Anda di halaman 1dari 3

9 CONTOH AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK-21)

Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) merupakan salah satu elemen yang penting
dalam Pelan Pembangunan Pendidikany Malaysia (PPPM). PAK-21 menekankan
pembelajaran berpusatkan murid dan berunsur kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT). Berikut ialah 9 contoh aktiviti dalam kelas yang boleh digunakan oleh
para guru dalam bilik darjah abad ke-21.

1. Round Table
• Murid duduk dalam kumpulan dan guru mengemukakan satu topik.

• Secara bergilir, murid memberi dan mencatat satu idea dengan


menggunakan pen dan kertas yang sama.
• Hasil dapatan dirujuk dan dibentang.
• Sesuai untuk murid tahap dua sekolah rendah dan murid sekolah menengah

2. Think-Pair-Share
• Guru memberikan topik dan murid berfikir sendiri dalam jangkamasa tertentu.
• Masa tamat dan murid berkongsi idea bersama pasangan.
• Murid seterusnya berkongsi idea dengan keseluruhan kelas.

3. Hot Seat

• Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian (secara individu
atau kumpulan).
• Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi 'pakar'.
• 'Pakar' tersebut akan menjawab soalan yang dilontarkan oleh murid lain.
4. Deklamasi Sajak / Nyanyian
• Murid diberi masa untuk membuat persediaan dalam kumpulan.

• Guru memberi tajuk dan murid boleh mengubahsuai mengikut kreativiti dan
kesesuaian.
• Murid membuat persembahan di hadapan kelas.

5. Pembentangan Hasil Sendiri

• Murid diberi tajuk dan membuat pembentangan untuk mempersembahkan


hasil dapatan.

• Murid boleh menggunakan pelbagai cara dan bahan untuk membuat


pembentangan.

6. Role-Play
• Murid diberi peranan dan watak.
• Murid diberi masa untuk membuat persediaan.
• Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan.

7. Gallery Walk
• Aktiviti selepas kajian untuk mempamerkan hasil dapatan.
• Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.

• Murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain pada sticker
note dan menampalnya di atas hasil kerja tersebut.

8. Three Stray, One Stay


• Kaedah alternatif pembentangan kumpulan.
• Hasil kerja ditampal.
• Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberi penerangan.
• Ahli lain boleh bergerak ke kumpulan lain untuk melihat dan menyoal hasil
kumpulan lain.

9. Peta i-Think
• Menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana idea murid.

• Peta i-Think boleh digunakan sebagai alat untuk murid membuat kajian dan
dipersembahkan dalam bentuk grafik.

Anda mungkin juga menyukai