Anda di halaman 1dari 12

KURSUS JAYADIRI PENYESUAIAN DIRI

Sesi 7 : SAYA DAN ANDA – Komunikasi Menang-Menang

Tujuan : Melatih peserta tentang kemahiran berkomunikasi cara asertif untuk menentukan perhubungan
menang-menang (win-win relationship)

Objektif : Pada akhir sesi pelajaran ini, peserta-peserta dapat :-

i) Membeza-bezakan antara komunikasi asertif, agresif, pasif dan manipulatif


ii) Melatih diri dengan kemahiran "active listening"
iii) Melibatkan diri dalam pembentukan dialog komunikasi menang-menang serta melakonkannya.
iv) Melatih diri dengan kemahiran komunikasi menang-menang.

Langkah :
Langkah 1 : Tujuan 5 Minit
Langkah 2 : Kaitan pegangan menghadapi perhubungan dan corak komunikasi 20 Minit
Langkah 3 : Memahami Komunikasi menang-menang 30 Minit
Langkah 4 : Latihan Membentuk Komunikasi menang-menang 30 Minit
Langkah 5 : Latihan Komunikasi menang-menang 30 Minit
Langkah 6 : Penutup 5 Minit

Bahan : 1. 12 Keping kad bertulis


2. Ribon/tali
3. Lampiran-lampiran guru
4. Lampiran-lampiran pelajar (5 situasi)
5. Kertas Catatan: Latihan-latihan komunikasi menang-menang
6. Transparensi-transparensi

Rujukan :

1. Covey. S. R. (1989).The Seven Habits Of Highly Effective People. Simon & Schuster Inc.
2. Galassi, M.D. & Galassi, J.P. (1977). Assert Yourself. Human Sciences Press, Inc.
3. Hathaway, P. (1990). Giving and Receiving Criticism. Crisp. Publications, Inc.
4. Mac Neilage, L. & Adams, K. (1982). Assertiveness at Work. Prentice - Hall, Inc.
5. Pease, Allan (1988). Talk Language. Camel Publishing Co.
6. Townend, Anni (1991). Developing Assertiveness. Routledge

Proses Pelaksanaan

Langkah 1: Tujuan (5 Minit)

1.1 Peserta diberikan berbagai situasi interaksi dan ditanya cara-cara seseorang dapat bertutur untuk
mendapatkan hajat.
      
(i) Situasi menyuruh
       Contoh-contoh (dibaca dengan memain peranan)
       "Buat ni sekarang - kalau tidak ...."
       "Kalau boleh buatlah, kalau tak boleh, apa nak buat.."
       "Boleh tidak awak selesaikan ini sekarang sebab..."

(ii) Situasi menegur/mengkritik


contoh-contoh:
"Kerja awak ni macam kerja budak sekolah rendah"
"Apabila awak buat kerja begini, saya rasa kurang puas hati"

(iii) Situasi menolak permintaan


Contoh-contoh :
"Saya tidak mahu buat, awak fikir awak siapa?"
"Saya tak pandailah"
"Saya tidak dapat buat sebab ....."

1.2 Peserta diberitahu bahawa cara seseorang berkumunikasi menentukan samada dia bersikap menang-
menang terhadap perhubungannya. Peserta diberitahu bahawa dalam sesi ini, mereka dapat melatih diri
untuk berkomunikasi cara menang-menang dalam beberapa situasi.

Langkah 2 : Kaitan Pegangan Menghadapi Perhubungan Dengan Corak Berkomunikasi

2.1 Peserta ditunjukkan transparensi kelompok hujah-hujah seperti berikut (tunjukkan dengan transparensi)

       Kelompok 1: "Buat ini sekarang!"


       "Tidak mau, awak fikir awak besar di sini?"
       "Kerja awak ni macam kerja budak sekolah rendah saja"
       "Awak nak tipukah, jualkan saya barang yang tak berguna?"

       Kelompok 2: "Kalau boleh buatlah kalau tak boleh, apa nak buat"
       "Saya ...saya... okaylah, bolehlah saya buat"
       "Saya tak pandailah"
       "Maafkan saya, saya tak patut berpendapat begitu"
       Kelompok 3: "Boleh tidak awak selesaikan ini sekarang sebab ...."
       "Apabila awak buat kerja begini, saya rasa kurang puas hati"
       "Buku ini ada cacatnya, boleh saya tukar?"
       "....begitulah pendapat saya"

2.2 Peserta dikehendaki meneka ciri-ciri orang yang berhujah bagi setiap kelompok dan fasilitator
mencatatkannya pada papan putih.

