Anda di halaman 1dari 5

KURSUS JAYADIRI PENYESUAIAN DIRI

Sesi 2 : SAYA BOLEH – ‘Saya Percaya’

Tujuan : Mengajar peserta menyedari bahawa kita semua mempunyai kekuatan dan keistimewaan yang
dikurniakan oleh Allah untuk membolehkan kita bertindak ke arah mencapai kejayaan.

Objektif : Selepas sesi ini peserta dapat:

(i) menyebut kekuatan diri sendiri dan mengakuinya


(ii) menceritakan  pengalaman yang pernah dilalui tentang kemampuan diri sendiri membawa perubahan
(iii) menghasilkan satu kerja tangan yang sebelum ini tidak pernah dilakukan
(iv) membuat satu ketetapan ‘Saya Persaya Saya Mampu dan Boleh.... ‘

Langkah:

Langkah 1 : Keterangan Tujuan 3 minit


Langkah 2 : Perakuan Saya Percaya 5 minit
Langkah 3 : Pengalaman Sepintas Lalu 15 minit
Langkah 4 : Aktiviti 30 minit
Langkah 5 : Penutup 7 minit

Bahan :(i) kepingan kertas warna


(ii) kertas kosong untuk catatan
(iii) kertas panduan tentang origami / sulam-menyulam / kemahiran memasang plug elektrik
(iv) transparensi-transparensi

Proses Perlaksanaan:

Langkah 1 :

Peserta diberi penjelasan bahawa semua manusia di dunia ini dilahirkan dengan keistimewaannya sendiri.  
Manusia mempunyai kekuatan yang boleh membawa makna kepada hidup ini.  Manusia adalah insan yang
berusaha ‘proactive being’ dan mempunyai hak untuk bertindak dalam semua situasi.  Tayangkan transparensi
ayat-ayat Al-Qur'an yang membuktikan hakikat ini.

Langkah 2 : Perakuan Saya

2.1  Peserta diperingatkan tentang rangkaikata pengenalan yang telah diperkenalkan oleh penceramah
pertama iaitu "Saya gembira kerana …..”. Peserta seterusnya dibimbing untuk memulakan
aktiviti perakuan seterusnya iaitu "Saya percaya, saya ……”. Peserta mesti menyebut dengan tegas
apakah yang dipercayainya tentang kemampuannya.
2.2  Pada akhir aktiviti ini, para peserta diminta membuat satu penegasan bahawa semua peserta mempunyai
keistimewaan dan sebenarnya bermakna dalam hidup ini.  Minta peserta berdiri dan membaca ikrar
bahawa: 

"Saya percaya saya mampu bertindak kerana saya ..........."

Langkah  3 : Pengalaman Sepintas Lalu


 
3.1  Peserta diminta berada dalam kumpulan berenam dan setiap orang dikehendaki memikirkan satu
pengalaman sendiri yang membuktikan bahawa kepercayaan kita tentang kemampuan diri sendiri telah
berjaya mengubah keadaan.

3.2  Peserta diminta membuat rumusan samada kekuatan diri sendiri dapat membantu untuk mencapai
kejayaan.

Langkah 4 : Aktiviti kerja tangan

4.1  Peserta ditanya apakah jenis kerja tangan yang tidak boleh dilakukan pada fikiran mereka.  Setelah
mendapat satu rangka kasar,  peserta diminta membuktikan melalui pengalaman samada mereka benar-
benar tidak boleh melakukannya.

4.2 Peserta diberikan kertas-kertas panduan bagaimana membuat kerja tangan pilihan dan diberi masa untuk
mencuba dan seboleh mungkin mengikuti arahan yang disediakan.

4.3  Setelah selesai aktiviti, peserta ditanya bagaimanakah perasaan semasa menjalankan aktiviti, setelah
selesai dan setelah berjaya. Tegaskan perakuan ‘saya percaya, saya....’.

Langkah 5: Penutup

5.1 Tunjukkan transparensi ayat Al-Qur'an yang membawa maksud Allah tidak akan mengubah hidup
seseorang itu kecuali dia berusaha untuk mengubahnya sendiri.....

5.2   Rumusan tentang kepercayaan kepada kebolehan sendiri. (Lampiran nota)

WAN MOHD YUSUF WAN ALI


JK JAYADIRI BPM
DIS., '92.
Modul Variasi Sesi 2

Modul : SAYA PERCAYA - Tak Boleh Menjadi Boleh

Aktiviti Variasi 1

Bahan : Senarai bidang (lampiran).

Langkah 1:

Guru memberikan satu senarai bidang diberikan kepada pelajar dan pelajar diminta menyusun bidang-bidang tersebut
berdasarkan kepercayaan kebolehan/kekuatan. (rujuk lampiran). Kutip kertas lampiran selepas pelajar habis menulis.
ATAU
Guru meminta pelajar melafazkan kenyataan yang telah mereka lengkapkan, baharulah dikutip lampiran. Cara
meminta pelajar melafazkan boleh dilakukan samada dengan pelajar membuat bulatan ataupun dengan menggunakan
"kushball".

