Anda di halaman 1dari 6

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama sekolah: SK Senawang 3


Kod sekolah: NBA 4054
1 Nama Guru Azreen Nur binti Zainal
2 Judul buku Maaf Cakap 3. Bidang : Amalan
Profesinalisme
4 Tarikh Pembentangan 5. Masa :
6 Tempat
Pembentangan
7 Sinopsis :

Menegur kesilapan orang itu mesti kena dengan caranya. Jika tersilap gaya,
orang yang ditegur itu bukan sahaja akan menolak saranan kita, malah kita
mungkin akan kehilangan seorang saudara.
‘Maaf Cakap’ merupakan kritikan penulis terhadap kesilapan cara berfikir.
Setiap kali merenung kesilapan dan mencatatnya, nota-nota itu dikongsi
kerana kesilapan-kesilapan itu jugalah adalah kesilapan yang sama dilakukan
oleh orang ramai.
Isu-isunya termasuklah bisnes, motivasi, politik, sosial dan sumber manusia.
Disampaikan secara berlapik namun ada juga yang intinya menusuk ke dalam
jiwa.

8 Nilai Pengetahuan/ Pengajaran :

- Memperbaiki teknik menegur kesilapan manusia


- Sabar
- Memahami situasi di tempat kerja
- Mengawal emosi ketika menegur
- Menggunakan Bahasa yang mudah difahami
- Mengawal tingkah laku ketika amarah
- Tidak ego/ buang ego

9 Aplikasi ilmu dalam organisasi/ Pdp :

Menepati situasi seorang guru untuk menegur kesilapan anak-anak didiknya.


Menggunakan Bahasa yang sesuai dengan keadaan dan situasi semasa.
Mengawal emosi ketika guru marah supaya tidak berlaku perkara yang tidak
diingini.
Menjadikan suasana bilik darjah/ makmal/ bengkel sentiasa kondusif dan ceria
untuk anak-anak mendapatkan/ mempelajari ilmu.

Disediakan oleh: Disahkan


oleh:
………………………………… ………….
…………………………
(Azreen Nur binti Zainal) (
)
BORANG SINOPSIS BUKU
Nama sekolah: SK Senawang 3 Kod
sekolah: NBA 4054

1 Nama Guru Azreen Nur binti Zainal


2 Judul buku Petua Mendidik Anak 3. Bidang : Motivasi
Menjadi Insan Positif

4 Tarikh Pembentangan 5. Masa :


6 Tempat Pembentangan
7 Sinopsis :

Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk
mendidik anak-anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah
mengikut kerangka Islam iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya,
ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak mereka tidak menjadi orang yang
diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata“Mendidik anak-anak bermula 20 tahun
sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor keturunan amat
penting dalam menentukan sifat generasi akan datang.

8 Nilai Pengetahuan/ Pengajaran :

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan
positif. Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua
manusia sejagat tanpa mengira agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu,
orang yang dapat menguasai dirinya dengan sifat-sifat positif boleh mencapai
kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai cita-cita sekiranya cita-citanya
itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang berpegang teguh pada
tali agama akan mampu menempa kecemerlangan. Allah amat bersikap adil untuk
memberikan pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadaNya.

9 Aplikasi ilmu dalam organisasi/ Pdp :

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai
untuk mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan
dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan
ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah
menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai
keagamaan dan moral.

Disediakan oleh: Disahkan


oleh:

………………………………… ………….
…………………………
(Azreen Nur binti Zainal)
( )

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama sekolah: SK Senawang 3 Kod
sekolah: NBA 4054
1 Nama Guru Azreen Nur binti Zainal
2 Judul buku Menangani Sifat Marah 3. Bidang : Motivasi

4 Tarikh Pembentangan 5. Masa :


6 Tempat Pembentangan
7 Sinopsis :

Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam diri.
Sifat marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor singa
yang lepas bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego, dan
garang. Ianya digelar raja binatang. Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak
terkawal mampu mengundang musibah. Marah harus dikawal seperti penjaga zoo melatih
singa. Makanannya tetap daging mentah tetapi tidak menyerang sesuka hati seperti singa di
hutan ketika mencari makanan.

Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super” seperti yang
terjadi kepada Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa setelah Islam juga
dia tetap singa. Malah singanya Umar setelah Islam telah menjadikan Islam itu bertambah
kuat serta menjadi dalil sejarah yang menjadi contoh mukmin sejati sehingga ke hari ini.

8 Nilai Pengetahuan/ Pengajaran :

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang tidak
terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di sekelilingnya.
Marah yang tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang kemurungan,
menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan minda, menjejaskan kesihatan seperti cepat
tua, sakit jantung, darah tinggi dan jangkitan kuman.