       Kelompok 1: agresif, angkuh, sombong, rasa ‘superior’, menekan orang lain, tidak hormat orang lain.
Kelompok 2 : pasif, takut-takut,  rasa’inferior’,  konsep diri negatif.
Kelompok 3 : asertif, menghormati orang lain, berkomunikasi jelas

2.3 Peserta diberikan keterangan tentang pegangan menghadapi perhubungan serta


menambah satu cara manipulatif (rujuk lampiran guru).

2.4 12 orang peserta dipilih dan diberikan sekeping kad setiap seorang dengan catatan berikut:-

       1. Saya OK - anda tidak OK


       2. Saya OK - anda OK
       3. Saya tidak OK - Anda tidak OK
       4. Saya tidak OK - Anda OK
       5. Komunikasi agresif
       6. Komunikasi asertif
       7. Komunikaisi pasif
       8. Komunikasi manipulatif
       9. Menang - kalah
       10. Menang - menang
       11. Kalah - menang
       12. Kalah – kalah

2.5 Pada lantai, dibentuk rajah seperti berikut dengan tali / ribbon.


             
             Memberatkan
Penonjolan Diri A B
C D
             
Memberatkan Perhubungan
      
Pelajar diberitahu bahawa jika rajah tersebut merupakan corak perhubungan, bagaimanakah mereka harus
berkelompok? * Dimanakah kelompok mereka harus berada? (A? B? C? D?)

2.6 Peserta diberitahu bahawa pegangan terhadap perhubungan seseorang itu berkait dengan corak dia
berkomunikasi. Pegangan terhadap perhubungan bergantung kepada samada dalam perhubungan, 
seseorang itu memberatkan penonjolan diri atau memberatkan perhubungannya.  Dengan ini, terdapatlah
corak perhubungan serta corak-corak  berkomunikasi. Yang mana satu corak perhubungankah yang
menjaga diri serta perhubungan?.  Itulah yang dikatakan komunikasi menang-menang.

Langkah 3: Komunikasi Menang-Menang

3.1 Guru mengatakan: Mempraktikkan corak hidup asertif samalah dengan corak hidup menang-menang. Ia
merupakan satu usaha yang dilakukan dengan sedar dan sengaja. Jika kita dapat mahirkan diri
dengan komunikasi berkesan, maka kita membuka jalan untuk menghadapi perhubungan-perhubungan kita
dengan bersikap menang-menang. Asas kepada segala kemahiran yang berkait dengan komunikasi ialah
kemahiran MENDENGAR. Mendengar seseorang menunjukkan kita menghormati dan menerima dirinya.
             
3.2 Peserta diminta berpasangan.  Seorang bercerita tentang mengapa dia berada di situ, sementara seorang
lagi mendengar tanpa berkata-kata. (Teruskan selama 3 minit). Si pencerita dan si pendengar ditanya
tentang pengalamannya.

3.3 Si Pencerita ditanya bagaimana dia mengetahui bahawa si pendengar telah memahami maksud 'cerita'nya
seperti yang ingin disampaikan. Si pendengar ditanya bagaimana dia mengetahui bahawa apa yang
difahaminya sama dengan apa yang si pencerita maksudkan. Bagaimana caranya untuk mengurangkan
pecanggahan tanggapan antara 2 orang yang berkomunikasi?

3.4 Maksud mendengar secara aktif (Active Listening) diterangkan. 'Active Listening’ bukan melibatkan


pendengaran sahaja, tetapi juga penyataan verbal yang menyatakan kembali apa yang telah difahami
("parafrasa"). Apabila kita memparafrasa kita :-
             i) mempastikan apa yang kita telah dengar.
            ii)   menunjukkan yang kita mengambil berat terhadapnya dan mendengarnya.
iii) menggalakkan percakapan.

3.5 Peserta diberikan latihan ‘active listening’. Peserta berpasangan semula dengan seorang menjadi
pendengar dan seorang menjadi pencerita.  Kali ini si pendengar menyambut kata-kata si pencerita
dengan ucapan-ucapan parafrasa dan seterusnya peserta bertukar peranan.

