Anda di halaman 1dari 7

SEMESTER 2 SESI 2017/2018

KPD 6074 : PRINSIP ANDRAGOGI


TAJUK:

ULASAN BUKU

GURU JUTAWAN AKHIRAT

TUGASAN INDIVIDU

NAMA NO. ID NO. TELEFON

SITI AMINAH BINTI OMAR M20162002128 0164175164

NAMA PENSYARAH : DR. ABD. KADIR BIN ARIFIN

1
ISI KANDUNGAN HALAMAN

Gambar Muka Hadapan Buku 3

Gambar beberapa mukasurat 4

SIPNOPSIS 5 -7

2
GURU JUTAWAN AKHIRAT...pernah tengok? pernah dengar? pernah baca?

buku ni best amat..saya baca dalam bilik JQAF. sangat best buku ni sebab

penulisan dia agak santai. baca tak mengantuk pun. banyak sangat motivasi yang

disuntik dalam ni supaya kita cikgu-cikgu ni sedar bahawa tanggungjawab

sebagai guru sangat besar.

3
4
Tajuk: Guru Jutawan Akhirat

Bil. Muka Surat: 129

Terbitan: Sektor Pendidikan Islam

Jabatan Pelajaran Selangor

Sinopsis:

Jika kita bercita-cita menjadi jutawan di dunia, guru bukanlah jalannya kerana 74% jutawan di

dunia ini adalah ahli perniagaan. Jika bercita-cita menjadi seorang yang berkuasa, guru bukan

medannya. Jika bercita-cita menjadi jutawan di akhirat, jalannya terbentang luas. Kita sudah

berada di landasan yang betul.

Genre: Motivasi Islamik

Guru Jutawan Akhirat memang tajuk buku yang unik. Ia garapan sahabat-sahabat Panel Penulis

Sektor Pendidikan Islam , Jabatan Pelajaran Selangor.

Dalam kata pengantarnya tertulis indah kata-kata ini:

” Buku ini bicara hati daripada guru kepada guru. Ditulis oleh guru kepada guru. Mengajak

untuk kita merasa bahagia sebagai seorang guru , tenang dengan himpitan tugas, amanah dengan

kerja, bertanggungjawab terhadap anak didik”.

Ia dicanai dengan begitu rapi. Pengalaman merasai kehangatannya ketika pemurnian akhir di

Port Dickson sebelum buku ini lahir menemui pembacanya sangat mengujakan. Melihat betapa

kegigihan penulisnya mencerna idea sangat menginsafkan. Ini bagi menyediakan khalayak teman

seperjuangan suatu wadah motivasi yang sangat membangkitkan semangat.

Hanya guru yang lebih memahami profesion perguruan. Alangkah beruntungnya pasangan guru,

samada suami atau isteri seorang guru yang tumpang sekaki mendengar segala macam keluhan

5
dan peristiwa yang mewarnai kehidupan insan bernama guru. Tetapi hakikatnya hanya

mendengar sahaja masih lebih jauh daripada memahami jerih payah profesion seorang guru.

Suatu profesion yang dianggap unik dan istimewa, diingati orang walaupun sudah hanya

bertemankan batu nisan di pusara . Bertuahnya menjadi guru.

“Ustaz, saya mencari buku yang boleh mengelakkan burn-out di kalangan guru” itu getus

seorang teman guru tadi. Seorang guru muda yang sangat berinspirasi. Tetapi semangat tanpa

penghargaan tidak cukup untuk mengekalkan semangat membara sama seperti bulan-bulan

pertama ketika bergelar guru dahulu.

“Setiap kesukaran harus ditukar menjadi peluang. Bacalah buku-buku jejak Guru Cemerlang

menyusun strategi sebelum bergelar seorang GC. Mereka insan yang terpilih telah berjaya

menukar suatu masalah di sekolah menjadi peluang untuk memajukan diri” ikhlas dari saya.

Dalam kata pengantar buku Guru Jutawan Akhirat jelas dengan kata-kata motivasi ini:

” Guru, katakanlah dengan berani dan yakin ” aku ingin masuk syurga dengan tiket seorang

guru”

Itu antara laungan keramat yang harus dijadikan azimat bagi seorang guru. Ini bertepatan pula

dengan catatan pada blurb buku ini yang menyatakan bahawa:

“Jika kita bercita-cita menjadi seorang jutawan di dunia, guru bukanlah jalannya kerana 74%

jutawan di dunia adalah ahli perniagaan. Jika kita bercita-cita untuk menjadi seseorang yang

berkuasa, guru bukan medannya. Jika bercita-cita menjadi jutawan di akhirat, jalannya

terbentang luas. Kita telah berada di landasan yang betul”

Berikut dikongsikan beberapa bingkisan motivasi yang dicoretkan khusus untuk bakal Jutawan

Akhirat:

6
” Sekali kita menjadi guru, selamanya akan dipanggil cikgu”

” Marilah kita menjadi guru yang pertama . Pertama dalam mengajar. Pertama menyentuh hati

pelajar. Pertama di hati pelajar. Pertama menyeru kebaikan dan pertama dalam membuat

kebaikan.”

” Ayuh kita semua bercita-cita menjadi sorang guru yang memiliki 5M: mudarris, muallim,

muaddib, murabbi lagi mursyid”

Moga bingkisan mendidik jiwa seperti buku Guru Jutawan Akhirat menjadi penguat semangat

dalam melalui ranjau bergelar guru yang diredhai Allah. Sekali bergelar cikgu, selamanya tetap

menjadi guru!

Anda mungkin juga menyukai