Anda di halaman 1dari 6

TAJUK : MODUL KOMUNIKASI

1.0 SINOPSIS MODUL

Hidup saling bergantung dan saling berinteraksi adalah perkara lumrah dan semulajadi
dalam kehidupan. Hal ini kerana suasana yang senyap tanpa kata-kata akan membuatkan
dunia menjadi kaku dan hidup tidak bermakna. Melihat kepada peredaran zaman
sekarang, kita sering berhadapan dengan suasana baru yang menuntut kita untuk
berkomunikasi bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Dalam konteks sebagai seorang pelajar, komunikasi berkesan merupakan antara


elemen yang terpenting kerana mereka perlu berinteraksi dengan ramai orang seperti
guru, rakan-rakan dan juga masyarakat sekeliling untuk mendapatkan maklumat serta
pertukaran idea yang bermanfaat.

Oleh yang demikian modul ‘Komunikasi Berkesan’ ini dapat mendedahkan para
pelajar tentang kepentingan komunikasi sesama manusia sama ada dalam bentuk verbal
mahupun non-verbal. Ia juga membolehkan para peserta yang terlibat memahami dan
menanam dalam diri betapa pentingnya menjalinkan hubungan kemanusiaan yang baik
serta mewujudkan suasana yang harmoni dan mesra. Bagi mencapai tujuan tersebut,
modul ini turut menyediakan beberapa aktiviti.

2.0 SASARAN
Para peserta yang terlibat dalam menjayakan modul ini adalah mereka yang berada dalam
lingkungan umur 13 tahun hingga 17 tahun. Kesemua mereka ini adalah terdiri daripada
pelajar yang ingin memantapkan kemahiran dalam berkomunikasi.

3.0 OBJEKTIF
Selepas menjalani sesi atau modul ini, adalah diharapkan semua peserta akan dapat
mencapai objektif seperti berikut :

3.1 Supaya para peserta dapat menjalinkan hubungan mesra antara satu sama lain
serta mewujudkan perasaan sayang di antara ahli bagi mengukuhkan dan
mengeratkan hubungan yang baru terjalin.

3.2 Supaya para peserta menyedari komunikasi penting dalam memupuk sifat
saling bekerjasama dalam kumpulan.

3.3 Interaksi yang berkesan antara ahli akan membawa kepada pencapaian
matlamat yang diinginkan dalam kumpulan.

3.4 Mewujudkan kejelekitan di antara ahli.

3.5 Mewujudkan sifat berani untuk berkomunikasi di khalayak ramai.

4.0 KAEDAH

4.1 Perbincangan.
4.2 Lukisan.
4.3 Persembahan berkumpulan.

5.0 ALAT/BAHAN YANG DIGUNAKAN

5.1 Kertas A4
5.2 Alat tulis
6.0 MASA

Masa yang dianggarkan untuk melaksanakan aktiviti dalam modul ini adalah antara 40
hingga 60 minit.

7.0 AKTIVITI PELAKSANAAN

7.1 AKTIVITI 1

Tajuk : Mencari Keluarga


Objektif : 1) Mengurangkan rasa malu
2) Menambah kemesraan di kalangan peserta.
3) Mempercepatkan interaksi antara peserta.
4) Mewujudkan semangat perpaduan.
Masa : 15 minit
Tempat : Makmal 7

Langkah-langkah :
1. Peserta diberikan satu kad dan mereka tidak dibenarkan melihat apa yang tertulis
pada kad sehingga diberitahu oleh fasilitator.
2. Sesudah melihat apa yang tertulis pada kad itu, mereka tidak dibenarkan memberitahu
sesiapa. Mereka diberikan masa selama 10 minit untuk mencari ‘ahli keluarga’
mereka tanpa bercakap. Mereka dibenarkan menunujukkan syarat bagi mewakili apa
yang tertulis pada kad.
3. sesudah dapat mencari ahli-ahli dalam kumpulan masing-masing, mereka
dikehendaki saling berkenalan dalam kumpulan itu.
4. Fasilitator membuat rumusan hasil daripada maklum balas peserta:
 Kita perlu memulakan komunikasi sama ada secara lisan ataupun tanpa lisan.
 Persahabatan selalunya bermula dengan ciri-ciri persamaan.