3.6 Dalam kelompok besar, peserta diminta berkongsi perasaannya sebagai si pencerita dan si pendengar.

Langkah 4 : Latihan Membentuk Komunikasi Menang-Menang

4.1 Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan dipertanggungjawabkan untuk mengajar satu
situasi komunikasi menang-menang kepada kumpulan besar, dengan membuat persembahan dalam bentuk
main peranan. Situasi-situasi adalah seperti berikut:-

             a) meminta
             b) menolak permintaan
             c) membuat teguran
             d) menerima kritik
             e) memberi pujian
4.2 Setiap kelompok diberikan lampiran panduan yang berkaitan.  Mereka dikehendaki berbincang dalam
kelompok masing-masing untuk menghasilkan sebuah lakonan yang perlu dipersembahkan sebanyak dua
kali. Pertama kali dengan menggunakan komunikasi bukan menang-menang. Kali yang kedua akan
menggunakan komunikasi menang-menang (termasuk kemahiran memparafrasa)

Langkah 5 : Latihan Komunikasi Menang-Menang

5.1 Semua peserta berkumpul semula dan menunjukkan persembahan mengikut giliran. Pada penghujung
setiap persembahan, peserta-peserta lain disoal atau diberi latihan pendek untuk menentukan kefahaman
(sila rujuk lampiran Guru)

LANGKAH 6 : PENUTUP

6.1 Peserta ditanya apa yang dapat dipelajarinya dalam sesi ini.

6.2 Peserta diingatkan juga bahawa komunikasi menang-menang bukan sahaja satu kemahiran yang boleh
diperolehi setelah melatih diri tetapi datangnya daripada sikap kita terhadap orang lain.

Samsiah Yahaya
Unit Kaunseling, BPM
Disember 1992.

Lampiran Pelajar 1

Memuji Cara Menang-Menang

Apabila kita memuji cara menang-menang, kita mesti pastikan bahawa niat kita ialah untuk menyatakan
sesuatu yang positif berkaitan dengan orang berkenaan dan bukan sebab-sebab lain (misalnya,  dengan cara
manupulatif sebab inginkan sesuatu daripadanya.  Perkara-perkara yang boleh kita puji termasuk ke dalam 3
kategori iaitu:-

1. Perlakuannya
2. Fizikal dirinya (rambut, mata, senyuman)
3. Kepunyaannya (pakaian, kasut, rumah)

Seseorang biasanya rasa kurang selesa apabila diberi pujian.  Ini mungkin disebabkan oleh imej dirinya yang
tidak selaras dengan pujian yang diberi.  Apabila memuji cara menang-menang, kita harus sensitif dan
berempati dengan orang berkenaan.  Kita boleh membantu seseorang menerima kata-kata pujian kita dengan:-

1. Menyatakan nama orang berkaitan

2. Menerangkan mengapa

3. Mengakhiri dengan soalan (ini membenarkannya merespon tanpa berasa kurang selesa)

Contoh-contoh:
Perlakuan : "Tipah! Kerja awak ini sungguh memuaskan sebab semua butir-butir disokong dengan data.
Berapa lamakah awak menyediakannya?

Fizikal : "Sop,  rambut awak sungguh kemas sebab pendek dan sentiasa tersikat. Apakah syampoo yang awak
guna?"

Kepunyaan : "Am,  saya suka baju awak hari ini sebab warnanya lembut. Di mana awak membelinya?"

Lampiran Pelajar 2

Membuat Teguran / Kritikan Cara Menang-Menang

Apabila membuat tegurancara menang-menang, kita mesti pastikan bahawa niat kita ialah untuk menolong
orang berkenaan mempelajari aspek tingkahlakunya. Dalam interaksi kita, kita mesti tunjukkan yang
kita mengambil berat terhadapnya dan bukan kerana agenda lain (seperti mengalahkannya /  mengutuknya).  
Kita mesti berjaga-jaga agar teguran kita tidak menimbulkan reaksi ‘defensive’ (perasaan ingin
mempertahankan diri). Apabila menegur dengan membuat interpretasi berkenaan tingkahlaku orang
berkenaan, perkara-perkara berikut harus diambil perhatian.

1. Empati : Memahami isu-isu tingkahlaku dan cara hidup dari pandangan orang tersebut.
2. Masa : Teguran dibuat pada masa orang itu boleh menerima teguran tanpa berasa "defensive"
3. Berkaitan: Teguran mesti berkaitan dengan situasi yang mana anda berdua berada - bukan timbul dengan
tiba-tiba.
4. Keikhlasan: Anda harus mengemukakan yang anda betul-betul mengambil berat terhadap
perkembangannya dan bukan hendak menjatuhkan air mukanya.
5. Tepat: Teguran itu mestilah tepat dan tidak meleret-leret ke hal lain (‘Don't hip below the belt").
6. Jangkaan: Apabila membuat sesuatu interpretasi berkenaan tingkahlaku seseorang, kita hanya dapat
meneka maksudnya, kita tidak boleh menganggap interpretasi kita itu sebagai satu
kenyataan.

