Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Kepimpinan ialah proses seseorang individu menggunakan kekuatan dan kemahiran akal
fikiran serta potensinya secara menyeluruh. Menurut Walter B. Pitkin dalam Ahmad
Zabidi Abdul Razak “ Seseorang yang tidak dapat memimpin dirinya sendiri bererti
beliau tidak mampu memimpin orang lain”. Ia melibatkan aspek keupayaan, kebolehan,
kebijaksanaan seseorang mengawal dan menyesuaikan dirinya dalam apa jua keadaan.
Sifat sebegini seperti air mengalir ,walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan
halangan, namun ia mampu menyesuaikan keadaannya sehinggakan matlamatnya supaya
sampai ke lautan dan akhirnya ia membentuk kekuatan di lautan. Seseorang yang
mempunyai kepimpinan diri juga mampu mengelak unsur-unsur yang tidak bersesuaian
mempengaruhi dirinya. Tegasnya dalam apa jua keadaan sekalipun dia tetap seperti biasa.
Dengan mempunyai ciri-ciri seperti ini segala matlamat yang ditetapkan akan tercapai
kerana individu itu benar-benar menguasai dirinya sendiri dan tiada sebarang unsur
luaran lain yang mampu menggugat penguasaan dirinya. Orang yang berperibadi unggul
seolah-olah berkata “Aku adalah aku,”dia tidak di pengaruhi oleh sesuatu yang tidak
selari dengan pegangan hidupnya. Diri kita adalah modal kejayaan kita.

1.0 TOPIK / TAJUK

Modul Kepimpinan ( Ketahanan Diri )

2.0 SASARAN

Para peserta yang terlibat atau yang dipertanggungjawabkan dengan aktiviti kepimpinan.
Sebagai contohnya Pengawas ,Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas Ahli Jawatankuasa
Kelab, Persatuan dan Pakaian Seragam. Dengan adanya aktiviti ini akan meningkatkan
lagi keyakinan dan kekuatan mental mereka dalam menjalankan tanggungjawab yang di
amanahkan.
3.0 SINOPSIS MODUL

Kepimpinan merupakan asas penting dalam diri seseorang. Setiap insan di anugerah
dengan potensi dan kebolehannya masing-masing secara semulajadi. Sehubungan dengan
itu kepimpinan memerlukan komitmen dari diri sendiri dan juga role model dan
persekitaran pelajar. Oleh itu, seseorang akan bersemangat dan berkeyakinan.

4.0 OBJEKTIF

Setelah selesai menjalani sesi ini, apa yang diharapkan semoga setiap peserta dapat:
4.1 Memupuk kepimpinan kendiri iaitu mampu untuk menghadapi masalah
dengan tenang dan mempunyai sifat kepimpinan dan karisma yang tinggi.
4.2 Mewujudkan sifat berani dalam diri individu itu sendiri untuk mengeluarkan
pendapat atau cadangan.
4.3 Menghilang sifat malu untuk tampil memberikan pendapat atau cadangan
serta kritikan.
4.4 Menamankan sifat kreatif dan inovasi dalam menangani sesuatu masalah yang
dihadapi.
4.5 Melihat potensi diri serta kemampuan pada diri sendiri dan menambahkan
Keyakinan dalam diri mereka
4.6 Memupuk semangat kerjasama dan sifat toleransi serta berfikiran terbuka
dalam menangani sesuatu masalah.

5.0 KAEDAH

Antara kaedah- kaedah yang turut dipraktikkan dan digunakan dalam melaksanakan
modul ini ialah:
5.1 Permainan
5.2 Perbincangan
5.3 Perbentangan
6.0 ALAT / BAHAN YANG DIGUNAKAN

Penggunaan alat dan bahan tertentu turut memainkan peranan penting dalam perlaksaan
Antara peralatan yang digunakan untuk melaksanaan modul ini ialah:
6.1 Duit syiling
6.2 Kertas A4
6.3 Pen / Pensil

