Anda di halaman 1dari 17

Amalan Baik PdPc PAK21 (Episod 3)

MAY 02, 2017

Kini sudah episod 3. Saya kongsikan beberapa amalan


baik PdPc beberapa orang guru bimbingan saya.

1. Encik Ahmad Asyraf Bin Abdul Razak, SK Sinar


Bahagia
Penggunaan Dart Markah sebagai ganjaran dalam
permainan.
2. Encik Amirul Firdaus Bin Zakaria, SJKC Kulai 1
Persembahan Lagu
Murid diberikan lagu, mereka diberi peluang
mempersembahkan lagu mengikut gaya dan kreativiti
masing-masing.

Snap Card
Murid bermain kad gambar dengan ada jawapan di
belakangnya. Murid A pegang kad manakala Murid B lihat
gambar dan cuba menjawab apakah situasi itu. Murid A
semak jawapan.
3. Encik Mohd Jeffrie Bin Kamsani, SK Polis Kem
Running Dictation
Permainan klasik. Ahli kumpulan berlari mendapatkan
maklumat di setesen tertentu, balik semula ke kumpulan
dan tuliskan maklumat tersebut. Satu persatu ahli pergi
mendapatkan maklumat sehingga lengkap. Mempunyai
unsur KBAT/HOTS apabila murid mengenali dan
mengaplikasi pattern ayat kerana dari satu ayat ke satu
ayat mempunyai struktur yang sama (Strategi kumpulan).
Jadi ayat murid seterusnya lebih tepat.
4. Puan Maria Binti Ahmad Malike, SK Senai
Word Hippo
Penggunaan laman web wordhippo.com sebagai sumber
pembelajaran Bahasa Inggeris dan integrasi dalam Frog
VLE.
Class Coupon
Kupon ganjaran kepada murid. Murid diberikan Kupon
RM1 untuk dibelanjakan di kantin setelah murid
menyelesaikan satu tugasan yang agak sukar.
5. Puan Norashiken Binti Sanuddin, SK Taman
Muhibbah
QR Code
Penggunaan QR Code untuk explorasi media dan bahan
sumber pembelajaran.
6. Puan Devaki A/P Ponnan, SK Senai
Jolly Reading with masks
Aktiviti membaca di kalangan murid dengan memakai
topeng sepanjang aktiviti. Aktiviti ini membina suasana
dan murid seronok untuk menyelami cerita haiwan yang
dibaca.

Semoga bermanfaat =)
Apakah 4K 1N?. 4K adalah kemahiran yang perlu
diterapkan kepada murid selaras dengan cabaran
kehidupan abad ke21. 4K yang kita sedia maklum ialah:
Komunikatif: Mahir dalam berkomunikasi iaitu
menyampaikan maklumat dan bertukar pendapat dengan
orang lahir. Murid tidak kekok serta mampu
membiasakan diri bercakap dengan individu lain. Selain
itu, ciri komunikatif juga bermaksud murid boleh
berkomunikasi dengan berkesan, maksud sampai dan ada
tindakan. Komunikasi yang dimaksudkan adalah dua hala
juga dengan medium bersemuka mahupun maya.
Kolaboratif: Mahir berurusan dengan org lain.
Murid boleh bertukar-tukar idea dengan rakan-rakan
untuk mencapai kata putus sebulat suara. Murid juga tahu
peranan masing-masing sebagai ahli atau ketua
kumpulan. Murid boleh membuat keputusan dalam
merancang gerak perbincangan atau aktiviti.
Berfikiran kritis: Murid mahir mencari jalan
penyelesaian, menimbang tara pilihan serta membuat
keputusan. Murid juga bersedia untuk merungkai
langkah-langkah ke arah hasil atau keputusan yang
dibuat.
Kreatif: Murid boleh memberi alternatif di luar
jangkaan yang bersesuaian dengan situasi. Murid juga
mahir menggunakan kemahiran pelbagai dalam
mempersembahkan hasil perbincangan atau
menyampaikan keputusan.

Setelah menilai 4 aspek tadi, terdapat satu nilai yang


jarang diterapkan iaitu N - Nilai.
Nilai bermaksud murid menyedari aspek nilai murni
yang dipelajari serta hubungkaitnya dengan kehidupan
seharian. Murid boleh menyatakan nilai murid
berdasarkan isi pembelajaran dan aktiviti yang
dilakukan pada pdpc tersebut.

Kepentingan nilai murni untuk murid:

Membina profil murid ciri abad ke 21


Melahirkan bangsa pempimpin yang berwibawa
kelak.
Mendidik ahli masyarakat yang bertanggungjawab
Membina sahsiah terpuji
Memupuk perpaduan

Dalam hal ini, dimanakah peranan guru?