7.2 AKTIVITI 2

Tajuk : Komunikasi Sehala dan Dua Hala.


Objektif :1) Menguasai kemahiran komunikasi bekesan dengan mendengar dengan aktif.
2) Memupuk komunikasi dua hala yang berkesan bagi meningkatkan kualiti
kerja.
3) Komunikasi dua hala mengelakkan salah faham.
Masa : 30 minit
Tempat : Bilik kelas atau tempat yang sesuai.
Alat : Kertas A4 dan pensel.

Langkah-langkah :
1. Fasilitator mengedar dua keping kertas A4 kepada setiap ahli dan mereka duduk
dalam bulatan.
2. Fasilitator memberikan arahan berikut supaya dilukis oleh ahli. Ahli tidak dibenarkan
bertanya. Arahan diulang dua kali sahaja.
 Lukiskan satu bulatan.
 Dalam bulatan itu lukis dua bulatan kecil dan satu bulatan separuh.
 Di atas bulatan, lukiskan segi empat sama.
 Di bawah bulatan pula, lukis sebuah segi empat sama secara menegak.
 Di kiri dan kanan segi empat sama itu, buat satu segi empat tepat secara
melintang.
 Di bawah segi empat sama menegak itu, lukis satu segi tiga .
 Di bawah segi tiga itu lukiskan dua segi empat tepat menegak.

3. Di atas kertas lain, peserta diminta melukis kali ke dua dengan arahan yang sama
tetapi kali ini dibenarkan bertanya.
4. Peserta diminta membandingkan kedua-dua lukisan mereka dengan lukisan contoh.
5. Fasilitator meminta peserta memberikan maklum balas berkenaan perasaan mereka
semasa melukis kali pertama dan kali ke dua.
6. Fasilitator berbincang bagi mendapatkan maklum balas dengan memberi fokus
kepada:
 Kepentingan kemahiran mendengar dalam mewujudkan komunikasi berkesan.
 Komunikasi satu hala sering menimbulkan masalah salah faham dan menghalang
pencapaian matlamat.

7.3 AKTIVITI 3

Tajuk : Persembahan Kreatif


Objektif : 1) Meningkatkan kebolehan berkomunikasi secara interpersonal.
2) Mewujudkan keberanian tampil di khalayak ramai.

Tempat : Makmal 7
Masa : 30 Minit.

Langkah-langkah :
1. Peserta diminta duduk dalam kumpulan masing-masing.
2. Fasilitator mengarahkan setiap kumpulan berbincang dalam kumpulan untuk
membuat satu persembahan mengikut kreativiti masing-masing.
3. Peserta diberikan masa selama 10 minit untuk melakukan perbincangan tersebut.
4. Setelah selesai membuat perbincangan, setiap kumpulan diminta membuat
persembahan tersebut.
5. Masa yang diperuntukkan untuk membuat persembahan ialah 5 minit bagi setiap
kumpulan.

KESIMPULAN
Pelaksanaaan modul ini diharapkan dapat meningkatkan keyakinan kepada para peserta
untuk berinteraksi antara satu sama lain terutama dalam persekitaran dan rakan-rakan
yang baru. Selain itu, pelaksanaan modul ini juga dapat memupuk semangat setiakawan
yang tinggi dan memudahkan kerjasama pada masa akan datang.

FALSAFAH

1. Dua orang bersaudara ibarat dua buah tangan, yang satu membersihkan yang
lainnya.
2. Hubungan yang mesra dan erat dapat memudahkan pencapaian matlamat.
3. Kesepaduan membawa kejayaan.
4. Komunikasi berkesan mewujudkan hubungan yang lebih mesra antara satu sama
lain dan memudahkan penyampaian maklumat.
5. Keberanian berinteraksi dengan orang lain dapat meningkatkan keyakinan yang
tinggi.

Anda mungkin juga menyukai