Anda di halaman 1dari 10

AKTIVITI LDK(Perkhemahan Pemimpin Muda SMK Sungai Tiram) TEMPAT : Foyer MASA : 8.00 pg hingga 10.

00 pg

AKTIVITI (MEMBENTUK KUMPULAN) OBJEKTIF 1. 2. 3. 4. 5. Mewujudkan satu hubungan kumpulan dan seterusnya mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Meningkatkan interaksi dan semangat perpaduan antara peserta. Mengurangkan rasa malu dalam melakukan sesuatu. Mewujudkan kemesraan antara ahli kumpulan. Bersikap terbuka. PERLAKSANAAN AKTIVITI 1. 2. kotak. 3. 4. Pada kertas tersebut ditulis nama-nama penyanyi. Setiap peserta diminta untuk mencari ahli kumpulan masing-masing berpandukan nama penyanyi yang tertulis di atas kertas tersebut dengan hanya menggunakan bahasa isyarat dan pergerakan badan serta tidak boleh mengeluarkan suara. 5. Peserta diberi masa 5 minit untuk mencari ahli kumpulan dan berkumpul dalam kumpulan masing-masing Peserta diminta untuk membuat satu bulatan besar Setiap peserta diminta untuk mencabut gulungan kertas yang berada di dalam

Aktiviti 1: Objektif :

Energizer (We Can Fly)

Memulakan aktiviti dengan suasana yang ceria dan penuh bersemangat. Menyedarkan peserta tentang kebolehan yang boleh diasah. Melatih berfikiran kreatif.

Masa: 5 minit Bahan/alatan: laptop (iringan lagu) Langkah-langkah: 1. Fasilitator meminta peserta berdiri dan mengambil tempat yang dirasakan selesa. 2. Lagu I Believe I Can Fly dipasang. 3. Fasilitator menunjukkan cara pemanasan badan dan peserta mengikutnya sambil menghayati lagu tersebut. 4. Peserta diminta mendepakan tangan dan pusing ke belakang perlahan-lahan sejauh yang mungkin, kiri dan kanan. Ulang langkah yang sama untuk kali kedua. 5. Seterusnya fasilitator meminta peserta menyentuh jari kaki mereka dengan apa cara sekalipun. 6. Selesai pemanasan badan, fasilitator menjelaskan pengajaran disebalik aktiviti tersebut. 4. Aktiviti kedua : Energizer (Percaya padamu) Objektif : 1. Menimbulkan mood baik kepada para peserta untuk aktiviti yang seterusnya. 2. Menguji fokus pemikiran peserta. 3. Menggalakkan peserta berasa yakin antara satu sama lain. 4. Membentuk dua kumpulan untuk aktiviti yang seterusnya.

Masa : 5 minit Alatan : Pelaksanaan aktiviti: 1. Fasilitator meminta peserta berdiri dan berbaris panjang. 2. Fasilitator memberikan nama kepada peserta yang berdiri pada nombor ganjil dengan panggilan Tun, manakala peserta yang berdiri pada nombor genap dipanggil Teng. 3. Apabila fasilitator menyebut Tun, maka hendaklah mengangkat dua belah tangan ke atas. Manakala, Teng pula, hendaklah mengangkat tangan ke hadapan. 4. Fasilitator akan menyebut Tun dan Teng itu secara berselang-seli. Aktiviti 3 Peringkat: Masa: Alat-alat: : Sinopsis: Aktiviti ini dijalankan untuk kem pengawas sekolah lantikan baru. Aktiviti ini dijalankan supaya para pengawas menyedari konsep kepentingan berkomunikasi antara seorang pemimpin dengan ahli-ahlinya. Selain itu, para pengawas akan menyedari bagaimana pentingnya komunikasi melalui penggunaan perkataan yang betul dan gerak-geri yang sejajar dalam menjalankan tugas sebagai pengawas. Objektif: 1. 2. 3. Memahami pentingnya kemahiran mendengar dalam proses berkomunikasi. Mewujudkan kepentingan komunikasi dua hala antara pemimpin dan ahliahlinya. Menyedari pentingnya komunikasi pemimpin melalui penggunaan perkataan yang betul dan gerak-geri yang sejajar. Pertengahan 40 minit Kertas A4 dan pen

Tajuk modul: Lukisanku (Komunikasi sehala dan dua hala)

4.

Memberi kesedaran kepada pemimpin tentang pentingnya mendengar pendapat dari ahli-ahlinya.