Perhatian: Memberikan tumpuan pada kelemahan seseorang, akan menawarkan hatinya dan akan
menyebabkan seseorang itu bersikap negatif.  Adalah lebih baik jika teguran dibuat dengan
mengeluarkan kelebihan dan potensi diri mereka.

Kaedah Membuat Teguran / Kritikan Secara Menang-Menang

Langkah-langkah Contoh

1. Pastikan teguran berkaitan dengan yang boleh Perlakuannya bukan bentuk fizikal ( contoh
ditukar ketinggian, warna kulit)
2. Jelaskan dengan spesifik perlakuan yang "Saya perhatikan awak kerap mengambil kasut sukan
diperhatikan saya tanpa kebenaran saya”
3. Jelaskan reaksi anda terhadap perlakuannya – "Apabila awak buat begitu, saya merasa frust dan
mengemukakan perasaaan dan fikiran anda serta marah”
mengakui kenyataan-kenyataan tersebut
4. Jelaskan intepretasi tentang perlakuannya atau "Sebab saya sendiri tidak dapat memakai kasut saya
akibat perlakuannya apabila memerlukannya”
5. Jelaskan perlakuan yang anda harapkan "Lain kali saya harap awak cakaplah dahulu jika
awak ingin meminjam kasut saya”
6. Akhiri dengan nada positif "Saya yakin anda tentu boleh berbuat demikian”

Lampiran Pelajar 3

Menangani Kritikan Terhadap Diri Secara Menang-Menang

Dalam menangani kritikan terhadap diri, kita akan melalui 3 peringkat iaitu:-

1. Kesedaran bahawa diri dikritik dan bagaimana harus kita respon


2. Penilaian samada kritikan itu benar atau tidak
3. Tindakan

Kaedah Menangani Kritikan Secara Menang-Menang


Mengkelabukan Mata Pengakuan Mendapatkan ‘Feedback’

Bila digunakan Kritikan yang tidak benar / Kritikan yang benar Kritikan yang benar
tidak berasas

Keterangan Tidak menidakkan. Mengaku tanpa rasa Menggunakan kemahiran


Mengelak daripada rasa bersalah. Dapat menerima mendengar untuk
tertekan dan terancam kesilapan mendapatkan reaksi
pengkritik sebenar
Kesan Tidak terperangkap dalam Membenarkan anda Dapat memperbaiki
pergelutan kuasa bergerak ke hadapan persefahaman dan komunikasi
Pengkritik akan sedar
kekosongan kritikannya

Contoh “Mungkin saya boleh ……” “Anda benar, saya silap “Saya kurang pasti di mana
Respon “Mungkin awak betul …..” faham. Sekarang saya tahu saya membuat kesilapan.
“Apa yang awak perkatakan kesilapan saya. Saya akan Boleh berikan contoh-
itu boleh diterima …..” memperbaiki kerja saya ini contoh?”
Lampiran Pelajar 4

Meminta Secara Menang-Menang

Apabila membuat sesuatu permintaan, kita mesti bersedia dengan apa sahaja jawapan yang diberikan. Ianya
mungkin diterima, mungkin ditolak atau mungkin diterima bersyarat.

Kaedah Meminta Secara Menang-menang


Strategi Contoh

Tepat dan ‘straight to the point’ “Boleh tak awak tolong ajar saya Matematik pada hari Sabtu
ini”
Bukannya,
“Awak free tak hari Sabtu ni?”

Mulakan dengan nada positif “Saya ingin sangat pertolongan awak, boleh tak awak ………”
Bukannya,
“Saya tahu awak mesti tak suka apa yang hendak awak lakukan
ni …..”

Elakkan daripada meminta maaf Bukan,


“Maaflah, saya terpaksa suruh awak”

Lampiran Pelajar 5
Menolak Permintaan Secara Menang-Menang

Apabila kita berhadapan dengan sesuatu permintaan, kita boleh menjawab “OK”,  “Tidak boleh”,  “mungkin”
ataupun “nanti saya fikirkan dahulu”. Antara respon ini, menolak sesuatu permintaan adalahsesuatu
yang sukar dilakukan secara amnya. Ciri komunikasi menang-menang ialah komunikasi yang ikhlas.  Jika
kita tidak mahu melakukan sesuatu tetapi mengatakan kesanggupan melakukannya, maka kita telah
berkomunikasi secara kalah- menang.

