Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

DALAM UNIT UNIFORM TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

Kukurikulum merupakan antara elemen yang diberi fokus di dalam Pelan Inisiatif
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan matlamat untuk melahirkan modal
insan yang berupaya mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi
dan berupaya mencipta sesuatu. Pelibatan murid dalam aktiviti kokurikulum akan
menyemai budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan murid melalui kepelbagaian
aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan di luar bilik darjah dengan memberi
penekanan kepada penyelesaian masalah dalam tugasan atau projek.
Pendedahan awal dan kepelbagaian aktiviti secara kumpulan yang ada akan
memberi peluang kepada murid untuk meneroka, mencuba dan membuat inovasi
melalui sesuatu tugasan atau projek yang dipertanggungjawabkan. Hasil tugasan atau
projek tersebut bukan sahaja memberi pulangan kepuasan cita rasa kepada murid
tetapi juga dapat membuktikan murid dapat mencipta sesuatu yang baharu yang tidak
pernah difikirkan sebelum ini.
Aktiviti kukurikulum berasaskan KBAT bermatlamat untuk melahirkan murid
yang mempunyai pemikiran kreatif dan berinovasi. Semasa menjalankan aktiviti
kokurikulum, murid mengemukakan dan berkongsi idea, mengaplikasikan kemahiran,
menyelesaikan masalah dengan berkesan dan mengamalkan nilai murni. Penguasaan
KBAT melalui kukurikulum mampu membentuk murid yang berupaya menghadapi
cabaran, tekanan dan perubahan serta dapat membentuk individu yang kreatif,
berimaginasi tinggi, mempunyai nilai dan boleh membuat pertimbangan yang logik.
Murid dipupuk dengan kemahiran kepimpinan melalui aktiviti kukurikulum yang
dijalankan.
Dalam aktiviti-aktiviti TKRS , KBAT dimasukkan dalam setiap aktiviti yang
dirancang.Guru hanya mengikut kesesuaian dengan tahap murid-murid yang terlibat .
Aktiviti-aktiviti yang telah dibuat mestilah dimasukkan unsur-unsur KBAT untuk
memupuk aras pemikiran yang lebih tinggi terhadap murid-murid.KBAT adalah satu
elemen yang mesti diterapkan dalam setiap aktiviti unit uniform agar murid yang
belajar dapat membina tahap pemikiran yang baik.
Dengan proses ini , murid dapat membina kemahiran untuk keperluan kerjaya
Abad ke 21. Keperluan kerjaya abad ke 21:
 Komunikasi
 Teknologi maklumat dan komunikasi
 Keusahawanan
 Kepimpinan
 Belajar sepanjang hayat
 Feklsibel
 Kebolehan menyesuaikan diri
 Berinisiatif dan terarah kendiri

6 Kemahiran berfikir yang perlu dikuasai murid adalah :


 Kreatif
 Kritis
 Menaakul
 Berinovasi
 Menyelesaikan masalah
 Membuat keputusan

Kemahiran berfikir yang ditekankan dalam aktiviti TKRS adalah berdasarkan


semakan Hierarki Taksonomi Bloom oleh Lori Anderson (1900) iaitu mengingati,
memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
Jenis Kemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir Kritis : Kebolehan untuk menilai sesuatu idea secara logik dan
rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan
bukti yang munasabah.

Kemahiran berfikir kreatif: kemampuan untuk menghasilkan atau mencipta


sesuatuyang baharu dan bernilai dengan menggunakan daya imaginasi secara asli
serta berfikir tidak mengikut kelaziman.

Kemahiran menaakul: membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan


rasional.

Strategi berfikir: cara berfikir yang berstruktur dan berfokus dengan menggunakan
alat berfikir dan teknik penyoalan yang berkesan (BPK, 2014).

Definisi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


- ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuanm kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulandan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

6 Tahap Pemikiran Aras Tinggi

Senarai Kata Kerja bagi melaksanakan KBAT dalam Bilik Darjah


Penutup
Kesimpulannya aplikasi KBAT dalam aktiviti-aktiviti TKRS mampu 
membantu murid berfikir secara lebih mendalam, konsisten,produktif dan
berkesan. TKRS sebagai salah satu platform dalam korikulum pendidikan
memerlukan usaha guru yang tekal dengan sentiasa memikirkan unsur
  k r e a t i v i t i   d a n   i n o v a s i dalam menyampaikan kandungan pelajaran. Penggunaan
aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi juga dapat dimanipulasikan dalam
aktiviti yang dirancang agar akses yang diperoleh dalam dunia tanpa sempadan dapat
dimanfaatkanoleh guru. Peranan guru penasihat juga perlu selaras dengan
hasrat dan usaha KPM yang telah menrancang dalam
meningkatkan kemenjadian murid-murid dari semua segi. Usaha yang berterusan dan
peranan y a n g p e r l u d i m a i n k a n o l e h g u r u t e r u t a m a d a l a m
m e n i n g k a t k a n K B A T melalui aktiviti dalam unit uniform dapat dicapai. Peranan
guru penasihat bukan setakat menyampaikan kemahiran
pelajaran,tetapi juga menuntut mereka berperanan sebagai penggerak dan 
pembuka minda dalam memikirkan unsur yang tersirat di dalamnya.

Anda mungkin juga menyukai