Perlaksanaan Aktiviti: 1. 2. Semua peserta duduk dalam bulatan, setiap peserta diberi dua helai kertas A4. Fasilitator memberi arahan berikut, untuk dilukis oleh peserta. Peserta tidak dibenarkan bertanya. Arahan diulangi dua kali sahaja.(Lampiran 3) a) Lukis satu bulatan. b) Dalam bulatan itu lukis tiga bulatan kecil. c) Di atas bulatan lukis sebuah bentuk segiempat sama. d) Di kiri dan kanan bulatan buat dua garis panjang yang selari dan satu bulatan di hujung. e) Di bawah bulatan tadi, lukis segi empat tepat. f) Di bawah segiempat tepat, lukis 4 garis lurus panjang ke bawah dan dua bulatan di hujung empat pasang garis panjang tadi. 3. 3. 4. Setelah semua ahli selesai melukis fasilitator akan meminta mereka meletakkan lukisan tersebut di tepi dan di terbalikkan. Di atas kertas lain, peserta diminta melukis kali kedua dengan arahan yang sama tetapi kali ini mereka dibenarkan bertanya. Peserta diminta meletakkan kedua-dua lukisan mereka dihadapan masing-masing. Mereka digalakkan memberi maklumbalas berkenaan perasaan mereka sewaktu melukis kali pertama dan kali kedua. 6. Fasilitator mengaitkan aktiviti ini dengan peranan peserta sebagai pemimpin, pendengar dan pemberi respon yang menggalakkan pada masa berinteraksi dan berbual dengan rakan. Falsafah modul: 1. Kesukaran berkomunikasi sehala antara pemimpin dengan ahli yang lain iaitu ahli hanya menerima arahan tanpa diberi kesempatan menyoal boleh menimbulkan berbagai-bagai perasaan negatif di kalangan ahli. 2. Komunikasi sehala oleh pemimpin menyebabkan mesej berubah dan tidak tepat. Oleh itu hasil yang diperolehi adalah mengikut tafsiran sendiri. 5. Peserta diminta membandingkan kedua-dua lukisan mereka dengan lukisan contoh.

Aktiviti 4 Tajuk Masa Alatan : : : Boleh percaya ke! 40 minit Laptop, kerusi, akhbar lama, benang gunting dan kain penutup mata. Masa aktiviti : Sinopsis : Modul ini memberi kesedaran tentang pentingnya arahan di dalam sesuatu organisasi. Bukan mudah untuk menyampaikan maklumat kerana dunia hari ini mempunyai pelbagai dugaan dan rintangan yang perlu dihadapi oleh setiap manusia. Objektif: 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Melahirkan pelajar yang memberi fokus kepada pemimpin. Menerapkan sikap memberi arahan yang berkesan sebagai seorang pemimpin. Menyedarkan pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai pemimpin. Menimbulkan kesedaran agar percaya kepada pemimpin. Menyedarkan pemimpin agar membimbing ahli dengan baik. Pertengahan program

Kumpulan sasaran : pengawas sekolah. Perlaksanaan aktiviti : 1. 2. 3. 4. Pelajar dipecahkan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan perlu menghantar wakil sebagai ketua. Mata setiap ahli kumpulan ditutup kecuali ketua dan mereka diminta untuk berpegang kepada benang agar sentiasa dapat bersama kumpulan. Arahan diberi kepada ketua sahaja iaitu, mereka perlu membawa setiap ahli kumpulan yang telah ditutup matanya ke destinasi yang telah

ditetapkan oleh fasilitator dengan menggunakan suara sahaja dan tidak boleh menyentuh ahli. 5. Fasilitator akan menyusun kerusi, menggumpal akhbar lama, dan memasang lagu dengan nada sederhana dan kuat secara berperingkat untuk mengganggu arahan yang diberikan oleh ketua. 6. 7. Fasilitator akan menggunting benang yang dipegang oleh ahli supaya ahli berpecah dari kumpulannya. Permainan tamat apabila masa yang diberikan telah habis dan ketua yang berjaya membawa ahli paling ramai ke destinasi yang dianggap sebagai pemenang. Falsafah modul: 1. Halangan wujud di mana sahaja, sebagai pemimpin yang baik kita perlu berusaha melepasinya untuk membantu ahli kumpulan dengan semangat dan ketabahan. 2. 3. 4. 5. Kehidupan memerlukan kita saling bekerjasama dan tolong menolong untuk hidup dengan bahagia. Setiap pemimpin tidak boleh mengambil kesempatan di atas kelemahan ahli yang dipimpin. Setiap ahli perlu mempercayai pamimpin agar segala maklumat yang disampaikan bukan dari sumber yang tidak dipercayai. Kejujuran amat penting sebagai pemimpin.

Warisan Di sini lahirnya sebuah cinta Yang murni abadi sejati Di sini tersemai cita-cita Bercambah menjadi warisan c/o Andai ku terbuang tak diterima Andai aku disingkirkan Ke mana harusku bawakan Ke mana harusku semaikan Cinta ini Betapa di bumi ini ku melangkah Ke utara selatan timur dan barat Ku jejaki Aku bukanlah seorang perwira Gagah menghunus senjata Namun hati rela berjuang Walau dengan cara sendiri demi cinta ini Ku ingin kotakan seribu janji Sepanjang kedewasaan ini Ku ingin sampaikan pesanan Akulah penyambung warisan.

Ziana Zain

Ziana Zain

Ziana Zain

Ziana Zain

Mas Idayu

Mas Idayu

Mas Idayu

Mas Idayu

Amy search

Amy search

Amy search

Amy search

M daud Kilau

M daud Kilau

M daud Kilau

M daud Kilau

Saloma

Saloma

Saloma

Saloma

Saloma

Saloma

Saloma

Saloma

Ziana Zain

Ziana Zain

Ziana Zain

Ziana Zain

Mas Idayu

Mas Idayu

Mas Idayu

Mas Idayu

M daud Kilau

M daud Kilau

M daud Kilau

M daud Kilau

Amy search

Amy search

Amy search

Amy search