7.0 MASA

Anggaran masa yang telah diperuntukkan untuk menyelesaikan kandungan modul ini
ialah dalam lingkungan tempoh 50 minit hingga 60 minit sahaja.
Aktiviti 1.1: Tangkap jangan tak tangkap
Masa : 10 minit
Alat : Duit syiling

Pelaksanaan aktiviti :
1. Para peserta di minta menggenggam duit syiling.
2. Selepas itu , para peserta di kehendaki mengikut arahan fasilitator apabila di suruh
melambung duit syiling tersebut .
3. Apabila para peserta sudah melambung duit mereka , mereka kemudiannya di
kehendaki menangkap semula duit tersebut.
4. Para peserta di kehendaki mengulangi perbuatan tersebut untuk beberapa kali.

Falsafah dan Pengajaran


1. Di sini menjelaskan bahawa seseorang itu perlu yakin dengan apa jua keputusan
dan tindakan yang mereka lakukan kerana para peserta akan melambung duit
syiling itu setinggi yang mungkin dan pasti duit itu sukar di capai.
2. Mereka hanya perlu melambung sedikit sahaja syiling tersebut atau mengikut
kemampuan mereka agar matlamat mereka akan tercapai untuk menyambut
semula syiling tersebut.
3. Para peserta harus memahami arahan sebaik mungkin dan ini adalah sifat
semulajadi yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin iaitu sentiasa berfikir
sebelum melakukan sesuatu.
Aktiviti 1.2: Salahkah Aku
Masa : 30 minit
Alat : Kertas A4 , pen , pensil

Pelaksanaan aktiviti:
1. Para peserta akan di bahagikan kepada 3 kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan di berikan kertas dan pen atau pensil.
3. Fasilitator akan menceritakan sesuatu masalah yang perlu di hakimi oleh para
peserta.
4. Oleh itu , peserta di minta membincangkan permasalahan tadi, siapakah yang
harus di persalahkan dan mereka di kehendaki memberi alasan mengapa memilih
keputusan tersebut.
5. Para peserta di kehendaki mempertahankan setiap keputusan yang di buat.

Falsafah dan Pengajaran


1. Kita seharusnya yakin dengan idea yang kita ajukan kepada orang lain.
2. Kita perlu berani untuk mengemukakan pandangan untuk menjaga kepentingan
masing-masing dan membantu orang lain.
3. Setiap orang mempunyai kemampuan tersendiri yang tersembunyi.
Aktiviti 1.3: Kenali dirimu
Masa : 20 minit
Alat : Tiada

Pelaksanaan aktiviti:
1. Dua orang peserta mewakili kumpulan makmal ini akan di minta untuk keluar
dari makmal buat sementara waktu.
2. Seorang fasilitator akan bersama mereka berada di luar manakala seorang lagi
akan bersama ahli-ahli lain.
3. Semasa berada di luar, fasilitator akan bertanya tentang hobi yang mereka suka
lakukan dan mereka perlu menjawab soalan yang ditanya oleh rakan-rakan
mereka nanti. Tetapi mereka tidak boleh memberitahu rakan-rakan mereka
tentang hobi mereka.
4. Manakala fasilitator yang berada di dalam akan memberitahu rakan-rakan yang
lain hobi mereka yang sebaliknya iaitu mengendap.
5. Ahli kumpulan yang berada di dalam akan bertanya kepada mereka soalan-
soalan yang berkaitan dengan hobi mereka iaitu mengendap.
6. Kemudian dua orang peserta yang berada di luar akan di bawa masuk semula ke
dalam makmal.
7. Dua orang peserta tersebut hanya perlu menjawab soalan yang dikemukakan
oleh rakan-rakannya.

