Anda di halaman 1dari 7

TAHUN 1

Bidang : Kerjaya

Tajuk : Let’s get dressed up!

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :

1. Mengukuhkan pengetahuan mengenai pekerjaan yang


dikenali.
2. Mengenali kepentingan setiap kerjaya dalam kehidupan.
3. Menyokong perkembangan awal kerjaya murid-murid.

Masa : 60 minit

Sasaran : Murid Tahun 1

Bahan (Murid) : Pakaian seragam / Pakaian mengikut pekerjaan yang diminati

Bahan (Guru) : Bahan-bahan mengikut pekerjaan. (Ikut kreativiti masing-masing)


Contohnya

 Pen, kertas, dan fail untuk guru


 Alat permainan doktor
 Alat permainan polis dan sebagainya

Langkah-langkah : Set Induksi :

Murid-murid mendengar lagu yang berkaitan dengan pelbagai jenis


kerjaya. (https://youtu.be/KwHF6mdYVzw)

1. Bersoal jawab secara lisan dengan murid tentang lagu yang


dimainkan.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi penerangan tentang
aktiviti yang akan dikendalikan.
3. Murid diberi masa untuk memakai pakaian seragam / pakaian
mengikut pekerjaan yang diminati (pakaian dibawa oleh murid).
4. Murid diberi pilihan untuk memilih alat permainan mengikut
pekerjaan masing-masing.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling berbincang dengan murid-murid
tentang skop tugas pekerjaan murid-murid.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
keseluruhan.

Penilaian : 1. Murid-murid dapat mengenalpasti jenis-jenis pekerjaan


berdasarkan pakaian yang dipakai oleh kawan-kawan.

2. Murid-murid mengenali skop tugas pekerjaan melalui kaedah


bermain.

Rumusan : Terdapat banyak jenis pekerjaan yang boleh diterokai melalui


kaedah bermain.

LAMPIRAN : Let’s get dressed up!


TAHUN 2

Bidang : Kerjaya

Tajuk : An interview with a superhero!

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :

1. Mengumpul maklumat tambahan mengenai pekerjaan yang


dikenali.
2. Meneroka tentang pekerjaan yang diminati.

Masa : 60 minit

Sasaran : Murid Tahun 2

Bahan : Lembaran kerja (Lampiran)

Langkah-langkah : Set Induksi :

Aktiviti dimulakan dengan energizer.

1. Murid membentuk bulatan.


2. Murid diminta menyebut nombor bermula dengan 1, 2, 3 dan
seterusnya.
3. Pada setiap nombor dengan 4 di dalamnya, murid tersebut perlu
menyebut KERJAYA dan bukannya nombor itu.
4. Murid seterusnya meneruskan dengan nombor seterusnya.
Contohnya, 1 – 2 – 3 – KERJAYA – 5 – 6 – 7 – 8 – 9 – 10 – 11 –
12 – 13 – KERJAYA – 15…………………….

Aktiviti

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi penerangan tentang


aktiviti yang akan dikendalikan.
2. Murid dikehendaki menemu bual orang sebenar mengikut
pekerjaan yang diminati masing-masing. Contohnya, polis,
bomba, guru, doktor, dan sebagainya.
3. Murid diberi arahan ini dua hari sebelum aktiviti ini untuk proses
mengumpul data.
4. Semasa aktiviti dikendalikan, murid dikehendaki memindahkan
maklumat yang diperolehi ke lembaran kerja yang disediakan
oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi peluang kepada
murid-murid untuk berkongsi hasil mereka.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
keseluruhan.

Penilaian : 1. Murid-murid dapat meneroka ilmu berkaitan kerjaya.

2. Murid-murid dapat memahami pekerjaan yang diminati melalui


pengalaman orang.

Rumusan : Kaedah menemu bual orang memberi kefahaman yang lebih jelas
berkaitan kerjaya.
LAMPIRAN : An interview with a superhero!
TAHUN 2

Bidang : Kerjaya

Tajuk : When I grow up…..

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :

1. Mengenali pekerjaan yang diminati.

Masa : 60 minit

Sasaran : Murid Tahun 2

Bahan : Mounting board, kad manilla atau kertas lukis, majalah,

gambar-gambar berkaitan pekerjaan yang diminati

Langkah-langkah : Set Induksi : Aktiviti dimulakan dengan tayangan video.


(https://youtu.be/eejZ4UvMqoc)

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi penerangan tentang


cara menghasilkan ‘When I Grow Up…’ board.
2. Murid dikehendaki menetapkan pekerjaan yang diminati.
3. Murid diberi arahan untuk mencari gambar-gambar yang
mengambarkan pekerjaan mereka.
4. Semasa aktiviti dikendalikan, Guru Bimbingan dan Kaunseling
membimbing murid untuk menghiaskan board dengan kata-kata
motivasi.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi peluang kepada
murid-murid untuk berkongsi hasil mereka.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
keseluruhan.

Penilaian : 1. Murid-murid mengenali pekerjaan yang diminati.

2. Murid-murid bermotivasi untuk terus berusaha mencapai cita-cita


masing-masing.

Rumusan : Murid bermotivasi semasa proses menghasilkan board.


LAMPIRAN : When I grow up………

Anda mungkin juga menyukai