Anda di halaman 1dari 7

MODUL BENGKEL APLIC

(Atitud Positif Lahirkan Insan Cemerlang)


SMK BELADIN, 94950 BETONG,
SARAWAK.

02 JULAI 2018-06 JULAI 2018

FASILTATOR:
PN ARZIEDA
PN NUUR ADDINNI LIMAI
CIK HUMAIDATUL FIKRIYAH BINTI MARZUKI

SASARAN:
TINGKATAN 5 : C, D, E

1
TAJUK: ‘EVERYONE IS MATTERS’

Fokus : Peningkatan Disiplin Pelajar


Objektif : Pada akhir aktiviti ini, pelajar dapat:
1. meningkatkan keyakinan diri;
2. berinteraksi dengan rakan-rakan dengan selesa dalam
menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Masa : 15 Minit
Alat/ bahan : Pensel, pemadam, kertas, pembaris, beg, bekas pen

Langkah :
1. GBK meminta pelajar untuk mengeluarkan alat tulis yang diperlukan untuk
menjalankan aktiviti ini.
2. GBK memberikan arahan tentang aktiviti yang akan dijalankan.
3. GBK menyatakan nilai untuk setiap alat tulis tersebut. (Kertas:RM0.10,
bekas pen: RM1.00, pensel: RM0.30, pembaris:RM0.50, pemadam:
RM0.20, dan beg: RM 2.00).
4. GBK mengarahkan pelajar supaya semua alat tulis itu dipegang dengan
tangan kanan.
5. GBK menyatakan jumlah yang dia inginkan dan mengarahkan pelajar untuk
mendapatkan jumlah tersebut.
6. Peserta dibenarkan bergerak untuk mencari pelajar lain bagi melengkapkan
jumlah.
7. Setelah nilai yang diminta tepat, pelajar perlu duduk di dalam sebuah
kumpulan atau bersama pasangan masing-masing.
8. GBK melakukan sesi soal jawab bersama pelajar tentang pentingnya nilai
untuk setiap barang (Sila kaitkan dengan nilai diri dalam kehidupan kita).
Penilaian : Pelajar perlu memberikan perhatian dan tumpuan terhadap aktiviti.
Rumusan :
1. Pelajar perlu mematuhi setiap arahan yang diberikan, menumpukan perhatian di dalam
kelas sangat penting terutama semasa sesi PdP berjalan.
2. Pelajar perlu sentiasa menghargai diri sendiri dan belajar untuk menghormati diri
sendiri.

2
TAJUK : CERMIN DIRI.
Fokus : Mengenali diri sendiri.
Objektif : Pada akhir aktiviti ini, pelajar dapat:
1. pelajar dapat meneroka diri mereka(menjawab persoalan ‘Siapa
Saya?’ dan ‘Apa yang Saya Fikirkan’);
2. meneroka imej kendiri : kenal pasti perasaan tentang diri mereka
sendiri (positif/negatif);
3. meneroka perubahan kendiri (perubahan yang berlaku dalam diri
seorang remaja).
Masa : 60 minit
Bahan/alatan : Borang siapa saya, pen/pensel.

Langkah :
1. GBK menerangkan objektif aktiviti kepada pelajar. Objektif bagi borang
nombor 1 adalah berkaitan dengan soalan yang melibatkan kognitif
(pemikiran/ persepsi) dan objektif bagi soalan nombor 2 (berkaitan
perasaan).
2. GBK mengedarkan borang ‘Siapa Saya’ kepada pelajar. Pelajar diminta
untuk mengisi kedua-dua borang tersebut.
3. Ahli diberikan masa selama 30 minit untuk mengisi borang tersebut.
4. GBK bersedia membantu pelajar, sekiranya pelajar tidak mempunyai idea
atau teragak-agak dengan aktiviti yang dilakukan.
5. Selepas masa yang diberikan tamat, GBK meminta beberapa orang ahli
untuk berkongsi apa yang mereka tulis kepada rakan-rakan lain (2 minit) .
Pelajar lain dibenarkan untuk memberikan pendapat dan bertanyakan soalan
kepada rakan mereka.
6. GBK akan merumuskan tentang aktiviti tersebut (5 minit).
Rumusan :
1. Zaman remaja sangat mencabar.
2. Pemikiran remaja membentuk sistem kepercayaan mereka seterusnya
menunjukkan konsep kendiri serta personaliti mereka.
3. Daripada konsep kendiri, dapat dikenal pasti sifat dan ciri-ciri pelajar
tersebut.

3
CERMIN DIRI
BORANG 1: SIAPA SAYA?

Arahan: Sila tulis apa-apa sahaja tentang diri anda, apa yang anda fikirkan tentang diri anda
di dalam ruangan yang disediakan. Anda boleh menggunakan kreativiti anda sendiri.

4
CERMIN DIRI
BORANG 2: IMEJ SAYA.

Arahan: Sila tulis tentang perasaan, imej anda dan apa yang anda fikirkan tentang diri serta
kehidupan anda sekarang. Anda boleh melakar atau menggunakan kreativiti lain untuk
menunjukkan perasaan anda. Namun, anda perlu mengatakan bahawa apa yang anda tulis itu,
adalah hal atau perkara positif atau negatif.

5
TAJUK : GUNTING & BUANG
Fokus : Menangani tekanan yang dihadapi.
Objektif : Pada akhir aktiviti ini, pelajar dapat:
1. menyenaraikan permasalahan yang dihadapi agar boleh
menyelesaikannya satu per satu;
2. meluahkan segala perasaan yang terpendam sehingga mereka berasa
selesa dan tenang;
3. menguruskan tekanan mereka sendiri tanpa mengharapkan orang
lain; dan
4. berupaya mengatasi setiap masalah dan tekanan yang dialami.
Masa : 30 minit
Bahan/alatan : Kertas A4, gunting, alat tulis, tong sampah, & lampiran latihan 2A: Gunting
& Buang

Langkah :
1. GBK memberikan penerangan kepada pelajar tentang aktiviti yang
akan dilakukan dan peranan mereka di dalam aktiviti ini.
2. GBK mengedarkan kertas A4 & lampiran 2A kepada pelajar.
3. Pelajar diminta untuk menyenaraikan setiap kerunsingan,
kebimbangan, perkara-perkara yang belum diselesaikan,
permasalahan serta kesusahan yang di hadapi di dalam kertas A4
yang diedarkan.
4. Masa yang diberikan ialah 10 minit.
5. Kemudian, minta semua pelajar untuk menggulung kertas tersebut
sambil merasai tekanan yang dialami.
6. Kemudian, minta semua pelajar untuk menggunting kertas yang
sudah digulung tersebut menjadi cebisan kecil.
7. Selepas itu, minta pelajar untuk membuang cebisan tersebut ke
dalam tong sampah yang telah disediakan.
8. GBK memberikan peluang kepada pelajar untuk berkongsi
pengalaman mereka melakukan aktiviti ini daripada awal sehingga
akhir.
Rumusan :
1. Pelajar dapat meneroka permasalahan sebenar yang menjadi punca
kepada tekanan.
2. Pelajar berpeluang untuk meluahkan segala permasalahan yang
terpendam dalam diri selama ini.
3. Membantu pelajar melepaskan tekanan yang dihadapi dengan
menulis segala-galanya di kertas.
4. Memberi panduan kepada pelajar, cara untuk menguruskan tekanan
dengan berkesan supaya ia tidak memusnahkan kehidupan kita.

6
7

Anda mungkin juga menyukai