yang berlaku dan akan membuat laporan apabila diminta. Perbincangan : Pengalaman setiap ahli dalam aktiviti ini. Pengajaran : 1. Penting untuk mematuhi arahan ketua. 2. Arahan pemimpin hendaklah jelas, tepat dan mudah difahami. 3. Seorang pemimpin yang berkesan harus jujur, ikhlas dan amanah tanpa mengambil kesempatan kelemahan orang yang dipimpin. 4. Seorang pemimpin perlu bertanggungjawab dan prihatin terhadap ahli-ahli yang dipimpinnya. 5. Kepimpinan kita sentiasa diperhatikan oleh orang lain. 6. Adalah penting untuk pemimpin mendapatkan maklumat lengkap dahulu sebelum membuat keputusan untuk bergerak.

Modul 1 Masa

: :

KERUSI SEJUK PANAS 1 jam

Langkah-langkah : 1. Setiap peserta diminta untuk duduk di tengah bulat mengikut giliran masingmasing. 2. Ahli-ahli lain diminta untuk memberi pandangan atau komen (dalam aspek sebagai pelajar /pemimpin/ individu) tentang rakan yang duduk di tengah bulatan sebelum kursus dan masa kini. Setiap komen perlu ada penjelasan. 3. Pelajar yang di tengah boleh memberi maklum balas terhadap komen-komen yang diberi. Perbincangan : Apakah rasa apabila orang lain memberi komen positif/ negatif tentang diri kita? Apakah tujuan komen-komen orang lain? Pengajaran: Setiap input/ maklum balas orang lain memberi gambaran/ maklumat tentang diri kita dan orang lain. Semakin kerap dan ramai orang lain memberi maklum balas yang sama semakin kukuh dan sahih ciri-ciri diri yang dikaitkan. Maklum balas positif akan memberi pengukuhan dan yang negatif perlu dijadikan panduan untuk menganalisa diri dan berubah.

DUDUK SERUMPUN( selepas icebreaking) Langkah-langkah : 1. Peserta bergerak secara bebas. Fasilitator menyebut sesuatu angka dan para peserta dikehendaki Mewujudkan kelompok dengan bilangan ahli mengikut angka yang disebutkan. 2. Ulangi dengan menyebut angka lain. Mana yang tidak dapat memasuki manamana kelompok kecil tidak dikeluarkan malah boleh memasuki kelompok lain apabila angka lain dinyatakan. Proses Apakah perasaan anda apabila anda diterima, ditolak dan diterima semula? Bagaimanakah anda boleh diterima dalam sesuatu kelompok? Pengajaran Untuk diterima dalam sesuatu kelompok, seseorang itu perlu akur kepada beberapa syarat kelompok yang tidak bertulis. Penerimaan dalam kelompok melahirkan rasa yakin, disukai, diperlukan, disayangi dan dihargai di samping mempunyai identiti. Kadang-kadang kita terpaksa mengadaikan nilai-nilai keluarga/ peribadi demi diterima dalam sesuatu kelompok dan menyerap secara bulat-bulat nilai kelompok sama ada nilai-nilai itu positif atau negatif. Penolakan sesuatu kelompok tidaklah bermaksud penolakan selama-lamanya, mesti ada orang/ kelompok yang akan menerima kita pada masa lain.

AKTIVITI 2

PENSTRUKTURAN KELOMPOK

1. Fasilitator memperkenalkan diri di dalam kelompoknya dan menyatakan peranan serta harapan kepada ahli-ahli kelompok. Harapan : ~ belajar sambil berseronok ~ membuka minda melalui perkongsian antara ahli-ahli ~ memupuk perkembangkan diri dari segi sosial, mental, emosi, intelek dan rohani. 2. Fasilitator menstruktur kelompok kecil dengan memberikan beberapa etika kumpulan. a) Setiap ahli hendaklah jujur dan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti. b) Setiap ahli kelompok memberi perhatian dan tidak boleh menyampuk semasa ahli lain sedang bercakap. c) Setiap ahli hendaklah menghormati antara satu sama lain, tidak boleh memperkecilkan, menghina, mengejek dan menilai secara negatif pendapat/ perkongsian ahli-ahli lain. d) Setiap ahli hendaklah menjaga rahsia kumpulan. e) Setiap ahli hendaklah mematuhi ketepatan masa.

AKTIVITI 3

RANTAI NAMA

Objektif : Melatih pelajar mengingat nama ahli dalam kumpulan dengan pantas. Langkah-langkah : 1. Peserta-peserta diarahkan untuk duduk dalam bulatan. 2. Arahkan peserta pertama menyebutkan namanya sekali dengan kuat dan jelas. 3. Peserta kedua, kemudiannya menyebut namanya sekali, menyebut nama peserta pertama sekali dan menyebut namanya semula sekali. 4. Peserta ketiga menyebut namanya sekali, menyebut nama peserta pertama sekali, menyebut nama peserta kedua sekali dan menyebut namanya semula sekali. 5. Proses ini diteruskan hinggalah kepada peserta yang terakhir. Perbincangan : 1. Apakah perasaan anda apabila orang lain menyebut dan memanggil nama anda? 2. Mengapakah peserta terakhir boleh mengingat semua nama? 3. Cuba anda sebutkan semua nama peserta mengikut arah pusingan yang berlawanan.

Pengajaran : 1. Mengingat nama adalah penting dalam proses berkenalan dan hubungan persahabatan. 2. Seseorang itu berasa dirinya dihormati apabila namanya diketahui dan diingati. 3. Semakin tinggi tumpuan kita, semakin tinggi daya ingatan kita.

KELOMPOK BESAR Modul 4 : Rintihan Pengawas dan Luahan Rasa Masa : 2 jam AKTIVITI : RINTIHAN PENGAWAS 1. Setiap kumpulan diminta untuk berbincang dan mencatatkan 3 masalah utama yang dihadapi semasa menjalankan tugas. Mereka boleh memberi komen dan cadangan untuk menghadapi masalah-masalah tersebut. Setiap kumpulan diberi 8 minit untuk membentangkan hasil perbincangan masing-masing. Ahli-ahli kumpulan lain dan para fasilitator digalakkan untuk memberi input. AKTIVITI 1 : PENYERAHAN SURAT AMANAT Pengajaran : Bukanlah mudah untuk menjaga sesuatu yang diamanahkan. Masalah dan dugaan akan sentiasa datang untuk menguji komitment, kesungguhan dan keikhlasan anda. Segala pemberian yang kita terima daripada Tuhan sebenarnya merupakan suatu amanah.- untuk digunakan bagi membantu perkembangan diri dan orang lain dan melahirkan kasih sayang sesama manusia.

2.

AKTIVITI 2 : LUAHAN RASA Setiap peserta/ kumpulan diberi peluang untuk menyatakan perasaan mereka, pengalaman yang dialami dan pengajaran yang diperolehi sepanjang tempoh kem. (Tekankan kepada penyelesaian Unfinished business). Penilaian objektif pelajar Penilaian objektif kursus

Anda mungkin juga menyukai