Kaedah Menolak Permintaan Secara Menang-Menang

Langkah-langkah Teknik

1. Faham benar-benar apa yang diminta untuk Memparafrasa, menyoal


mengelakkan salah sangka.

2. Buat keputusan sama ada anda boleh lakukan


atau anda ingin menolak atau memerlukan masa
untuk berfikir.

3. Apabila anda memutuskan untuk menolak, Contoh:


nyatakan ketidaksanggupan anda secara jelas, “Saya tidak mahu pinjamkan duit kepada awak selagi
dengan ataupun tanpa sebab hutang yang lepas belum awak selesaikan”

4. Jika peminta masih memujuk, ulang kembali “Broken record”


penolakan anda

Lampiran Guru

Kaitan Pegangan Terhadap Cara Menghadapi Perhubungan Dengan Cara Berkomunikasi


Seseorang boleh dikatakan mempunyai pegangan positif terhadap cara menghadapi perhubungan apabila dia
mengamalkan sikap positif terhadap dirinya dan orang lain. Seseorang akan menghadapi perhubungan dengan
4 cara iaitu:

Cara Menghadapi
Perhubungan Keterangan Contoh Corak Berkomunikasi

Pasif Merasa orang lain lebih berkeupayaan. Kalah-Menang


Tidak yakin terhadap diri dan mengelakkan
tanggung jawab. Mengutamakan orang lain
Berlokus kawalan luar.
Rasa takut-takut
Agresif Satu cara menghadapi rasa tidak Menang-Kalah
berkeyakinan diri.
Bersikap defensif dengan cara menekan Menonjolkan diri dan
orang lain ke arah merasakan diri berharga. memperkecilkan orang lain.

Manipulatif Memandang rendah dan negatif terhadap Kalah-Kalah


diri dan orang lain.
Memperlihatkan perlakuan merosakkan diri
dan orang lain.
Murung dan tidak bermotivasi.

Asertif Berkeyakinan diri. Menang-Menang


Memberi fokus kepada pemikiran dan
perasaan yang positif. Berpendirian bahawa diri dan
Yakin kepada harga diri. orang lain adalah sama penting.
Menghormati diri dan orang lain.

Menghadapi perhubungan dengan cara asertif merupakan satu usaha yang sengaja dan sementara. 3 cara
menghadapi perhubungan hidup yang lain adalah merupakan cara yang dipraktikkan secara tanpa sedar.

Seseorang yang mengamalkan kaedah menghadapi perhubungan dengan cara tidak asertif ini boleh dengan
cara sedar usaha untuk menukar ke arah cara asertif. Ini boleh dilakukan dengan menukarkan pandangan
kita dengan cara memandang diri sendiri dan orang lain dengan lebih positif dan mempastikan agar cara
pemikiran, perasaan dan perlakuan kita sentiasa bercorak positif.  Ini dapat kita laksanakan dengan cara kita
berkomunikasi dan berperlakuan agar orang lain dapat merasa kesan daripada perlakuan kita dan bertindak
balas (‘react respond’) terhadap kita sebagai seorang yang asertif.

Lampiran Guru

Latihan-latihan Cara Komunikasi Menang-Menang

1. Latihan Memberi Pujian Secara Menang-Menang

Dalam kumpulan masing-masing,  setiap ahli mengambil giliran memuji rakan yang berada sebelah kanan.

2. Latihan Membuat Teguran Secara Menang-Menang


Aktiviti dalam kumpulan.  Setiap kumpulan memilih satu perlakuan seseorang tertentu yang ingin ditegur
dan bentukkan ayat teguran. Tuliskan ayat tersebus pada kertas dan dilekatkan pada dinding. Semua
peserta diberikan masa untuk membaca ayat-ayat teguran yang dipamerkan.

3. Latihan Menerima Kritikan Secara Menang-Menang

Berada dalam kumpulan, peserta diminta berkongsi pengalaman dikritik - samada tidak berasas atau yang
benar dan ahli-ahli lain akan cuba mencadangkan bagaimana cara respon yang baik.

4. Latihan Meminta dan Menolak Permintaan Secara Menang-Menang

Dalam kumpulan masing-masing, setiap ahli mengambil giliran membuat permintaan kepada peserta yang


berada di sebelah kiri.  Peserta yang menyambut akan menolak permintaan tersebut dan seterusnya
membuat permintaan yang lain pula kepada peserta  di sebelah kirinya. Aktiviti diteruskan hingga semua
ahli mendapatkan giliran.