1. Memastikan PdPc ada simulasi situasi dan


dengan itu murid dapat menyedari nilai murni yang
diterapkan.
2. Ada perbincangan nilai murni yang menjadi
rumusan atau exit ticket* dalam PdPc.
3. PdPc dirancang untuk menyampaikan maksud
nilai murni tersebut.
4. Nilai murni yang dinyatakan selaras dengan tajuk
atau topik.
5. Nilai murni berorientasikan topik bukan proses
atau bentuk aktiviti itu sendiri. Contoh: Nilai murni
PdPc ini ialah murid berkerjasama dalam ahli
kumpulan, murid menghormati murid bangsa lain
dalam kelas, murid menghormati guru dengan
mendengar arahan guru, murid mendengar semasa
murid lain mengutarakan idea, murid kreatif semasa
membentangkan hasil perbincangan. Nilai dan
kemahiran adalah dua perkara berbeza.
Oleh itu, sangat penting untuk guru menerapkan 4K dan
1N dalam PdPc dan tidak berfokus kepada 4K sahaja.
Murid mungkin mahir dalam membuat aktiviti tetapi lupa
akan nilai murni sebenar yang perlu diterapkan dalam diri
mereka.

*exit ticket ialah satu aktiviti semak semula di akhir pdpc


tentang tajuk dan bahagian yang telah dipelajari oleh
murid.

PdPc Dengan Pelbagai Aplikasi Android


MAY 23, 2017
Android menyediakan satu platform yang besar untuk pembangunan aplikasi. Terdapat
banyak aplikasi pendidikan yang telah dibangunkan. Antaranya Decision Roulette,
PhotoMath, DuoLingo, Zipgrade dan bermacam-macam lagi. Namun semuanya hanya
boleh diakses daripada smartphone ataubpun tablet. Jika cikgu nak paparkan ke LCD
projector, internet dan pernati tambahan diperlukan. Namun, ada satu alternatif yang boleh
dicuba. Gunakan BlueStacks.

Ciri-ciri Bluestacks;
1. Satu perisian bersaiz besar lebih kurang 200MB (installer file).
2. Anda perlu log in dengan akaun google anda.
3. Anda boleh muat turun sebarang aplikasi yang anda mahu.
4. Terdapat gangguan iklan tetapi tidak terlalu banyak.
5. Amat berguna kepada mereka yang ingin bermain permainan pada skrin besar.
6. Laptop anda jadi seperti Tablet Android.
Download di http://www.bluestacks.com

Selesai download, cikgu sudah boleh mula memuat turun beberapa aplikasi pembelajaran.
Untuk 'power user' anda boleh menggunakan aplikasi ini untuk merekod
sebarang aktiviti penggunakan aplikasi:
1. Untuk tutorial
2. Ada fungsi gegaran seperti peranti sebenar.

Untuk pembelajaran, macam-macam aplikasi boleh download:


1. Kuiz
2. Permainan
3. Spinner digital
4. Video interaktif

Jadi tiada internet dan peranti screen cast bukan satu masalah
9 CONTOH AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD
KE-21 (PAK-21)
Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) merupakan salah satu elemen yang penting dalam Pelan
Pembangunan Pendidikany Malaysia (PPPM). Ramai guru berasa takut dan keliru dengan PAK-
21 kerana kurang memahami konsepnya . Sebenarnya, PAK-21 menekankan pembelajaran
berpusatkan murid dan berunsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Berikut ialah 9 contoh
aktiviti dalam kelas yang boleh digunakan oleh para guru dalam bilik darjah abad ke-21.

1. Round Table
Murid duduk dalam kumpulan dan guru mengemukakan satu topik.
Secara bergilir, murid memberi dan mencatat satu idea dengan menggunakan pen dan kertas
yang sama.
Hasil dapatan dirujuk dan dibentang.
Sesuai untuk murid tahap dua sekolah rendah dan murid sekolah menengah

2. Think-Pair-Share
Guru memberikan topik dan murid berfikir sendiri dalam jangkamasa tertentu.
Masa tamat dan murid berkongsi idea bersama pasangan.
Murid seterusnya berkongsi idea dengan keseluruhan kelas.

3. Hot Seat
Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian (secara individu atau kumpulan).
Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi 'pakar'.
'Pakar' tersebut akan menjawab soalan yang dilontarkan oleh murid lain.

4. Deklemasi Sajak / Nyanyian


Murid diberi masa untuk membuat persediaan dalam kumpulan.
Guru memberi tajuk dan murid boleh mengubahsuai mengikut kreativiti dan kesesuaian.
Murid membuat persembahan di hadapan kelas.

5. Pembentangan Hasil Sendiri


Murid diberi tajuk dan membuat pembentangan untuk mempersembahkan hasil dapatan.
Murid boleh menggunakan pelbagai cara dan bahan untuk membuat pembentangan.

6. Role-Play
Murid diberi peranan dan watak.
Murid diberi masa untuk membuat persediaan.
Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan.

7. Gallery Walk
Aktiviti selepas kajian untuk mempamerkan hasil dapatan.
Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.
Murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain pada sticker note dan
menampalnya di atas hasil kerja tersebut.
8. Three Stray, One Stay
Kaedah alternatif pembentangan kumpulan.
Hasil kerja ditampal.
Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberi penerangan.
Ahli lain boleh bergerak ke kumpulan lain untuk melihat dan menyoal hasil kumpulan lain.

9. Peta i-Think
Menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana idea murid.
Peta i-Think boleh digunakan sebagai alat untuk murid membuat kajian dan dipersembahkan
dalam bentuk grafik.

Anda mungkin juga menyukai