9 Aplikasi ilmu dalam organisasi/ Pdp :

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas guru
berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar
sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru.
Oleh itu, guru perlulah bijak mengawal emosi supaya permasalahan pelajar ini ditangani
dengan berkhemah dan bijaksana. Guru perlu mengawal kemarahan kerana marah yang tidak
terkawal akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul di
luar batasan manusia. Guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di
samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik
pelajarnya dengan nilai-nilai yang baik. Berikanlah contoh yang baik kepada mereka.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………………… ………….
…………………………
(Azreen Nur binti Zainal) ( )

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama sekolah: SK Senawang 3
Kod sekolah: NBA 4054
1 Nama Guru Azreen Nur binti Zainal
2 Judul buku Berfikir Dalam Bilik 3. Bidang : Pedagogi
Darjah
4 Tarikh Pembentangan 5. Masa :
6 Tempat
Pembentangan
7 Sinopsis :

Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu
mengajar kanak-kanak berfikir. Pengarang mencadangkan cara-cara mengajar
kemahiran berfikir dalam bilik darjah seperti menghidupkan suasana kelas,
mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen, memuji murid, memberi
ganjaran, guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi
diktaktor, toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai
rangsangan dan mempelbagai teknik menyoal. Pengarang juga turut
memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan kaedah infusi
iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik yang
dianjurkan disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat memahami
dan menggunakan teknik tersebut sewaktu mengajar.

8 Nilai Pengetahuan/ Pengajaran :

Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana
kandungannya akan dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah.
Menerusinya kita akan faham tentang kepelbagaian kepintaran pelajar. Sebagai
contoh terdapat pelajar yang pintar IQ, pintar matematik, kepintaran akademik,
kepintaran praktikal, dan kepintaran EQ. Melalui pengetahuan ini kita boleh
mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas. Oleh itu, potensi diri mereka akan
dapat diketengahkan.

9 Aplikasi ilmu dalam organisasi/ Pdp :

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai
untuk guru gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi menarik. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang
berbagai-bagai ragam dan karenah. Guru juga perlu tahu tahap dan jenis kepintaran
pelajarnya. Ini akan dapat membantu para guru menentukan kaedah paling sesuai
yang akan digunakan sewaktu mengajar. Oleh itu pendekatan kreatif perlu untuk
mengekang permasaalahan ini. Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita
tugas mendidik ini bukannya mudah dan perlu ditangani dengan bersabar dan kreatif.
Disediakan oleh:
Disahkan oleh:

………………………………… ………….
…………………………
(Azreen Nur binti Zainal) (
)

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama sekolah: SK Senawang 3 Kod
sekolah: NBA 4054

1 Nama Guru Azreen Nur binti Zainal


2 Judul buku Kejurulatihan Dan Sains 3. Bidang : Pendidikan
Sukan
4 Tarikh Pembentangan 5. Masa :
6 Tempat Pembentangan
7 Sinopsis :

Buku ini mengulas pelbagai kaedah dan persoalan dalam bidang sukan mahupun
sains sukan. Ianya merangkumi aspek teori, latihan fizikal dan mental serta
pengaplikasiannya dalam mempertingkatkan prestasi sukan. Antara lain,
pengkhususan kepada jurulatih sukan yang serius sewaktu merancang dan
melaksanakan latihan untuk meningkatkan prestasi atlet. Kandungannya juga dapat
meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang kejurulatihan. Manakala aspek
lain pula dikhususkan untuk guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan peminat
Sains Sukan dalam bidang pedagogi dan perancangan yang berkesan dalam sukan.
8 Nilai Pengetahuan/ Pengajaran :

Buku ini menerangkan ilmu kejurulatihan sukan amat luas dan dalam skopnya. Oleh
itu, pembelajaran dan kajian secara sainstifik serta usaha-usaha yang lain perlu
dilakukan untuk membantu jurulatih sukan memperkayakan ilmu pengetahuan,
memurnikan kaedah dan cara serta pedekatan dalam membimbing atlet untuk
mencapai kecemerlangan. Buku ini jga memberi kefahaman tentang pengertian
sukan dan menghuraikan konsep-konsep latihan sebagai ilmu asas keperluan
melatih. Beberapa huraian mengenai kejurulatihan dan siste tubuh badan manusia
turut membantu pembacanya mengenali aspek-aspek asas mengenai falsafah serta
pembinaan fizikal manusia.
9 Aplikasi ilmu dalam organisasi/ Pdp :

Buku ini banyak memberi idea yang membantu guru mengenal bakat,
mengembangkan bakat dan menajamkan bakat pelajar di sekolah. Di samping itu,
terdapat juga idea bagaimana untuk mengekalkan minat atlet terhadap sukan yang
mereka ceburi. Asas yang penting ialah corak latihan yang baik untuk
mengembangkan bakat seseorang atlet. Setiap atlet perlu diasuh kemahiran asas
kepada pemahiran spesifik. Atlet yang ramai perlu diorganisasikan secara baik. Aspek
yang sering dilupai ialah pemakanan atlet. Atlet perlukan pemakanan yang baik dan
lengkap. Ilmu ini penting untuk guru yang melatih pasukan sekolah untuk memacu
pasukannya menempa kejayaan.
Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………………… ………….
…………………………
(Azreen Nur binti Zainal) (
)

Anda mungkin juga menyukai