Lampiran Guru

4 CARA PERHUBUNGAN (HARRIS)

Anda lebih berharga / berguna dari saya (I'm not OK / You're OK)

Orang sebegini selalunya memerlukan sokongan,  penerimaan dan pengenalan dari orang lain. Dia sentiasa
merasa risau akan apa yang perlu dilakukan supaya dia boleh mendapatkan sokongan dan penerimaan tersebut.

Semua orang tidak berharga / berguna (I'm not OK/You're not OK)

Orang sebegini tidak dapat mencari sumber sokongan dan penerimaan. Kegembiraan dan ketenangan jiwa
padanya adalah sesuatu yang mustahiì untuk dicapai.  Walaupun ada orang yang cuba untuk memahami
dirinya dan memberi sokongan, dia akan menolaknya kerana padanya, sokongan itu datangnya dari orang yang
tidak berharga.
Saya lebih berharga / berguna dari anda (I'm OK / You're not OK)

Orang sebegini memandang rendah terhadap orang lain dan menolak semua sokongan dan penerimaan dari
orang lain kerana orang lain tidak berharga.  Dia hidup seorang diri tetapi percaya bahawa orang lain sangat
memerlukannya.

Semua orang berharga / berguna (I'm OK / You're OK)

Orang sebegini menerima dan menghargai dirinya dan juga orang lain. Dia bersedia menerima dirinya
dan sedia menerima orang lain. Perhubungannya dengan orang lain adalah baik dan bermakna kerana dia
menghargai dirinya dan orang lain.
Modul Variasi Sesi 7

Modul : SAYA DAN ANDA - Berkenalan


Langkah 1: Sediakan empat keping kad manila berlainan warna yang mengandungi penerangan berkaitan empat cara
menghadapi perhubungan dan cara berkomunikasi.

Langkah 2 : Pelajar memilih kad-kad kecil yang terdapat dalam kotak dan lekatkan pada kad manila mengikut warna. 
Kad-kad kecil ini mengandungi catatandi bawah. (Kalau boleh aktiviti ini melibatkan semua pelajar)
1. Saya OK - Anda Tidak OK
2. Saya OK - Anda OK
3. Saya Tidak OK - Anda Tidak OK
4. Saya Tidak OK - Anda OK
5. Komunikasi agresif
6. Komunikasi asertif
7. Komunikasi pasif
8. Komunikasi manipulatif
9. Menang - Kalah
10. Menang - Menang
11. Kalah - Menang
12. Kalah - Kalah

Langkah 3: Pelajar akan melakonkan situasi mengikut kelompok kad yang dipegangnya. Guru membuat ulasan dan
pengukuhan.

Langkah 4: Latihan Komunikasi Menang-Menang Dalam Situasi Berkenalan


Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan dan dikehendaki melakonkan situasi yang berlainan seperti berikut:
(i) Berkenalan dengan seorang pelajar baru yang lain

(ii) Berkenalan dengan seorang pelajar senior


(iii) Berkenalan dengan seorang guru
(iv) Berkenalan dengan seorang kakitangan maktab
(v) Berkenalan dengan seorang pelawat maktab
Pelajar diminta membentuk sebuah lakonan yang perlu dipersembahkan sebanyak 2 kali. Kali pertama, dengan
menggunakan cara bukan menang-menang dan kali kedua dengan cara menang-menang.
Rumusan:
Komunikasi menang-menang adalah satu kemahiran yang boleh diperolehi setelah latihan dibuat, tetapi
datangnya daripada sikap kita terhadap orang lain.
Cadangan Tambahan:
o Khususkan satu situasi untuk aktiviti yang berlainan.
o Tiap-tiap kumpulan diberi arahan terus dengan menggunakan isu yang sama supaya pelajar dapat menghayati apa
yang hendak disampaikan oleh pelajar.
o Berlakon secara mimik muka dan 'body language'. Contoh: 'Miming'.

Disediakan oleh Peserta Kursus Jayadiri (28.12.92 - 31.12.92)


1. Encik Nik Abdul Aziz b. Md. Salleh (MRSM PDRM)
2. Encik Pa'ee b. Kassim (MRSM Muar)
3. Cik Noor Aini Ahmad (MRSM Balik Pulau)
4. Puan Roslin Mohd. (MRSM Kulim)
DIS. 1992

Anda mungkin juga menyukai