Langkah 2 :

Bahan: Kad kenyataan(kad manila) yang ditulis satu perkataan proaktif dan reaktif (rujuk perkataan tersebut dalam
modul pengenalan).  Kad tersebut perlu mencukupi untuk semua pelajar.

Arahan:

1. Setiap pelajar akan diberikan satu kad kenyataan.


2. Pelajar diminta mencari pasangan yang mempunyai kad kenyataan yang berlawanan. Pasangan tersebut
dikehendaki menampal kad kenyataan masing-masing pada ruangan A & B yang berbeza pada papan putih.
3. Guru akan melabelkan pada ruang yang telah ditampal dengan kad kenyataan iaitu sifat proaktif dan reaktif dan
memberikan penerangan (rujuk modul pengenalan).

Langkah 3:

1. Guru membuat kumpulan pelajar A hingga C mengikut bidang yang mereka tidak boleh / mampu lakukan.
2. Setiap kumpulan diberikan satu kertas arahan yang mengandungi arahan ringkas yang sepatutnya mereka lakukan.
Arahan: Melukis - Gambar orang

      Menyanyi - Fikirkan boleh

     Menari - Joget

      Menulis puisi - Puitis

      Berlakon - Watak sedih / garang / jahat

      Memberi ucapan - Ucapan pengetua

      Membaca doa - Sebarang doa (minta daripada Ustaz)

Catatan:
1. Setiap kumpulan diminta untuk mengenalpasti seorang pelajar yang cemerlang dalam setiap bidang. Pelajar ini
ditugas untuk mengajar bagi setiap kumpulan yang mereka percaya tidak boleh lakukan.
2. Guru dinasihatkan mencari bahan-bahan yang difikirkan sesuai untuk dimasukkan dalam kertas arahan.

3. Guru memberikan peringatan bahawa setiap aktiviti yang dipersembahkan mestilah melibatkan semua ahli dan
pada akhir aktiviti mestilah bersama-sama menyebut:
     “Saya percaya saya boleh lakukan ..................(bidang) dengan cara belajar "

Nota: 1. Masa untuk setiap persembahan adalah 4 minit.


2.   Jika guru merasakan bidang yang disenaraikan terlampau banyak, boleh disenaraikan dua bidang
sahaja. Contoh: Membaca doa & Melukis
3. Guru boleh mengambil salah seorang pelajar dalam setiap kumpulan untuk mengajar kumpulan lain untuk
menjimatkan masa.

Aktiviti Variasi 2

Arahan:

1. Kumpulkan pelajar pada satu tempat dan menyuruh seorang demi seorang melintas bilik / kelas ke satu sudut yang
berlainan dengan cara yang berlainan. Setelah semua sampai pada satu tempat, pelajar diminta pula berjalan /
melintas bilik ke sudut asal dengan cara yang berlainan juga.

2. Ulangi aktiviti ini sebanyak 3 kali setiap seorang.

3. Setelah selesai, pelajar ditanyakan bagaimana perasaan mereka sebelum aktiviti bermula dan selepas aktiviti.
Jangkaan: Pada mulanya pelajar akan mengatakan mereka tidak percaya bahawa mereka boleh lakukan dan
selepas itu mereka percaya.

4. Guru bertanya kepada pelajar, jika aktiviti ini diulang, bolehkah mereka melakukannya.

Aktiviti Variasi 3:

Semua bahan dan arahan adalah sama seperti Variasi 2, tetapi masa persediaan dibuat di asrama dan mungkin juga
bidang yang disyorkan hanya bidang membaca doa dan tidak dilakukan secara berkumpulan.

Peringatan :

1. Kejayaan-kejayaan yang dicapai hendaklak tidak menyalahi nilai-nilai agama dan merosakkan persekitaran.
2.   Kepercayaan juga adalah kekuatan bagi manusia untuk bertindak dalam pengaruh sub-concious.

Disediakan oleh: 1. Matias Francisco de Menezes (MRSM Taiping)


2. Mamat b. Awang (MRSM Muar)
3. Zulkepli b. Mohamad (MRSM Perlis)
4. Azwan b. Abdul Aziz (MRSM Jelebu)
5. Norlida bt. Alias (MRSM Kuantan)
6. Halimatun Saadiah Mohd Taib (BPM)
DIS. 1992
Lampiran

NAMA : ____________________________________

A. Susunkan bidang-bidang berikut berdasarkan kebolehan, kekuatan dan kehandalan anda.

          Contoh:

          1 - yang paling cemerlang yang anda boleh lakukan.

      7 -  yang anda tidak boleh lakukan langsung.


BIDANG-BIDANG SKALA [1 - 7]

             Melukis ______

             Menyanyi ______

             Menari ______

             Menulis puisi ______

             Berlakon ______

             Memberi ucapan ______

             Membaca doa ______

B. Berdasarkan kenyataan yang diberikan di atas, sila lengkapkan ayat berikut:

Saya percaya saya TIDAK BOLEH *............................. (*satu perkataan sahaja)

Anda mungkin juga menyukai