Falsafah dan Pengajaran


1. Seorang pemimpin harus mempunyai kekuatan mental apabila di kritik oleh
orang lain tentang sikap atau apa sahaja yang berkaitan dengan mereka.
2. Seorang pemimpin harus mempunyai fikiran yang terbuka apabila di kritik.
3. Seorang pemimpin juga harus berani meluahkan apa yang tidak memuaskan hati
mereka supaya dapat melakukan yang terbaik.
4. Seorang pemimpin harus berani untuk memikul tanggungjawab yang diberikan.
RAMLAH DAN RAMLAN
Pada zaman dahulu kala ada , dalam sebuah kampung terdapat sepasang kekasih yang sedang mabuk
bercinta. Percintaan mereka ini telah di ketahui oleh semua penduduk kampung. Begitulah hebatnya
percintaan mereka ini. Mereka telah berjanji untuk sehidup semati.

Pada suatu hari , Ramlan mengajak Ramlah untuk bersiar-siar di lautan yang luas. Ramlah bersetuju.
Mereka pun belayar mengikut kapal layar yang baru di bina oleh Ramlan. Hari tersebut merupakan
hari yang begitu mengasyikkan buat pasangan tersebut. Tiba-tiba dengan tidak di sedari, ribut taufan
telah melanda. Kapal layar Ramlan telah pecah. Mereka terpisah. Ramlan terdampar di sebuah pulau
yang tidak diketahui manakala Ramlah terdampar di sebuah pulau yang tidak berpenghuni dan hanya
terdapat binatang buas sahaja. Ramlah begitu takut.

Hari semakin gelap. Rindu Ramlah terhadap Ramlan begitu memuncak sekali. Suara binatang buas
semakin jelas kedengaran. Sudah puas Ramlah meminta pertolongan dari orang yang lalu lalang di
pulau tersebut namun tiada siapa yang berani singgah ke pulau itu. Tiba-tiba seorang Juragan datang
untuk menolong. Ramlah begitu suka apabila diberitahu bahawa Ramlan selamat dan Juragan berjanji
untuk membawa Ramlah bertemu Ramlan. Tetapi dengan satu syarat iaitu Ramlah terpaksa
menyerahkan kegadisannya itu kepada Juragan. Ramlah tidak bersetuju. Begitu lama Juragan memujuk
dan begitu lama juga Ramlah tidak mahu menerimanya kerana kesetiaannya kepada si Ramlan.

Akhirnya dia terpaksa menyerahkan kegadisannya kepada Juragan kerana khuatir dia akan mati kerana
binatang buas begitu banyak dan hari semakin gelap. Dia tahu dia tidak akan selamat di situ. Apabila
selesai, Juragan membawa Ramlah bertemu dengan Ramlan. Mereka amat gembira dan berpelukan
melepaskan rindu masing-masing. Oleh kerana terlalu setia Ramlah memberitahu kepada Ramlan apa
yang telah berlaku. Ramlan begitu marah dan memutuskan perhubungan mereka. Ramlah begitu
hampa dan menghantukkan kepala ke batu lalu pengsan. Apabila melihat keadaan itu, Ramlan
menghunuskan kerisnya ke arah Juragan. Satu perkelahian yang hebat telah berlaku.

Ini mengganggu pertapaan seorang petapa. Apabila melihat dua orang sedang berkelahi,dia terus
membunuh kedua-duanya sekali kerana mengganggu pertapaannya. Apabila Ramlah sedar dari
pengsan,dia terus membunuh dirinya kerana hidupnya tidak bererti lagi tanpa Ramlan.

JIKALAU ANDA MENJADI HAKIM TERHADAP PERISTIWA ITU, SIAPAKAH YANG ANDA
PERSALAHKAN. SIAPAKAH YANG PALING BERSALAH DAN PATUT DI KENAKA
HUKUMAN YANG AMAT BERAT.
BIBLIOGRAFI

Ahmad Zabidi Abdul Razak (2004). Memimpin Diri Sendiri. Bentong: PTS Publications
& Distributors Sdn.Bhd.

Chek Mat (2003). Kemahiran Memimpin. Kuala Lumpur:Utusan Publication &


Distributors Sdn.Bhd.

Garis panduan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Negeri


Johor (2003).

Modul Kepimpinan Pengawas dan Ketua Tingkatan, Peringkat Sekolah Menengah


Daerah Perak Tengah. Bahan risalah (2003).

Anda mungkin juga menyukai